Oleh x-pkr
Metroseksual didefinisikan sebagai lelaki yang suka kepada kecantikan. Mereka suka berhias, bersolek, sentiasa menjaga potongan badan agar kelihatan menarik serta 'macho'. AnWAR adalah tergolong dalam kelompok 'lelaki sebegini' berdasarkan beberapa amalan AnWAR dari dulu hingga sekarang.
1. RAWATAN MUKA (FACIAL MASSAGE AND TREATMENT)
AnWAR sering melakukannya. Ketika menjadi Menteri hinggalah ke Munich, AnWAR tidak pernah terlepas rawatan muka. Oleh yang demikian mukanya sentiasa kelihatan bersih serta berseri-seri. Teman saya memberitahu, muka AnWAR kelihatan 'bercahaya' dahulu disebabkan rawatan muka.
'Therapist' bagi rawatan muka AnWAR adalah SUKMA! AnWAR akan mengunjungi Sukma di rumah beliau di Bangsar untuk rawatan ini. Turut serta secara tidak berkala untuk rawatan muka ini ialah Azmin! Sehingga di Munich, sumber dalaman memberitahu Sukma tetap mengatur jadual AnWAR untuk 'facial' dengan Spa di hotel penginapan AnWAR.
Sukma kini telah 'dihalau' Wan Azizah lantas pulang ke Jakarta, kerana itulah kini muka AnWAR tidak berseri lagi, kerana rawatan muka dibuat AnWAR kini tidak lagi berkala. Mahu ke spa di Malaysia, malu. Mahu dicari therapist lain, tidak boleh dipercayai. Cuma bila ke Jakarta saja AnWAR menerima rawatan muka dari Sukma.
2. WARNA RAMBUT
AnWAR amat runsing untuk kelihatan tua. Perkara ini sering diutarakan dalam gurauan 'inner circle' AnWAR, manakala dengan 'circle' yang lain pula AnWAR tidak juga mahu mengaku tua, tapi mengakui umurnya kini 62 tahun. Rambutnya sering diwarnakan bagi menutup 'ketuaan' wajahnya kini. Dengan rawatan muka tidak lagi secara berkala, mewarnakan rambut langkah terbaik mengekalkan wajah 'macho' beliau. Warna keperangan untuk rambut AnWAR juga bagi menampakkan rambut yang lebat, walhal sebenarnya rambut AnWAR semakin nipis. Harus diingat, bapa AnWAR telah kehilangan rambut ketika usianya masih muda. Adik AnWAR juga mengalami nasib yang sama. Inilah yang merisaukan AnWAR yang amat mementingkan penampilan diri........
3. RAWATAN URUT (MASSAGE TREATMENT)
AnWAR amat gemar berurut. Blogger GAP yang memulakan pendedahan! Blogger unspinners telah mendedahkan AnWAR gemar diurut Azmin. Info yang saya dapati mengesahkan lagi berita ini. Ketika berjawatan kerajaan dahulu, Azmin sering mengguna alasan berbincang tentang jadual kerja AnWAR untuk berlama-lamaan di bilik AnWAR. AnWAR juga mendakwa pengidap migrain dan satu-satunya orang yang boleh memegang kepala AnWAR ialah Azmin!
Hingga sekarangpun, setiap kali berkunjung ke luar negara, AnWAR akan mendapatkan khidmat therapist atau bahasa senangnya tukang urut bagi mengurutnya. Tentunya tukang urut yang diminta AnWAR adalah lelaki. Alasannya, tidak boleh bersentuhan antara lelaki perempuan..... Di Jakarta baru-baru ini juga AnWAR mendapatkan khidmat tukang urut di hotel penginapannya. Tanyalah ahli rombongan AnWAR termasuk Azmin dan Mustapa kamil Ayub!
4. BARANGAN BERJENAMA.
Lumrah bagi mereka yang berduit menyukai barangan berjenama. AnWAR juga tidak dapat lari dari hakikat ini. Belilah asalkan ianya duit kita sendiri serta memakai untuk keselesaan sendiri, tanpa ada niat yang tersirat!
Antara jenama yang digemari AnWAR ialah BRIONI. Amat terkenal di kalangan 'rich and famous' serata dunia. Dua hero James Bond, Pierce Brosnan dan Daniel Craig menggunakan jenama ini dalam filem mereka. Harga sepasang suit bagi jenama ini boleh mencecah USD 80,000.
Sumber memberitahu AnWAR punya banyak suit jenama ini dan pernah satu ketika pakaian AnWAR dari hujung rambut hingga hujung kaki bernilai RM 200,000 termasuk aksesori. Bayangkan nilainya bagi sebuah rumah kos rendah buat mereka yang tak punya. dan tujuan AnWAR menggemari jenama begini adalah untuk menjaga keterampilan diri agar sentiasa macho dan sedap mata memandang bagi yang mengetahuinya.
Kesimpulannya, gaya hidup begini memang dipraktikkan AnWAR hingga sekarang. Mungkin ada yang beranggapan tiada salahnya jika mampu, saya setuju w/pun banyak yang perlu didebatkan. Cuma bagi AnWAR, beliau hipokrit. Pernah dalam satu majlis koporat dulu, AnWAR bermati-matian menafikan beliau membuat rawatan muka apabila ditanya oleh rakan koporatnya. Golongan koporat ini sedar tidak mungkin muka AnWAR begitu bersih jika tidak dirawat. Untuk mengatakan AnWAR beramal soleh, tidak mungkin juga kerana AnWAR bergelumang dengan nyanyian dan tarian yang melalaikan yang menjadi kegemarannya....
Begitu juga dengan warna rambutnya, AnWAR sering menafi beliau mewarnakannya. Kenapa dan mengapa beliau beria-ia menampilkan dirinya begitu, nilaikan sendiri. Yang pasti, jika tiada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah..........
sumber - x - pkr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan