Zul Hassan aktivis PKR yang memegang jawatan dalam Majlis Daerah Perak pernah berkata kepada media sebagai "seks seperti menerima sedekah" dan mendakwa dia melakukan perlakuan seks dengan seorang wanita Cina kerana wanita itu offer kepadanya. Itu umpama ’sedekah’, katanya.
Malah Zul Hassan bersama Ruslan Sahat (aktivis PKR) yang menjadi juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) serta Kapten (B) Usaili Alias, (Calon PKR Bota) menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan Mahkamah Sesyen, Perak.
Turut berkonspirasi dengan mereka adalah dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR iaitu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, yang juga menghadapi pertuduhan di mahkamah.
Kedua-dua Exco PKR ini merasa dirinya teraniaya kerana tidak dibela oleh parti dan Anwar dan akhirnya mereka mengisytiharkan keluar dari parti yang menyebabkan kerajaan PR Perak tumbang.
Di Selangor, ADUN PKR Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah juga menghadapi masalah yang sama.
ADUN Pelabuhan Kelang itu dikatakan 'menghilangkan diri' kerana pernah 'tertangkap basah' bersama wanita lain oleh isterinya sendiri
Dia juga menyatakan kecewa kerana peruntukan kawasannya 'disekat' oleh Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PKR Selangor.
Seorang lagi Ahli Parlimen PKR Kapar, S. Manikasavagam menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada Menteri Besar Selangor kerana menyekat peruntukan di kawasannya. Sebagai membantah tindakan itu, dia telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor .
Dia juga berkata penyebab lain dia meletak jawatan kerana sudah tidak tahan dengan ‘gelagat’ Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail yang juga Ahli PKR Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga yang menggunakan dana untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa dengan sewenang-wenangnya
Manikavasagam juga mendakwa dia tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan PR Selangor yang memilih Rodziah sebagai ADUN ‘angkat’ kepada DUN Sementa setelah kerusi DUN tersebut dimenangi calon dari Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Palil pada pilihan raya umum lalu.
Sepatutnya jawatan penyelia DUN Sementa diberikan kepada Manikasavagam kerana dia adalah ketua PKR DUN Sementa..
Dakwanya lagi, Rodziah telah menyekat tuntutan perbelanjaan yang dibuatnya untuk beberapa aktiviti rakyat dan membantu penduduk yang menghadapi DUN Sementa.
Pihaknya agak pelik dengan tindakan Rodziah yang membuka sebuah pejabat di Sungai Kapar Indah dengan perbelanjaan ribuan ringgit dan diuruskan oleh beberapa individu dalam PKR Kapar yang sebelum ini tidak pernah aktif dalam parti.
Di Kedah, V.Arumugam, Adun PKR Bukit Selambau yang juga exco kerajaan Kedah didakwa terlibat dengan skandal seks di luar nikah sehingga melahirkan seorang anak.
Ekoran daripada itu lebih 500 pengundi di kawasannya telah menyerahkan memorandum kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membantah exco PKR itu yang dikatakan telah mencemar imej kerajaan Kedah.
Anggota Exco itu didakwa sudah berkeluarga dan mempunyai isteri yang sah tetapi dikatakan sering membawa wanita berkenaan ke majlis-majlis di istana dan upacara rasmi kerajaan negeri.
Kenapa semua calon PKR bermasalah dengan rasuah, penyelewengan wang dan rasuah seks, sedangkan Anwar kata semua calon PKR terbaik bebas dari rasuah dan penyelewengan.
Anwar selalu tuduh parti lawannya UMNO yang rosak, rasuah dan penyelewengan, calon PKR semuanya bersih sepenuhnya. Benarkah?
Anwar juga kata dia berjuang untuk kepentingan rakyat, dia bebas dari rasuah, seks dan penyelewengan. Benarkah Anwar manusia mahabersih yang terhindar dari korupsi, seks dan penyelewengan kettika menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu.
Adakah kebanyakan calon PKR rosak moral kerana meniru pepatah Melayu, ’bapa borek anak rintik’
sumber - NTanwar, aidcclub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan