MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jul 2009

Isu Teoh : Ada rahsia disembunyikan Tan Boon Hwa ?



Oleh NTanwar, AIDCclub

Melihat gerak geri dan tindak tanduk Tan Boon Hwa, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (kroni Ronnie Liu) membayangkan ada sesuatu 'rahsia' yang cuba disembunyikannya. Tindak tanduknya segera mengadakan sidang media di bangunan SUK Selangor pada 17 Julai (sehari selepas mayat Teoh dijumpai mati di Tingkat 5, Bangunan Masalam) juga turut mengundang tanda tanya.


Walaupun mengakui, dia telah berjanji untuk tidak mendedahkan isi kandungan soal siasat antara dirinya dengan pegawai-pegawai SPRM, tetapi dia memungkiri janji itu dengan mendedahkan 'isi kandungan' soal siasat kepada sidang media di bangunan SUK yang turut dihadiri oleh Tan Sri Khalid dan exco-exco Selangor.

Dalam sidang media itu, Tan seperti seorang aktor, melakukan semula babak-babak yang didakwanya kandungan soal siasat. Sekilas pandang, Tan seperti seorang yang mudah melatah, cepat mengelabah dan panas baran, kerana sepanjang sidang media itu, dia melakonkan pelbagai watak, termasuk berdiri dan meninggikan suara hingga menyebabkan orang yang berada di sebelahnya turut terkejut.




Dalam sidang media itu, Tan mengakui dia berbohong kepada pegawai SPRM dan membuat kenyataan palsu, seperti mengiakan dakwaan pegawai SPRM, walhal dakwaan itu diperbetulkan kemudiannya sebagai tidak benar.

Sepanjang sidang media itu Tan tidak menceritakan sepenuhnya kejadian yang berlaku ke atas dirinya, sebaliknya memfokuskan tuduhannya untuk memburuk-burukkan SPRM dengan mendakwa pegawai SPRM telah bertindak kasar kepadanya.


Menolak beri kenyataan tentang kematian Teoh

Tiga hari selepas ghairah membuat kenyataan media di bangunan SUK, pada 20 Julai, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, membuat kenyataan media menyatakan kekesalannya kerana Tan menolak permintaan untuk memberikan kenyataannya kepada polis yang sedang menyiasat kes kematian Teoh. Klik di sini


"Kita sudah menghubungi Tan tetapi beliau menolak, jika beliau menolak untuk tampil ke hadapan, kita terpaksa menyamannya di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah," kata Ketua Polis Selangor.

Keenganan Tan ini lebih menimbulkan tanda tanya kerana menunjukkan sikapnya yang tidak prihatin dengan kematian Teoh, sebaliknya lebih mementingkan diri sendiri.

Setelah diancam dengan surat saman, pada keesokan hari, 21 Julai, Tan hadir membuat kenyataan di Balai Polis Shah Alam, jam 9 malam. Klik di sini




Menafikan tidak mahu bekerjasama dengan polis

Ketika ditanya oleh wartawan Malaysiakini, kenapa dia tidak mahu bekerjasama dengan polis tentang membantu soalsiasat kematian Teoh, dia berkata tuduhan itu tidak benar. Klik di sini

Tan mendakwa dia terlalu sibuk pada 20 Julai (Sabtu) kerana membuat report polis ke atas SPRM dan tidak mempunyai kelapangan untuk menghadirkan diri ke balai polis untuk membuat keterangan bantu siasatan kematian Teoh.

"Selepas saya buat report polis, saya terus ke Segamat dan kembali semula pada 21 Julai (Ahad). Seterusnya saya terus ke rumah Teoh di Melaka untuk hadiri upacara pegebumian mayat", katanya.

Tan mengakui, pihak polis telah memintanya beri keterangan pada pagi 20 Julai (Sabtu), tetapi dia tidak dapat menghadiri kerana kesibukan.


Failkan saman kepada SPRM

Pada 22 Julai, Tan menfailkan saman kepada SPRM melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co. di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) pada pukul 12 tengahari. Klik di sini

Dia mendakwa SPRM telah menahan serta menyoal siasat secara salah ke atasnya dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai).

Berbeza dengan kebiasaan, seseorang yang menyaman akan menuntut ganti rugi berbentuk wang, tetapi Tan tidak menyatakan jumlah ganti rugi, sebaliknya dia menuntut mahkamah membuat deklarasi bahawa pihak SPRM hanya boleh merekodkan kenyataannya sebagai saksi pada waktu pejabat sahaja. Waktu pejabat yang dimaksudkan adalah mulai pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari dan bukannya selepas tempoh yang ditetapkan.


Persoalan tentang masa & tarikh siasatan di SPRM

Oleh kerana Tan telah failkan saman di mahkamah bahawa dia telah disoalsiasat secara salah dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai) telah memberi gambaran kepada umum bahawa proses siasatan dijalankan sepanjang masa yang disebutkan itu.

Sebaliknya, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdul, dalam kenyataan medianya pada 16 Julai berkata :

"Teoh dipanggil ke SPRM Selangor pada pukul 5 petang (15 Julai) untuk dirakam percakapannya bersama tiga lagi saksi (termasuk Tan Boon Hwa). Tiga saksi telah dibenarkan pulang pada sebelah malam kecuali Teoh kerana percakapannya hanya selesai pada pukul 3.45 pagi", katanya.

‘‘Selepas itu Teoh juga turut dibenarkan balik oleh pegawai yang merakam percakapannya tetapi dia minta untuk berehat dan tidur sebentar di ruang tamu pejabat SPRM di tingkat 14 dan kali terakhir dia dilihat di situ ialah pukul 6 pagi", katanya lagi. Klik di sini

Bermakna, kenyataan siapakah yang benar ? Adakah kenyataan Tan yang mendakwa dirinya disiasat tanpa henti dari jam 8.45 malam(15 Julai) hingga 1.30 tengahari (16 Julai) atau kenyataan Pengarah Siasatan SPRM yang mengatakan semua saksi (kecuali Teoh yang habis lewat) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada malam itu setelah habis siasatan ?

Kalau berdasarkan kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, terdapat tiga orang saksi dipanggil serentak pada malam itu (15 Julai). Teoh, Tan dan siapa saksi ketiga itu ? Kenapa saksi ketiga tidak 'marahkan' SPRM sebagaimana reaksi Tan ?


Mungkinkah ada tujuan tertentu, Tan menyaman SPRM dengan menyebut masa dan tarikh spesifik (walaupun bercanggah dengan kenyataan SPRM)?

Untuk makluman, Tan hanya membuat fail saman pemula dan kesnya boleh ditarik bila-bila masa, sekiranya dirasakan perlu, malah umum mengetahui kes yang berprofail rendah sepertinya memakan masa lima hingga sepuluh tahun dan ketika itu ramai orang telah melupakannya.

Untuk makluman lagi, proses siasatan Tan mempuyai dua fasa. Fasa pertama, dari jam 8.45 malam (15/7) hingga 2.00 pagi (16/7) dan fasa kedua dari jam 11 pagi hingga 1.30 tengahari (16/7)




Kenapa tidak bangkitkan soal SPRM merampas handphone ?

Sebelum ini, berlegar satu tohmahan mengatakan SPRM telah merampas handphone saksi. Tuduhan itu merujuk kepada 'rampasan' handphone Teoh, tetapi kenapakah Tan tidak mendakwa handphonenya juga dirampas oleh pihak SPRM sekiranya benar prosedur siasatan SPRM 'merampas' handphone saksi ?

Menurut blog The Unspiners yang dikutip hasil temubual pekerja-pekerja di Plaza Masalam, tiada prosedur SPRM merampas handphone saksi, Teoh tertidur di bilik tetamu SPRM dan tidak menyedari handphonenya tertinggal itu dan mungkin tercampak di bawah kerusi. Seorang pekerja SPRM sewaktu melakukan pembersihan pejabat terjumpa handphone itu dan menyerahkan kepada pegawai SPRM. Klik di sini

Bermakna saksi seperti Tan bebas menyimpan handphonenya sendiri dan bebas menelefon sesiapa sahaja, sepanjang berada di Plaza Masalam itu.


Teoh dan Tan di SPRM, 16 Julai ?

Kalau berdasarkan laporan SPRM, Teoh datang pada jam 5 petang (15 Julai) dan siasatannya tamat pada jam 3.45 pagi (16 Julai). Namun walaupun dibenarkan pulang selepas masa itu, Teoh mengambil keputusan untuk berehat dan tidur di bilik tetamu SPRM hingga jam 6 pagi (16 Julai). Selepas jam 6 pagi, Teoh sudah tiada di situ lagi.

Manakala Tan pula datang ke SPRM pada jam 8.45 malam (15 Julai) dan siasatannya tamat pada jam 2.00 pagi

Bermakna, Tan dibenarkan pulang ke rumahnya selepas 2 pagi (16 Julai) tetapi kenapakah dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah dan masih berlegar-legar di bangunan SPRM sehinggalah melaporkan diri semula ke SPRM pada jam 11 pagi (16 Julai)?

Apakah tujuannya bermalam di SPRM hingga ke pagi esoknya ? Apakah dia menunggu Teoh yang habis disiasat pada jam 3.45 pagi (16 Julai) ?.

Apakah aktiviti yang dilakukan sepanjang masa dari 2 pagi hingga 10.30 pagi (16 Julai), sementara menunggu melaporkan diri untuk sesi soal siasat kedua ?

Adakah benar, Tan membuat panggilan telefon dan menerima panggilan telefeon daripada Ronnie Liu dan Ean Yong yang berdebar-debar mahu mengetahui apakah yang telah diceritakan oleh Teoh, sebagai saksi utama penyelewengan kedua exco Selangor itu ?

Adakah benar, Tan diarahkan oleh Ronnie Liu dan Ean Yong untuk menunggu dan mengekori pergerakan Teoh ? Klik di sini

Menurut pengakuan yang pernah dibuat sendiri oleh Tan semasa sidang media di bangunan SUK (17 Julai), dia sendiri mengakui bahawa dia merupakan orang terakhir yang berjumpa dengan Teoh, sebelum dijumpai mati jam 1.30 tengahari, 16 Julai.

"Saya jumpa dengannya (Teoh), kira-kira jam 6 pagi (16 Julai) dekat pantry dalam perjalanan ke tandas" katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik di sini

"Saya tegur dia. Dia hanya menjawab 'Umh'. Apabila saya keluar dari tandas, dia sudah tiada. Dia kelihatan letih", katanya lagi.

Benarkah dakwaan Tan ini ? Kalau benar, kenapa dia begitu keberatan untuk bekerjasama dengan polis, sedangkan dia sendiri mengakui, dia merupakan orang terakhir menemui Teoh sebelum ditemui mati ?



Sedikit latar belakang tentang Tan Boon Hwa

Tan Bon Hwa adalah kroni Ronnie Liu yang dilantik sebagai ahli majlis Perbandaran Kajang. Majlis Perbadaran Kajang adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan yang dipengerusikan oleh Ronnie Liu. Klik di sini

Tan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan pelbagai jenis pembekalan termasuk membekalkan bendera kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong. Klik di sini


Dia merupakan aktivis DAP cawangan Sungai Long, Kajang. Seperti yang dilaporkan oleh blog colour-blind.org (kepunyaan Ronnie Liu), Tan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras. Klik di sini, di sini dan di sini




Dalam mengetui Jawatankuasa Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras (Toll Plaza Grand Saga, Batu 11), Tan telah menghasut orang ramai bangun memprotes dan membuka jalan yang pernah ditutup oleh Grand Saga sebelum ini. Hasutan itu menyebabkan orang ramai bertempur dengan pihak polis yang mengakibatkan berlakunya kecederaan. Klik di sini, dan di sini


sumber - NTnwar


Artikel lain berkaitan :

. Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock



Tiada ulasan: