MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

07/02/2009

Saiful Bukhari mula beri clue kes liwatnya..



Kumbang terbaca komen Mohd Saiful Bukhari sendiri pada artikel terbaru di blognya.

Artikel itu membicarakan kesedihan Saiful tentang sikap sesetengah orang yang lebih menghargai akuan bersumpah daripada sumpah laknat yang dilakukan beliau.


Manakala komen yang Kumbang lampirkan dibawah ini menjawab hampir semua perkara yang menjadi persoalan kepada OrangKB dan semua rakyat Malaysia di luar sana. Menariknya, Saiful terus menjawab hampir kesemuanya tanpa berselindung lagi.
Tahniah Saiful !!!

Hayatilah pendedahan ini dengan akal yang waras....

Anwar Ibrahim sila jawab..


Komen tersebut :-


OrangKB komen...


Saya kat sini bagi pendapat yang neutral. Saya x cakap Saiful salah, saya tak cakap DSAI salah.


Kenapa orang tak caya kat Saiful:
1.Banyak perkara Saiful x cerita kepada masyarakat. Itu nak rahsia, ini nak kena cerita kat mahkamah dll. Macam mana kes liwat tu terjadi, DSAI buat apa kat kondo tu dll - semuanya saiful x cerita. Nama sebenar Uncle Pet Saiful tu pun tak nak cakap. Kalau berada di pihak benar, kenapa takut nak cerita?


2.Keluar berita ttg laporan perubatan oleh Hospital Pusrawi mengatakan tiada kesan Saiful diliwat.
http://siasahdaily.blogspot.com/2008/07/tiada-bukti-saiful-diliwat-pkr-tunggu.html
Uncle Pet bagi alasan, laporan dari Pusrawi tu takleh caya, sebab doktor tu tak periksa dengan teliti. Kata nak tunggu laporan pakar dari HKL tapi sampai skang tiada berita laporan dari HKL ni.


3. DSAI pernah didakwa atas tuduhan yang sama 10 tahun lalu. Dlm perbicaraan dulu, macam-macam cara dibuat utk buktikan DSAI bersalah, dengan tilam diusung ke mahkamah, dll. Tapi sampai skrang takde bukti kukuh.


4. Kes liwat Saiful ni nampaknya hangat cuma ketika PRK Permatang Pauh. Masa tu, semua benda yang ada kaitan dengan Saiful mendapat liputan media TV3 dll. Uncle Pet tu pun banyak kali masuk TV. Lebih-lebih lagi bila dah dekat dengan tarikh pilihan raya masa tu. Tapi skrang, semua dah senyap. Seolah-olah manusia bernama Saiful Bukhari ni tak pernah masuk TV pun. Banyak orang memandang kes liwat cuma satu lagi helah BN untuk menipu penduduk Permatang Pauh.


Atas sebab nilah, ramai orang tak caya kat Saiful. Kalau ada yang caya pun, cuma mereka yang benar-benar benci kat DSAI atas sebab politik, cam orang-orang UMNO. Yang tak minat kedua-dua DSAI dan UMNO macam saya ni pun, dah tak caya kat Saiful.


Berbeza dengan akuan akuan bersumpah Fauzi Muda dia cerita dengan detail, tarikh, siapa terlibat, kereta NAZA KIA dll. Tiada rahsia. Kalau tak sunnguh, dia takkan berani buat macam tu. Kalau dia tipu, buruk padahnya, sebab dia tuduh Datuk Seri Najib TPM Malaysia.




Saiful Bukhari jawab...


Assalammualaikum Orang KB,


Terima kasih diatas soalan yang diajukan. Sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui isi hati dan persoalan masyarakat di luar sana. Saya akan cuba menjawab beberapa persoalan saudara.


1)Saya menghormati malah memuji pandangan dan prinsip saudara.
Setiap manusia yang rasional akan hanya mempercayai sesuatu perkara dengan berasaskan bukti dan fakta..


Dalam kes saya, saya telah lakukan apa yang termampu (bersumpah) atas kapasiti seseorang individu.. Saya tidak dapat kemukakan selanjutnya bagi menghormati Mahkamah..


Kalau diikutkan hati, memang marah.. Perbicaraan yang agak lewat ini telah menyebabkan saya dan seluruh keluarga sengsara kerana kami tidak dapat bersuara menegakkan kebenaran..


2)Kelewatan kes ini bukan di bawah kuasa saya. Perbicaraan sering dilengahkan dengan isu yang tiada kena mengena dengan kes.Ada juga campur tangan politik. Akhirnya, sehingga kini, perkara yang penting iaitu tempat dan tarikh belum lagi di tetapkan. Sila rujuk Penghakiman di posting sebelum ini. Amat menyedihkan.


3)Mahkamah adalah tempat terbaik untuk saya mendapat pembelaan. Alasan Mahkamah tidak adil itu hanyalah PERSEPSI yang dicanang pihak mereka. Walhal, jika kita lihat semenjak akhir2 ini, banyak kes yang memihak kpd mereka. Cth Raja Petra,Petisyen2 Pilihanraya, Mahfuz vs Utusan dan sbgnya.


4)Dalam kes saya ini pun, Peguam beliau S.N Nair mengakui Mahkamah adil. Di Mahkamah kalau saudara nak tau, DSAI tidak duduk di kandang pesalah, tetapi duduk di kerusi empuk di luar kandang. Beliau hanya diberi jaminan BON PERIBADI iaitu dalam bahasa pasarnya tidak perlu bayar melainkan beliau tidak hadir untuk perbicaraan selanjutnya.


5)Cuba saudara imbas, berapa ramaikah pesalah terutama orang miskin yang terpaksa ditahan akibat TIDAK DAPAT membayar wang JAMINAN?


6)Mengenai bukti, bukan hendak berahsia. Pada saya, didalam situasi sebegini kita tidak boleh melatah. Saya akui bahawa saya tidak banyak mengeluarkan bukti. Bukan apa, ia pasti akan dimanipulasi. DSAI dan orang-orangnya tidak berjaya dalam provokasi untuk saya mengikut rentaknya, iaitu Perbicaraan Melalui Media. Ahkirnya, ia membawa padah kepadanya. Mengapa? Banyak kenyataan2 beliau bercanggah dan saya akan bangkitkan di Mahkamah kelak.


3)Sebenarnya sudah banyak ' Clue ' yang saya sudah beri. Tetapi setiap kali saya dedahkan, DSAI pasti akan '' Divert '' isu lain.


Sbg Contoh, setelah saya buat pendedahan '' Tugas2 Sbg Seorang ''Coffe Boy'' kpd DSAI''. Mengapa saya guna perkataan ''Coffee Boy''?. Kerana selepas sahaja saya membuat laporan, DSAI dan para pengikutnya berusaha untuk menafikan bahawa saya adalah Pembantu Peribadinya dengan mengatakan bahawa saya sekadar budak pembancuh kopi. Akhirnya, selepas dibongkar baru lah terdiam dan sehingga ke hari ini beliau tidak mahu mengulas MENGAPA beliau bawa saya ke luar negara dan tugas2 saya sebenar.


4)Mengenai kondo Desa Damansara, ia BUKAN MILIK SAYA spt yang dilaporkan. Ia adalah milik En HASSANUDIN teman rapat DSAI. Beliau sangat kaya dan memiliki 3 Unit kondo disitu. Unit 1151,1152,1153 adalah miliknya. Kejadian berlaku di unit 1151 dimana unit tersebut dijadikan sbg rumah tetamu. Lebih drpd itu, saya mohon maaf, tidak dapat hendak cerita.


5)Mengenai Uncle Pet tu, Namanya Mohd Hazlee Bin Mohd Alip. Beliau adik kepada Arwah Ibu saya. Bukan beliau berahsia mengenainya, tetapi media lebih suka menggunakan nama Uncle Pet.


6)Setakat ini, melalui maklumat yang saya terima, segala laporan mengenai kes ini telah diserahkan kepada peguam belanya Disember lalu. Tetapi mengapa beliau tidak heboh? Kerana beliau tidak akan berani mendedahkannya. Bukan sekadar laporan tetapi juga bukti-bukti yang lain.


7)Sesungguhnya, saya hanya mampu berdoa, berserah dan tawakal kepada Allah s.w.t sahaja. Segala tindakan saya dlm kes ini adalah hasil daripada doa yang dipohon dan dilakukan oleh Nya.


Alhamdullilah, Allah s.w.t telah memberi saya pelbagai pertolongan antaranya kesihatan dan akal fikiran untuk bertindak bijak.


Saya mohon saudara Orang KB dan rakan-rakan yang lain doakan supaya perbicaraan ini dapat dipercepatkan..


Sekian,


Assalammualaikum


SAIFUL BUKHARI
http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com


Nah... Saiful telah merungkai hampir kesemuanya.
Mungkin ada orang yang akan kata dia menipu dan sebagainya.
Tetapi adakah mereka akan dapat menafikan fakta dan kenyataan yang dibawa saiful?
Kita tunggu dan lihat.


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?


sumber - analisisringan






Baca selanjutnya...

2 MB Perak, mahkamah jadi penentu?



PETALING JAYA: Walaupun sudah lebih 30 jam Menteri Besar baru telah dilantik oleh Sultan Perak dan mengangkat sumpah, kegawatan politik negeri itu masih belum menemui titik penyelesaian dengan dua Menteri Besar menghadiri majlis 'rasmi' masing-masing hari ini.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar berkata, barisan Exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.


Nizar mempengerusikan mesyuarat khas Exconya, yang berusia 11 bulan, di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.




PENDIRIAN NIZAR


Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.


"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.


"Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari ini.


Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru semalam.


BN berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selepas tiga ADUN bebas daripada pakatan itu keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.


Mesyuarat khas Exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang dipengerusikan Nizar bermula pukul 11.15 pagi tadi dihadiri semua exco Pakatan Rakyat kecuali Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan, Seah Leong Peng.


Mesyuarat khas itu memutuskan tempoh pajakan tanah industri 30 hingga 60 tahun dilanjutkan kepada 99 tahun selain mengaktifkan semula lapangan terbang Sultan Azlan Shah dengan meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi kegunaan operator tambang murah Firefly.


Nizar berkata langkah itu bagi meningkatkan keyakinan pelabur.


Mesyuarat khas itu juga memutuskan pelantikan semua 342 ahli majlis kerajaan tempatan dan daerah diteruskan seperti dirancang selain meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pemberian kifalah RM1,000 (khairat kematian) bagi warga Perak yang layak terutama golongan miskin.


Nizar percaya kesemua dasar yang diputuskan hari ini akan dilaksanakan agensi kerajaan negeri terbabit walaupun Perak kini jatuh ke tangan BN.


Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.


Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, Mohamad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal".



REAKSI ZAMBRY


Bagaimanapun Zambry menegaskan bahawa beliau bukanlah Menteri Besar yang mewakili satu kaum atau parti tertentu, sebaliknya untuk semua rakyat Perak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.


"Saya bukannya Menteri Besar yang mewakili kaum atau parti tertentu.


"Jawapannya ialah tidak... tidak... tidak," katanya di majlis sambutan Tahun Baru Cina parti Gerakan Perak di Ipoh.


Ia merupakan acara rasmi pertamanya setelah menjawat jawatan Menteri Besar.


Kenyataannya itu disambut dengan tepukan para hadirin yang terdiri daripada anggota Gerakan dan penduduk Kg Simee yang merangkumi pelbagai kaum.


Zambry berkata sebagai Menteri Besar untuk semua rakyat Perak, beliau mahu melihat kesejahteraan dan keadilan dapat dilakukan dengan sebaikbaiknya untuk semua.


Mengenai mesyuarat Exco kerajaan Pakatan Rakyat yang dilaporkan diadakan di kediaman rasmi itu hari ini, beliau berkata, ia hanya "mesyuarat main-main sahaja" kerana tidak mengikut prosedur yang memerlukan perkenan Sultan Perak selain menghendaki ketua-ketua jabatan dan Setiausaha Mesyuarat untuk turut hadir.



KOMEN NAJIB


Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baru dibentuk di Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan majoriti mudah.Walaupun hanya dengan satu majoriti, jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetap setia, kerajaan dapat dikekalkan, katanya.


"Ingat kerajaan Pas di Kelantan dapat terus kekal untuk beberapa tahun dengan hanya satu majoriti.


"Walaupun dengan satu majoriti, jika anggota itu kekal setia anda boleh kekal. InsyaaAllah, kami berhasrat untuk terus kekal," katanya di sini.


Najib berkata, apa yang telah berlaku dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan "tiada apa yang tidak mengikut perlembagaan".


Beliau berkata, BN akan akur dengan keputusan Sultan Perak Sultan Azlan yang telah membuat keputusan selaras dengan perlembagaan.


Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.



PAKATAN CABAR


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya semalam berkata, pihaknya akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan pelantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional.


"Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini.


"Kami masih berpendirian bahawa Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah," kata beliau dalam kenyataan yang turut menamakan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.


"Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini.


"Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional," katanya lagi.


Justeru, kata beliau, Pakatan menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib.


"Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru-hara," katanya.

sumber - Mstar online



Baca selanjutnya...

PKR itu Yahudi - Ghani Haroon



PKR itu Yahudi - Ghani Haroon


+++++Video setakat ini sahaja+++++





Baca selanjutnya...

Kerajaan PR Perak tumbang : Bersalahkah Anwar Bin Ibrahim?



Kerajaan PR Perak tumbang : Bersalahkah Anwar Bin Ibrahim?


Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.

Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

sumber - dragsuperstar.blogspot.com

artikel berkaitan :

1. Padan muka Anwar : Terduduk Anwar beb…

2. Sentuhan kecundang Anwar di Perak


Baca selanjutnya...

Raja Nazrin: Courts are not for political influence


++video setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Exco Pakatan Teruskan Tugas Sehingga Mahkamah Buat Keputusan

IPOH, 7 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar, berkata barisan exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.

Mohammad Nizar yang mempengerusikan mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan. Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.

Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa depan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru semalam.

BN berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selepas tiga ADUN bebas daripada pakatan itu keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.

Mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang dipengerusikan Mohammad Nizar bermula pukul 11.15 pagi tadi dihadiri semua exco Pakatan Rakyat kecuali pengerusi jawatankuasa kebudayaan, belia dan sukan, Seah Leong Peng.

Mesyuarat khas itu memutuskan tempoh pajakan tanah industri 30 hingga 60 tahun dilanjutkan kepada 99 tahun selain mengaktifkan semula lapangan terbang Sultan Azlan Shah dengan meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi kegunaan operator tambang murah Firefly.

Mohammad Nizar berkata langkah itu bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

Mesyuarat khas itu juga memutuskan pelantikan semua 342 ahli majlis kerajaan tempatan dan daerah diteruskan seperti dirancang selain meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pemberian kifalah RM1,000 (khairat kematian) bagi warga Perak yang layak terutama golongan miskin.

Mohammad Nizar percaya kesemua dasar yang diputuskan hari ini akan dilaksanakan agensi kerajaan negeri terbabit walaupun Perak kini jatuh ke tangan BN.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Mohamad Nizar berkata perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.

Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, Mohamad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal".

sumber - Bernama



Baca selanjutnya...

Kesudahan nasib Nizar, MB restu 'Sultan' Anwar ?



Setelah mencipta rekod yang pertama sebagai MB paling singkat tempoh khidmatnya, apakah Nizar Jamaluddin akan mencipta rekod kedua berturut turut apabila akan dijatuhi hukuman oleh pembesar negerinya yang bergelar Sultan???

Nizar hilang pertimbangan…, beliau jelas kelihatan GILA KUASA, meracau dan meroyan sehingga lupa diri sendiri, dari mana asal usulnya….

Sebagai seorang yang pernah menjadi ketua sebuah negeri, Nizar tiba tiba lupa bahawa rakyat Malaysia mestilah patuh kepada Rukun Negara. Perkara kedua dalam Rukun Negara ada menyebutkan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Negeri Perak adalah sebuah negeri tertakluk dibawah pemerintahan seorang Sultan yang mewarisi tahta dari zaman dahulu dan berketurunan Raja. Nizar dengan tiba tiba seolah-olah hilang ingatan, lupa kesemuanya itu. Pada Nizar titah Sultan bukanlah sesuatu yang perlu beliau patuh, tetapi “titah” daripada Yb Ngeh adalah sesuatu yang WAJIB untuk Nizar junjung setinggi-tingginya!

Sungguh BIADAP sekali kesanggupan Nizar mahu menjadi PENDERHAKA kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak apabila beliau enggan meletakkan jawatan. Malah dengan angkuhnya Nizar berkata “saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ‘patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’[Utusan Online]

Tindakan bodoh Nizar yang mahu ingkar dengan titah perintah Sultan jelas membuktikan beliau telah menderhaka pembesar negerinya itu.

Kengganan mahu menyerahkan kerajaan sebenarnya adalah satu mimpi teramat buruk buat Yb Ngeh serta kesemua Exco Exco bukan melayu di Perak, maka sudah tentulah Nizar diminta menjadi kuda tunggangan mereka untuk menderhaka kepada Sultan.

Nizar seharusnya lebih berhati-hati dengan memberikan kenyataan sebegini “ patik akur dengan titah Tuanku untuk tidak memilih patik sebagai MB, patik sedia berundur tetapi dengan rendah hati mohon perkenan Tuanku untuk memilih wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sebagai MB dan juga perkenanlah Pakatan Rakyat untuk terus membentuk kerajaan sehingga keputusan Mahkamah keatas tiga wakil rakyat Changkat Jering, Behrang dan Jelapang diputuskan…”

Jika Nizar tidak gelojoh dan panik, nescaya Sultan akan ada ruang untuk pertimbangkan permintaan terakhirnya yang jelas lebih merendah diri dan tidak angkuh, apatah lagi tidak langsung menggambarkan sifat DERHAKA kepada tuanku Sultan.

Besar kemungkinan Nizar bukan sahaja gelojoh dan panik, tetapi beliau ditekan oleh Exco Exco mata sepet yang sudah menggigil dan menggeletar ketakutan akan hilang kuasa, akan hilang kemewahan, malah akan timbul pelbagai pembongkaran nanti keatas apa harta kerajaan negeri yang sudah dilahap oleh mereka…..

Disini ada beberapa usul untuk pihak Istana Sultan Perak ambil tindakan keatas seorang PENDERHAKA bernama Muhammad Nizar Jamaluddin;-
Tarik balik darjah kebesaran Sultan yang telah diberikan kepada Nizar yang selama ini membawa gelaran Datuk Seri, sudah tentulah PENDERHAKA tak layak mendapat darjah kebesaran Sultan
Perintahkan “Buang Daerah” keatas Nizar supaya dia tidak lagi menumpang didalam negeri yang dia telah DERHAKA terhadap Sultannya

Batalkan segera semua jenis pemilikan sebarang harta seperti bangunan, hartanah yang perlu beralamatkan di negeri Perak, sekiranya beliau sudah ada memilikinya secara rasmi, maka perlulah Nizar menukarkan nama pemilik kepada nama warisnya.
Inilah iktibar yang perlu rakan rakan Nizar dalam Pakatan Rakyat pelajari agar tidak mengalami nasib yang sama. Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan akan berpatah balik, “what goes around, comes around….”

Masihkah kita ingat sewaktu BN hilang kuasa di Perak? Bagaimana Tajol Rosli telah diusir dari kediaman rasmi oleh puak puak “jakun” Pakatan Rakyat ! Nah, sekarang nasib ini terpaksa ditelan sepahit-pahitnya oleh Nizar apabila beliau enggan kosongkan kediaman rasmi MB.

Sekelip mata nasib Exco-Exco dan ramai Yb Pakatan Rakyat di Perak akan berubah. Maka, mereka akan kembali menjalani hidup mereka seperti zaman dahulu kala…ada yang terpaksa menguruskan semula perniagaan kecil-kecilan, ada yang menjual ikan, ada yang terpaksa bertani dan sebagainya….

sumber - medan-info-kita



Baca selanjutnya...

Pakatan: Courts will decide


++video setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Sentuhan kecundang Anwar di Perak



Semua orang tahu Ir Nizar hanya sekadar boneka. Bukan sekadar dibonekakan oleh exco-exco Cina DAP, tetapi dibonekakan oleh Anwar Ibrahim.

Dari awal lagi Anwar menjadi pegawal kerajaan Perak. Bermula dari kerajaan Perak menjemput Anwar menjadi penceramah utama anjuran kerajaan negeri pada 3 November tahun lepas, di Ipoh Perak hinggalah kepada saat-saat kejatuhan Nizar sebagai Menteri Besar.Lagaknya ketika berucap dalam majlis itu seolah-olah dialah Perdana Menteri yang sedang berucap kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan Perak.

Itulah sifat Anwar, dari berjawatan TPM, masuk penjara, berhijrah ke Amerika masih berlagak sebagai Perdana Menteri!





Bayangkan ketika Anwar menyampaikan ucaptama di Majlis Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan tahun lepas, Anwar gagal merumuskan resipi-resipi terbaik memajukan Perak, selain dari retorik-retorik angkat bakul sendiri, sebut tokoh-tokoh ahli falsafah barat serta mengulang ulang cerita lama,..saya di penjara..saya tidak terlibat dengan IMF..

Kerap kali Anwar menafikan dirinya terlibat dengan IMF, dari Parlimen hingga ke Majlis Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Perak, kerana Anwar tahu imej itu masih melekat di minda rakyat bahawa Anwar adalah ejen produk IMF dan Bank Dunia.

Anwar kata pada tahun 1993, dia tulis surat kepada IMF menolak permintaan IMF hendak meminjam kepada Malaysia. Itu yang Anwar kata. Yang Anwar sengaja sorokkan fakta pada tahun 1998, ketika Malaysia menghadapi krisis ekonomi di bawah pimpinannya sebagai Menteri Kewangan, dia menasihatkan kerajaan agar menerima bantuan IMF kerana dia dilantik menjadi Pengerusi Pembangunan IMF. Dia juga sorok fakta, kuatnya sokongannya kepada IMF, hingga pengarah urusan IMF, Michel Camdessus sanggup berkunjung ke Malaysia. Berpeluk cium lagi mereka menggambarkan keakraban!


Anwar juga ulang cerita lama. Kata Tun Dr Mahathir menyelamatkan kroni ketika krisis 1998. Tetapi Anwar tidak menceritakan ketika dia menjadi Menteri Kewangan, dialah manusia yang paling banyak memberi rasuah kepada kroni-kroninya termasuk bapanya sendiri, adik beradik, sahabat handai, termasuk Kamaruddin Jaafar, Azmin Ali yang tiada asas peniagaan pun boleh jadi jutawan segera. Semua itu rasuah mengkayakan kroni sahabat handai terdekat.


Satu lagi sifat Anwar, selain daripada angkat bakul sendiri, suka menuding kesalahan kepada orang lain. Dirinya yang betul, orang lain semua salah. Tidak menjawab soalan, tetapi mengalih soalan kepada memerangi pihak lain. Dengan menyalahkan orang lain maka tertutuplah kesalahan diri sendiri.

Fakta yang tidak dapat ditangkis, Anwar menjadi ofis boy kepada Yahudi di IMF dan Bank Dunia, dari zaman James Wolfesohn hingga ke zaman Paul Wolfowitz

Paul Wolfowitz (kiri) dan James Wolfesohn (kanan) ketika acara penyerahan tugas Presiden Bank Dunia. Anwar pernah menjadi khadam kepada kedua-dua "Wolf" berbangsa Yahudi ini di Bank Dunia.


Bermakna Anwar sudah dipuppetkan oleh Yahudi di Bank Dunia, kini Anwar bertugas mewujudkan klon-klon puppetnya di Malaysia, termasuk mempuppetkan Ir Nizar, MB yang gagal mendapat kuasa sepenuhnya.

Teori Anwar di Perak pun masih terikat dengan kaedah neocon (Yahudi). Anwar menyerang semua musuh termasuk Sultan. Kembali kepada Rakyat (bahasa popular Anwar ketuanan rakyat). Teknik kedua menghasut rakyat Perak bangun memberontak. Itupun taktik neocon, menghasut dan melaga-lagakan pihak lain.Dan hasilnya perhimpunan di rumah MB pada malam sebelum kejatuhannya, majoritinya adalah Cina. Itulah ketuanan rakyat, Perak yang majoriti Melayu dimiliki oleh Cina dengan membonekakan Nizar.

Anwar kawal Nizar. Semua tindak tanduk Nizar ditunjuk oleh Anwar. Bayangkan ketika Nizar mengadakan sidang media, Anwar turut mencelah percakapan Nizar, seolah-olah penjelasan Nizar tidak diyakini sepenuhnya.





Kalau Anwar bukan penasihat Nizar, kenapa dia berani mencelah, sedangkan Haji Hadi yang turut hadir mendiamkan diri, walhal dia yang sepatutnya menjadi mentor kepada Nizar. Kalau Haji Hadi sebagai Presiden PAS pun boleh dibonekakan, apatah lagi Nizar yang bertaraf anak kecil Erdogan.

Masih ingat lagi, bagaimana Presiden PAS beri warning kepada Anwar dalam wawancara Harakah, ingat, dia (Anwar) bukan ketua Pakatan..dalam pakatan tiada siapa ketua..hanya Anwar sahaja yang angkat dirinya sebagai ketua. Masih ingat lagi ketika Presiden PAS menemplak projek 16 September tajaan Anwar..saya tidak mahu jadi PM Mat Jenin..belum dapat buah kelapa sudah berangan-angan jadi raja..

Sebab itu boleh difahami dalam kemelut Perak, Presiden PAS sengaja tidak menonjolkan diri, kerana dia tahu episod terakhir drama itu.


Bayangkan ketika kemelut meruncing, saat-saat kejatuhan Nizar, Anwar masih lagi meromote dari pejabatnya di Petaling Jaya. Anwar bersama Karpal Sigh mensyorkan agar Nizar menderhaka kepada Sultan Perak. Bayangkan sampai ke tahap itu nasihat Anwar kepada Nizar.

Nizar yang kelam kabut dan bercelaru minda dengan tekanan politik yang terlalu mengejut terpaksa akur dengan nasihat-nasihat salah Anwar.

Bermula dari Anwar mencuri calon BN yang pada mula sangat dibanggakan oleh Nizar, hingga terpaksa menanggung risiko menggadaikan jawatan Mbnya. Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai, itulah bentuk nasihat Anwar kepada Nizar.

Anwar dari dulu dikenali sebagai ikon penghasut dan demotrasi, imej ini juga diaplikasikan semasa menghadapi saat-saat kejatuhan kerajaan Perak. Nizar turut terjebak.

Anwar dari dulu terkenal sebagai ikon kes mahkamah, imej itu juga dipraktikkan semasa berhadapan situasi Perak. Sultan Perak yang pakar undang-undang dicabarnya melalui undang-undang. Sekali lagi Nizar diheret bersama menjadi penderhaka dan terdedah kes mahkamah.

Anwar dari dulu lagi terkenal menderhaka kepada Raja-raja Melayu, sekarang semakin terserlah mencabar keputusan Sultan Perak memilih MB kesukaan baginda. Anwar cabar Sultan Perak. Sekali lagi Nizar turut diseret sama.

Nizar sudah berjaya dipuppetkan Anwar, dari menjadi penasihat sehingga ke saat-saat kejatuhannya, selepas ini giliran siapa pula ?

Betul kata DR M. Jika ikut formula Anwar atasi krisis ekonomi 1997, sudah lama Malaysia tergadai kepada negara asing, kerana semua formula Anwar berakhir dengan kegagalan seperti kes Perak dan Projek 16 September

sumber - NTanwar, aidcclub


Artikel lain berkaitan :

1. Padan muka Anwar : Terduduk Anwar beb…

2. Kejatuhan Ir Nizar, berakhirnya perjanjian Pangkor II

3. Sikap gelojoh Anwar pencetus tumbangnya kerajaan PR Perak

4. Anwar amat ghairah dengan akuan bersumpah, tetapi takut bersumpah..

5. Biodata Anwar Ibrahim versi Amerika Syarikat

6. Kenapa Anwar bersunguh-sungguh mahukan Pilihanraya Kecil Perak ?

7. Isu Perak : Semuanya silap percaturan Anwar


Baca selanjutnya...

06/02/2009

Boikot Produk Amerika Paling Bahaya Anwar Ibrahim!


++video setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Kes Perak pengajaran untuk Anwar - Tun Dr M

Feb 6, 09 12:24pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sandiwara politik di Perak sekarang sebagai menggelikan hati.

"Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar Pakatan (Rakyat) tidak hendak berhenti jadi MB.

"Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis. Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar?

"Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara tersebut kerana beliau yang beria-ia sangat untuk ada 'lompat katak yang terbesar' pada September 16.

"Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (Adun Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

"Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah...," katanya.

Dr Mahathir berkata, Pakatan Rakyat Perak boleh bentuk kerajaan minoriti kerana demokrasi mengizinkannya.

"Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang.

Peruntukan undang-undang

"Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan," tulisnya.

"Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

"Jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan, mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.

"Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri?

"Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu," katanya.

Dr Mahathir berkata, ada kemungkinan pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini.

"Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah kerajaan yang halal.

"Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan," katanya.

sumber - Malaysiakini






Baca selanjutnya...

Anwar saman pelantikan Dr Zambry, isytihar Perak wujud 2 MB


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).


Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut.

Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.


"Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah," katanya.


"Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar...seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.


Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.


"Kita amnbil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan," katanya.

sumber - Mstar.online


kemaskini 5.30pm Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "tidak derhaka" dan menteri besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut undang-undang tubuh negeri.

Gabungan pembangkang, tambahnya, menubuhkan panel peguam untuk mengkaji kesahihan pelantikan menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau juga menjelaskan, Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada orang ramai apa yang sedang terjadi di negeri itu dan menggesa para penyokongnya membantah secara aman.
kemaskini 4.39pm Polis Perak mengesahkan kira-kira sejam lalu bahawa sembilan penunjuk perasaan berjaya ditahan.

Lebih kurang 3,000 penyokong Pakatan Rakyat bersurai beransur-ansur selepas diarahkan oleh seorang pemimpin PAS Perak setengah jam lalu.

kemaskini 4.22pm Mesyuarat beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya berlangsung selepas jam 4 petang tadi.

Naib pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar kelihatan bersama beberapa lagi pemimpin gabungan tiga parti itu.

Mereka dijadual mengadakan sidang media jam 4.30 petang ini, mengulas perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri besar - Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.

kemaskini 4.17pm Difahamkan exco kerajaan Kedah, V Arumugam yang dilaporkan "gagal dihubungi" masih bersama PKR.

Kebimbangan tentang "kehilangannya" cepat merebak susulan wujud dakwaan terdapat usaha seumpama Perak sedang dilakukan terhadap kerajaan Pakatan di Kedah.

kemaskini 4.12pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

kemaskini 4pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.

Seorang AJK PAS Perak dibenarkan menaiki kenderaan polis pencegah rusuhan FRU dan berucap kepada 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di depan Masjid Ubudiah.

Beliau berkata mesej mereka "telah disampaikan ke serata dunia" dan mereka bersurai.

kemaskini 3.55pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

kemaskini 3.48pm Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah.

Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.

kemaskini 3.36pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.

Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

kemaskini 3.33pm Seorang wakil pemimpin PAS, Khalilul Rahman Abdul Samad mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

Beliau juga seorang pegawai Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat yang masih mempertahankan jawatannya dan enggan mengiktiraf penggantinya.

kemaskini 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.

Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.

Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.

Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

kemaskini 2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap
"lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.

Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.

Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.

kemaskini 12.10pm Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

kemaskini 12.01pm Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

kemaskini 11.50am Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

kemaskini 10.45am Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

kemaskini 10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

kemaskini 10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

kemaskini 9:40am Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

kemaskini 9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.


Laporan sebelumnya:

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa memberitahu bahawa satu protes besar-besaran akan diadakan di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, protes anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu bertujuan membantah majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Dr Zambry, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, dipilih BN untuk mengisi jawatan tersebut setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jamaluddin Mohd Radzi (bekas wakil rakyat PKR Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR Changkat Jering), Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan wakil rakyat bebas.

Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - setelah 10 hari berada dalam PKR – kembali bersama BN kelmarin.

Norazli menambah, beliau difahamkan lima trak unit pencegah rusuhan FRU telah berada di masjid tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui jumlah anggota polis yang dikerahkan.

Katanya, beliau menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Ditanya sama ada mereka akan mengadakan bantahan di Istana Iskandariah – tempat berlangsung majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang ini, Norazli berkata:

"Tidak. Pemuda Pakatan Rakyat tidak merancang untuk mengadakan protes di Istana Iskandariah."

Mohammad Nizar malam tadi berkata semua 28 Adun Pakatan Rakyat termasuk beliau akan memulaukan majlis tersebut sebagai lambang tidak mengiktiraf kerajaan baru BN itu.

sumber - Malaysiakini



Baca selanjutnya...

Anwar Talam Dua Muka - Ezam



Anwar Talam Dua Muka - Ezam

+++++Video setakat ini sahaja+++++





Baca selanjutnya...

Angkat sumpah MB baru, demo bersurai

Feb 6, 09 12:05pm

kemaskini 3.36pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.

kemaskini 3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

kemaskini 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.


Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.

Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.

Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

kemaskini 2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap
"lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.

Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.

Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.

12.10pm Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

12.01pm Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

11.50pm Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

10.45pm Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

9:40am Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.


Laporan sebelumnya:

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa memberitahu bahawa satu protes besar-besaran akan diadakan di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, protes anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu bertujuan membantah majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Dr Zambry, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, dipilih BN untuk mengisi jawatan tersebut setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jamaluddin Mohd Radzi (bekas wakil rakyat PKR Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR Changkat Jering), Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan wakil rakyat bebas.

Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - setelah 10 hari berada dalam PKR – kembali bersama BN kelmarin.

Norazli menambah, beliau difahamkan lima trak unit pencegah rusuhan FRU telah berada di masjid tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui jumlah anggota polis yang dikerahkan.

Katanya, beliau menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Ditanya sama ada mereka akan mengadakan bantahan di Istana Iskandariah – tempat berlangsung majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang ini, Norazli berkata:

"Tidak. Pemuda Pakatan Rakyat tidak merancang untuk mengadakan protes di Istana Iskandariah."

Mohammad Nizar malam tadi berkata semua 28 Adun Pakatan Rakyat termasuk beliau akan memulaukan majlis tersebut sebagai lambang tidak mengiktiraf kerajaan baru BN itu.


sumber - Malaysiakini.com



Baca selanjutnya...

Nizar nafi mahu saman Sultan Perak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB


PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

Beliau berkata Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.


Bagaimanapun Nizar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut.


"Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.


"Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar," katanya kepada mStar Online.


Menurut Karpal, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.


Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.


Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.


sumber - Mstar.online


Speaker pohon upacara angkat sumpah MB Perak ditangguh

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.


Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat pada jam 3 petang ini untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar.


Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan pada pukul 3.30 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.


Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.


sumber - Mstar.online



Baca selanjutnya...

Anwar tidak boleh dipercayai - Ezam



Anwar tidak boleh dipercayai - Ezam

+++++Video setakat ini sahaja+++++






Baca selanjutnya...

Anwar appeals for calm


++video setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Patik mohon derhaka – Nizar



Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.

Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.

Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

sumber - Utusan Malaysia



Baca selanjutnya...

05/02/2009

Dr. Zambry Menteri Besar Perak yang baru

05/02/2009 8:04pm

SUBANG 5 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.

sumber– Utusan





Baca selanjutnya...

Surat SUK Perak kepada Kerajaan PR Perak


Klik imej untuk paparan besar


Surat SUK Perak kepada Kerajaan PR Perak


+++++Surat setakat ini sahaja+++++





Baca selanjutnya...

Anwar ajak rakyat Perak berhimpun besar-besaran

Abdul Rahim Sabri | Feb 5, 09 1:00am
Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepadanya dalam menghadapi situasi tidak menentu politik negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang sedang berlaku.

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

"Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar, sejurus selepas mempengerusikan satu mesyuarat biro politik di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Hadir sama ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR yang kini sebagai wakil bebas - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) - telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

'Situasi tidak menentu'

Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini dan turut menjadi wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat".

"Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak.

"Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.

Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR.

"Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya.

'Kembali kepada rakyat'

Menurut Anwar lagi, Nasarudin turut menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap Najib.

Mengenai kenyataan Najib bahawa BN sudah mampu memerintah Perak, Anwar membidas timbalan perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menyifatkan alasan Jamaluddin dan Osman bahawa mereka bercuti sakit adalah sebagai satu pembohongan.

"Kenapa tidak memberitahu keluarga, pimpinan parti, menteri besar atau Speaker. Kamu adalah exco, orang di jalanan pun tahu itu tanggungjawab awak," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menggesa BN supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka.

"Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah.

"Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar.

sumber - Malaysiakini



Baca selanjutnya...

Nizar utus surat kepada Sultan

Feb 5, 09 10:19am
kemaskini 6.13pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri."


kemaskini 5.01pm: Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.

Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.


kemaskini 4.55pm Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut.
kemaskini 4.50pm Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .

Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.

Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.

Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di stadium Ipoh malam ini.


kemaskini 4.40pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.

Beliau juga berkata, Speaker DUN telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun-adun Pakatan yang keluar parti.

Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.

Oleh itu, katanya, majoriti BN (sekarang) mungkin tidak sah.

kemaskini 4.05pm Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.

Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera.

Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.

kemaskini 3.28pm Speaker DUN V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.

Lobi agar mereka meninggalkan Pakatan Rakyat bermula sejak selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas.

kemaskini 3.20pm Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.

Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.

Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan.

Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.

kemaskini 2.33pm Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

kemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

kemaskini 2pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang.

Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.

kemaskini 1:33pm Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.

Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

kemaskini 1:30pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.

kemaskini 1:26pm Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan perhubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh.

Beliau kelihatan masuk sejurus selepas tengah hari ini.

kemaskini 11:54pm Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN.

"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.

kemaskini 11:48pm Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.

kemaskini 11:00pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.

Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.

Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.

'Situasi tidak menentu'

Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.

Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.

sumber - Malaysiakini






Baca selanjutnya...

Nizar dan Anwar mohon sekali lagi jumpa Sultan Perak



IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon untuk menghadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya selepas lebih sejam mengadakan mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar berkata, beliau masih Menteri Besar yang sah walaupun Sultan Azlan Shah menitahkannya meletakkan jawatan.

"Saya dan Anwar akan meminta menghadap Tuanku Sultan lagi untuk bubar DUN atau mengadakan sidang khas untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan baru," katanya.


sumber - bharian.com.my


POLITIK PERAK: DETIK MENARIK HARI INI

[DIKEMAS KINI 5.05 PETANG] BERIKUT adalah perkembangan politik di Perak sepanjang hari ini.


4.50 petang: Nizar dalam sidang akhbarnya memberitahu, Pakatan Rakyat akan merayu kepada Sultan Perak supaya memberi perkenan untuk membubarkan DUN negeri itu supaya rakyat Perak boleh membuat keputusan berhubung kerajaan seterusnya. Beliau bagaimanapun masih belum membangkitkan isu peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar.


4.30 petang: Di Bagan Serai, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa BN akan memerintah kerajaan negeri Perak.


4.21 petang: Pasukan polis dan FRU mengambil alih bangunan Kerajaan Negeri. Sebaik sahaja Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar dan semua Exco meletak jawatan, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghantar surat kepada semua Exco memaklumkan kepada mereka untuk menyerahkan kembali harta negeri termasuk kunci, kereta dan sebagainya. Beliau turut pergi ke pejabat semua Exco dan meminta semua pembantu peribadi Exco meninggalkan bangunan dengan segera.


3.30 petang: Perdana Menteri akan menghadap Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, petang ini.


3.00 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang media khas di kediaman rasminya.


2.25 petang: Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan DUN Perak dan meminta Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Jika tidak, jawatan itu dianggap kosong.


12.45 tengah hari: MB Perak memasuki Istana Kinta.


12.30 tengah hari: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di Ipoh.


11.56 pagi: Najib memberitahu wartawan yang beliau telah memberitahu Sultan Azlan Shah bahawa BN mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Perak. Katanya, Sultan akan menitahkan keputusannya tidak lama lagi.


11.55 pagi: Speaker V. Sivakumar meninggalkan Mahkamah Tinggi selepas memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan surat peletakan jawatan tiga ADUN sebagai sah dan kerusi DUN tersebut kosong.


11.50 pagi: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di pejabat Menteri Besar pada pukul 3 petang ini dan perhimpunan besar-besaran dijadualkan berlangsung pada pukul 7 malam di kediaman Menteri Besar.


11.38 pagi: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu wartawan, beliau baru sahaja dipanggil untuk hadir ke Istana Kinta.


11.34 pagi: Najib meninggalkan Istana Kinta bersama empat ADUN.


11.21 pagi: Najib kembali ke Istana Kinta, kali ini bersama empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) untuk menghadap Sultan Perak.


10.35 pagi: Ketua Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Istana Kinta. Najib dijangka akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan negeri bagi membincangkan calon BN bagi jawatan Menteri Besar Perak.


9.50 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datoh) memasuki Istana Kinta untuk mendapatkan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi BN membentuk kerajaan baru di negeri itu.


9 pagi: Speaker, V. Sivakumar memberitahu wartawan yang beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi pada hari ini untuk mengisytiharkan surat letak jawatan tidak bertarikh oleh bekas ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan ADUN DAP, Hee Yit Foong (Jelapang) sebagai sah. Tiga ADUN tersebut telah meletakkan jawatan daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas dan mengakui akan memberi sokongan kepada BN.


sumber - Mstar.online






Baca selanjutnya...

Nizar ingkar titah Sultan...saya masih MB

TERBARU: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari Khamis tegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan. Katanya, pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, kerajaan campuran negeri Perak masih lagi sah. Beliau membuat keputusan untuk tidak melepaskan jawatan kerana beranggapan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti kerana tiga ADUN Bebas yang telah mengisytiharkan keluar parti masing-masing bukan ahli BN.

Pendirian Nizar ini sudah tentu bertentangan dengan titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang menitahkan agar beliau dan Exconya meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta. Titah Sultan Perak itu sesuai dengan peruntukan Fasal 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyebut jika Menteri Besar hilang keyakinan atau majoriti beliau hendaklah meletakkan jawatan bersama dengan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sultan Perak menitahkan demikian setelah mendapat perakuan daripada 28 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas yang menyokong BN untuk membentuk kerajaan.

Menurut Nizar, beliau akan tetap ke pejabatnya seperti biasa. "Tiada kuasa yang boleh menghalang saya, saya masih Menteri Besar," katanya. Namun, beliau menjelaskan, pendiriannya itu tidak bermakna beliau menderhaka kepada Sultan Perak kerana masih menunggu keputusan mahkamah berhubung dengan kedudukan ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang yang telah dirujuk kepada mahkamah.

Nizar juga menegaskan, di bawah Undang-Undang Tubuh negeri beliau mempunyai hak untuk mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Namun, permohonannya itu telah pun ditolak oleh Sultan Perak yang tidak memberikan perkenan kepada cadangan berkenaan.

sumber - Agendadaily.com




Baca selanjutnya...

Sultan arah Nizar letak jawatan, DUN tidak dibubar

[DIKEMAS KINI, 4.15 PETANG] IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak - yang berusia 11 bulan - bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap telah dikosongkan.

Ia dilihat sebagai satu lagi langkah yang membawa Barisan Nasional (BN) untuk membentuk semula kerajaan negeri di Perak.

Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak Mac lalu.

Nizar kini mengadakan sidang media bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman menteri besar.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahliahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu.

Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar semalam mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

"Baginda menggunakan budi bicara baginda di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu.

Nizar telah dititah menghadap baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan baginda tidak membubarkan Dewan, dan selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) berkuat kuasa serta-merta.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahliahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahliahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.

KENYATAAN ISTANA

Kenyataan itu dikeluarkan kira-kira dua jam selepas Nizar menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pukul 12.45 tengah hari.

Terdahulu, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

Kenyataan empat muka surat yang ditandatangani oleh Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada Sultan Azlan Shah, dikeluarkan pada 2.15 petang.

Ia menjelaskan bahawa Nizar telah menghadap Sultan semalam dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

Najib, selaku Pengerusi Barisan Nasional Perak, juga telah memohon menghadap baginda dan telah diberi perkenan berbuat demikian pada hari ini.

SOKONGAN 31 ADUN

Pada majlis menghadap itu pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri telah memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokong-penyokongnya kini terdiri daripada 31 orang ADUN dan telah menguasai majoriti ahli Dewan Negeri.

Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, Sultan Azlan shah menitahkan kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut menghadap baginda.

Terdahulu Najib berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN.

sumber: mStar Online


Baca selanjutnya...

Detik-detik tumbangnya kerajaan PR di Perak

Feb 5, 09 10:19am

Dikemaskini 2.33pm Bernama melaporkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan. Laporan itu juga menyebut baginda telah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Dikemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.


Dikemaskini 2pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang. Naib presiden PKR, Azmin Ali turut sama.

kemaskini 1:33pm Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.

Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

kemaskini 1:30pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.

kemaskini 1:26pm Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan perhubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh.

Beliau kelihatan masuk sejurus selepas tengah hari ini.

kemaskini 11:54pm Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN.

"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.

kemaskini 11:48pm Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.

kemaskini 11:00pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.

Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.

Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.

'Situasi tidak menentu'

Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.

Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.

sumber: Malaysiakini


Baca selanjutnya...