MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jun 2009

Anwar berusaha gugurkan kes ?..Sebabnya bukti kuat..kesan air mani..



Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

Ramai yang hairan kenapa Anwar beriya-iya mahu gugurkan kes liwat, hinggakan buat dua petisen serentak dalam masa seminggu (10-17 Jun 2009). Macamlah 8 Julai, dunia akan kiamat bagi Anwar ?

Anwar arahkan peguamnya (SN Nair), arahkan PKR (Tian Chua), sebarkan segera desakan gugurkan kes, hujahnya 3 doktor lapor doktor kata tiada kesan tusukan di dubur Saiful..sebarkan video puaka Rosmah, sebarkan cepat-cepat sebelum 8 Julai.. di Malaysiakini, Suara Keadilan, TV Antara dan semua blogger-blogger

Kenapa Anwar terlalu panik, takut, meroyan, sasau dan seangkatannya, kalau boleh hari ini, esok, lusa perlu bertindak, sebarkan desakan gugurkan kes sampai sampai ke tarikh 8 Julai.

Ini sudah jadi seperti "mr jeckle dan mr hyde". Satu wajah Anwar (di depan orang ramai), Anwar bangkit dengan gagah berani, 'Saya berani ke mahkamah, saya akan patahkan hujah-hujah Saiful..saya tak bersalah'. Tetapi dalam satu wajah Anwar yang lain (di depan peguam dan inner circle PKR), Anwar dengan nada bengis, 'Pastikan kes liwat ini gugur pada 8 Julai nanti, lakukan psywar besar-besaran, ceramah, media, internet.. pengaruhi minda rakyat, bahawa saya tak bersalah..saya tak mahu masuk mahkamah, nanti semua pecah tembelang..'

8 Julai..kes gugur..kes gugur, kata Anwar. Itu hanya kata Anwar dan barisan peguambela yang dibayarnya. Bagaimana pula kata pendakwaraya ? Bagaimana pula kata hakim yang Anwar tidak suka menatapi wajahnya di kandang 'orang kena tuduh' ?

Bolehkah kes itu gugur, hanya berdasarkan permohonan Anwar yang berasaskan 'bukti tiada tusukan objek tumpul di punggung Saiful?'

Cukupkah hujah itu untuk menggugurkan kes ?

Bagaimana pula dengan bukti sampel DNA dan bukti kesan air mani Anwar yang terdapat di dalam laporan doktor HKL itu ? Kenapa Anwar memperbesarkan hujah 'tiada kesan objek tumpul' tetapi menyembunyikan fakta terdapat bukti DNA dan sampel air mani ?

Kalau bukti DNA dan sampel air mani tidak kuat, kenapa Anwar failkan satu petisen di mahkamah pada 10 Jun 2009, memohon dengan kadar segera semua bukti original DNA dan sampel air mani.

Begitu serius permintaan Anwar ini, hinggakan terpaksa difailkan di mahkamah. Kalau tidak serius, sudah tentu tidak perlukan satu petisen khas di mahkamah.

Persoalannya, kalau terlalu serius, memohon semua dokumen itu, apa alasannya? Dulu Anwar kata, dia tidak terlibat, dia ada alibi yang mengesahkan dia tidak berada di tempat kejadian, tetapi sekarang, kenapa Anwar tidak berhujah menggunakan menggunakan fakta ALIBI dalam justifikasinya untuk menggugurkan kes ?

Kenapa pula Anwar berhujah menggunakan laporan doktor 'tiada kesan tusukan' ? Itu bukan hujah yang kuat. Hujah yang kuat adalah ALIBI (tetapi Anwar tidak menggunakan hujah ini), DNA dan Kesan air mani.

Seperti kata Anwar, laporan doktor mengesahkan 'tiada kesan tusukan di punggung Saiful, tetapi bukankah dalam laporan sama menyebut terdapat kesan air mani Anwar di dalam dubur Saiful ?

Anwar kena jawab bab air mani itu. Benar tiada kesan tusukan, tetapi mengapa pula terdapat kesan air mani Anwar di dalam dubur Saiful ?

Betul seperti kata blogger The Unspinners;

"Cuba kita pikiaq skit. Kalau Anwar guna KY Jelly, kemungkinan perbuatan liwat itu tidak meninggalkan kesan fizikal. Pasal kita bukan buat dan guna benda-benda macam ini, kita carilah maklumat.

Menurut Wikipedia, KY Jelly adalah alat pelicin peribadi bagi kegunaan antara lain, seks anal atau liwat. Articlesbase sini pula beritahu kaedah penggunaan yang betul boleh mengelakkan berlaku luka dan koyak pada kulit.

Anwar ni kata dia sendiri prihatin terhadap rakyat. Katalah dia guna KY Jelly supaya pasangannya tidak cedera. Pastilah tidak ada kesan. Tetapi adakah bermakna perbuatan liwat tidak berlaku?"


Sekarang mari kita berfikir secara rasional.

1. Saiful Bukhari - seorang rakyat biasa, bekas pegawai peribadi Anwar membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mengaku diliwat oleh majikannya (Anwar) di di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008. Dia telah beri kerjasama sepenuhnya, terpaksa bersabar hampir setahun menunggu keputusan mahkamah yang ditangguh-tangguh akibat kerenah Anwar dan barisan peguam belanya. Dia telah bersumpah dengan nama Allah menyebut kalimah 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi' bahawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya (Saiful dan jika saya(Saiful) berbohong maka Allah akan laknatkan dirinya hingga kiamat.

2. Pihak pendakwaraya - 4 orang diketuai oleh Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun, dibantu oleh Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Hanafiah Zakaria dan Timbalan Pendakwa Raya Shamsul Sulaiman.

Pihak pendakwaraya telah meneliti semua dokumen-dokumen yang mensabitkan Anwar terbabit dengan kes liwat Saiful. Semua dokumen-dokumen telah dibuat cross check untuk menyemak sejauh manakah kesahihannya, apabila semuanya telah disemak dengan teliti, maka 4 orang pendakwa raya itu, berpuas hati dan yakin memenangi kes itu berdasarkan bukti kuat. Pihak pendakwaraya memilih berdiam diri dan hanya menggunakan saluran mahkamah untuk menegakkan kebenaran.

3. Pihak peguambela - 9 orang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, Sivarasa Rasiah (PKR), Leela Jeyamani Jesuthasan, S.N. Nair(peguam peribadi Anwar), Edmund Bon Tai Soon(Bar Council), Saiful Izham Ramli(PKR), Amer Hamzah Arshad(Bar Council), Latheefa Beebi Koya (PKR) dan Mohd Radzlan Jalaludin.

Semua peguam bela Anwar adalah tokoh baru yang tidak berpengalaman dalam kes liwat (kecuali Sulaiman Abdullah dan SN Nair). Memilih pendekatan 'media trial' (perbicaraan di media) dan kalah berhujah di dalam mahkamah. Peguam Anwar membuat bising di media internet (malaysiakini) dan antarabangsa, untuk mewar-warkan kepada orang ramai.

4. Anwar Ibrahim - Menggambil pendekatan 'media trial' mewar-warkan dirinya tidak bersalah di dalam ceramah, media tempatan dan luar negara, tetapi tidak gemar dan memohon pengecualian untuk tidak hadir ke mahkamah. Dia enggan bekerjasama dengan polis, hospital, mahkamah dan enggan bersumpah laknat dengan menggunakan nama Allah.

Anwar dan adik angkatnya (Sukma Darwaman) pernah didakwa meliwat bekas pemandu isteri Anwar, Azizan Abu Bakar pada tahun 1999. Keputusan hakim pada tahun 2000 menjatuhkan hukuman bersalah, Anwar di penjara 9 tahun dan Sukma di penjara 6 tahun kerana bersuhabat dengan Anwar.

Pada 2004, mahkamah membebaskan Anwar kerana masalah teknikal, walaupun ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang meneliti rayuan Anwar mengakui terdapat aktiviti homoseksual antara Anwar, Azizan dan Sukma.

Kata para hakim rayuan "We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

Jadi beradasarkan 4 watak di atas, sudah jelas lagi bersuluh, bahawa Anwar bakal menjejakkan kaki sekali lagi ke Sungai Buloh, sebab itu dia beriya-iya mahu kes digugurkan..

Kalau masuk sekali lagi ke Sungai Buloh, jangan lupa banyakkan muhasabah diri dan taubat nasuha..

Sebab sebelum ini, apabila masuk ke Sungai Buloh, Anwar makin tersasar dari agama..maklumlah 4 kali khatam "Shakespeare"

sumber - cyber1Trooper


Artikel lain berkaitan :

. Kes liwat : Politiking barisan peguam bela faktor Anwar tewas ?

. Menjelang 1 Julai : Usaha keras Anwar gugurkan kes liwat!

. Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan ?

. Pendakwa miliki bukti kuat..rakaman CCTV ?

. Kes liwat : Anwar kehilangan sokongan ulama ?




1 ulasan:

Blog Politik Mahasiswa-Pemikiran Maharaja Zhou berkata...

Assalamualaikum kawan2 aidc,

Boleh publish report HUKM yang kata ada kesan air mani tak kat AIDC?Tak pun kenyataan akhbar, atau apa2 maklumat sahih pasal perkara ini.

Hujah "No Penetration" oleh Dr Osman dari Pusrawi mmg tgh digunakan oleh pena'sub Anwar merata2.Hujah KY jelly sounds sensible..