Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub
Sekurang-kurang pada Mac 2008, Anwar Ibrahim dan barisan peguambelanya sudah tahu perbicaraan kes liwat akan dijalankan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pada 1 - 24 Julai. Walaupun sudah diberitahu tiga bulan lalu, namun Anwar masih lagi membuat aturan jadualnya ke luar negara, Amerika Syarikat dan negara sekutunya.
Seperti kata pengadu, Mohd Saiful Bukhari, Anwar dilayan dengan pelbagai keistimewaan termasuk kelonggar penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira faktor kehadirannya ke Parlimen; jaminan bon peribadi dimana wang jaminan Anwar TIDAK perlu didepositkan dan paspot antarabangsanya tidak ditarik balik sebagaimana yang berlaku ke atas kes-kes janayah yang lain.
Rakyat Malaysia mungkin boleh memaafkan, jika kelonggaran diberikan kepada Anwar untuk menghadiri sidang parlimen. Barangkali untuk menyuarakan suara masyarakat pengundinya, Permatang Pauh, tetapi rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam tidak boleh memaafkan jika Anwar menyalahgunakan keistimewaan yang diberikan untuk kembali bekerja sebagai ejen Amerika Syarikat.
Untuk apa Anwar bertanding di Permatang Pauh, jika Anwar masih menyimpan hasrat menjadi pencacai Amerika Syarikat. Benar seperti kata Dr Bakri Musa, warganegara Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat, sepatutnya dari dulu lagi (2005), Anwar tidak memilih menceburi bidang politik, sebaliknya Anwar pilih untuk terus menetap di Amerika Syarikat, sebagai salah seorang tenaga pelaksana Amerika menghubungkan ke dunia Islam.
Dr Bakri pun sudah kata peranan Anwar ketika itu sudah sama dengan Anwar Sadat, bekas Presiden Mesir yang mati dibunuh kerana bercita-cita mahu menghubungkan dunia Islam dengan Israel.
Dengan kelonggaran pasport yang diberikan kepadanya, Anwar terus menerus menjelajah ke dunia barat, menjejaki sahabat-sahabat baratnya, termasuk Madeline Al Bright, Michel Camdessus, Al Gore, Richard Armitage, Carl Gershman, James Wolfensohn, William Cohen dan ramai lagi yang berstatus Zionis Amerika.
Dengan pasport itu juga, Anwar memuji-muji Presiden Barack Obama di Doha, Qatar mahupun di Paris. Pujian ke atas dasar luar Obama, meskipun Presiden Amerika Syarikat tidak mengundurkan tentera di Iraq, meningkatkan bilangan tentera di Afganistan, serta menyokong penubuhan negara Israel yang sah dalam cadangan 'two state solution'.
Bersimpatikah rakyat Malaysia, jika Anwar menggunakan pasport kebebasannya untuk melobi Presiden Obama bagi mendapat kepentingan peribadinya, sanggup menjual agama dan negara, semata-mata untuk mendapat sokongan Amerika Syarikat?
Bersimpatikah rakyat Malaysia, jika Anwar menggunakan pasport kebebasannya semata-mata untuk beliau terbang ke Amerika Syarikat untuk merestui dasar Presiden Obama mengiktiraf Isarel sebagai sebuah negara sah ?
Itulah perwatakan sebenar Anwar Ibrahim, bukan PM, bukan Menteri Luar Malaysia, malah tiada siapa mengiktiraf peranannya, tetapi dia sendiri tergila-gila meletakkan peranannya seolah-olah dialah 'PM' Malaysia.
Sistem demokrasi mana yang nobatkan Anwar sebagai 'PM' ?
Sebelum Anwar terus menerus 'menggila' dengan mendakwa dirinya PM Malaysia, Anwar perlu menjawab satu persoalan asas : Betul atau tidak anda (Anwar Ibrahim) meliwat pekerja anda (Mohd Saiful Bukhari Azlan) di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008 ?
Soalan ini soalan paling asas patut dijawab oleh Anwar, sebelum terus menerus mendakwa diri anda sebagai PM, kerana jika benar anda meliwat, rakyat Malaysia tidak mahu berketuakan seorang homoseksual sebagai PM mereka?
Walaupun slogan anda, 'Harapan Baru untuk Malaysia', tetapi rakyat Malaysia tetap menolak seorang gay menjadi PM, kerana kaum Luth ini telah diberi ancaman keras di dalam Al Quran.
Persoalan ini amat penting, kerana anda mempunyai rekod tidak bersih, 10 tahun lalu, di mana anda telah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isteri anda, Azizan Abu Bakar. Anda telah dijatuhi hukuman penjara selama 9 tahun pada tahun mulai tahun 2000, dan anda dibebaskan secara teknikal pada tahun 2004.
Walaupun anda bebas, tetapi semua hakim berpendapat anda telah meliwat Azizan Abu Bakar. Jadi imej anda sebagai peliwat masih kekal sehingga ke hari ini. Bersihkan dulu imej ini, sebelum ALLAH makbulkan cita-cita anda untuk menjadi PM.
Sebab itu bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin mencabar anda, kalau benar anda tidak meliwat, bangkit dan bangun bersumpah Mubahalah untuk membersihkan diri anda.
"Sudah lama (10 tahun), kita (rakyat Malaysia) tunggu sumpah ni", cabar bekas Mufti Perlis itu, tetapi walaupun dicabar anda masih memberi pelbagai alasan yang menunjukkan anda memang melakukan perkara itu.
Anwar menolak nasihat ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Mufti Wilayah Persekutuan, Yang Dipertua YADIM dan Ketua Pengarah JAKIM.
Anda masih ingat Haji Nakhie Ahmad, bekas ABIM, bekas Naib Presiden PAS yang sekarang ini menjadi YDP YADIM ?
Ketika kes 1998, ustaz Nakhie lah antara orang yang berada di barisan hadapan membaca doa selamat kepada anda, ketika polis menangkap anda di kediaman rasmi anda. Kenapa apabila kes liwat disabitkan sekali lagi ke atas anda pada tahun 2008, ustaz Nakhie turut mencabar anda supaya bersumpah dengan menyebut lafaz 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', anda tidak meliwat Saiful Bukhari Azlan ?
Tetapi cabaran-cabaran ulama tempatan anda sisihkan, sebaliknya anda berbangga apabila sahabat-sahabat Amerika anda bertalu-talu memberi sokongan kepada anda.
Ini adalah senarai sahabat anda di Amerika yang telah menyokong anda :
1. Tom Casey , Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat
2. Condoleeza Rice, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat
3. Lorne Craner, President of the International Republican Institute (IRI)
4, Kenneth Wallock, President of the National Democratic Institute (NDI)
5. Senator Joe Biden, Naib Presiden Amerika Syarikat
6. Simon Zadek, Chief Executive Accountability
7. Michel Camdessus, bekas Pengarah Urusan & Pengurus IMF
8. James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia
9. Johns Esposito dan John Voll, dari Georgetown University
Untuk apa, anda menerima bulat-bulat nasihat dan pandangan sahabat-sahabat Zionis anda di Amerika dan menolak pandangan ulama tempatan?
Mereka tidak tahu apa yang anda lakukan di Malaysia dan kalau mereka tahu sekalipun anda adalah seorang homoseksual beradasrkan pengalaman anda menetap di Amerika Syarikat selama dua tahun (2005-2007), mereka tidak mempedulikan kegiatan seks luar tabii anda, kerana Amerika Syarikat mengiktiraf kegiatan homoseksual dan perkahwinan sejenis.
Jadi untuk apa sebenarnya anda merintih dan merayu mendapatkan kebenaran pasport untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan Zionis Amerika ?
Anda sudah tidak percaya ulama tempatan, tidak percaya lagi dengan keadilan dan hukuman ALLAH ?
sumber - cyber1tooper
Tiada ulasan:
Catat Ulasan