MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Ogo 2009

Inkues Teoh: Kesan tompokan bukan darah manusia

Somchai Chailermsooksant dari Institut Pusat Sains Forensik Thailand, (kiri sekali) dan Ketua Unit Perubatan Klinikal Forensik Institut sama, Dr Triyarith Temahivong (kanan sekali) didatangkan khas oleh kerajaan Selangor sebagai pemerhati dalam prosiding inkues Teoh

Kesan yang ditemui di tangga ke tingkat 15 Plaza Masalam disahkan bukan darah manusia tetapi dipercayai bahan anti-karat.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock berkata, laporan penuh mengenainya akan diumumkan esok.

"Tiga ujian telah dijalankan oleh pakar tempatan dan pakar dari Thailand untuk mengesahkannya," kata beliau.

Gobind berkata, pihaknya melawat semula tempat kejadian untuk membolehkan pakar dari luar negara membuat pemeriksaan di situ.

Beberapa helai benang dan serabut juga ditemui selepas dijalankan pemeriksaan kali kedua di kawasan tersebut hari ini.

Menurut Gobind, satu laporan akan dibuat oleh pakar-pakar tersebut berhubung penemuan terbaru itu.

Kumpulan pakar forensik dan peguam meninjau kembali kesan darah di tingkat berkenaan bagi menentukan sama ada ia milik manusia dalam siasatan inkues kematian Teoh.

Kesan darah itu ditemui Jumaat lalu oleh peguam Teoh dan koroner Azmil Muntapha Abas sewaktu kunjungan mereka ke tempat kejadian, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dan tempat mendiang ditemui di koridor tingkat 5 bangunan tersebut.

Berikutan itu, prosiding inkues hari ini ditangguhkan bagi membolehkan pakar patologi dan forensik memeriksa dua kesan tompokan tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dua pakar forensik dari Thailand adalah antara yang hadir pada prosiding inkues kematian Teoh.

Ketua Unit Tempat Kejadian Jenayah, Institut Pusat Sains Forensik Thailand, Somchai Chailermsooksant dan Ketua Unit Perubatan Klinikal Forensik Institut yang sama Dr Triyarith Temahivong didatangkan khas oleh kerajaan Selangor sebagai pemerhati dalam prosiding inkues itu.

Kedua-dua pakar forensik itu yang bersut lengkap, duduk di barisan belakang galeri awam dalam mahkamah semasa prosiding.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding ditangguhkan pada jam 10.20 pagi, peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata kedatangan kedua-dua pakar itu bertujuan membantu mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai prosiding, dan mendengar keterangan daripada pakar forensik kerajaan nanti.

"Selepas itu, baru kami akan putuskan sekiranya perlu dipanggil pakar forensik patologi dari Thailand, Dr Khunying Porntip Rojanasunan, dan seorang lagi pakar forensik patologi dari Australia," katanya.

Pornthip Rojanasunand, Pengarah Central Institute of Forensic Science, Thailand, merupakan pakar forensik patologi yang cukup terkenal dan pernah menyelesaikan banyak kes-kes pembunuhan di Thailand.

Terdahulu, peguam Tan Hock Chuan yang dilantik mewakili kerajaan bagi membantu prosiding inkues itu memohon mahkamah untuk membenarkan seramai 23 saksi dikecualikan daripada hadir ke mahkamah setiap hari sehingga tiba giliran mereka untuk memberi keterangan.

Antara 23 saksi itu termasuklah wartawan The Star, beberapa kenalan Teoh dan pengawal keselamatan di Plaza Masalam di Shah Alam.

sumber - malaysiakini


Tiada ulasan: