email dari MolePKR
Selain blog ini, saya juga peminat blog penarik beca. Saya minat blog ini, sebab anti Anwar. Saya juga minat blog penarik beca, sebab blognya juga anti Anwar. Bakaq aka penarik beca merupakan blogger pertama yang mendedahkan wujudnya Perjanjian Pangkor II, di antara Pesuruhjaya PAS dengan wakil DAP sebagai syarat penerimaan Ir Nizar sebagai MB Perak.
Saya masih ingat lagi Bakaq amat malu sebagai ahli PAS, Ir Nizar dipaksa mematuhi beberapa terma politik yang ditandatangani antara PAS Negeri dan DAP Negeri;
"Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya (Ahmad Awang) dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini," kata Ahmad Klik di sini
Maknanya kenaikan Ir Nizar hanyalah sebagai MB boneka. Dia diremote oleh DAP dan menjadi orang yang tidak berkuasa walaupun berstatus MB.
Penarik Beca mengkritik keras tindakan IR Nizar meluluskan permintaan DAP mendapatkan hak milik tanah selama 999 tahun. MB ikut telunjuk DAP tanpa berbincang dengan pimpinan PAS Pusat. Klik sini
Walaupun PAS menjadi MB, tetapi yang moniter Perak bukannya PAS, sebaliknya Anwar. Selain ikut telunjuk DAP, Ir Nizar terpaksa ikut telunjuk Anwar pula. Sudah menjadi caca merba.
Yang bermasalah di Perak, bukannya YB PAS, tetapi YB PKR. Anwar ghairah curi anak rumah orang lain, akhirnya anak sendiri lari berkeliaran.
Kononnya berjaya 'beli' calon BN tanpa usul periksa, akhirnya terpalit ke muka sendiri. Anwar umpama menjolok sarang tebuan, disangkakan membawa tuah, akhirnya kerajaan PR Perak menjadi taruhan.
Semua ini perancangan Anwar untuk menumbangkan PR setelah gagal meletakkan calon PKR menjadi MB Perak ?
Lagi satu Ir Nizar ini benarkan team Erdogan. Tengok kepada taatnya kepada perancangan Anwar, makin jelas dari kelompok itu.
Maknanya tidaklah hebat permainan politik team Erdogan, dapat memerintah tidak sampai setahun, akhirnya kerajaan tumbang.
Kalau begini episodnya, bermakna benarlah saranan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang mencadangkan penubuhan kerajaan campuran antara Umno dan PAS di Perak. Klik di sini
Kalau saranan Mufti Perak itu diikuti tidak perlulah PAS Perak menandatangani Perjanjian Pangkor II yang akhirnya tumbang dengan sendiri
1 ulasan:
LOMPAT PARTI TAK BERETIKA, ANTARA SUMPAH MUBAHALAH DAN AKUAN BERSUMPAH - MARI LIHAT GELAGAT ANWAR!sudilah layari http://pure-hadharist.blogspot.com
Catat Ulasan