MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Sep 2008

Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

Kehadiran Anwar dan wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka anjuran Christian Federation of Malaysia di Bukit Nanas, dilihat sebagai satu gambaran positif kepada penganut agama Kristian di Malaysia. Penganut Kristian anggap, Anwar merupakan satu-satunya 'pemimpin masa depan' yang boleh memberi ruang yang luas kepada Kristian mengembangkan agamanya di Malaysia.

Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian


Nota : Artikel ini ditulis oleh Terence Netto untuk siaran Malaysiakini pada 2 Februari 2008. Klik di sini sumber asal

Pemimpin De facto PKR, Anwar Ibrahim telah disoal berhubung dengan pendiriannya berhubung isu agama oleh kira-kira 200 paderi dan aktivis Kristian dan beliau muncul untuk memberikan sokongan padu yang menyeluruh.

Tiada perbezaan yang direkodkan di antara pengumumannya secara terbuka kepada orang ramai dan jaminan peribadinya kepada orang yang menyoalnya, iaitu pemerhati pada dialog terbaru di antara Anwar dan pemimpin Kristian tersebut.

Sesi dialog tertutup diadakan di Petaling Jaya pada pagi hari Rabu berlangsung sehingga lepas waktu makan tengah hari, dengan beberapa hadirin yang identiti mereka dirahsiakan, telah menyatakan bahawa sessi tersebut adalah tanda kesungguhan bagi mereka yang ingin menyelidik lebih lanjut berhubung isu yang menjadi kebimbangan kepada 2.2 juta penganut Kristian di Malaysia.

Perjumpaan tertutup itu bermula pada 9.30 pagi.

Program ini dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia -CFM- (Persekutuan Kristian Malaysia), sessi dialog tersebut merupakan program pertama dari rancangan-rancangan CFM untuk bersama dengan parti-parti politik pada saat-saat menjelangnya Pilihanraya Umum yang ke-12.

Sehingga kini, terdapat syak wasangka oleh ketua-ketua Christian kerana penglibatan beliau dalam perlaksanaan dan pembinaan Islam sebaik sahaja menyertai UMNO pada tahun 1982, Anwar dan Azizah adalah tetamu jemputan Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang tidak dijangka semasa Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember. Ini adalah petanda bahawa pandangan mereka terhadap De Facto leader PKR itu telah berubah.

Rumah Terbuka Anwar -Aidil Fitri 2007 : Mereka ini merupakan aktivis-aktivis NGO yang sentiasa mengelilingi Anwar dan sangat berpengaruh menentukan apa-apa keputusan yang bakal dibuat Anwar. Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change-YFC-), Elizabert Wong (Aktivis Suara Rakyat Malaysia-SUARAM- dan Hak Asasi Malaysia-HAKAM-, sekarang exco kerajaan Selangor), Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Ketua Biskop Kristian dan Tian Chua (Aktivis SUARAM,HAKAM dan Ketua Penerangan PKR). Semua NGO ini ditaja oleh NED yang juga merupakan penaja utama Anwar. Klik di sini lihat bukti.

Dalam sesi dialog itu, Anwar telah ditemani oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Ahli Majlis Tertinggi, Dr. Xavier Jeyakumar. Anwar memberitahu para hadirin bahawa pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka. Beliau menyatakan bahawa badan kehakiman yang bebas dan saksama akan membantu bagi menjamin rakyat Malaysia menikmati hak yang dijamin oleh Perlembagaan Merdeka.

Beliau menyatakan pendirian PKR jelas iaitu tidak menyokong pembentukan sebuah Negara Islam, tetapi beliau, seperti kebanyakan orang-orang Islam, menolak istilah Negara Sekular yang membawa messej bahawa wahyu Tuhan tidak ada kaitan dengan kehidupan secara amnya



‘Allah’ perlu dibenarkan

Beliau berkata PKR mempunyai kelebihan yang unik kerana parti itu mampu menjadi 'orang tengah' di antara sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang teguh oleh PAS. Beliau berkata, peranan PKR adalah perantara untuk membantu mengasah kesedaran semua pihak bahawa hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Merdeka sepatutnya ditegakkan.

Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka.

