MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Ogo 2009

Kroni Anwar 2 : Azmin Ali

Oleh x pkr

1. Ramai yang sedia maklum betapa berharganya Azmin di sisi AnWAR. Mula menyertai AnWAR sejurus tamat pengajian di Amerika Syarikat. Dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah 1988, namun terus diletakkan di Pejabat Menteri Pendidikan (AnWAR tika itu) sebagai Pegawai Khas.

2. Selepas itu Azmin dilantik sebagai Setiausaha Sulit AnWAR hinggalah AnWAR dipecat dari kerajaan. Ketika zaman AnWAR menjadi menteri, Azmin dilihat amat berpengaruh di pejabat AnWAR. Segala jadual kerja AnWAR diatur oleh Azmin. Semua jemputan kepada AnWAR haruslah melalui Azmin.

3. Azmin mengawal segala hal ehwal AnWAR seolah-olah AnWAR itu haknya. AnWAR pula terlalu memberi muka kepada Azmin hingga mengabaikan ibubapa, isteri dan anak-anaknya. Perkara ini disahkan oleh Dr. Wan Azizah yang sering merungut AnWAR lebih mendengar cakap Azmin dari cakapnya. Semua adik beradik AnWAR juga setuju dalam hal ini w/pun mereka tidak setuju dengan Wan Azizah dalam banyak hal.

4. Meniti era reformasi dan AnWAR di dalam penjara, Azmin mengawal segalanya ehwal peribadi AnWAR termasuk kewangan. Banyak ahli PKR tahu Azmin sering melabelkan Dr. Wan Azizah sebagai ‘kakaktua’ dan mereka sering tidak sependapat. Azmin ‘mengawal’ peguam-peguam AnWAR manakala Wan Azizah boleh terus berjumpa AnWAR di penjara. Hubungan dingin Wan Azizah-Azmin berlarutan hingga kini.

5. Dalam politik dan kekeluargaan, prestasi meningkat Azmin banyak ditunjuk oleh AnWAR. Azmin tidak segan-segan berkempen menyatakan dirinya ‘amat’ diperlukan AnWAR dalam PKR. Dalam keluarga pula, AnWAR rela anaknya naik kelas ekonomi dalam penerbangan tetapi Azmin perlu naik kelas satu atau kelas perniagaan dalam penerbangan. Dalam politik PKR, AnWAR boleh bertolak ansur jika ada rungutan tentang Wan Azizah, tetapi pasti melenting membeliakkan mata kepada mereka yang merungut tentang Azmin!

6. AnWAR mengatur Azmin memperolehi pendapatan dari rakan-rakan luarnya. Azmin perolehi pendapatan dari jutawan media Rupert Murdoch berjumlah ribuan USD secara berkala. Sekarang ianya dibayar melalui ‘pay-roll’ Sky TV milik Rupert Murdoch yang berpangkalan di Hong Kong. Azmin juga bebas menemui mana-mana ‘corporate figure’ meminta jua sumbangan atas nama ‘perjuangan’ tapi dibuat melalui akaun peribadinya.

7. Lantaran itu Azmin memang punya dana yang kukuh untuk perkembangan politiknya. Pemilihan PKR tahun 2001 di Kemaman, Azmin beroperasi seperti pemilihan UMNO! Tahun 2004 dan 2007 juga begitu. Perwakilan diberikan bilik sebagai umpan mengundinya. Hingga kini, semua ahli PKR ditawarkan pakej pembelian kereta Rexton yang cukup menarik bagi mendokong perkembangan politiknya dalam PKR. (Azmin punya perniagaan kereta jenama Ssang Yong dan ‘tuned car’ atas syarikat Bouraq Sdn. Bhd., terletak di sebelah balai Bomba Taman Tun Dr. Ismail KL).

Kedudukan kewangan ‘rahsia’ PKR hanya diketahui oleh AnWAR dan Azmin. Banyak juga perkara lain yang dikongsi oleh mereka berdua. Disaat Azmin ‘merengek’ minta itu dan ini dalam PKR khususnya di Selangor, AnWAR sedang merangka strategi menunaikan kehendak Azmin. Bunga-bunganya telah mula kelihatan sekarang. (Blogger medan-info punya butiran lanjut). Azmin diberi keistimewaan ‘access’ dengan mengetuai j/kuasa yang dianggotai semua kepimpinan tertinggi PKR kecuali Timbalan Presiden, yang tidak punya kuasa sekukuh Azmin serta tidak diberi ruang oleh AnWAR untuk bergerak.

Cukup ‘istimewa’ Azmin di mata AnWAR. Dizaman kerajaan dahulu AnWAR sanggup hilang rakan baiknya dari hilang Azmin! Kini perkara sama berulang, cuma Azmin diberi cukup ruang untuk ‘membeli’ rakan-rakan PKR agar tidak nampak parti berpecah. Muslihat apakah ini? Jika tiada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah………………..

sumber - x-pkr

Artikel lain berkaitan :

. Kroni Anwar : Shamsidar Tahrin

. Anwar juga menipu afidavit

. Sikap Anwar, faktor Sulaiman Abdullah tarik diri

. Rahsia besar : Anwar metroseksual

1 ulasan:

Rahman,Ahchong,Muniandy berkata...

ulasan anda sgt logik.tq