MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Feb 2009

Anwar ajak rakyat Perak berhimpun besar-besaran

Abdul Rahim Sabri | Feb 5, 09 1:00am
Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepadanya dalam menghadapi situasi tidak menentu politik negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang sedang berlaku.

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

"Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar, sejurus selepas mempengerusikan satu mesyuarat biro politik di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Hadir sama ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR yang kini sebagai wakil bebas - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) - telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

'Situasi tidak menentu'

Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini dan turut menjadi wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat".

"Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak.

"Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.

Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR.

"Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya.

'Kembali kepada rakyat'

Menurut Anwar lagi, Nasarudin turut menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap Najib.

Mengenai kenyataan Najib bahawa BN sudah mampu memerintah Perak, Anwar membidas timbalan perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menyifatkan alasan Jamaluddin dan Osman bahawa mereka bercuti sakit adalah sebagai satu pembohongan.

"Kenapa tidak memberitahu keluarga, pimpinan parti, menteri besar atau Speaker. Kamu adalah exco, orang di jalanan pun tahu itu tanggungjawab awak," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menggesa BN supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka.

"Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah.

"Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar.

sumber - Malaysiakini


2 ulasan:

Pewaris Melayu berkata...

itulah kata2 badut kepada penonton2 bodohnya

Matbank berkata...

DSAI kata:

"Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat"."

Rakyat berkehendakkan BN menerajui Kerajaan Malaysia, tapi siapa yang mula-mula keluarkan idea dan usaha untuk mencuri wakil rakyat?? hinggakan ke Taiwan dikejarnya. Sapa yang buat tu?? Masa dia buat tak ingat pun akan kehendak rakyat. Ingat bukan semua rakyat yang menyokong kumpulan "PR" ni jadi jangan la dok guna nama rakyat. Sikit-sikit kata kehendak rakyat, sikit-sikit kehendak rakyat kehendak dia pun kata kehendak rakyat.