MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Ogo 2009

Isu arak: PAS Selangor beri kata dua kepada MB Selangor

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: PAS Selangor memberi tempoh sebulan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar memberi penerangan lanjut berhubung kawalan kendiri dan mekanisme berhubung isu jualan minuman keras di negeri itu, khususnya di kawasan majoriti penduduk adalah beragama Islam.

Sehubungan itu, PAS Selangor menegaskan, ia akan mengemukakan cadangan-cadangan yang ia fikirkan sesuai jika tiada sebarang kemajuan dalam tempoh sebulan ini.

"PAS Selangor sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh Menteri Besar berhubung kawalan kendiri terhadap jualan arak ini dan memohon agar Menteri Besarmemberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itubeserta mekanisma.

"Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya, maka PAS Selangor akan mengemukakancadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dalam satu kenyataan berhubung pendirian pihaknya dalam isu jualan minuman keras di negeri itu.

Pendirian itu dibuat pada mesyuarat tergempar Badan Perhubungan PAS Selangor, Sabtu lalu.

KENYATAAN PENUHPAS SELANGOR

Pendirian PAS Selangor berhubung isu jual-beli arak di Selangor, PAS Selangor mahukan isu kontroversial melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri Selangor initidak dieksploitasi atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak sama adaindividu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umnodan Barisan Nasional.

Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yangpositif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinanrakyat terhadap isu ini.

Dalam pada itu PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatansendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil oleh parti berhubung isu ini dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengantuntutannya agar segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri ini.

Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah "total ban" ataularangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demimembentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri. Sebaliknya apa yangdituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Menteri Besar sendiri atau mana-mana Exco lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikanoleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebutdidapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

10 Ogos 2009

YB DATUK DR HASAN MOHD ALIPesuruhjaya PAS Negeri Selangor

sumber - mstar

1 ulasan:

anoy-anoy berkata...

dah jelas tentang kelemahan PAS dalam pakatan...mudah gugup bila digertak dap...
sangup ketepikan agama demi survival politik
malangnya bangsaku... ada parti macam ini