MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Mac 2009

Kenapa Fairus letak jawatan ?



email MolePKR

Memang kes Fairus ini umpama memikul biawak hidup. Sudah lama dipikul akhirnya si pemikulnya tidak larat lagi menanggung beban. Pihak pertama mendedahkan rungutan orang ramai terhadap penyelewengan dan keluhan orang ramai adalah akhbar Siasah, pertengahan tahun lalu. Fairus berang, lalu ancam mahu saman Siasah.

Oleh kerana di belakang Siasah adalah Zulkifli Sulong yang ada kaitan dengan PAS, orang menyangka 'teguran' Siasah itu hanya dengki Parti PAS kerana PKR dan DAP tidak bersimpati memberi sekurang-kurang satu exco agama kepada wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang.

Walhal wakil PAS memang, walhal mereka mereka sama-sama dalam Pakatan Rakyat. Kalau semata-mata alasan Pulau Pinang dikuasai DAP, kenapa di Perak sebelum ini yang juga dikuasai DAP sanggup beri post Menteri Besar kepada PAS. Walhal PAS paling minoriti di Perak.

Itulah Pakatan Rapuh PR. Di Pulau Pinang, PKR mahu bolot semuanya dan sanggup membiarkan rakan kompenannya, PAS terkebil-kebil, putih mata. Apa PAS dapat di Pulau Pinang? Dapat kerah pengundi di Permatang Pauh untuk menangkan Anwar. Itu sahaja. Dapat jadi pengundi tetapi hasilnya tak ada.

Exco agama pun dibolot oleh Fairus. Orang yang berfikiran liberal diberi status exco agama, maka tidak hairan Majlis Silaturahmi Antara Agama (IFC) telah dibentuk di Pulau Pinang.

Fairus peduli apa dengan IFC, sebab memang dasar PKR menggalakkan IFC berkembang di Malaysia. Penasihat PKR, Anwar Ibrahim adalah bapak segala bapak kepada payung IFC di Malaysia. Zainah Anwar, Sister in Islam itu kecil sahaja. Ketua sebenarnya adalah Anwar Ibrahim.

Akhirnya Fairus pun dilucutkan sebagai exco agama dan diganti dengan salah seorang lagi wakil rakyat PKR. Sekali lagi wakil PAS terpaksa berputih mata.

Kemarahan kepada Fairus sebenarnya datang dari dalam sendiri. Bayangkan semua orang di sekelilingnya tidak betul, termasuk pegawai khas, setiausaha sulit yang dilantiknya sendiri. Dengan senang-senang lepas lantik, dia akan pecat pula. Jadi Fairus sebenarnya mencipta lebih ramai musuh daripada kawan.

Sepatutnya dalam politik, musuh dikurangkan dan kawan diramaikan, tetapi Fairus pilih pendekatan musuh dalam musuh, kiri kanan, atas bawah semuanya musuh. Jadi politik gila apa ini.

Musuh-musuh disekelilingnya juga (orang-orang kena pecat) juga yang dedahkan rasuah Fairus, semua lengkap, resit, bill, dokumen, penyalahgunaan Fairus dibongkarkan satu persatu sebagai bukti. Semua ini didedahkan secara terperinci dalam blog musuh Fairus secara detail : http://alahaifairustkmpenang.blogspot.com/

Anwar sendiri sudah tahu lama tentang penyelewengan Fairus tetapi dia sengaja simpan lama-lama untuk menjaga hati Fairus supaya tidak memberontak. Fairus pun pernah beri kata dua kepada Anwar, jika awak ambil tindakan ke atas saya, saya akan dedah penyelewengan awak juga.

Kata dua Fairus itu menyebabkan Anwar pura-pura tidak tahu. Untuk mengalih isu dalaman Anwar sibuk menyerang Najib dan UMNO.

Tetapi dalam PKR ini bukan sahaja Fairus yang bermasalah, semuanya spesis sama. Arumugam, skandal seks akhirnya letak jawatan. Elizabeth Wong, main seks bebas dengan Melayu bernama Hilmi, akhirnya letak jawatan. Khalid Ibrahim, berlagak harta Selangor macam harta keturunan datuk nenek moyangnya, disapunya lembu dan duit kerajaan negeri untuk menyara kos overhead peribadi. Khalid pun kena siasat SPRM.

Mike (Manikasavagam) di Kapar pun terlibat dengan penyelewengan wang. Kesnya pun dah didapati bersalah di mahkamah. Nasib Mike pun macam telor dihujung tanduk. Sedekah seks di Perak, dua exco PKR terlibat dengan rasuah akhirnya kerajaan Perak tumbang.

Pendeknya semua ahli PKR dari Ketua Penasihat hingga ke ahli semuanya rosak, terlibat dengan kronisme, penyelewengan, seks yang kronik dan tidak boleh diperbaiki lagi. Kenapa semua ahli PKR spesis itu ? Sebabnya dasarnya bertunjangkan liberal dan demokrasi yang tidak bertunjang agama, semuanya rosak kerana akal manusia menguasai nafsu, tanpa benteng agama.

Anwar pening dengan semua masalah itu. Apa cara dia melepaskan diri. Makin hebat lagi dia berceramah menghentam Najib dan kalau tidak dapat tahan, dia akan sembunyi-sembunyi ke luar negara, pergi lapor kepada Amerika di Doha, Turki, London dan Amerika Syarikat.

Amerika pun tahu, Anwar bukan semakin kuat, tetapi semakin lemah sejak gagal projek 16 September, sebab itu setiap kali ceramah Anwar anjuran PKR, dia akan membawa duta-duta asing untuk membuktikan dia masih kuat dan masih relevan.

Kisah Fairus lagi kronik. Dua minggu lepas adalah kemuncaknya. Di mana kemuncaknya ?

Munculnya Amizudin Amat, ketua Angkatan Muda Kepala Batas, membuat pendedahan di media mengenai penyalahgunaan seorang 'tokoh besar PKR' di Pulau Pinang. Orang mempersoalkan kenapa Amizuddin Amat buat kenyataan di media massa.




Hujah Amizuddin senang sahaja, jika dia serahkan bukti penyelewengan 'tokoh besar PKR' itu kepada PKR, maknanya Anwar akan buang fail-fail itu dalam tong sampah. Jadi jika didedah kepada media, bukan setakat Anwar terpaksa ambil tindakan tetapi SPRM juga akan turut menjejaki kes itu.

Amizuddin kata dia mempunyai keratan slip transaksi bank dan beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membuktikan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kepada tokoh besar PKR berkenaan.


Beberapa sumber turut memberitahu SPRM telah memulakan siasatan mereka sejak dua minggu lalu bagi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan tokoh besar PKR berkenaan terlibat dengan aktiviti-aktiviti haram.


Akhirnya, Anwar sendiri minta Fairus bercuti. Fairus pun hantar surat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk letak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Inilah sejarah panjang Fairus yang berakhir dengan peletakkan jawatan, apabila Anwar gagal menutup bangkai gajah di dalam kandangnya sendiri.


Artikel lain berkaitan :

. Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

. Grand design tumbangkan Fairus, TKM 1 Pulau Pinang ?

. Fairus beri kata dua kepada Anwar

. Fairus diarah henti jadi Timbalan Ketua Menteri, ADUN?

. PKR gugurkan exco agama Mohd Fairus

. Mohd Fairus digugur jawatan timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang

. Fairus jadi tumpuan : 6 pegawai Timb KM Pulau Pinang letak jawatan

. Fairus mahu saman Siasah

. Kenapa Karpal desak Anwar Ibrahim bertaubat ?


Tiada ulasan: