MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Jul 2009

Teoh dibunuh kerana buat salinan dokumen penyelewengan Ronnie Liu?

Oleh AIDCNews

Satu pendedahan dokumen-dokumen penyelewengan Ronnie Liu yang memberikan 80 projek kepada pegawai khasnya, Wong Chuan How telah disiarkan dalam blog t4tbh.blogspot.com.

Blog itu turut mendedahkan dokumen-dokumen itu terdapat dalam notebook Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hua Wah, mangsa yang ditemui mati pada 16 Julai, 1.30 tengahari, di koridor luar, Tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam.

Di dalam tajuk " The truth will be revealed" blog itu mendedahkan, Teoh tidak seronok dengan kerjanya sebagai Setiausaha Politik. Secara bersembunyi, Teoh telah membuat salinan pelbagai dokumen dan soft copy maklumat di dalam notebook yang diserahkan kepada seorang lain.

Dokumen-dokumen itu membuktikan pelbagai penyelewengan dan korupsi DAP Selangor.

Manakala dalam artikel bertajuk "The DAP's corruption modus operandi in Selangor", pula blog itu mendedahkan penglibatan exco Selangor, Ronnie Liu dalam mencipta syarikat, invois dan projek palsu untuk membolehkan penyaluran wang dilakukan.

Setiap DUN di Selangor diberi peruntukan RM500,000 kepada ADUN untuk membolehkan mereka membelanjakan terhadap kawasan masing-masing. Di dalam senarai yang disimpan oleh Teoh, semua projek di DUN Sungai Pelek diberikan kepada Wong Chuan How, pegawai khas kepada Ronnie Liu.

Pegawai khas Ronnie Liu (Wong Chuan How) menyapu 84 projek menggunakan namanya dengan pelbagai syarikat yang berlainan seperti Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan sebagainya.

Pada tahun 2008, Ronnie Liu mendapat 172 projek di DUN Sg Pelek. 84 projek telah diberikan kepada satu nama (Wong Chuan How), bernilai RM216,950 untuk setahun.

“Ini sebenarnya kes kecurian kerana jika rasuah, seseorang itu memperoleh duit secara haram daripada individu yang lain,” dakwa blog itu.

“Mendiang kemudiannya meninggalkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyelewengan tersebut” dakwa blog itu lagi.

Manakala blog the unspinners pula mempersoalkan kenapa Tan Bon Hwa menghabiskan masa sepanjang malam di Plaza Masalam, sedangkan dia telah habis disoalsiasat pada jam 2.00 pagi, 16 Julai.

Tan Bon Hwa adalah kroni Ronnie Liu yang dilantik sebagai ahli majlis Perbandaran Kajang. Majlis Perbadaran Kajang adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan yang dipengerusikan oleh Ronnie Liu.

Walaupun Tan Boon Hwa dibenarkan pulang jam 2.00 pagi, 16 Julai, dia dikatakan masih berlegar-legar di situ dan menunggu Teoh yang habis siasatan pada jam 3.45 pagi.

Menurut pengakuan Tan Boon Hwa kepada media, dia berjumpa dengan Teoh, pada jam 6.30 pagi, 7 jam sebelum mendiang ditemui mati di koridor luar, Tingkat 5, Plaza Masalam.

Blog The Unspinners dalam tajuknya " Why did Tan Boon Hwa spend the nite at MACC? mendakwa Tan Boon Hwa memang ditugaskan untuk menunggu Teoh dann bertanyakan apakah yang diceritakan oleh mendiang kepada pegawai SPRM berkenaan dengan penyelewengan Ean Yong, Ronnie Liu dan beberapa orang aktivis DAP lain.

Blog itu juga mendakwa Tan Boon Hwa marah kepada Teoh kerana dia membuka rahsia terlalu banyak kepada pegawai SPRM dan telah menelefon Ronnie Liu supaya menghantar gangster China mengenakan Teoh di atas pembelotan itu.

" Tan Bon Hwa adalah suspek utama pembunuhan Teoh, kenapa polis tidak menahannya, soal blog itu.

sumber - AIDCNews

Artikel lain berkaitan :

. Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock

. The DAP's corruption modus operandi in Selangor

. Why did Tan Boon Hwa spend the nite at MACC?

. Menjawab misteri handphone Teoh


2 ulasan:

mahacu berkata...

Salam AIDC,mungkin juga unspinner kalau terbaca,

Unspinner dan AIDC menggunakan hujah bhw Tan Boon Wah habis disoal siasat pada 1.00pagi 16 Julai 2009.

Tetapi,mengikut fail saman Tan yang dipetik oleh Malaysiakini, Malaysia Instinct, Tan telah tamat disoalsiasat pada 130 tgh hari.

Saya harap pihak unspinner dan aidc berhati2,kerana saya sendiri menggunakan maklumat unspinner dan aidc utk berhujah tetapi dimatikan oleh fakta ini.

Jika ada artikel atau sumber yg terang2 menunjukkan bhw Tan habis disoalsiasat pada 1.00 pg dan dia hanya keluar pada 130 tgh hari kemudiannya,harap segera dilinkkan,supaya bloggers dan pendebat dapat menggunakannya semasa menulis.

wassalam.

NTanwar berkata...

Salam Maha2020

Terdapat dua siasatan ke atas Tan Boon Hwa pada 15/7 & 16/7

sesi 1 > 15/7 > masuk petang hingga 2 pagi (16/7).

Selepas jam 2.00 pagi 16/7, Tan Boon Hwa dibenarkan pulang tetapi mesti datang semula pada sesi kedua.

sesi 2 > 16/7 > masuk jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengahari.

Ramai orang keliru mengenai dua sesi ini, kerana Tan Boon Hwa menggambarkan kepada umum bahawa dia disoalsiasat dari petang 15/7 hingga 1.30 tengahari. Sebenarnya gambaran itu silap yang bertujuan untuk menunjukkan dia didera sepertimana yang telah diwar-warkan sebelum ini.

Tan telah dibenarkan pulang selepas jam 2.00 pagi (16/7) tetapi dia mengambil keputusan untuk berada di sekitar bangunan SPRM dan plaza masalam.

Pegawai SPRM kata, Teoh sudah tidak kelihatan di bilik tetamu SPRM selepas jam 6.00 pagi

Tan Boon Hwa akui dia jumpa Teoh pada jam 6.30 pagi,(16/7) di pantry, dekat bilik air SPRM.

Bermakna terdapat waktu bebas (boleh pergi ke mana sahaja) Tan dari jam 2.00 pagi (16/7) hingga jam 11.00 pagi (16/7)


11.00 pagi (16/7), Tan Boon Hwa masuk semula SPRM untuk sambung soalsiasat hingga jam 1.30 tengahri.

Menurut SPRM, Teoh sepatutnya datang semula pada 16/7 pada pagi/petang untuk sambungan sesi soalsiasat namun pada 1.30 tengahari - mayat Teoh dijumpai di koridor luar, Tingkat 5, Plaza Masalam

Menurut laporan polis, Teoh dijangka mati pada 8.00 - 9.00 pagi (16/7).