Ditanya mengenai peranan beliau di dalam dalam kempen Islamisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika beliau menjadi sebahagian daripada parti pemerintah di antara 1982 dan 1998, Anwar menafikan bahawa arahan pernah diberikan untuk menurunkan salib di sekolah-sekolah Kristian.

Beliau menyatakan pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan (menurunkan salib di sekolah-sekolah), tetapi tindakan melampau itu dilakukan oleh pegawai-pegawai bawahan yang begitu bersemangat dan mungkin terlalu ghairah untuk bertindak mengikut kehendak mereka sendiri

Beliau juga mengatakan sepatutnya balu kepada S Moorthy (pendaki gunung), perlu dibenarkan untuk mengurus dan mengebumikan suaminya (tanpa perlu mengikut hukum Islam) kerana balunya itu yang telah menjaga suaminya.

Beliau berkata kerajaan PKR akan memastikan bahawa Mahkamah Syariah akan diketuai oleh hakim-hakim berkaliber yang dilatih di Universiti-Universiti Islam yang berkualiti.

Di samping itu, beliau menyokong Mahkamah Syariah menguatkuasakan Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.

Artikel terjemahan lain berkaitan :

1. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

2. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

3. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia - Peter Schier

4. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) - Peter Schier
















3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam


""Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."""


ADA MASALAHNYA.KENAPA TIBA TIBA PENGANUT KRISTIAN DI MALAYSIA HENDAK MENNGUNAKAN ISTILAH ARAB UNTUK TUHAN IAITU ALLAH?KENAPA TIDAK DARI DAHULU LAGI?KENAPA TIDAK Rab?RAB JUGA BERMAKSUD TUHAN DI DALAM BAHASA ARAB... INI KERANA MEREKA ADA AGENDA TERSENDIRI IAITU UNTUK MENGKRISTIANKAN ORANG ORANG MELAYU ISLAM LEBIH RAMAI LAGI.NIAT MEREKA TIDAK SUCI MALAH BURUK DAN BUSUK SEKALI.YA MEMANG TIDAK DINAFIKAN BAHAWA ALLAH DIGUNAKAN DI DALAM BIBLE BAHASA ARAB. ACTUALLY, PENGGUNAAN ALLAH INI TELAH WUJUD SEJAK ZAMAN SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAWA LAGI(kebanyakan kristian masa itu berpegang kepada syariat nabi isa-bukan dengan konsep trinity etc) .TAPI CONTOHNYA ADA JUGA SEGOLONGAN BESAR PIHAK KRISTIAN YANG MENAFIKAN KEWUJUDAN 'ALLAH' DI DALAM BIBLE SAMA ADA DALAM BAHASA HEBREW ATAU GREEK.(PENAFIAN MEREKA INI JELAS UNTUK MENAFIKAN CLAIM sheikh AHMED DEEDAT TENTANG KEWUJUDAN PERKATAAN ALLAH DI DALAM BIBLE SEJAK DARI ZAMAN DAHULU UNTUK MENUNJUKKAN KEBENARAN AGAMA ISLAM KERANA ISLAM ADALAH AGAMA SEMUA NABI DAN RASUL SEJAK DARI ZAMAN NABI ADAM 3ALAYH ALSALAM)



NAMUN BEGITU SEPERTI YANG SAYA SEBUT TADI, usaha PENUKARAN ISTILAH TUHAN DALAM BAHASA MELAYU KEPADA ALLAH UNTUK BIBLE di malaysia ini SEMEMANGNYA MEMPUNYAI UNSUR JAHAT DAN BUSUK.MEREKA INGIN MEMBUTAKAN ORANG MELAYU ISLAM supaya KELIRU DENGAN PERKATAAN 'ALLAH DI DALAM BIBLE.
MEREKA MAHU ORANG MELAYU ISLAM DI SINI MELIHAT TIADA PERBEZAAN ANTARA BIBLE DAN QURAN KERANA RATA-RATA ORANG MELAYU DI SINI TIDAK PANDAI BERBAHASA ARAB DAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN TULISAN ARAB TANPA MEMAHAMI MAKSUD SEBENAR AYAT YANG DITULIS.CONTOH YANG TERBAIK IALAH APABILA ADA USAHA USAHA ORANG ORANG KRISTIAN YANG BERNIAT JAHAT MENULIS KHAT DI DALAM BAHASA ARAB TETAPI SEBENARNYA IA ADALAH AYAT AYAT DARI KITAB BIBLE DAN DIJUAL KEPADA ORANG ORANG ISLAM YANG TIDAK PANDAI BAHASA ARAB.

SELAIN ITU HAKIKAT YANG PERLU KITA LIHAT DARI SUDUT PANDANGAN LAIN juga; PENGGUNAAN DAN PENUKARAN ISTILAH DI DALAM BIBLE MENUNJUKKAN DAN MEMBUKTIKAN BAHAWA BIBLE IS CORRUPTED. bolehkah KITAB YANG KONONNYA DIPERCAYAI DARI TUHAN SEWENANG-WENANGNYA DITUKAR MENGIKUT CITARASA MANUSIA?BOLEHKAH KITAB YANG KONONNYA DIPERCAYAI AS 'THE WORDS OF GOD' SEWENANG-WENANGNYA DIMANUPULASIKAN OLEH MANUSIA DENGAN MENAMBAH ATAU MENOKOK AYAT AYAT YANG SEDIA ADA?

KEJAP TUHAN KEMUDIAN KEJAP NAK TUKAR KEPADA ALLAH APA NI??di manakah kestabilah dan kredibility bible sekarang ini sebagai 'WORDS OF GOD'????

berlainan dengan alquran di mana semua umat muslim di dunia menggunakan hanya satu alquran tetapi diterjemahkan di dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat Alquran.
apabila perkataan RAb di dalam quran diterjmahkan sebagai tuhan dan perkataan Allah.. IA tetap ditulis dalam terjemahan sebagai Allah..


TERDAPAT banyak VERSIONS OF BIBLES BUT NONE OF THEM IDENTICAL TO EACH OTHER. INIKAH KITAB YANG DIGELAR SEBAGAI . WORDS OF GOD'?

bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di edit dan di kotori oleh tangan manusia yang jahanam.antara contoh manusia keji itu di malaysia ialah orang seperti ambiga dan sekutu sekutunya . dan malang sekali si anwar ibrahim pula sekali lagi menyokong tindak tanduk busuk musuh islam kononya atas dasar " FREEDOM OF EXPRESSION"

YEAH RIGHTTTT...


TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN MENOLAK PENUKARAN ISTILAH TUHAN DALAM BIBLE ITU MEMANG TEPAT DAN BIJAK KERANA TELAH MENGHIDU TERLEBIH DAHULU AKAN KEJAHATAN PIHAK PIHAK SEPERTI AMBIGA YANG MEMPUNYAI AGENDA BUSUK TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

SEMOGA KETULENAN DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM SERTA KESEJAHTERAAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN SENTISA DI LINDUNGI ALLAH AMEEN YA RAB EL3ALAMEEN...

Unknown berkata...

Ada 3 persoalan yang musykil :
1. Kenapa anwar ibrahim menggunakan PERLEMBAGAAN MERDEKA?

2. Kenapa anwar ibrahim berjumpa dengan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam pada 25 Disember 2007, iaitu sebelum pilihanraya ke 12? Adakah ini membawa maksud dana Amerika disalur melalui pertubuhan gereja ini?

3. Kenapa terdapat 2 orang kuat anwar ibrahim dalam Kerajaan Negeri Selangor - Dr. Xavier Jeyakumar (Exco Kerajaan Selangor & Ahli Majlis Tertinggi PKR) & Elizaberth Wong (Aktivis Suara Rakyat Malaysia-SUARAM- dan Hak Asasi Malaysia-HAKAM-, sekarang Exco kerajaan Selangor)

Adakah ini membawa maksud pembinaan gereja akan bertambah di Selangor?

Tanpa Nama berkata...

""Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka.""


Ada masalahnya. Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia hendak menggunakan istilah Arab untuk Tuhan iaitu Allah? Kenapa tidak dari dahulu lagi?
Kenapa tidak Rab? Rab juga bermaksud Tuhan di dalam bahasa Arab.Ini kerana mereka mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk mengkristiankan orang-orang Melayu Islam lebih ramai lagi dengan cara kotor . Niat mereka tidak suci malah lebih buruk dan busuk sekali.

Ya, memang tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab.Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAWA lagi.(kebanyakan Kristian pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa- bukan seperti kristian zaman sekarang, etc)

Rata-rata orang Arab Christian kini memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox .Antara Negara-negara Arab yang mempunyai Arab beragama Kristian ialah Palestine, Lebanon , Syria ,Jordan dan sebagainya.
Namun begitu, ada juga segolongan besar pihak Kristian yang menafikan kewujudan ‘Allah ‘ di dalam bible sama ada dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.(penafian mereka ini jelas untuk menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat tentang kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi untuk menunjukkan kebenaran Agama Islam kerana Islam adalah agama semua nabi dan para rasul sejak dari zaman nabi Adam Alaihisalam lagi)

Click di sini untuk lihat penafian pihak kristian tentang kewujudan perkataan Allah di dalam Bible-


http://www.kingmessiahproject.com/is_allah_not_God.html


Klik di sini untuk melihat hujah bahawa Allah wujud di dalam Original Bible

http://www.answering-christianity.com/allah.htm


Jadi persoalannya;

1)Mengapa Ambiga dan sekutunya beria-ria dengan tiba-tiba untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat kristian sendiri ada yang menolak akan kewujudan Allah di dalam Bible asal?

2) Adakah dengan menggantikan Allah kepada istilah Tuhan, Ambiga menerima hujah orang-orang Islam bahawa Allah memang wujud di dalam Bible Asal maka dengan itu Ambiga juga harus menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam kitab Bible .

Klik disini untuk melihat bukti bahawa ‘Muhammad is in the bible’

http://www.islamicity.com/Mosque/Muhammad_Bible.HTM



Jadi jelas sepertimana yang saya sebut tadi, sebenarnya saya dapat melihat usaha penukaran istilah Tuhan di dalam bible di malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai unsur jahat dan busuk. Mereka ingin membutakan orang Melayu Islam supaya keliru dengan perkataan Allah yang diletakkan di dalam Bible.


Mereka mahu orang Melayu Islam di sini melihat tiada perbezaan antara bible dan Quran kerana rata-rata orang Melayu di sini tidak pandai berbahasa Arab.jadi dengan itu sunnguh kasihan kepada golongan orang-orang melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan istilah Allah di dalam kitab bible tanpa memahami maksud sebenar ayat yang ditulis.Contoh yang terbaik ialah apabila ada usaha-usaha orang-orang kristian yang berniat jahat menulis hiasan khat di dalam bahasa Arab tetapi sebenarnya ia adalah ayat ayat dari kitab Bible dimana kemudiannya akan dijual termasuk kepada orang-orang Islam yang tidak pandai berbahasa Arab.

Selain itu,hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga; penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.
Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia?
Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘The words of God’ sewenang-wenangnya dimanupulasikan oleh manusia dengan menambah atau menokok ayat-ayat yang sedia ada? Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?


“Sekejap Tuhan, sekejap nak tukar kepada Allah.Apa ini? Dimanakah kestabilan dan kredibiliti Bible sekarang ini sebagai “Words of God?”

Berlainan sungguh dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat ayat Al-Quran.

Tetapi Bible pada masa kini,(bukan bible yang tulen dan asal seperti yang diturunkan kepada nabi Isa AS) boleh di dapati di dalam banyak versi yang mempunyai kandungan yang berbeza.Inikah kitab yang digelar sebagai ‘words of God’?Perbezaan yang di dapati di dalam versi yang berlainan itu termasuk dari segi konteks dan susunan ayat serta pengolahan cerita di dalam bible.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia jahannam.Antara contoh manusia keji itu ialah Ambiga dan sekutunya.dan malang sekali apabila si Anwar pula sekali lagi telah menyokong tindak-tanduk busuk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”



Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia yang menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat sekali dan merupakan tindakan yang bijak kerana terlebih dahulu telah menghidu akan kejahatan pihak-pihak seperti Ambiga dan sekutunya yang mempunyai agenda busuk terhadap umat Islam di Malaysia.

Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.

Persoalannya sekali Lagi aya utarakan di sini ;

1)Mengapa Ambiga dan sekutunya beria-ria dengan tiba-tiba untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat kristian sendiri ada yang menolak akan kewujudan Allah di dalam Bible asal?

2) Adakah dengan menggantikan Allah kepada istilah Tuhan, Ambiga menerima hujah orang-orang Islam bahawa Allah memang wujud di dalam Bible Asal maka dengan itu Ambiga juga harus menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam kitab Bible .