MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Ogo 2009

Anwar sertai perhimpunan anti ISA sebab takut diISAkan



Oleh NTanwar, AIDCclub

PAS boleh mendabik dada kerana Berjaya mengerah segala bala tenteranya untuk berdemonstrasi membantah ISA, di Dataran Merdeka semalam. Dari Presiden PAS, Ahli Majlis Tertinggi hingga ke pasukan sayap merah (unit Amal Pemuda PAS).

Tetapi sesuatu demonstrasi yang dianjurkan, bukan dikira dari segi kejayaan menganjurkan, namun dinilai pada pencapaian matlamatnya.


Apakah selepas demonstrasi semalam, ISA akan dimansuhkan ? Saya fikir tidak.

Jadi sekiranya tidak dimansuhkan ISA, walaupun dikerah seluruh bala tentera berdemonstrasi, kenapa perlu menganjurkan kerja yang akhirnya sudah diketahui tidak membuahkan hasil ?

Di sinilah noktah persoalannya : Untuk apa demonstrasi dianjurkan, walaupun sudah ketahui tiada hasil ?

PAS sendiri mengalami krisis sokongan masyarakat Melayu terhadap partinya. Hal ini terbukti dengan kehilangan 40 peratus pengundi Melayu di Bukit Gantang dan hanya Berjaya mengekalkan kemenangan majoriti 65 undi di Manek Urai. Itu isyarat-isyarat awal yang bakal mencemaskan parti Islam.

Apatah lagi krisis pertembungan Erdogan dan Ulama yang masih berlarutan, walaupun Muktamar PAS telah lama berlalu.

Jadi apa jalan keluarnya ? Jawapannya mesti tumpu ke luar, turun ke jalan raya, berdemonstrasi!

Benar, itu adalah jalan keluar terbaik, tetapi sejauhmanakah keberkesanannya ?

Penganjur boleh berbangga dengan kejayaan mengadakan demontrasi, tetapi belum tentu penganjur boleh meraih keuntungannya. Mungkin keuntungan yang diharapkan, tetapi kerugian yang diterima.

Politik itu mempunyai kesenian yang tersendiri. Tidak semestinya Berjaya menganjurkan demonstrasi semalam akan Berjaya memenangi hati pengundi Melayu agar kembali menyokong parti Islam. Mungkin kesan sebaliknya.

Siapa untung PAS, Anwar atau DAP?


Lim Kit Siang tidak perlu mengerahkan seluruh tenteranya untuk turun ke jalan raya. Cukup sekadar dia dan anaknya (Lim Guan Eng) dan beberapa kerat tokoh DAP tunjuk muka, kerana semua persiapan telah disediakan oleh PAS.

Anwar Ibrahim lagi bijak, tidak perlu mengarahkan segala bala tenteranya untuk bersekang mata untuk mengarahkan bala tenteranya turun di jalan raya, kerana PAS telah bertungkus lumus bekerja keras.

Cukup sekadar Anwar muncul di pejabat PAS, di Kuala Lumpur dan memberikan ucapan, lepas itu balik ke rumah dan tidur. Itu sudah kejayaan besar, tidak perlu bekerja keras, menghabiskan masa dan tenaga, tetapi Berjaya memperolehi populariti.

Selepas ini, Anwar bakal muncul dalam CNN, CBS, Al Jazeera atau BBC dan boleh mendakwa semua itu adalah hasil usahanya. Anwar akan meletakkan dirinya sebagai hero, sebagai manusia yang ‘berkarisma’, berjaya menghimpunkan rakyat menyokongnya.

Dunia barat tidak kenal siapa Haji Hadi Awang atau Lim Kit Siang, mereka hanya kenal Anwar Ibrahim.

Dan sudah tentu dunia barat akan memuji kehebatan Anwar Ibrahim, Berjaya menganjurkan demonstrasi anti ISA, di Kuala Lumpur dengan mengembling sokongan Haji Hadi dan Lim Kit Siang.

Sebab itu politik itu seni. Walaupun PAS Berjaya menganjurkannya, tetapi tidak semestinya Berjaya mengaut populariti. Di dalam Negara belum tentu PAS Berjaya meraih simpati sokongan Melayu, apatah lagi meraih populariti di Amerika Syarikat ?

Seperti dalam PRU 12, akibat percaturan bijak Anwar Ibrahim, walaupun partinya masih setahun jagung dan keahliannya kurang, tetapi keputusan akhir adalah PKR Berjaya menghantar 30 ahli parlimen, DAP (28) dan PAS (23).

Itulah harga yang paling mahal dengan kerja keras PAS, mengerah semua bala tenteranya dengan tred rekod sebagai Parti Islam yang tertua, akhirnya Berjaya memenangi 23 kerusi parlimen berbanding dengan PKR, 30 kerusi. Sepatutnya dari segi logik, keputusan sebaliknya.

Tetapi yang lebih untung adalah DAP yang Berjaya meningkatkan jumlah suaranya di parlimen akibat undi daripada ahli-ahli parti Islam.

Sebab itu memang wajar, jika akhbar harian Israel, The Jerusalem Post, meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia. Akhbar Israel tidak meramalkan Haji Hadi Awang atau Lim Kit Siang sebagai PM, mereka meramalkan hanya Anwar Ibrahim sahaja bakal PM!

Demonstrasi untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor ?

Semua rakyat Malaysia tahu apa yang berlaku di Selangor. Haji Hadi tahu, Anwar tahu dan Lim Kit Siang juga tahu. Mereka ramalkan kerajaan PR akan runtuh jika tidak diselamatkan.

Tetapi benarkah ‘kerajaan PR Selangor’ bakal runtuh seperti ramalan mereka itu ? Saya tidak fikir begitu. Kerajaan PR Selangor amat kuat!

Hasil undi ahli-ahli parti Islam, PKR memperolehi 15 kerusi, DAP (13) dan PAS (8). Berdasarkan kedudukan kerusi memang layak PKR menerajui kepala negeri sebagai Menteri Besar.

DAP sebagai majoriti kedua terbesar, memohon jawatan Timbalan Menteri Besar, tetapi undang-undang tubuh kerajaan Selangor tidak membenarkan TMB di kalangan bukan Melayu, jadi peluang lebih terbuka kepada PAS.

Tetapi untuk menjaga autonomi kerajaan PKR di Selangor, dimansuhkan jawatan TMB, hanya Khalid Ibrahim dijadikan ketua de facto, selain membolot 4 kerusi exco. Manakala PAS dan DAP berkongsi 3 jawatan exco mewakili parti masing-masing.




Bezanya exco yang disandang DAP lebih kanan dalam susun atur pentadbiran Selangor.

Senarai lengkap seperti berikut;

1. Tan Sri Khalid Ibrahim -Menteri Besar (PKR)
Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri , Belia & Sukan

2. YB Teresa Kok Suh Sim (DAP)
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

3. YB Ronnie Liu Tian Khiew (DAP)
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

4. YB Eam Yong Hian Wah (DAP)
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram

5. YB Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR)
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

6. YB Yaakob bin Sapari (PKR)
Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

7. YB Rodziah binti Ismail (PKR)
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi

8. YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (PKR)
Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin


9. YB Dato Dr. Hassan bin Mohamed Ali (PAS)
Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

10. YB Dr. Halimah binti Ali (PAS)
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

11. YB Iskandar bin Abdul Samad (PAS)
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan


Semenjak gabungan PAS, PKR dan DAP menerajui Selangor, telah banyak perubahan drastik telah dilakukan antaranya :

1. Meluluskan RM 8 Juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam (gereja/tokong/kuil) dalam bajet 2009

2. Memansuhkan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (Islam) menjadi Pengerusi Rumah Ibadat Bukan Islam diganti dengan pengerusi bersama antara Teresa Kok, Ronnie Liu dan Dr Xavier jayakumar

3. Memansuhkan peraturan sekatan rumah ibadat bukan Islam termasuk peraturan ketinggian.

4. Meluluskan 10 juta untuk memperkasakan sekolah Cina dan Tamil.

5. Menobatkan mendiang S Kugan sebagai "wira Selangor" dan menderma RM10,000 kepada keluarganya, walaupun mendiang S Kugan mempunyai rekod jenayah sejak berumur 13 tahun lagi.

6. Pelantikan besar-besaran bukan Melayu ke dalam kerajaan Selangor dan agensinya, misalnya Datin Paduka Low Siew Moi, sebagai penasihat kewangan MB; Tricia Yeoh sebagai pegawai penyelidik Dasar-dasar Awam Selangor; Dr Tan Kee Kwong sebagai Task Force tanah Selangor; Khong Ho Ming sebagai konsultan KDEB, William Leong sebagai anggota panel Kajian Semula Air Selangor dan ramai lagi yang dilantik di pelbagai agensi.

Sebab itu ada kewajarannya keluhan ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, bekas aktivis PAS Selangor dengan berkata apa yang PAS dapat daripada ‘kerajaan PR’ Selangor setelah berjaya menyakinkan ahli memangkah PKR dan DAP ?






Hanya satu yang PAS dapat iaitu berjaya mengadakan ceramah-ceramah di Selangor!


sumber - NTanwar

Artikel lain berkaitan :

. Gobind sudah tahu siapa pembunuh Teoh ?

. Isu Teoh : Ada rahsia disembunyikan Tan Boon Hwa ?

. Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock

5 ulasan:

jon berkata...

kenapa orang melayu masih tak sedar-sedar apa yang berlaku dengan nasib bangsa sendiri, dahulu nasib orang melayu pulau pinang menjadi satu isu tapi sekarang ramai orang tak pedulikan, saya sendiri anak jati pulau pinang yang membesar di tengah kota georgetown, tapi membesar di sana umpama membesar di negara lain disebabkan sosioekonomi kebanyakan dikuasai oleh kaum yang tak sedar diri iaitu kaum bukan melayu, hari ini kita buleh lihat ada yang dahulunya menjadi ultra melayu kini menjadi BABI kepada bukan melayu, semuanya disebabkan kuasa dan emosi politik yang tak patut diterapkan dalam agama islam.
cuba lihat apa yang terjadi sekarang ini anak-anak gadis melayu begitu mudah diusung oleh orang kafir jahanam ni,disebabkan pemimpin mereka bekerjasama dengan pemimpin yang kononnya perjuangkan agama suci umat islam jadi mereka berhak dan bebas inginkan apa yang hendak di malaysia ini, kesilapan bangsa melayu adalah kerana terlalu merendah diri kepada bangsa lain dan takut kepada bangsa yang tak banyak pun di malaysia ni, apa yang buat saya sedih bila orang-orang melayu berani kepada bangsa sendiri tapi bacul kepada bangsa lain.
saya sendiri tak terlibat dengan mana-mana parti-parti politik tapi saya lebih suka mendukung bangsa saya sendiri, disini saya ingin tegaskan anwar ibrahim dan keluarganya adalah zalim dan kejam sewaktu mereka menetap di cherok tok kun, jadi apa yang saya tengok kebanyakan penyokong-pnyokong setianya sekarang memang tak mengenali anwar secara langsung cuma taksub apa yang diperkatakan oleh anwar yang menjainkan kerjasama dengan zionis haram.
dahulu pas kononnya perjuangkan bangsa dan agama dan mengkafirkan sesiapa yang menjalinkan hubungan politik dengan parti bukan melayu tapi sekarang dengan kuasa ALLAH S.W.T kita boleh lihat siapa yang sebenarnya kafir dan pergunakan agama, mereka menuduh orang-orang yang bukan haluan mereka tidak tahu agama tapi adakah mereka ini juga tahu nilai agama sebenarnya.
BERTAUBAT LAH AHLI-AHLI PAS DAN PKR jangan mengheret bangsa kamu ke dalam mainan orang-orang kafir.
orang-orang kafir dah lama merancang untuk melemahkan umat islam. dan pihak kerajaan juga jangan abaikan bangsa kamu juga bantulah ekonomi orang-orang melayu yang semakin meruncing..

hatiminda berkata...

apalah punya bangang puak-puak barua anwar..sanggup menjadi bahan perisai anwar utk di bawa ke pengadilan..janganlah jadi bodoh ikut perangai jahanam anwar tu yang memalukan malaysia jer!!!

anti anjing dan barua anwar!! juga ketuanya

AnTi AljUbuRi berkata...

Rakyat masih tertipu, lebih lebih lagi mereka yang tidak punya capaian ke jaringan cyber.

Mampukah kita menujudkan satu 'task force' untuk membuat penerangan ke akar umbi - sama ada dengan umno atau tanpa umno, sebagai anak bangsa yang prihatin??

Sekadar lontaran pandangan.!!!

"ISA zalim, gugur kes sebelum bicara tak zalim?' - Mohd Saiful Bukhari Azlan

CicitMatKilau berkata...

Mengapa Melayu begitu Murah menjual diri mereka untuk di perkudakan, adakah ini budaya Melayu terpekik terlolong tanpa menghiraukan kesusahan orang lain diatas tindakan mereka itu, yang dibimbangkan ialah kita hanya menang sorak tetapi negara kita tergadai.Kita menyeru kapada mereka yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya penganjur demostrasi jalanan ini.

Mohd berkata...

Manader anwar sertai perhimpunan ISA? dia suruh rakyat yg bodoh jer pegi lawan dengan polis n kene tangkap.

dia rilek2 jek kat umah