MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Feb 2009

MB Perak hadap Sultan...



MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin melambaikan tangan kepada wartawan ketika keluar dari Istana Kinta, selepas mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah Ipoh, hari ini. Mohamad Nizar dipercayai memaklumkan baginda mengenai perkembangan semasa politik negeri itu khususnya berkaitan desas-desus perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN berkenaan kini menghadapi tuduhan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah

MB Perak hadap Sultan...


PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar pagi tadi telah menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.

Sivakumar dalam kenyataan satu perenggan yang difakskan kepada Bernama berkata surat rasmi itu telah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah pada pukul 8 pagi tadi.


Ahmad Adli ketika dihubungi mStar Online juga mengesahkan yang beliau telah menerima pemakluman daripada Speaker hari ini.


"Saya telah memanjangkan kepada Ibu Pejabat (SPR) sebentar tadi," kata beliau ketika dihubungi di Ipoh.


Bagaimanapun kata beliau, tindakan susulan berhubung pemakluman tentang kekosongan kedua-dua kerusi Behrang dan Changkat Jering akan ditentukan oleh Ibu Pejabat.


Semalam, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN di rumah beliau pada 5.45 petang semalam.


Bagaimanapun, kedua-dua wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam tadi menafikan kenyataan Sivakumar bahawa mereka telah meletak jawatan berkuatkuasa sertamerta.


Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum tahun lepas.


Menyentuh mengenai kesahihan kedudukan kedua-dua kerusi itu berikutan penafian oleh Jamaluddin dan Mohd Osman, Ahmad Adli berkata beliau menyerahkan kepada Pengerusi SPR untuk membuat keputusan tersebut.


"Memandangkan hari ini cuti umum di Putarajaya (sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan), saya jangkakan keputusan akan dibuat esok mengenai kedudukan keduadua kerusi itu," katanya.


Ketika ditanya sama ada beliau turut menerima surat daripada kedua-dua ADUN berkenaan, Ahmad Adli memberitahu: "Saya juga ada menerima salinan surat mereka (kedua-dua ADUN)."


Bagaimanapun beliau enggan memaklumkan kandungan surat berkenaan.


"Saya cuma menerima salinan surat, yang mereka hantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri... jadi saya tidak boleh menyatakan kandungannya... anda boleh tanya Speaker," kata beliau lagi.


Isu itu berbangkit berikutan kerajaan negeri tidak dapat mengesan Jamaluddin dan Mohd Osman sejak 26 Januari lepas.


Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengadap Sultan Perak pada kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Kinta.


Beliau dipercayai berjumpa dengan Sultan Perak bagi membincangkan isu Jamaluddin dan Mohd. Osman.


Mohammad Nizar kelihatan meninggalkan istana tersebut pada pukul 10.25 pagi namun beliau enggan ditemu ramah wartawan.


Bernama melaporkan, Nizar yang menaiki kereta rasmi barunya Toyota Camry bernombor plet AGS 10 hanya mengucapkan 'terima kasih, kita jumpa pada lain kali' kepada seorang jurugambar yang merakamkan gambarnya yang sedang melambai tangan kepada para anggota media.


Terdahulu, pada majlis "executive talk" oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din untuk kakitangan kerajaan negeri di Bangunan Darul Ridzuan di sini, Mohammad Nizar enggan menemui pihak media yang menunggunya sejak awal pagi dan telah bergegas keluar pada pukul 9.45 pagi untuk mengadap Sultan Perak.


Pada pilihan raya umum ke12 Mac lepas, Jamaluddin mengalahkan calon BN, Datuk M. Ramasamy, dengan majoriti 1,027 undi manakala Mohd Osman menewaskan calon BN, Datuk Mat Isa Ismail, dengan majoriti 1,102 undi.


Jamaluddin memperolehi 6,771 undi berbanding Ramasamy yang mendapat 5,744 manakala Mohd Osman memperolehi 9,411 undi berbanding Mat Isa 8,309 undi.


Kedua-duanya kini menghadapi tuduhan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah.


Perbicaraan kes berkenaan akan bermula di Mahkamah Sesyen di sini selama tiga hari bermula 10 Februari ini.


Ketika ini, Pakatan Rakyat Perak mempunyai 32 Adun termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lalu, manakala BN dianggotai 27 ADUN.

sumber - Mstar.online

Tiada ulasan: