MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Feb 2009

Exco Pakatan Teruskan Tugas Sehingga Mahkamah Buat Keputusan

IPOH, 7 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar, berkata barisan exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.

Mohammad Nizar yang mempengerusikan mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan. Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.

Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa depan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru semalam.

BN berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selepas tiga ADUN bebas daripada pakatan itu keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.

Mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang dipengerusikan Mohammad Nizar bermula pukul 11.15 pagi tadi dihadiri semua exco Pakatan Rakyat kecuali pengerusi jawatankuasa kebudayaan, belia dan sukan, Seah Leong Peng.

Mesyuarat khas itu memutuskan tempoh pajakan tanah industri 30 hingga 60 tahun dilanjutkan kepada 99 tahun selain mengaktifkan semula lapangan terbang Sultan Azlan Shah dengan meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi kegunaan operator tambang murah Firefly.

Mohammad Nizar berkata langkah itu bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

Mesyuarat khas itu juga memutuskan pelantikan semua 342 ahli majlis kerajaan tempatan dan daerah diteruskan seperti dirancang selain meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pemberian kifalah RM1,000 (khairat kematian) bagi warga Perak yang layak terutama golongan miskin.

Mohammad Nizar percaya kesemua dasar yang diputuskan hari ini akan dilaksanakan agensi kerajaan negeri terbabit walaupun Perak kini jatuh ke tangan BN.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Mohamad Nizar berkata perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.

Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, Mohamad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal".

sumber - Bernama


1 ulasan:

Unknown berkata...

Kenapa time camni baru berebut nak datang awal kat ofis. Sebelum ni tak pernah datang awal ke?

Nizar..Nizar..macam budak2

Ingat ni main rebut2 kerusi ker..