Melihat dari foto diatas, perhatikan wajah kelat Nurul Izzah! Bila ‘close up’ dibuat, jelas wajah kelatnya seperti “hangin”, tapi persoalannya, adakah beliau geram pada Saiful atau pun sebenarnya kecewa dengan Papanya sendiri kerana tak pernah lekang dengan ‘kisah lama’, kes meliwat. Kelihatan aksi Anwar cuba bergurau dengan Azizah depan khalayak ramai dan wartawan seolah-olah keluarganya menyokong beliau, tetapi kisah sebenar hanya tuhan saja yang tahu…… [gambar dipetik sewaktu sidang media Anwar apabila keluar dari persembunyian setelah kecoh kes meliwat Saiful Bukhari Azlan tahun lepas]
Kemelut politik tanahair kini benar benar hangat malah semakin panas dan berjaya menarik semua tumpuan kepada negeri Perak Darul Ridzuan.
Dalam konteks ini, jelas bahawa seluruh rakyat Malaysia termasuk pemimpin negara telah berjaya digula-gulakan oleh manusia durjana, sejenis makhluk spesis perosak iaitu Anwar Ibrahim..!
Apa tidaknya? Tajuk yang dipilih oleh Blogmaster menyatakan bahawa, semua yang sedang berlaku ini memberikan keuntungan yang amat besar kepada Anwar kerana ramai diantara kita semua boleh menjadi alpa dan akhirnya tidak akan memberikan tumpuan langsung kepada perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Anwar memulakan rentak tarian Kopi Dangdutnya dengan membawa masuk Datuk Nasaruddin ADUN Bota dua minggu lepas. Kemudian timbul pula cerita beberapa Yb UMNO di Perak sedang berdepan dengan “tawar menawar” untuk ikut sama “melompat” meninggalkan parti yang paling lama memperjuangkan bangsa melayu ini dan menyertai kumpulan penari Kopi Dangdut bersama Anwar Ibrahim. Malah, perkara ini telah diulas dengan begitu baik sekali oleh rakan Bloggers kita GAP, dalam artikelnya http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/01/isu-perak-sekali-lagi-divertanwar.html
Manakala minggu lepas pula kecoh tentang kehilangan dua Yb Perak bertaraf Exco iaitu Jamaluddin Mohd Radzi ADUN Behrang dan Mohd Osman Jailu ADUN Changkat Jering. Dalam drama ini kita disajikan dengan satu adegan dimana MB Perak mahu buat laporan polis atas kehilangan mereka tetapi kenyataannya menjadi pelik sebab pada hari yang sama Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pula menyatakan beliau terima surat perletakan jawatan sebagai ADUN. Ini membuatkan kedua-dua Yb itu tampil melalui wakil masing masing untuk menyatakan mereka tidak pernah meletak jawatan sebagai ADUN dan mencabar kesasihan surat surat tersebut. Menurut kedua dua Yb itu lagi, surat tersebut tidak bertarikh dan mereka telah dipaksa tandatangan sebaik sahaja Pakatan Rakyat mahu memulakan pemerintahan dan pentadbiran negeri Perak setelah menang PRU ke 12 tahun lepas.
Kini seluruh rakyat Malaysia sedang menantikan apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Apakah akan ada pilihanraya kecil dia dua DUN Perak iaitu Behrang dan Changkat Jering?
Sekiranya SPR memutuskan bahawa kedua-dua surat perletakan jawatan itu sah dan membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering, maka sudah pasti ia akan menjadi “siaran ulangan” kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Inilah golden opportunity untuk Anwar mendapat sokongan rakyat supaya melihat perbicaraan kes liwatnya keatas Saiful sebagai agenda BN mahu menjatuhkannya……
Barisan anjing anjing suruhan Anwar yang memikul tugas sebagai peguambelanya nanti akan meminta agar mahkamah menangguhkankan perbicaraan kerana yang dituduh, iaitu Ketua Umum PKR ini ada tanggungjawab besar untuk berkempen di dua daerah yang berlainan dalam kempen pilihanraya kecil DUN Behrang dan Changkat Jering.
Sekiranya perbicaraan tetap dijalankan sekali pun, maka sebarang bukti yang dikemukakan oleh pendakwaraya, atau mana mana saksi yang dibawa datang akan dilihat sebagai “konspirasi” mahu menjatuhkan Anwar dan dikatakan sebagai usaha mahu memburuk-burukan calon2 yang mewakili parti Anwar Ibrahim ini. Keadaan ini merbahaya dan boleh “back fired” peluang BN untuk menang kerana rakyat akan bersimpati kepada Anwar dan akan terus mengecam serta membenci Saiful yang sedang menuntut keadilan keatas dirinya…. Golongan manusia yang taksub menyokong Anwar akan melaung-laungkan bahawa BN menggunakan modal yang sudah lapuk iaitu ‘character assassination ‘ keatas Anwar, maka nanti dimata mereka BN tetap buruk dan Anwar adalah hero, kempen ini boleh mendorong pengundi-pengundi atas pagar semakin membenci BN.
Anwar memang licik mencatur politik kotornya! Beliau sudah melihat sendiri formula ini berjaya di Permatang Pauh. Apabila lahir isu liwat Saiful ini sekitar bulan Jun tahun lepas, tak semena-mena Anwar menyatakan bahawa beliau sudah bersedia mahu masuk parlimen menggantikan isterinya Wan Azizah. Nah! Disini rakyat diperdaya untuk melihat kes liwat Saiful ini sebagai konspirasi BN mahu menghalang cita cita Anwar….
Setelah menang pilihanraya kecil Permatang Pauh, Anwar terpaksa mencipta satu Pembohongan Yang Terbesar dalam sejarah politik tanahair apabila menggembar gemburkan kisah 16 September…. Penipuan ini berjaya membawa rakyat tidak langsung memandang kes liwat Saiful!
Kini, muncul bulan Februari dimana kes liwat Saiful dijangka akan dibicarakan. Anwar menjadi ketar lutut, maka beliau tidak ada pilihan melainkan untuk “spin”satu isu besar, dan kekalutan politik negeri Perak ini sudah cukup membuatkan Anwar tersenyum lebar….. Jerat sudah mengena! Idea untuk tandatangan surat perletakan jawatan tanpa tarikh adalah hasil dari buah fikiran Anwar sendiri.
Tetapi seandainya, SPR tidak menerima surat perletakan jawatan Yb Jamaluddin dan Yb Osman Jailu, dan keputusan kedua-dua wakil rakyat itu meninggalkan PKR diterima pakai, maka Anwar terpaksa put on hold his celeberation dan mendepani kes liwat Saiful dengan wajah yang sepertimana anda lihat sendiri pada gambar diatas tadi……
sumber- Medan Info Kita
1 ulasan:
Memang Anwar seorang pelakon yang hebat menipu...
Dia memang sengaja cari isu utk disensasikan....nak suruh rakyat lupa ttg kes liwat yang dihadapinya...
Lepas satu...satu timbul isu baru...Anwar ni mmg dah kencingkan rakyat..
Catat Ulasan