MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Jul 2009

Liwat : Bahasa 'muka' Anwar


Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

Selepas kembali dari Amerika Syarikat, kali pertama, rakyat dapat melihat wajah Anwar secara live adalah pada 15 Julai 2008, ketika dia berdebat dengan Ahmad Shabery Cheek, di Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, anjuran Agendadaily yang turut disiarkan oleh Astro dan TV9.


Semasa saya menyaksikan secara terbuka di kedai mamak, dengan skrin besar, ramai yang tertanya-tanya, kenapa wajah Anwar nampak 'keruh' dan tangan yang 'kurus' ketika dia sedang memberikan aksi semasa debat itu.

Aksi dan wajah Anwar dapat ditonton secara terbuka selepas 18 hari, bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukahri membuat laporan polis (28 Jun 2008), bahawa di diliwat oleh majikannya (Anwar) di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Ini bukan kali pertama, rakyat bercakap mengenai perubahan wajah Anwar. Pernah, ketika melawat di hospital, saya membawa akhbar tempatan yang memaparkan wajah Anwar, (ketika itu bekas pembantunya membuat laporan polis dan wajah Anwar dipaparkan), seorang wanita yang berada di hospital (tidak saya kenali) berkata;

"Kenapa wajah Anwar nampak 'teruk'", katanya sambil mengintai akhbar yang saya sedang baca. Saya terdiam, tidak menjawab apa-apa sapaan wanita secara spontan itu.

Ketika mula-mula kes laporan polis oleh Saiful Bukhari (28 Jun), saya antara rakyat Malaysia yang terkejut dan tidak percaya, Anwar masih meneruskan perkara yang sama (meliwat), kerana dia pernah dihukum penjara kerana kes yang sama pada tahun 2000.

Saya berdiam diri dan seperti tidak percaya dengan dakwaan bekas pembantu peribadinya itu. Tetapi 'keyakinan' saya berubah selepas 15 Ogos 2008, apabila bekas pembantunya itu bersumpah laknat dengan menyebut lafaz 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', di Masjid Wilayah Persekutuan, dengan ditemani oleh bapanya, Azlan Mohd Lazim dan ahli keluarganya, disaksikan imam masjid itu, Ramlang Porigi serta beberapa iman lain pada 6.15 petang.

Setakat yang saya faham dalam Islam, seseorang yang ikhlas dalam menyatakan dakwaannya benar, dia sanggup melafazkan kalimah 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi' secara lafaz terbuka. Apatah lagi lebih menyakinkan saya apabila Saiful Bukhari menyebut secara terang dan jelas, disaksikan oleh ramai pihak;

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut :“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”


Saya makin was-was dengan Anwar Ibrahim, apabila dia berdolah dalik dan seterusnya enggan bersumpah. Kenapa dia enggan bersumpah ? Susah sangat ke bersumpah ?

Itu turning point kepada saya untuk terus mencurigai Anwar. Betulkah dia tidak meliwat seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya? Kalau betul apa penanda arasnya, kerana 'bersumpah' yang dianggap boleh membersihkan imejnya pun ditolak?

Kalau Anwar menolak semua; siasatan polis, ujian DNA, bersumpah dan masuk mahkamah, apa maknanya. Itu lebih mencurigakan.

Saya tidak pasti berapa ramai rakyat biasa seperti saya yang mula mencurigai Anwar, atas faktor enggan bersumpah.

Setakat yang diketahui dengan perbualan kawan-kawan terdekat, faktor keengganan Sumpah Anwar menjadi faktor besar yang masih kelabu sampai ke hari ini.

Dari sehari ke sehari semua perwatakan Anwar mula diperhati. Matanya, keningnya dan paling mustahak adalah raut wajahnya.

Baru-baru ini, Anwar menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Anwar dijemput sebagai tetamu kehormat, memandangkan Selangor di bawah PKR dan Anwar pula penasihat umum PKR.

Kebanyakan yang hadir adalah kakitangan kerajaan negeri yang kebanyakannya wanita. Ketika Anwar muncul di atas pentas, mereka boleh tatap wajah Anwar secara dekat.

Ketika itu kedengaran bisik-bisik di kalangan wanita, yang kehairanan berkenaan perubahan wajah Anwar. Kenapa wajah Anwar semakin 'kusut' seolah-olah kehilangan 'nur keimanan'. Wajah nampak 'kering' dan 'hilang seri'

Satu ketika dahulu, ketika dalam ABIM ramai memuji 'kejernihan' wajah Anwar dan ramai wanita tergila-gilakannya kerana 'kerjernihan' dan kekacakan. Tetapi hari ini, wajah Anwar semakin 'keruh', 'kering' dan 'wajah yang menyembunyikan sesuatu'.

Sepatutnya, sebagai bekas Presiden ABIM, wajah Anwar akan terus menjelmakan 'kejernihan' kerana semakin banyak amal soleh, tetapi berlaku sebaliknya.

Anwar, 62 tahun, tidaklah terlalu tua, tetapi tidaklah terlalu muda. Sepatutnya umur sebaya itu, lupakanlah hasrat untuk menetap di Amerika Syarikat, walaupun di sana banyak 'burung-burung berkicauan'.

Anwar menceritakan pengalamannya di Amerika Syarikat dan menyanyikan lagu, 'burung-burung berkicauan'.

Sepatutnya umur seusia itu, lebihkan masa untuk ulang-alik ke Mekah untuk bermuhasabah diri. Tidak perlu lagi berulang alik ke Mekah semata-mata menghadiri seminar Amerika Syarikat yang ditaja oleh Yahudi.

Kalau semua duit hasil pendapatan didapati semua dari sumber Yahudi yang akan jadi darah daging, akhirnya akan terserlah ke wajah jua.

Benar, Anwar sekarang sudah kaya, kereta besar, rumah besar, body guard ramai, pembantu khas ramai, tetapi kalau hasil duit itu berpunca dari sumber yang dicurigai, apa untungnya kepada negara.

Rumah Anwar di Bukit Segambut bernilai 7 Juta. Kondominium sulit Anwar di Damansara bernilai puluhan ribu. Memang Anwar banyak duit, tetapi wajah Anwar tidak dapat menipu rakyat Malaysia

Cuba hayati wajah-wajah terbaru Anwar di media, hayati dan nilai sendiri wajah Anwar.


sumber - Cyber1Trooper

Artikel lain berkaitan :

. Apabila Saifuddin Nasution kata Anwar masuk Sungai Buloh..

. Jika Anwar bersungguh mahu gugurkan kes..maknanya ada kes!

. Anwar : Meliwat di Malaysia, minta pertolongan Amerika Syarikat

. Anwar berusaha gugurkan kes ?..Sebabnya bukti kuat..kesan air mani..

. Kes liwat : Politiking barisan peguam bela faktor Anwar tewas ?

. Menjelang 1 Julai : Usaha keras Anwar gugurkan kes liwat!

. Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan ?

. Pendakwa miliki bukti kuat..rakaman CCTV ?

. Kes liwat : Anwar kehilangan sokongan ulama ?


2 ulasan:

bzz berkata...

cuba bandingkan dengan seteru sejatinya yg usianya tua lebih 20 tahun. Siapa yg lebih cerita dan berseri...

Unknown berkata...

Walaupun seterunya dah semakin tua,tetapi wajahnya tetap jernih & ceria. Muka anwar tak tau nak ckp mcm mana...tapi memang menggerunkan kalau tengok.sapu krim muka awet muda paling mahal pun belum tentu dapat kembalikan semula raut wajahnya masa dlm zaman ABIM dulu.Huhu..