Tan Boon Hwa dan Lee Wya Wing (no 2 & 3) saksi SPRM, 15 Julai 2008
Oleh NTanwar, AIDCclub
Bismillahirahmanirahim, dengan Nama ALLAH, saya ingin bertanya sejujur-jujurnya kepada Tan Boon Hwa saksi terakhir yang mengaku berjumpa dengan Teoh Beng Hock, pukul 6.30/sesudah subuh bahawa :
"Benarkah anda (Tan Boon Hwa) telah memarahi dan bertengkar dengan Teoh Beng Hock di tandas, tingkat 14, pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas jam 3.45, pada 16 Julai 2008"
Pertanyaan ini dibuat kerana terdapat seorang saksi yang telah nampak dan mendengar pertengkaran mereka berdua pada masa dan tarikh yang disebutkan di atas. Saksi tersebut adalah salah seorang pegawai SPRM yang pada masa dan tarikh tersebut, kebetulan juga mahu pergi ke tandas dan mendengar percakapan yang diucapkan dalam bahasa Cina.
Ini merupakan maklumat yang shahih yang diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak boleh diberitahu di sini. Kita mahu Tan Boon Hwa lebih bertanggungjawab dan memberitahu perkara sebenar kepada masyarakat awam berkaitan dengan maklumat ini.
Latar belakang kejadian
Terdapat 4 orang saksi yang telah dipanggil oleh SPRM pada 15 Julai. Pertama bernama Haron, kedua; Teoh Beng Hock, ketiga; Tan Boon Hwa dan keempat Lee Wye Wing.
Haron tamat sesi soalsiasat pada jam 1 pagi (16 Julai) dan dibenarkan pulang. Saksi tersebut telah pulang ke rumahnya.
Tan Boon Hwa masuk ke pejabat SPRM pada jam 8.30 malam, 15 Julai dan tamat soal siasat jam 1.30 pagi (16 Julai) serta dibenarkan pulang. Pegawai SPRM menawarkan diri untuk menghantar Tan pulang ke rumahnya (di Kajang), tetapi Tan menolak tawaran itu dan meminta kebenaran untuk bermalam di SPRM.
Lee Wye Wing masuk ke pejabat SPRM untuk sesi soal siasat pada jam 2.00 pagi (16 Julai) dan tamat sesi soal siasat pada jam 5.00 pagi (16 Julai). Meskipun telah tamat sesi soal jawab pada jam 5.00 pagi dan dibenarkan pulang, Lee minta untuk berehat di bangunan SPRM serta dilaporkan meninggalkan bangunan SPRM kira-kira jam 9 pagi, 16 Julai.
Teoh Beng Hock masuk ke pejabat SPRM pada jam 5.00 petang, 15 Julai dan tamat sesi soal jawab pada jam 3.45 pagi, 16 Julai.
Soalan untuk Tan Boon Hwa :
1. Kenapa selepas jam 2.00 pagi, 16 Julai, meskipun pegawai SPRM menawarkan diri untuk dihantar pulang, tetapi anda menolak, malahan anda meminta izin untuk bermalam di SPRM dan bersedia menunggu sesi kedua soal siasat pada jam 11 pagi, 16 Julai ?
2. Betulkah anda telah berjanji dengan pegawai SPRM bahawa anda akan membawa beberapa dokumen sokongan kepada SPRM semasa sesi kedua soal siasat, pada jam 11 pagi, 16 Julai. Anda dilaporkan telah menelefon isteri anda dan meminta membawa beberapa dokumen dibawa kepada anda untuk diserahkan kepada pegawai SPRM. Namun sehingga selesai soal jawab sesi kedua, pada jam 1.30 tengahari (16 Julai), anda gagal memberikan dokumen sepertimana yang dijanjikan ?
3. Betulkah selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai, anda mengekori Teoh Beng Hock ke tandas, SPRM dan anda telah bertanya apakah soalan yang telah ditanya oleh pegawai SPRM kepada Teoh. Anda dilaporkan telah memarahi Teoh dan bertengar dengannya dalam tandas tersebut. Dilaporkan seorang saksi telah nampak dan menyaksikan pertangkaran anda itu ?
4. Apa yang telah anda lakukan di antara jam 3.45 pagi (16 Julai) hingga jam 10.59 pagi (16 Julai) ketika anda dibebaskan daripada sesi soal jawab, hingga anda masuk semula untuk sesi soal jawab kedua pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengahari, 16 Julai ?
5. Betulkah selepas pertengkaran dengan Teoh, anda telah menelefon beberapa orang lain, selain daripada isteri anda ?
Kematian Teoh
Mendian Teoh ditemui mati di koridor luar Tingkat 5, Plaza Masalam pada jam 1.30 tengahari, 16 Julai. Tetapi berita kematian telah tersebar di internet, jam 11 pagi, 16 Julai. Bermakna terdapat dua versi masa mayat dijumpai iaitu pada jam 11 pagi dan jam 1.30 tengahari
Menurut laporan polis, mendiang mungkin mati sekitar 4-5 jam sebelum ditemui. Sekiranya ditemui jam 1.30 tengahari, bermakna mendiang mati sekitar jam 8.30 pagi atau 9.30 pagi, 16 Julai.
Sekiranya berdasarkan sebaran internet, mayat dijumpai pada jam 11 pagi, bermakna mendiang mati sekitar jam 6.00 pagi atau 7.00 pagi, 16 Julai.
Mayat mendiang ditemui di koridor luar, Tingkat 5, Plaza Masalam. Koridor itu milik syarikat TUAH TANKER SDN BERHAD. Di bawah koridor tingkat 5 itu adalah OLD TOWN WHITE Coffee.
Keterangan Tan Boon Hwa tentang pertemuan dengan Teoh
Tan Boon Hwa telah memberitahu media, bahawa dia berjumpa dengan Teoh selepas Subuh/ sekitar 6.15 pagi, 16 Julai, di pantry, dekat tandas, Tingkat 14 pejabat SPRM. Tan berkata dia jumpa Teoh dan menegur, tetapi hanya menjawab 'uhm' dan nampak keletihan. Selepas itu Tan berkata, dia masuk tandas, apabila keluar tandas, dia dapati, Teoh telah tiada di tempat itu.
Itu kata Tan. Pertama, dia mengakui sebagai saksi terakhir berjumpa mendiang, sekitar jam 6.15 pagi, 16 Julai, di pantry, dekat tandas. Adakah Tan bercakap benar ?
Bagaimana pula dengan saksi yang nampak Tan dan Teoh bertengkar di tandas, bangunan SPRM selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai?
Siapa cakap benar, saksi yang nampak Tan dan Teoh bertengkar di tandas, selepas jam 3.45 pagi atau hanya keterangan Tan yang mendakwa hanya berjumpa di tandas, pada jam 6.15 pagi, 16 Julai ?
Saya mencabar Gobind Singh Deo, membangkitkan soalan "benarkah wujud pertengkaran Tan-Teoh, di tandas, selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai" kepada salah seorang pegawai SPRM yang menjadi saksi kepada insiden itu.
Itupun kalau Gobind berminat untuk mencari punca sebenar kematian, kalau Gobind juga berniat untuk melindungi, atau mahu menyalahkan pihak lain, dia akan menyekat soalan ini dikeluarkan dalam inkues nanti.
Didoakan semoga keluarga Teoh menemui jawapan sebenar kematian anaknya itu.
sumber - NTanwar
Artikel lain berkaitan :
. Isu Teoh : Ada rahsia disembunyikan Tan Boon Hwa ?
. Gobind sudah tahu siapa pembunuh Teoh ?
. Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock
2 ulasan:
Nampaknya kes ini semakin menarik untuk diikuti. Yang jelas Teoh sudah tamat soal siasat/rakaman percakapan dengan SPRM pada pukul 3.45 pagi dan sudah dibenarkan pulang.
Lebih menarik apibila dia di lihat oleh Tan selepas pukul 6.00 pagi.
Mengikut catatan di atas - kematian berlaku antara jam 6.00-9.30 pagi ..
Saya rasa apabila inquest berkesudahan dengan terdapatnya unsur jenayah dan diklasifikasikan semula kepada siasatan di bawah sek 302 kk ... saya yakin KP Selangor sudah tahu siapa yang wajar ditangkap!!!
Bagi saya kes ini sudah boleh dianggap selesai sebaik baik sahaja mereka melakukan tangkapan pertama, kerana sehingga kini sasaran sudah dapat dilihat dengan JELAS!!!
Saya sudah boleh tidur lena!!!!
Tanya gobind jangan tak tanya..
kita kan nak mengamalkan integriti dan memperjuangkan keadilan.
takkan kena parti kita, kita nak campakkan integriti dan keadilan dalam tong sampah.
Catat Ulasan