MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Mac 2009

Sah Fairus letak jawatan Timbalan Ketua Menteri, disiasat rasuah kuari..



PETALING JAYA: Selepas spekulasi sejak Disember lalu, Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco negeri di sebalik siasatan isu dakwaan rasuah aktiviti kuari.

Keputusan itu berkuat kusa 8 April ini - sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.


Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengah hari tadi.


Fairus mengambil keputusan tersebut di sebalik siasatan berhubung isu rasuah berkaitan dengan aktiviti kuari di Pulau Pinang.


Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, dalam surat letak jawatan yang dikemukakan hari ini ada disebutkan bahawa Fairus mahu melanjutkan pengajian ijazah lanjutan.


Difahamkan beliau telah menerima tawaran untuk belajar di luar negara.


Zahrain berkata, Fairus telah mengadakan perbincangan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengemukakan surat letak jawatan pagi ini.


Fairus dikatakan tidak menghubungi Zahrain yang menggantikan beliau sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.


"Datuk Seri Anwar juga ada menghubungi saya dan memaklumkan mengenai perkara ini," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.


Ketika ditanya mengenai pengganti, Zahrain menjelaskan, pucuk kepimpinan akan membincangkan soal tersebut selepas selesainya tiga pilihan raya kecil serentak 7 April ini.


"Tumpuan parti (PKR) sekarang ialah pilihan raya kecil dan ia akan dibincangkan selepas itu," katanya sambil menambah, Ketua Menteri Pulau Pinang akan memangku jawatankuasa yang dipegang Fairus sebelum ini.


Apabila ditanya sama ada Fairus juga akan mengosongkan kerusi ADUN Penanti, Zahrain memberitahu: "Tidak... itu cuma spekulasi sahaja."


Fairus dilantik Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.


DIARAH ANWAR


Sebenarnya desas-desus Fairus akan meletakkan jawatan itu sudah kedengaran sejak Disember lalu.


Sejak pertengahan minggu ini sudah kedengaran desas-desus Fairus sudah diarahkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar meletakkan jawatan itu dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.


Bagaimanapun Fairus akan kekal sebagai ADUN Penanti dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Lim mengesahkan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan itu yang berkuat kuasa 8 April daripada Fairus melalui faksimile awal pagi ini.


"Kita menerima peletakan jawatan itu setelah mengadakan perbincangan dengan Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim," kata Lim kepada pemberita di sini hari ini.


Bagaimanapun, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP enggan mengulas mengenai sebab-sebab peletakan jawatan Fairus.


Beliau berkata, kerajaan negeri menerima peletakan jawatan Fairus sebagai EXCO kerajaan negeri iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.


"Saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti," kata beliau.


Ditanya siapa yang sesuai untuk mengganti Fairus, Lim berkata: "kedudukan itu pada kini kosong sehingga 8 April sebelum surat peletakan jawatan itu berkuat kuasa."


Beliau berkata, Fairus akan menghabiskan semua cuti tahunan sehingga 8 April sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa.


Penanti merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Permatang Pauh yang Anwar merupakan Ahli Parlimennya.


Lim bagaimanapun enggan mendedahkan sebab Fairus meletakkan jawatan.


Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Fairus atas permintaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebelum itu, beliau menafikan desas-desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

sumber - Mstar.online


Tiada ulasan: