Oleh NTanwar, AIDCclub
Utusan Malaysia, 30 Julai melaporkan Gobind Singh Deo, peguam pemerhati kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock berkata dua orang saksi yang enggan memberikan sampel DNA pernah datang berjumpa dengannya.
"Saya hanya boleh membuat andaian kerana dua orang datang berjumpa saya hari ini dan memberitahu bahawa mereka disuruh ke balai" kata Gobind
"Seorang daripada mereka adalah Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa, tetapi seorang lagi saya tak kenal," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas prosiding inkues mendiang Beng Hock di Mahkamah Majistret, Shah Alam.
Menurut laporan Utusan Malaysia lagi, selain Tan Boon Wah (yang diandaikan oleh Gobind), seorang lagi yang enggan memberikan sampel DNA kepada polis ialah perunding sebuah syarikat pembinaan (WSK Services bernama Lee Wye Wing).
Sama ada Gobind benar-benar tidak tahu, siapakah dua orang yang enggan beri ujian DNA itu atau pura-pura tidak tahu, tetapi hakikatnya kebanyakan aktivis DAP sudah tahu dan menamakan Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing, sebagai orang yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis. Kedua-dua itu pula merupakan aktivis DAP dan kedua-duanya pula adalah kroni Ronnie Liu !
Tan Boon Hwa adalah aktivis DAP Sungai Long Kajang, seorang kontraktor dan berdasarkan pengaruh Ronnie Liu sebagai Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Selangor, beliau telah melantik Tan Boon Hwa sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang. Klik di sini
Lee Wye Wing adalah aktivis DAP Serdang Aman, seorang kontraktor WSK Services, satu syarikat kroni Ronnie Liu yang banyak mendapat projek-projek daripada Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor. Dana disalurkan oleh Ronnie Liu atas nama pembantu khasnya, Wong Chuan How (Ahli Majlis Tempatan Sepang) dan WSK Services, seterusnya keuntungan projek itu sebanyak 5 % disalurkan semula tabung DAP. Klik di sini dan di sini
Dokumen-dokumen yang berkaitan dengan penyelewengan Ronnie Liu dan WSK Services ini diperolehi dalam notebook Teoh Beng Hock.
Teoh & Tiga saksi SPRM, 15 Julai
Teoh Beng Hock, Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing adalah tiga orang saksi yang dipanggil SPRM pada 15 Julai lalu. Mereka disoalsiasat dalam bilik berasingan dan pegawai SPRM yang berasingan.
Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdul, dalam kenyataan medianya pada 16 Julai lalu :
"Teoh dipanggil ke SPRM Selangor pada pukul 5 petang (15 Julai) untuk dirakam percakapannya bersama tiga lagi saksi (termasuk Tan Boon Hwa). Tiga saksi telah dibenarkan pulang pada sebelah malam kecuali Teoh kerana percakapannya hanya selesai pada pukul 3.45 pagi", katanya.
‘‘Selepas itu Teoh juga turut dibenarkan balik oleh pegawai yang merakam percakapannya tetapi dia minta untuk berehat dan tidur sebentar di ruang tamu pejabat SPRM di tingkat 14 dan kali terakhir dia dilihat di situ ialah pukul 6 pagi", katanya lagi. Klik di sini
Berdasarkan laporan Pengarah Siasatan SPRM semua saksi dibenarkan pulang selepas percakapan dirakam, kecuali Teoh yang habis lewat ada 3.45 pagi memohon untuk tidur di bilik tetamu SPRM hingga jam 6 pagi.
Dikatakan selepas sesi soal siasat Teoh, pada jam 3.45 pagi, pegawai SPRM menawarkan diri untuk menghantar Teoh ke rumahnya, tetapi Teoh menolak dan memilih untuk berehat di bilik tetamu SPRM. Berdasarkan interaksi antara pegawai SPRM dengan Teoh ini menunjukkan Teoh memberi kerjasama sepenuhnya.
Sebaliknya Tan Boon Hwa yang merupakan salah seorang saksi, malam 15 Julai, apabila tamat sesi soal siasatnya, dia diminta SPRM untuk pulang ke rumahnya, tetapi Tan enggan, malah turut memarahi pegawai-pegawai SPRM kerana tidak membenarkannya 'bermalam' di SPRM. Klik di sini
Membaca dua perwatakan saksi ini, sudah jelas sikap mereka. Teoh memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM, sebab itu diberikan kebenaran untuk berehat di bilik tetamu SPRM, manakala Tan pula tidak bekerjasama, malah turut menunjukkan sikap panas barannya dengan memarahi pegawai SPRM, apabila tidak diberi 'bermalam' di SPRM.
1. Mesti terdapat alasan kukuh, kenapa Tan tidak mahu pulang ke rumahnya, meskipun siasatannya tamat lebih awal daripada Teoh ? Apa alasannya ?
2. Di antara Teoh, Tan dan dua saksi lagi, siapakah saksi paling utama SPRM ? Berdasarkan masa soal siasat, Teoh paling lewat tamat, 3.45 pagi, sedangkan tiga orang yang lain, tamat selewat-lewatnya jam 1.00 hingga 2.00 pagi, bermakna Teoh merupakan saksi paling utama SPRM.
3. Siapa empat orang saksi yang disoal siasat malam 15 Julai itu ? Sudah diketahui tiga daripada mereka; Teoh Beng Hock dan Tan Boon Hwa, Lee Wye Wing
dan siapa seorang lagi ? Kalau diikutkan kenyataan inkues, semua saksi telah memberi sampel DNA, kecuali Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing, kenapa mereka tidak mahu bekerjasama ?
4. Keempat-empat mereka dipanggil SPRM menjadi saksi kepada penyelewengan siapa ? Ean Yong Hian Wah (Exco Selangor, Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor) atau Ronnie Liu (exco Selangor yang memegang Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) atau kedua-duanya sekali ?
Teoh saksi utama, rahsia besar dalam notebook
Zaini Hassan, Utusan Malaysia menulis dua rencana mengenai notebook Teoh. Dalam tajuk "Apa ada dalam notebook Beng Hock?" (22 Julai), penulis merumuskan Teoh mulai resah, setelah pegawai SPRM membuka notebook milik saksi. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi 16 Julai. klik di sini
"Difahamkan Beng Hock, yang merupakan seorang pemuda yang bercakap lembut dan kaki buku mulai gelisah apabila komputer ribanya mula dibuka. Ia dikatakan berlaku sekitar pukul 1 pagi. Tidak pasti apa ada dalam komputer itu yang menyebabkan beliau terlalu gelisah. Tapi yang jelas bahan-bahan dalam komputer itu amat penting untuk siasatan" tulisnya.
"Apa sekalipun, isi kandungan dokumen-dokumen yang ada dalam komputer riba itu akan diteliti. Mungkin juga ada maklumat-maklumat penting yang boleh membongkar satu demi satu lagi cerita. Kita tidak tahu apa ada dalam komputer itu, tapi lazimnya sesuatu siasatan polis atau pihak berkuasa lain akan menjurus kepada pelbagai elemen kejutan 'cari benda lain akan terjumpa benda lain'", tulisnya lagi.
Wartawan Utusan Malaysia itu sekali lagi menyorot tajuk yang sama dalam tulisannya pada 29 Julai. Tentu tajuk ini menarik minat penulis hinggakan dia memberi fokus terhadap tajuk ini. Klik di sini
" Kita masih lagi tertanya-tanya apa lagi ada dalam komputer riba Beng Hock itu. Mungkinkah apa yang disiarkan oleh sebuah laman blog hantu http://t4tbh.blogspot.com adalah sebahagian daripada isi kandungan ‘rahsia besar’ yang cuba disembunyikan itu?", tulisnya.
"Jika benar, kita pasti ‘rahsia besar’ itu akan diperhalusi sedikit demi sedikit. Kita mendengar pihak-pihak yang terbabit sudah gabra mengenai hasil yang diperoleh itu"
"Membaca blog dalam Internet, satu komen yang dihantar amat menarik dan boleh diperhalusi oleh para penyiasat. Komen itu bertanya: Penyata-penyata kontrak dan invois yang diedarkan melalui blog hantu itu adakah ia dibuat melalui cek? Kelazimannya urus niaga itu akan dibuat melalui cek. Jika, ya, maka kerja para penyiasat akan lebih mudah. Urusan transaksi melalui bank adalah telus. Walaupun ada pihak yang menuduh semua itu adalah palsu, tapi transaksi bank tidak boleh tipu. Kita tunggu lagi perkembangan seterusnya...", tulisnya lagi.
Blogger The Unspinners turut bersetuju dengan pendapat wartawan Utusan Malaysia dengan menyimpulkan begini;
"Teoh kelihatan cool sepanjang soal siasat, seperti kata pengarah SPRM. Tapi dia tak cerita keadaan Teoh apabila laptop dan dokumen dibuka dihadapannya. Paras rupa Teoh pasti berubah menjadi panik dan cemas bila soalan yang ditanya bertambah hampir dengan kebenaran. Biasalah orang muda yang tak berpengalaman. Dia boleh merasa akan terjebak dan reaksi segera adalah mahu menyelamatkan dirinya dahulu dengan berkerjasama. Dengan tergesa-gesa dia tawarkan akan beri dokumen lain". Klik di sini
Jika diteliti dalam blog t4tbh kandungan artikel, bukti-bukti dokumen kesemuanya menjurus kepada penyelewengan bosnya, Ean Yong dan Ronnie Liu (kawan rapat bosnya). klik di sini dan di sini
"Teoh Beng yang kini mendiang juga terlibat dalam skandal ini juga tetapi setelah dipaksa oleh Ean Yong dan Ronnie Liu. Beliau tidak menyukai apa yang berlaku. Untuk melindungi dirinya, Teoh membuat salinan semua dokumen-dokumen palsu dan syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh DAP. Dan Teoh, kemudiannya menyerahkan hard disk yang mengandungi semua maklumat terperinci tersebut kepada seseorang yang kemudian berazam untuk membongkarkan kegiatan rasuah oleh DAP di Selangor" tulis blog itu. Klik di sini
Jika dipadankan dengan senarai 4 saksi SPRM pula; Teoh - pembantu kepada Ean Yong, banyak tahu tentang kegiatan penyelewengan bosnya kerana posisinya sebagai Setiausaha Politik, tetapi dalam masa yang sama turut menyimpan dokumen-dokumen Ronnie Liu yang merupakan kawan rapat kepada Ean Yong.
Tidakkah berkemungkinan dalam melakukan penyelewengan projek, Ronnie Liu sentiasa berpakat dengan Ean Yong, untuk mendapat naungannya sebagai Pengerusi DAP Selangor ?
Kalau telahan ini benar, bermakna tidak hairan Teoh boleh menyimpan semua dokumen penyelewengan Teoh, kerana Teoh dijadikan kambing hitam untuk melakukan semua penyelewengan Ronnie dan Ean Yong.
Manakala dua saksi lain, Tan Boon Hwa dan Lee Wye Win dikenalpasti sebagai kroni Ronnie Liu. Barangkali saksi ketiga yang belum terdedah namanya lagi juga merupakan kroni Ronnie juga. Dari segi hiraki jawatan Teoh berada dalam kedudukan paling atas, sebagai 'Setiausaha Politik', berbanding dengan saksi lain, hanya ahli Majlis Perbandaran dan kontraktor, bermakna mendiang merupakan saksi utama dan pengakuannya akan memberi impak besar kepada masa depan Ronnie Liu dan Ean Yong.
Apa agaknya tindakan yang dilakukan oleh Tan Boon Hwa yang terkenal sebagai penyokong fanatik Ronnie, apabila mendapat tahu Teoh telah belot dan sanggup menjadi saksi SPRM yang boleh menjejaskan masa depan Ronnie Liu ?
Apakah Tan Boon Hwa ugut, marah, tengking atau melakukan kekasaran kepada Teoh setelah mendapat tahu Teoh telah mengakui semua penyelewengan Ronnie dan bersedia memberikan dokumen-dokumen tambahan untuk menyokong penyelewengan bosnya itu ?
Benarkah wujud pakatan Tan Boon Hwa & Gobind Singh Deo ?
Gobind sendiri mengakui Tan Boon Hwa dan seorang lagi yang tidak dikenali (Lee Wye Win) datang berjumpa dengannya, sebab itu dia dapat mengagak dua orang yang tidak memberi sampel DNA itu adalah dua orang yang pernah berjumpa dengannya.
Persoalannya, bilakah kedua-dua individu itu berjumpa dengan Gobind dan apakah tujuan mereka? Adakah mereka ingin mendapat nasihat perundangan untuk tidak mahu memberi sampel DNA ?
Dari cara keyakinan Gobind memeberitahu media bahawa dua orang yang enggan memberi kerjasama DNA adalah orang yang pernah berjumpa dengannya, membuktikan bahawa Gobind sebelum ini pernah memberi nasihat dan melarang kedua-duanya bekerjasama dengan polis.
Blog t4tbh mengesahkan Gobind telah menasihati kedua saksi itu agar tidak memberi sampel DNA kepada pihak polis. Persoalannya kenapa ? Klik di sini
Persoalan yang lebih menarik, kenapakah dalam masa tidak sama seminggu kematian mendiang, Gobind menggunakan firma guaman bapanya ( Tetuan Karpal Singh & Co) membantu Tan Boon Hwa untuk memfailkan saman pemula kepada SPRM di Mahkamah Tinggi pada 22 Julai dengan mendakwa SPRM telah menahan serta menyoal siasat Tan Boon Hwa secara salah dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai).
1. Sebelum memulakan fail saman, sebagai peguam profesional, adakah Gobind tidak diberitahu oleh Tan Boon Hwa secara terperinci kejadian yang berlaku pada malam 15 Julai dan 16 Julai ?
2. Inikah yang dimaksudkan oleh Gobind individu yang datang berjumpa dengannya untuk meminta nasihat perundangan dan akhirnya terhasil keputusan menyaman SPRM pada 22 Julai ?
3. Adakah benar tujuan saman pemula SPRM untuk melindungi Tan Boon Hwa serta mengalih pandangan masyarakat dengan mengatakan Tan Boon Hwa diperlakukan secara salah dari dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai)
4. Bukankah meletakkan masa tarikh secara spesifik dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai) mempunyai motif tersendiri antara lain untuk melindungi Tan Boon Hwa bahawa dia tidak mempunyai masa bersama dengan Teoh Beng Hock, kerana sepanjang masa itu sudah tercatat dia tiada mempunyai kelapangan kerana disoalsiasat secara 'kejam' oleh SPRM.
Keraguan motif Gobind membantu tan Boon Hwa memfailkan saman pemula ini berasaskan berasaskan beberapa sebab :
1. Tan Boon Hwa hanya memfailkan saman pemula, kesnya berfrofil rendah, memakan masa antara lima hingga sepuluh tahun untuk diselesaikan. Kes ini boleh ditarik oleh pengadu pada bila-bila masa.
2. Tan Boon Hwa tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut sebagaimana kebiasaan saman yang pernah dilakukan sebaliknya meminta mahkamah mengistiharkan satu deklarasi menghadkan kuasa siasatan SPRM hanya di antara 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
3. Kenyataan masa dan tarikh seperti yang difailkan oleh pengadu [dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai)] bertentangan dengan kenyataan SPRM yang menyatakan siasatan ke atas saksi bermula dari jam 8.30 (15 Julai - 2 pagi (16 Julai) dan selepas itu saksi dibenarkan pulang untuk melaporkan diri pada 16 Julai dari jam 11 pagi hingga 1.30 tengahari. Klik di sini
4. Kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Tan Boon Hwa sendiri kepada Malaysiakini dengan mendakwa dia berjumpa dengan Teoh pada 16 Julai, jam 6.00, dekat pantry dalam perjalanan ke tandas. Bermakna Tan merupakan saksi terakhir yang berjumpa dengan Teoh selepas didapati mati sekitar jam 8 - 9 pagi (16 Julai) seperti yang dilaporkan oleh pihak polis. Klik di sini
5. Maka di atas alasan di atas, tidak salah jika dikatakan saman pemula ini dengan masa dan tarikh yang spesifik (walaupun bertentangan dengan kenyataan SPRM) bertujuan untuk melindungi Tan Boon Hwa daripada dianggap sebagai suspek membunuh mendiang Teoh.
Tambah mencurigakan Gobind merupakan individu pertama yang memaklumkan kepada Malaysiakini Klik di sini[sehari sebelum inkues] bahawa dia akan meminta penangguhan inkues sehingga dipersetujui dianjak ke tarikh 5 Ogos. Klik di sini
Lebih diragukan lagi kenapakah Gobind meminta semua dokumen berkaitan dengan bedah siasat mendiang Teoh dan meminta ditangguh selama 10 hari untuk meneliti satu persatu dokumen-dokumen itu ? Klik di sini
Ini merupakan sesuatu yang pelik, kerana sebelum ini DAP termasuk Gobind meminta kerajaan mempercepatkan siasatan dan menuduh pegawai SPRM terbabit dalam 'pembunuhan Teoh'.
Apakah ini juga ada kaitan dengan dua profail DNA yang tidak dikenali di pakaian mendiang ? Klik di sini dan di sini
Adakah Gobind yang mewakili keluarga mendiang dan DAP sudah mengetahui hasil keputusan inkues akan memakan diri sendiri, sebab itu dia minta ditangguhkan?
Sedikit latar belakang tentang Gobind
Gobind Singh Deo adalah seorang peguam, anak kepada peguam terkenal, Karpal Singh yang berjawatan sebagai Pengerusi DAP Pusat.
Gobind pernah mengendalikan kes guaman besar, antaranya menjadi peguambela kepada Sukma Darmawan yang pernah didapati bersalah bersuhabat dengan Anwar Ibrahim melihat Azizan Abu Bakar.
Dalam inkues Teoh, Gobind menjadi peguam pemerhati keluarga mediang Teoh, sekaligus menjadi peguam pemerhati mewakili DAP.
Gobind juga merupakan aktivis DAP dan menjadi ahli Parlimen DAP bagi kawasan Puchong, Selangor.
Sehingga sekarang Gobind merupakan peguam bela kepada Ronnie Liu yang didakwa telah bersubahat dengan pelanggan-pelanggan dan pekerja-pekerja hotel, sengaja menghalang seorang penjawat awam, Penolong Penguatkuasa MPSJ Mohamad Hadzim Zulkapli, 31, daripada menjalankan tugas-tugas jawatannya iaitu menutup Hotel Chile di No. 10, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, berdasarkan peruntukan Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Klik di sini
Pada 2 November 2007, antara pukul 5.30 dan 6.30 petang, Ronnie Liu dan penyokongnya dituduh menghalang Polis dari menyita hotel terbabit yang tidak mempunyai lesen serta menjalankan aktiviti pelacuran. Terdapat 22 orang GRO warga asing ditangkap dalam operasi itu.
Kes ini belum selesai hingga ke hari ini.
sumber - NTanwar
Artikel lain berkaitan :
. Isu Teoh : Ada rahsia disembunyikan Tan Boon Hwa ?
. Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock
Tiada ulasan:
Catat Ulasan