MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Feb 2009

Kenapa isu lompat Parti ditimbulkan Anwar?




Kenapa isu lompat Parti ditimbulkan Anwar?


Tinjauan pendapat seantero blog :

1) Ana terbaca laporan Anwar menempelak Dolah sebagai 'kongkalikong'. Itu biasalah. PM flip flop kita selalu berubah-ubah keputusan.


Kenyataan Anwar pula menunjukkan pendirian dia berubah-ubah juga. Dialah pelopor dan pakar lompat parti (dan politik wang). Dari zaman Sabah diambilalih UMNO hingga lepas Mac 8hb, semua Anwar berperanan.

Orang yang berubah-ubah fikiran disebabkan bodoh atau pelupa. Melayu kan mudah lupa.


Tak tahu pulak Anwar sudah pelupa. Kalau Anwar pelupa sekarang ini, ia mesti dari kesan dulu-dulu. Adakah dulu-dulu itu masa Anwar bergelora masa dalam asrama di MCKK (atau diajuk orang MC Gay Gay) kah?


Nampak gaya lepas kes sodomi Februari 5hb ni.


Husin rasanya bila bicara mula, tak lama dia masuklah balik. Itu yang banyak wayang Hindustan Anwar tak henti-henti sejak tercetus pengakuan Saiful.
-http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/



2) Kemasukan secara tiba-tiba ADUN Bota, Dato Nasaruddin Hashim ke dalam PKR menguatkan spekulasi bahawa CIA telah bantu Anwar beli calon-calon BN.


Dikhabarkan Anwar telah hubungi tujuh ADUN BN di Perak, tetapi yang bersetuju untuk melompat hanyalah ADUN Bota. Anwar beri jaminan ada tiga ADUN BN lagi akan melompat.


Di Negeri Sembilan, cerita sama juga berlaku. Dikhabarkan tiga ADUN BN akan melompat ke PKR. Khabarnya, jika tiga ADUN ini melompat, PR akan boleh membentuk kerajaan dan seorang Menteri Besar dari PKR akan dipilih, berkongsi kuasa dengan DAP.

Sekali lagi Anwar berperanan di sebalik pembelian calon-calon itu.
-http://umnolawanpas.wordpress.com



3) Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mewujudkan mementom bagi alih perhatian orang ramai terhadap kes dakwaan liwat yang mula dibicarakan minggu depan dengan isu pemimpin UMNO lompat sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Bekas Setiausaha Politiknya, Mohd Ezam Mohd Nor cukup yakin dua kes tersebut antara dua perkara amat ditakuti Ketua Umum PKR itu selain peralihan pimpinan pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas perhimpunan agung parti itu akhir Mac ini.


Menurutnya, Anwar terdesak dan terpaksa menarik lebih awal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasarudin Hashim ke dalam partinya bagi memujudkan mementom tersebut.
-http://www.agendadaily.com/


Analisis Kumbang..

Tinggal 2 hari lagi perbicaraan Kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim akan disambung. Seperti biasa perhatian rakyat terhadap kes liwat Anwar ini akan dialihkan kepada satu isu lain.

Seperti yang diucapkan GAP sebagai 'divert' yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.


Perkara ini pernah terjadi pada 1 Julai 2008. Di mana beberapa hari selepas laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari. Beliau pernah berkata pada ketika itu akan mengumumkan kemasukkan 4 orang ahli parlimen BN ke dalam PR. Tetapi amat malang sehingga ke hari ini. 4 orang itu tiada. 30 orang pada 16 september pun tiada.

Ke mana mereka pergi? Mungkin tertinggal di Taiwan.


Divert yang paling cantik bagi Kumbang adalah Pilihanraya Kecil Permatang Pauh di mana Anwar membayangkan akan membentuk kerajaan jika dipilih sebagai ahli parlimen.


Kenapa Kumbang kata PRK Permatang Pauh sebagai 'divert' paling cantik?

Kumbang pernah diberitahu seorang rakan bahawa perletakkan jawatan Wan Azizah sebagai ahli parlimen dan PRK Permatang Pauh tiada di dalam agenda politik Anwar Ibrahim pada ketika itu.

Adakah pendapat rakan Kumbang ini betul?

Jika betul, kenapa Wan Azizah perlu letak jawatan?


Jawapan paling mudah ialah 'divert' yang dilakukan Anwar tentang isu tuduhan liwat beliau .

Jika ada pilihan raya Anwar dengan mudah dan bersahaja akan berkata ' ini semua taktik BN untuk menang pilihan raya', walaupun Najib sanggup bersumpah pada ketika itu dan Anwar pula tidak tahu bila.


Kini isu lompat dimainkan lagi dimulakan dengan keluarnya adun Bota daripada BN.
Kenapa tiba-tiba adun Bota keluar BN pada saat ini?

Di saat hanya beberapa hari menjelang perbicaraan melibatkan Anwar.


Yang pasti 'divert' Anwar pada kali ini berjalan lancar kerana beliau tahu krisis kepimpinan PKR Perak mungkin berlaku kerana 2 adun memang berkeinginan untuk keluar parti disebabkan mereka tidak disokong oleh kepimpinan PKR di dalam kes rasuah melibatkan mereka, apatah lagi kemasukkan adun Bota dalam PKR berkemungkinan mencabar kedudukan mereka pada pendapat Kumbang.

Apa yang Anwar dapat?

Anwar akan memainkan isu ini dan menyalahkan BN kerana kononnya menyogok adun-adun mereka.


Nah, tahniah diberikan kepada Anwar kerana 'divert' kali ini berjaya kerana orang UMNO dan BN sendiri pun sudah tidak ada nafsu mengulas isu kes liwat Anwar. Mereka hanya menumpukan isu lompat-melompat ini daripada isu yang mampu untuk menolak Anwar terus daripada politik Malaysia jika dibuktikan bersalah iaitu tuduhan liwat yang dikenakan ke atas beliau.

Kumbang mohon dan merayu kepada mereka supaya sedar sekarang.


Kumbang cuma mahu keadilan diberikan kepada Saiful Bukhari sebagai seorang rakyat Malaysia. Kumbang merasakan parti yang bernama Parti keadilan Rakyat tentu arif dengan soal keadilan ini.

Justeru itu PKR perlu melayan Saiful ini seadil-adilnya. Tetapi apa yang berlaku, mahkamah belum bersidang Saiful sudah diterajang dengan makian-makian oleh ahli dan penyokong PKR.

Di saat itu, Kumbang terfikir. Adakah Parti Keadilan Rakyat ini hanya sekadar pada nama sahaja?

BN buat semua salah.
PKR buat semua betul.
Keadilankah itu?


Kumbang tidak sabar untuk menantikan perbicaraan ini. Peguam nombor 1 Malaysia, Sulaiman Abdullah mewakili Anwar walaupun Anwar mengatakan pada umum yang pendakwaraya tiada kes.

Pelik bukan? Peguam terhebat di negara kita mengendalikan perbicaraan yang tiada kes bersama 8 orang yang lain.


Apa-apa pun kita tunggu dan lihat. Kata orang tiada angin pokok takkan bergoyang.


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber - analisisringan.blogspot.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Medan Info turut mengulas isu sama di blognya..
http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/02/kecoh-di-perak-anwar-yang-untung.html