MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Jul 2009

Pandangan peguambela Anwar tentang bukti-bukti kes liwat



Oleh The Unspinners

Dengan laporan perubatan tidak menyatakan adanya kesan luka atau tanda tembus, adakah bermakna pendakwa tiada bukti untuk dakwa? Kalau mengikut jalur hujah peguambela, tidak ada asas kuat untuk kes ini tanpa laporan perubatan. Mereka percaya pihak pendakwaraya tidak mempunyai bukti DNA.

Pada mereka, bukti video CCTV tidak cukup kuat kerana hanya membuktikan Anwar berada di tempat itu dan belum membuktikan perbuatan meliwat. Kalau ada rakaman audio yang jelas semasa perbuatan liwat, mungkin ada kekuatan bukti. Bukti-bukti video dan audio boleh dipersoalkan dan dinafikan.

Namun begitu, perkara sebenar yang menjadi kerunsingan Anwar adalah bukti-bukti tersebut boleh merosakkan kerjaya politik Anwar. Ini yang dirisaukan dan ini yang cuba dielakkan oleh pasukan peguambelanya.

Beberapa peguam telah dihubungi dan rata-rata mereka mengatakan pengesahan laporan perubatan tidak semestinya perlu untuk membuktikan berlakunya liwat.

Seorang peguam berpendapat seks anal tidak semestinya meninggalkan kesan melecet atau luka. Najis yang kadang-kadang kala keras boleh membolosi keluar tanpa meninggalkan kesan luka. Pelincir seperti KY Jelly mengelakkan friction yang boleh menyebabkan melecet dan luka. Ini tidak memberi asas supaya kepastian laporan perubatan itu wajib.

Menurut seorang peguam lain, mahkamah sudah ada asas untuk meneruskan perbicaraan tanpa laporan perubatan yang membuktikan. Bukti lain berupa saksi dan kesan forensik boleh menjadi pengganti laporan perubatan. Difahami dari media bahawa pendakwa sudah mempunyai sekurang-kurang 20 orang saksi dan bukti video.

Kata seorang peguambela yang agak terkenal, bukti yang boleh menjejaskan pembelaan Anwar adalah bukti dari perbuatan yang sama di tempat-tempat lain. Bukti-bukti sedemikian boleh menguatkan hujah Anwar seorang homoseksual atau kewujudan peristiwa liwat paksaan.

Seorang peguam berpendapat jika ada pihak dapat membuktikan kemaluan situduh tidak besar, peguambela boleh berhujah bahawa laporan perubatan tidak berapa releven untuk kes ini. Besar mana anu Brader Anwar? Hospitak telah buat ukuran.

Apakah bukti-bukti yang ada pada pihak pendakwaraya untuk mendakwa Anwar? Itu yang peguambela mahu tahu dan orang ramai tidak mahu diketahui.

sumber - the unspinners


Tiada ulasan: