Berikut adalah terjemahan artikel tulisan Rev Dr.Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches ( Majlis Gereja-gereja Victorian ), terbitan The Victorian Unity Newsletter ( Council of Churches ). Artikel asal bertajuk, "Current Issues: Dialogue of Civilisations..."
Anwar Ibrahim bersama the Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), Mr Malcolm Thomas, Presiden the Islamic Council of Victoria, Professor Camilleri, dan Dr Michális Michael,dari Centre for Dialogue Research Fellow
Dato'Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.
Pada hari Jumaat, 21 Julai, Dr. Anwar Ibrahim ( panggilan yang diberi )memberikan ucapan di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai "Dialog Peradaban".
Beliau amat berkelayakan untuk menghuraikan theori pergeseran Antara Tamadun-Tamadun' oleh Samuel Huntingdon.
Di dalam forum tersebut, Anwar menceritakan mengenai didikan Islam yang ketat oleh masyarakat Melayu yang membentuk kepercayaan dan identiti agamanya (" Saya tidak minum arak walaupun semasa berada di Melbourne "), dan juga mengenai minatnya terhadap sastera barat. Beliau baru saja kembali dari Persidangan Shakespeare sebagai penceramah dasar dan sudah mampu untuk memetik kata-kata Daante, Akhmatova dan Tagore dengan fasih.
Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca korpus Shakespere sebanyak empat setengah kali, " dan jika Perdana Menteri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali ".
" Saya bertanya kepada Brutus mengapa beliau membiarkan Mark Antony berkata-kata? Sebelum ini, saya tertanya-tanya mengapa Hamlet bertafakur sekian lama tanpa apa-apa tindakan, namun apabila berada dipenjara, saya memahami keadaan tersebut," kata beliau.
Mesej yang cuba disampaikan oleh Dr. Anwar Ibrahim adalah ringkas: idenditi kita sebagai manusia tidak boleh diasing-asingkan. Kita memerlukan rasa rendah hati untuk mengakui bahawa diri kita adalah sebahagian dari tradisi budaya yang hebat, lebih hebat daripada tradisi yang tertentu dan kita memainkan peranan dalam proses pembinaan kematangan insan.
" Mengapa tidak kita - Muslim, Kristian, Hindu, Budha- menjadi matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan yang merangkumi nilai, budaya-mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukanlah tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing."
Anwar, dalam mengenal pasti apa yang beliau lihat sebagai kegagalan pemerintahan dalam kebanyakan negara-negara Islam juga menyamakan situasi kritikal tersebut dengan keengganan neo-con untuk mempercayai keserasian Islam dan demokrasi.
" Anda tidak boleh memaksa demokrasi ke atas rakyat, tetapi keangkuhan kuasa telah menyebabkan berlakunya penolakan terhadap suara hati yang mempunyai dimensi spiritual dan laungan untuk keadilan dan hak samataraf bagi kedua-dua jantina, walaupun kadang kala ia muncul dalam panggilan yang asing seperti rundingan dan kerjasama ".
Memetik kata-kata mendiang Herb Feith, Anwar Ibrahim berkata bahawa demokrasi berpelembagaan telah diterima sebagai sesuatu yang tulen kepada Negara-negara Islam.
Apa yang diperlukan sekarang ialah galakkan yang berterusan dengan kesabaran untuk menuju kearah undang-undang dan kebebasan badan kehakiman bagi Negara-negara Islam.
Apabila ditanya mengenai penggunaan kuasa secara beretika, Anwar Ibrahim menjawab bahawa itu adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk menerapkan pengaruh yang baik semasa berada didalm kerajaan.
" Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."
Dr. Anwar Ibrahim juga memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir di atas kedudukan Australia dalam Asia, dan mengalu-alukan rakyat Australia untuk melihat kita sebagai sebahagian dari Asia dan dalam masa yang sama, tidak menafikan warisan kebudayaan Kristian dan Eropah.
" Australia dan New Zealand harus menjadi sebahagian dari kumpulan itu ", bukan sebagai entity yang berasingan, tetapi sebagai komuniti antarabangsa dalam era kebangkitan Asia"
Anwar Ibrahim bukanlah seorang secularist. Dia adalah pembela kepada kepercayaan dan nilai agama di dalam dunia yang menuju kearah globalisasi. Hanya dengan cara ini, sebagai jawapan kepada persoalan, bolehkah trend kehidupan kini yang menitikberatkan wang dari kualiti kehidupan diubah sebaliknya. Dia berkata " Saya seorang yang optimis. Saya percaya pada kekuatan, kebijaksanaan dan kebaikan rakyat ".
Begitulah buah pandangan daripada Rev Dr. Duncan Reid Presiden Majlis Gereja-gereja Victorian, Australia iaitu pandangan seorang paderi kepada 'muslim moderate', Anwar Ibrahim bahawa Anwar bukan secularist tetapi seorang yang amat percaya persefahaman antara agama, terutamanya Muslim, Kristian dan Yudaisme ( Yahudi ).
Sebab itulah Anwar berani berkata " Sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka." Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.
Majlis pula dianjurkan oleh Majlis Gereja-gereja Victoria, Majlis Islam Victoria dan Pusat Dailog peradapan di La Trobe University (Universiti Kristian?) dimana Mr. Malcolm Thomas pula jadi wakil Majlis Islam Victoria.
Tetapi dalam CSID ( organisasi pengkalan Anwar di US ) walaupun mengguna nama Islam ( Centre Study Islam & Democracy ) tidak semua yang berada didalam organisasi tersebut semuanya Islam, terdapat ramai yang beragama Kristian dan Yahudi adalah majoriti.
Misalnya, Carl Gershman ( Yahudi/penaja ); Antony Sullivan (K ristian/Naib Pengerusi CSID ); Robert Schadler;Tamara Son; Aly Abuzakuk;Louis J. Cantori; Svend White etc..
Adakah wakil Hindu dan Buddha di program anjuran Majlis Gereja-gereja Victoria Australia itu? Walaupun kemungkinan besar tidak ada, tetapi Anwar masih sebut dailog antara agama, Muslim, Kristian, Hindu dan Budhha dan jika di Malaysia, selalu dicanang oleh Bar Council yang ditaja oleh KAF untuk mewujudkan Interfaith council (IFC).
Adakah Anwar pelopor IFC antarabangsa?
Daripada petikan artikel tulisan di atas, berapa peratuskah ucapan Anwar mengambarkan Islam sebenar? Seolah-olah yang digambarkan oleh paderi tersebut bahawa Islam adalah campuran membaca Al Quran dan Shakespere serta diadun dengan falsafah-falsafah Barat.
Adakah Islam harus memetik kata-kata dari Daante, Akhmatova, Tagore, Brutus, Mark Antony, Herb Feith, Samuel Huntingdon..?
Begitu juga adakah Islam juga membicarakan tentang politik dan keburukan orang lain. Benarkah Islam begitu rupa yang cuba disampaikan oleh Anwar di dalam majlis tersebut dengan hanya membaca Al-Quran dan Shakespere, melupakan Hadist sahih semasa Anwar berada di penjara?
Apa maksud Anwar mengatakan "neo-con untuk mempercayai keserasian Islam dan demokrasi"? Adakah Anwar akan membuktikan tuduhan itu tidak benar dan jika Anwar berjaya membuktikan bahawa Islam serasi dengan demokrasi, adakah neo-con ( Yahudi ) akan bertepuk tangan dan memuji-muji Anwar?
Anwar mengata kehidupan Muslim harus tidak terasing dan mesti mengeratkan hubungan antara agama antara satu sama lain? Tetapi kata-kata itu bersifat retorik kepada realiti sebenar dunia Islam? Bagaimana kehidupan Muslim di Israel, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Thailand, Filipina, Afganistan, Iraq dan negara yang terdapatnya umat Islam yang telah menjadi permainan pihak Barat terutamanya Amerika?
Daripada ramai tokoh ulama Muslim yang berwibawa di Australia atau di seluruh dunia, kenapa Gereja Victoria memilih Anwar dari Malaysia yang sanggup mengulangi Shakespere sebanyak 4 kali dan tidak Al-Quran berkali-kali?
Apakah bermaksud gereja Victoria hanya mengiktiraf Anwar sebagai 'ulama Islam' (?) yang hanya mengulangi Shakespere lebih tinggi ilmu daripada Dr.Yusof Qardawi atau ulama-ulama lain di Malaysia yang menghafal, menterjemah, mengamal, mengajar Al-Quran?
Adakah Shakespere lebih menjadi panduan pegangan hidup Anwar sebagai seorang mukmin yang bakal layak menjadi tok guru, ustaz atau ulama bagi kepimpinan PAS oleh kerana mereka lebih percayakan muslihat Anwar dalam memimpin Malaysia!!
Wallahuallam...
sumber - belantan.blogspot.com
Artikel lain berkaitan :
1. Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy ?
2. Kalimah ALLAH Majalah Kristian : Anwar Ibrahim sudah beri lampu hijau
3. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama
4. “Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim
5. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim
6. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..
7. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?
8. Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim
1 ulasan:
Nak tahu pasal apa? Sebab diorang dah redha dengan perjuangan saudara kita ni. Dalam al Qur'an Allah dah bagi jawapan.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka . Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. al Baqarah ayat 120
Kalau mereka membenci dan tidak menyokong kita, itu tandanya kita dilandasan yang betul. Jika mereka suka dan puji melangit kepada kita, itu tandanya ada sesuatu yang tidak kena dengan kita. Dan itu tandanya kita sudah menjadi lembu-lembu yang dicucuk hidung oleh mereka..
Catat Ulasan