MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Feb 2009

Anwar amat ghairah dengan akuan bersumpah, tetapi takut bersumpah..



Anwar amat ghairah dengan akuan bersumpah, tetapi takut bersumpah..


Akuan Bersumpah dibuat Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan campuran di Perak supaya melompat parti turut menarik perhatian Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

“Semenjak dari hari saya bersumpah lagi, saya mahu mempersoalkan perkara ini tetapi memandangkan isu ini dibangkitkan semula pada hari ini, maka saya luahkan lah,”

“Bukan hendak mencampuri urusan politik yang semakin keruh ini , tetapi sekadar renungan kepada semua umat Islam,” tulis Mohd Saiful yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam posting terbaru di blognya.

Katanya, Anwar sehingga ke hari ini tidak mahu menyahut sumpah beliau.

“Pada saya, tidak mengapa kerana itu adalah hak beliau. Yang menjadi persoalan saya ialah beliau dan penyokong-penyokong beliau lebih mengagung-agungkan Akuan Bersumpah (SD) daripada Sumpah Laknat yang dilafazkan didalam Masjid iaitu Rumah Allah s.w.t dan sanggup dilaknat jikalau berdusta,” katanya.

Mohd Saiful jelas merujuk pada sumpah laknat mengaku diliwat Anwar yang dibuatnya di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.

Ekoran sumpahnya itu, banyak pihak meminta Anwar yang kini Ketua Pembangkang turut bersumpah menafikan tidak meliwat Mohd Saiful yang ketika itu pembantunya tetapi Anwar tidak berbuat demikian hingga sekarang.

Antara Akuan Bersumpah lain adalah dibuat oleh doktor Mohamed Osman Abdul Hamid yang melakukan pemeriksaan perubatan ke atas Mohd Saiful di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Kuala Lumpur.- 2/2/2009

sumber - Agendadaily.com






Tiada ulasan: