MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Feb 2009

Kenapa Karpal desak Anwar Ibrahim bertaubat ?




Nada percakapan Karpal ketika mengecam Anwar bukan main-main. Mukanya serius, melontarkan apa yang terpendam dan sengaja dilindungi selama ini. Seperti gunung berapi. Menunggu masa untuk meletup.

Karpal memuntahkan peluru ketika runtuhnya kerajaan Perak yang diperintah oleh 6 orang exco DAP. Kerajaan Ngeh dan Nga runtuh sekelip mata. Nizar hanya boneka, kerana PAS hanya diwakili satu exco yang tidak penting. PKR lebih penting daripada PAS mempunyai tiga exco. Dua orang bermasalah (yang lompat parti) dan seorang mewakili kaum Cina untuk mengukuhkan lagi penguasaaan 6 wakil DAP tadi.




Karpal marah ketika kerajaan DAP tumbang. Memang patut dia marah kerana dia merupakan Pengerusi DAP Kebangsaan yang tersentuh apabila kerajaan DAP tumbang sekelip mata di Perak.

Tetapi kemarahannya tidak ditalakan kepada BN, sebaliknya tembak peluru ke dahi Anwar. Anwar patut bertanggungjawab, kerana dialah yang menggalakkan memontum lompat parti. Anwar yang mencuri calon BN (ADUN Bota) yang menjadi bom jangka ke arah tumbangnya kerajaan Perak. Anwar juga mempromosi projek 16 September yang membawa maksud memburu calon-calon BN untuk mencapai cita-citanya menjadi PM.

Sepanjang 11 bulan lalu, Anwar melakukan pelbagai serangan psikologi, termasuk menghantar pasukan pemburu ke Taiwan untuk membeli calon-calon BN. Anwar sebut rundingan beli calon boleh diadakan di Singapura, Hong Kong atau Dubai. Salah seorang yang tergoda dengan tawaran ini adalah Yong Teck Lee, SUPP Sabah.

Semua rundingan beli membeli calon ini, termasuk dalam salah satu resume, bekas pembancuh kopi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

Sejak 11 bulan yang lalu juga Anwar menjadikan Najib sebagai target. Peribadi Najib diserang habis-habisan sebagai mengambarkan kecemburuan kepada saingan yang bakal menjadi PM bagi mengantikan Anwar.

Anwar masih perasan dirinya yang paling layak menjadi PM, sebab itu peribadi Najib diserang habis-habisan, seolah-olah Najiblah musuh nombor satu bagi dirinya. Sebaliknya Najib lebih bijaksana tidak menyerang peribadi Anwar, walaupun Najib berkemampuan melakukan lebih daripada Anwar lakukan kepadanya.




Pepatah Melayu mengatakan, ’orang tamak selalu rugi’, orang tua berpesan, orang yang banyak mengkritik orang lain, sebenarnya orang itulah yang bermasalah kerana menggambarkan dirinya penuh dengan hasad dengki, dendam kesumat serta mengamalkan sifat tercela yang dilarang dalam Islam.

Akhirnya Anwar melompat-lompat kegembiraan apabila berjaya mencuri ADUN Bota dari BN dan terkedu apabila hilangnya kerajaan PR di Perak. Kata orang tua, ’menang sorak kampung tergadai”

Punca kejatuhan PR di Perak juga berpunca dari orang-orang Anwar sendiri. Anwar ghairah mencuri calon BN, tetapi terlupa menjaga dua exco PKR yang bermasalah. Akhirnya 2 anak buah Anwar ini keluar parti, musuh dinasti Ngeh dan Nga juga keluar parti dan yang disangka masuk PKR rupa-rupanya masuk semula ke dalam BN.

Ibarat seperti beruk, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Ketika ini Karpal mula buka mulut hentam Anwar Ibrahim. Anwar perlu letak jawatan sebagai ketua PR! Anwar tidak layak jadi ketua PR! PR perlu pilih calon lain jadi ketua yang lebih bermoral! PR hanya diperbodohkan oleh retorik Anwar! Anwar hanya pandai beretorik, tetapi lemah dalam perancangan!

Ketika inilah, Karpal desak Anwar bertaubat. Kenapa Karpal pilih perkataan ’bertaubat’ sebagai satu balasan kepada tindakan Anwar. Itu misteri paling besar.

Pada tahun 1998, Karpal merupakan peguam bela pertama yang dihampiri oleh Ummi Halifda dan Azizan Abu Bakar untuk menjadi peguam bela mereka. Karpal dijelaskan satu persatu mengenai insiden liwat itu dan Karpal mempercayainya, tetapi dia tidak mahu terlibat dengannya kerana membaca gerak Anwar yang bakal dipecat dari UMNO.

Sebab itu dalam sejarah penghakiman kes liwat Anwar, dari dulu hingga sekarang, Karpal tidak akan menjadi peguam bela Anwar, walaupun dirinya diwar-warkan sebagai peguam bela yang ’paling hebat’ di Malaysia.

Karpal memang tidak boleh sampai bila-bila menjadi peguam bela kes liwat Anwar kerana dia pernah mempercayai dan pernah menuduh Anwar sebagai peliwat, ketika saat-saat akhir Anwar bersama UMNO. Itu realitinya, percakapannya, ucapannya pernah direkod dalam bentuk kenyataan media.

Menarik untuk direnungi bersama, satu coretan dari blog pakatanmalaysia.blogspot.com yang menulis begini.. "APAKAH KEKUATAN DAN KEISTIMEWAAN UMAT NABI LUTH,APABILA BERHUJAH MEREKA BOLEH MENGALAHKAN HUJAH NABI LUTH DAN NABI LUTH MERAJUK DAN MEMINTA ALLAH MENURUNKAN BENCANA KEATAS UMATNYA.

sumber - NTanwar, aidcclub


Tiada ulasan: