MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Feb 2009

Nizar nafi mahu saman Sultan Perak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB


PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

Beliau berkata Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.


Bagaimanapun Nizar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut.


"Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.


"Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar," katanya kepada mStar Online.


Menurut Karpal, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.


Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.


Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.


sumber - Mstar.online


Speaker pohon upacara angkat sumpah MB Perak ditangguh

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.


Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat pada jam 3 petang ini untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar.


Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan pada pukul 3.30 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.


Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.


sumber - Mstar.online


Tiada ulasan: