MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Jul 2009

Apabila Saifuddin Nasution kata Anwar masuk Sungai Buloh..



Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui oleh G Manimaran, wartawan Mstar online semalam (30 Jun) secara jujur mengakui kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan dimasukkan sekali lagi ke penjara Sungai Buloh, akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Kami telah membincangkan pelbagai senario ketika kes Anwar akan didengar bulan depan (8 Julai). Salah satu senario ialah Anwar akan menghuni semula di Sg. Buloh" kata Saifuddin.

Ini pengakuan jujur dari Pengarah Pilihan Raya PKR, yang sebelum ini telah mengadakan mesyuarat khas pimpinan tertinggi dan biro politik PKR untuk membincangkan masa depan parti dan Anwar Ibrahim.

Daripada pengakuan jujur ini, jelaslah Saifuddin Nasution juga di antara aktivis PKR yang percaya Anwar meliwat Saiful dan bakal didapati bersalah serta dimasukkan semula ke penjara Sungai Buloh, tempat yang pernah dihuni oleh Anwar satu ketika dahulu kerana kesalahan menyalahgunakan kuasa dan meliwat.

Pengakuan ini senada dengan pengakuan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri sebelum ini semasa diinterbiu oleh akhbar Sinar Harian.

Bagaimana hebat pun, kita sediakan pasukan pembelaan tetapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka risiko (kalah) tetap berada di situ,” kata Nurul Izzah.

Pendapat Saifuddin hampir sama dengan pendapat Nurul Izzah, dari segi ketidakpercayaan kepada kebolehan peguam bela yang menjadi jurucakap kepada Anwar.

Walaupun Saifuddin telah menyatakan tentang ketidakupayaan peguam bela Anwar, tetapi perbincangan yang menjurus kepada meletakkan Anwar semula ke penjara Sungai Buloh, sudah mencerminkan, kekalahan psikologi peguam-peguam Anwar, kerana Anwar bakal didapati bersalah meliwat Saiful.

Sepatutnya, jika Saifuddin atau Nurul Izzah, yakin tidak melakukan 'perbuatan itu' serta mempunyai alibi (orang yang boleh mengesahkan Anwar tidak berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang dituduh), prasangka negatif untuk Anwar kembali ke Sungai Buloh tidak akan timbul.

Bermakna sudah ada 'lope hole' dalam kes Anwar. Pertama, Anwar kelihatan takut bersumpah laknat dan kedua, keyakinan yang kuat daripada aktivis-aktivis PKR sendiri, seperti Saifuddin Nasution, Aminah Abdullah dan Nurul Izzah bahawa Anwar bakal masuk semula ke penjara Sungai Buloh.

Sama ada Anwar sedar atau tidak, 'lope hole' pertama iaitu Anwar takut untuk 'bersumpah laknat' dengan menyebut kalimah Allah, 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', telah banyak menghilangkan sokongan umum kepada Anwar.

Benar, walaupun Anwar tidak bersumpah dan Saiful bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Anwar tetap menang sebagai ahli parlimen Permatang Pauh. Tetapi wajarkah kesan sumpah dinisbahkan kepada kemenangan pilihanraya.

Adakah kesan sumpah boleh dinilai dalam masa sebulan ? Mungkin kesannya berbulan-bulan selepas itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tetapi yang pasti tiada siapa yang dapat mengetahui qada' dan qadar Allah Azawajalla.

Misalnya, walaupun Anwar merancang 16 September 2008 (selepas menang Permatang Pauh), dia akan menjadi PM pada tarikh itu, takdir Allah menentukan bahawa angan-angan itu hanya tinggal khayalan semata-mata. Kata Haji Hadi, Presiden PAS, 'angan-angan Mat Jenin'. Adakah ini boleh dikaitkan dengan kesan sumpah Saiful ?

Tiada siapa sangka juga selepas Anwar menang di Permatang Pauh, PAS berpecah dua, terbahagi kepada jalur Erdogan (dikaitkan dengan Anwar) dan jalur ulama (yang ingin menjauhkan PAS daripada pengaruh Anwar). Malah dalam muktamar PAS baru-baru ini, sesiapa sahaja calon PAS yang dianggap sebagai proksi Anwar terutamanya Husam Musa, ditolak secara tegas oleh perwakilan PAS. Maknanya nama calon yang dikaitkan dengan Anwar amat tidak popular di kalangan perwakilan PAS. Adakah ini juga dikaitkan dengan kesan sumpah Saiful ?

Sebab itu tidak adil mengaitkan ketidakberkesan sumpah Saiful dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, seperti tidak adil mengaitkan apa yang berlaku dalam PAS sekarang faktor sumpah Saiful.

Tetapi, sebagai Islam, kita percaya Allah Maha Mengetahui, pada setiap perancangan dan pelaksanaanNya. Kita tidak tahu kesan sumpah itu mengetuk pintu hati setiap pengundi Melayu yang tidak berparti untuk tidak mempercayai lagi retorik Anwar. Kita juga tidak tahu, kesan sumpah Saiful itu menyebabkan Anwar ditakdirkan sekali lagi menjadi penghuni Sungai Buloh. Kita semua tidak tahu qada dan qadar Allah Subhanawattala.

Sepatutnya 'prasangka Anwar bakal masuk ke dalam' tidak wajar bermain di minda aktivis-aktivis PKR. Sepatutnya kalau benar, Anwar tidak meliwat, semua aktivis PKR akan mempertahankan Anwar habis-habisan. Orang yang tidak bersalah perlu dipertahankan, kecuali sudah diketahui 'orang itu' bersalah, maka benteng-benteng pertahanan akan menjadi lemah, dan akhirnya ragu-ragu untuk mempertahankan lagi kesalahan itu.

Misalnya, dalam rakaman video yang pernah diucapkan oleh Nurul Izzah, ketika wartawan bertanyakan ke mana Anwar pada 26 Jun 2008, Nurul Izzah mencelah kepada wartawan itu, mendakwa Anwar bersamanya dan keluarganya.

Kalau benar, dakwaan Nurul Izzah, bermakna Nurul Izzah adalah alibi yang kuat untuk mengesahkan, Anwar tidak meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Tetapi semasa hujah bertulis peguambela Anwar dalam usul untuk menggugurkan kes, tiada pun hujah alibi sepertimana yang disebut oleh Nurul Izzah. Kalau benar hujah Nurul Izzah kuat kenapa tidak dimasukkan hujah ini sebagai hujah yang paling kuat ? Kenapa digugurkan hujah ini ? Adakah dakwaan Nurul Izzah sekadar retorik politik yang tidak relevan di mahkamah ?

Jadi apabila Saifuddin sudah meramalkan Anwar bakal menghuni sekali lagi di Sungai Buloh, sudah menandakan satu hukuman Allah ke atas Anwar.

Walaupun, Nasruddin Tantawi, ketika diwawancara oleh Malaysiakini, berkenaan isu liwat Anwar, Ketua Dewan Pemuda PAS itu pun, seolah-olah meramalkan keadaan yang sama, walaupun dia turut berdoa agar kejadian itu tidak berlaku. Kita pun tidak tahu apa sebenarnya yang bermain di minda dan hati Ketua Dewan Pemuda PAS yang tidak diucapkan secara lisan dalam bentuk kata-kata.

Anwar masuk kembali ke Penjara Sungai Buloh ? Hanya Allah yang akan menentukan segala-galanya.

sumber - cyber1trooper


4 ulasan:

Blog Politik Mahasiswa-Pemikiran Maharaja Zhou berkata...

Assalamualaikum AIDC, cik kiah n semua,

Sekadar pendapat.

Berdasarkan video klip Sukma yang disiarkan tempoh hari, nyata dan jelas bahawa tabiat Anwar ini bermula selepas 2 tahun selepas mengenali Sukma.Selama 2 tahun,mereka berdua hanya melakukannya secara oral sahaja, tetapi apabila masuk tahun kedua, perbuatan oral bertukar menjadi liwat.

Ini berdasarkan andaian tidak mengambil hukum qazaf.Cerita yang disampaikan oleh Sukma adalah meyakinkan dan tidak dibuat dan direka sepontan ataupun mengikut skrip.

Oleh itu, jika benar Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu, perbuatan ini terjadi di zamannya hampir-hampir mutaakhir sewaktu memegang jawatan sebagai TPM.

Mungkin ketika itu, Anwar berasa puncak kuasa sudah di depan mata,jadi apa jua berlaku walaupun sebesar mana dosa dan khianat,Anwar tidak kisah kerana menganggap dirinya orang paling berkuasa di Malaysia tetapi lupa selain dunia, akhirat juga ada.

Tanpa Nama berkata...

Anwar atau Non akan menghuni semula di Sg. Buloh" kata Saifuddin atau Afut panggilan biasa padanya.

Inilah menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah swt dapat juga membuka pekong yang ada.

Akhirnya Afut sendiri bersuara NON akan ke Sungai buluh semula.Apakah ada yang memaksa Afut bersuara? Tidak! Semuanya telah ditetapkan oleh Allah swt.Kebenaran akan terserlah jua.


NON dan seangkatan Politik mereka termakan sumpah Saiful…termasuk PAS yang turut menerima padahnya..
Tanda tanda awal NON dan kuncu kuncu politiknya termakan sumpah pembantunya..

-PKR kian porak peranda dengan retetan Skandal pemimpinnya….satu pesatu..

-Non mula..menyisih penyokong2 setianya..menganti dengan penyokong2 yang akan membawa rebah politiknya..

-Negeri-negeri dibawah kekuasaan mereka ada yang telepas begitu saja…

-ulamak ulamak politik mereka mula di cerca oleh sekutu-sekutu mereka sendiri.

- sejak mereka berkuasa..keamanan memimpin negeri tidak pernah ada…
-Bala Allah swt senantiasa mengitip perilaku sumbang mereka…


- Kian terselah kepincangan pemimpin bertaraf ulama mereka..berbicara mengikut rasa..


- pemimpin bertaraf Ust dan ulama..dengan selamba menolak hukum yang ada.
- Negara Islam sudah rela ditukarkan ganti dengan Negara kebajikan..


-Rakyat kian membuka mata dengan kepincangan pemimpin2 yang disanjung mereka.


-Terserlah pemimpin bertaraf ulamak mereka sendiri menolak seruan Allah swt..
-Parti yang dulunya solid dengan perjuangan Islam serta dianggotai oleh umat Islam kini sudah bercampur aduk dan diisi dengan cina dan India…


-Ludah yang kerap diluah kelangit dulu..kini sudah menimpa batang hidung sendiri..


-Politik mereka kian merekah …menunggu belah saja.
- Fahaman Assobbiyyah kian bercambah dan subur dalam jiwa pemimpin2 mereka.


-Lidah lidah pemimpin mereka kian tidak mampu lagi dijaga dan dipelihara dengan kata2 keji dan cerca..yang Allah swt sendiri tidak suka..


-Dan akhir sekali AMANAT agung ulamak mereka..memakan diri dan seluruh politik mereka.

Tanpa Nama berkata...

Sama ada Anwar sedar atau tidak, 'lope hole' pertama iaitu Anwar takut untuk 'bersumpah laknat' dengan menyebut kalimah Allah, 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', telah banyak menghilangkan sokongan umum kepada Anwar.

Apakah Anwar atau Non yang pernah dianggap sebagai pemimpin al-khalifah oleh ahli-ahli PAS malah Subki Latif sendiri dalam bukunya pernah menamakan Anwar atau Non anak kelahiran Tok Kon berdarah asli UMNO sejak kecil ini sebagai ganti Ust Mohd Asri untuk menerajui PAS kerana idealisme dan prisip perjuangannya kini..takut untuk menyebut kalimah Allah swt semata-mata untuk membukti kebenaran?

Apakah hari ini akan terbukti lagi buat kedua kalinya..kebenaran kata kata sesetengah pemimpin ABIM yang bertidak menjauhkan diri daripada ABIM dulu menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi..kerana ANWAR atau Non mudah dibeli? Dan pada 1998 apa yang dijangka benar-benar belaku?
Jika dulu Anwar mudah dibeli BN.

Kini Anwar lebih mudah lagi diperdagangkan oleh Amerika dan sekutunya?

Apa bezanya Anwar ditahun tahun sebelum 1998 bersama UMNO kini bersama Amerika dan sekutunya?

Dulu UMNO hanya membeli Anwar .Dan Hari ini, Amerika memperdagangkan idealism dan prinsip perjuangannya!


Jika dulu Anwar dibeli UMNO untuk diberi pangkat dan kuasa untuk membela bangsanya…dan hari ini Amerika memperdagangkan idealism dan prinsip perjuangannya untuk memartabat padanya “Bapa pemodenan Islam Dunia” bukankah terbukti pendapat sesetengah pemimpin ABIM dulu yang ANWAR anak kelahiran Tok Kun ini “mudah di beli”?


Hari ini sudah terbukti untuk kedua kalinya Anwar dibeli lagi tapi bukan UMNO atau BN lagi atau pun PAS yang Anwar sendiri tidak sudi bertuankan dengan mereka kerana mengguna kepala lutut panduan politik jumud mereka.

Tetapi hari ini Anwar menawarkan dirinya pada Amerika yang setanding dan setaraf dengan idealism perjuangannya…bukan PAS yang hanya dijadikan anak tangga untuk mencapai cita-citanya.

Bukan setakat PM yang Anwar gilakan seperti PAS gilakannya..
Tapi “Bapa Pemodenan Islam Dunia”! sedarkah PAS? atau masih tepinga2 dengan politik Anwar?

Itulah hala tuju dan cita-cita anak kelahiran Tok Kun ini yang sinonim dengan panggilan NON oleh rakan sekampungnya juga berdarah penjual nasi kandar asal usulnya..bukan sekadar darah keturunan UMNO saja.


Hari ini cita-cita dan keazamannya terkunci dan tertutup rapat selama ini hingga sukar dihidu oleh sesiapa maupun rakan politiknya yang rapat ia itu PAS.Inilah betapa liciknya Politik dan tingginya impian anak kelahiran Tok To’ Kun ini…


Jadi tidak hairanlah jika PAS pernah membuat tuduhan…

“Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO,kerana keengganan Anwar menyertai PAS”


Hari ini benarkah tuduhan PAS itu? Anwar kecewa dengan UMNO? Dan enggan menyertai PAS?

Anwar tidak setolol PAS! Malah inilah buktinya PAS mengguna kepala Lutut untuk berpolitik..tetapi tidak mengguna akal seperti yang dimaksudkan oleh Anwar dalam siri ceramahnya di serawak satu masa dulu.

Bila PAS mengganggap Anwar kecewa bersama UMNO..PAS juga lupa dan lalai Anwar juga sekali gus meletakkan politik PAS lebih rendah tarafnya dari politik UMNO.

Disinilah peluang yang ditunggu2 untuk Anwar mempekudakan PAS.

Apakah hari ini PAS sedar? Siapa yang sebenarnya yang kecewa? PAS atau Anwar?


Sebenarnya PAS perlu merasa lebih kecewa dari Anwar bila UMNO tidak bersama Anwar tetapi..bukan Anwar!


Kerana hari ini kegagalan Anwar besama UMNO..PAS menuju kehancuran prisip dan perjuangan asalnya.

Hari ini PAS sudah KAFIR setaraf UMNO yang dituduhnya dulu.

Unknown berkata...

Wsalam saudara MaharajaZhou,

Terima kasih kerana kesudian & kelapangan melontarkan komen2 bernas di sini.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara. Anwar sedaya upaya menutup keaibannya,tetapi...tiada siapa yang mampu lari dari kuasa Allah. Satu persatu akan terbongkar dengan sendirinya.

Sama-samalah kita tunggu hari kebenaran itu nanti