MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jul 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock Ditetap 29 Julai-12 Ogos

SHAH ALAM, 24 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata inkues kematian Teoh Beng Hock setiausaha politik kepada seorang anggota Exco kerajaan Selangor, telah ditetapkan selama 15 hari bermula 29 Julai ini.

Beliau berkata tarikh itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak Mahkamah Shah Alam semalam.

"Bila kita daftar kes kita akan minta tarikh inkues daripada pihak mahkamah dan semalam mereka telah maklumkan kepada saya tarikh inkues berhubung kematian Teoh ditetapkan pada 29 Julai hingga 12 Ogos depan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Khalid berkata polis akan melengkapkan siasatan sebelum inkues bermula.

Rabu lepas, Kabinet memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah.

Sebuah suruhanjaya diraja juga diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini, Khamis minggu lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

sumber - bernama


Tiada ulasan: