MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jul 2009

Anwar juga menipu afidavit

Oleh x-pkr

1. Dalam laporan polis terkini AnWAR, beliau mendakwa Datuk Razak Musa, Pengarah Bahagian Pendakwaan SPRM menyelewengkan fakta dalam afidavit bertarikh 30 Jun 2009. Saya telah menulis dahulu AnWAR wajar mencabar apa yang didakwanya itu di mahkamah. Barisan peguam beliau seramai 7-8 orang itu pasti bersedia berbuat demikian jika diarah AnWAR.

2. Namun AnWAR memilih mensensasikan hal ini dengan laporan polis. Beliau pasti akan menyalahkan polis nanti mengapa laporannya ini tidak diambil tindakan sewajarnya. Selain mengalihkan tumpuan dari kemelut yang melanda pakatan pembangkang sekarang, AnWAR akan menggunakan ini untuk mencemar imej polis ketika perbicaraan kes liwat beliau nanti.

3. Tahun 1998, sejurus selepas Datuk Nallakarupan ditahan polis dan AnWAR dipecat, AnWAR telah mengadakan beberapa siri ceramah di perkarangan rumah lama beliau di Bukit Damansara. Antara yang dijawab AnWAR ketika itu ialah mengenai RM60 juta duit Magnum yang diberi kepadanya. AnWAR telah membaca kononnya afidavit Datuk Nalla ketika itu yang menafikan segalanya.

4. Persoalan kini, ketika AnWAR membaca afidavit tersebut, Datuk Nalla telah ditahan pihak berkuasa. Peguam Datuk Nalla sendiri berhempas pulas mengesan di mana Datuk Nalla dibawa. Keluarga Datuk Nalla telah menemui AnWAR bagi membantu mengesan lokasi Nalla. AnWAR sendiri mengakui beliau tidak tahu di mana Nalla dan enggan membantu keluarga Nalla. Keluarga dan peguam Nalla berhasil mengesan Nalla setelah beberapa ketika.

5. 7 September 1998, AnWAR membacakan kononnya afidavit Datuk Nalla yang menafikan Magnum melalui Nalla telah memberi sejumlah wang bernilai RM60 juta kepada AnWAR bagi membiayai kegiatan politik AnWAR. Pada tahun 2008 di p/raya kecil Ptg. Pauh, Datuk Nalla mendakwa telah memberi sejumlah wang RM60 juta kepada AnWAR! Ketika ditanya wartawan tentang afidavit berkaitan, Nalla menyatakan ianya dibaca oleh AnWAR dan ia tidak datang dari pihaknya.

6. Kenyataan Nalla telah diambil oleh SPRM (BPR ketika itu [2008]). AnWAR dengan lagak panglima tempang telah mencabar untuk mengambil tindakan undang-undang. Berkokoklah ia di pentas-pentas ceramah mahu mengambil tindakan undang. Kini 2009, mana tindakan undang-undang itu. Dimaklumkan oleh seorang teman dalam PKR yang masih berhubung dengan Nalla, tiada sebarang saman diberikan kepada Nalla.

7. Sebaliknya hingga minggu lepas, AnWAR melalui Wan Azizah masih cuba menghubungi Nalla melalui keluarganya untuk cuba bertemu Nalla. AnWAR juga menggunakan peguam Manjit Singh untuk bersemuka dengan Nalla bagi 'menyelesaikan' kemelut mereka. AnWAR juga masih menggunakan ibu saudaranya yang dipanggil Kak Jah atau Mak Andak menghubungi isteri Nalla bagi bertemu. Setakat ini Nalla tidak menyahut cubaan AnWAR ini.

AnWAR seperti cacing kepanasan kini. Isu-isu hangat sekarang belum mampu meredakan sakit kepalanya. Kemasukan dua orang tokoh dari MCA dan MIC juga tidak mampu mendinginkan rasa hangat ke atas dirinya. Apa yang telah dituduh AnWAR ke atas orang lain, kini berbalik ke atas dirinya. Dalam hal afidavit tadi, saya percaya pihak berkaitan menunggu masa sesuai untuk memulakan tindakan pemula. Apabila bermula, ianya satu permulaan untuk pendedahan yang lebih besar mengenai taktik 'membelit' AnWAR.

sumber - x - pkr


1 ulasan:

MymassaVoice berkata...

Ayuh kita pertahankan ISA untuk negara kita! tolak aljuburi wal liwati dan konco-konconya sabtu ini! mari kita turun beramai-ramai! dapat info lengkap anda mengenai ISA di mymassa.blogspot.com