MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Feb 2009

Akhirnya kebenaran muncul jua..terima kasih Imam Ramlang Porigi




Baru-baru ini, saya ada terbaca satu artikel menarik di Malaysiakini. Artikel tersebut bertajuk ''Saya 'kambing hitam' saksi sumpah Saiful'' dimana satu pendedahan terbaru telah dibuat oleh Imam Ramlang Porigi, saksi sumpah saya tempoh hari. Kali ini, beliau mendedahkan bahawa Pengarah Jawi pula yang mengatur sumpah tersebut. Ia jelas bertentangan dengan pendedahan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Pegawai Khas DS Najib yang mengatur sumpah tersebut. Maka dengan itu, izinkan saya mengulas mengenai pengakuan terbaru ini.

Menjawab persoalan Imam Ramlang:

1) Pendedahan beliau kali ini secara tidak langsung membuktikan bahawa beliau telah melakukan satu FITNAH dan PEMBOHONGAN BESAR semasa kempen pilihanraya di Permatang Pauh yang lalu.

Sebelum ini beliau menuduh dan memfitnah bahawa PEGAWAI KHAS DS NAJIB yang mengarah dan mengatur sumpah tersebut.

Ini buktinya:

SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?

RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.

Wawancara penuh oleh Suara Keadilan(Klik untuk baca)

2) Pegawai Khas DS Najib sebelum ini telah menafikannya. Kata beliau , tidak mungkin beliau yang mengatur dan berada disitu kerana diwaktu dan pada hari tersebut beliau berada di PULAU PINANG.


Sila baca: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=357231

Sebenarnya Imam Ramlang Porigi sedar bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Saya percaya bahawa beliau telah dihasut oleh pihak-pihak tertentu supaya melakukan Fitnah tersebut.

Ia juga secara jelas membuktikan bahawa beliau telah dimanipulasi oleh penghasut-penghasut beliau yang mempunyai niat jahat dan terdesak untuk menyakinkan rakyat di Permatang Pauh bahawa kononnya berlaku konspirasi dalam upacara sumpah laknat tersebut.

Sehingga ke hari ini, beliau tidak pula mengaku atau menafikan bahawa beliau telah MEMFITNAH Pegawai Khas DS Najib.

Ulasan ini bukan untuk memalukan Ustaz Ramlang Porigi tetapi untuk saya menegakkan kebenaran. Ia juga sebagai pengajaran kepada yang lain kerana akhirnya kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Saya doakan agar beliau kembali ke jalan yang benar serta mendapat taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!


SAIFUL BUKHARI


* Selain beliau, terdapat lebih 60 orang yang menyaksikan upacara sumpah didalam Masjid tersebut. Mereka terdiri daripada para wartawan, AJK2 Masjid, para jemaah dan tidak lupa juga Jutaan penonton di kaca tv.

sumber - mohdsaifulbukhari.blogspot.com


Artikel lain berkaitan :

1. Bekas pembantu kecewa tindakan Anwar

2. Peguam Anwar lengahkan perbicaraan bantah Mohd Yusof ketuai pendakwaan

3. Saiful Bukhari mula beri clue kes liwatnya..

4. Anwar amat ghairah dengan akuan bersumpah, tetapi takut bersumpah..


7 ulasan:

REKABINA INDAH berkata...

Umno tak dak kerja lain ka asyik dok fitnah orang saja, yang bunuh orang dan mengketedaghah duit haram awat hampa buat pekak

OrAnG MeLaYu berkata...

Salam... Hamba rasa orang di kalangan anwar yg taksub sangat patut berfikir.. menggunakan akal dengan bijak.. selepas berfikir.. buat la sedikit kajian.. jangan baca pada satu akhbar sahaja.. yang terbaik... baca semua... disitu baru kita dapat tahu yang mana benar dan yg mana pusing2...

Saudara Aminuddin.. baca la suara keadilan dan malaysiakini yg disediakan URL nya.. bezakan...

Jangan rosakkan diri dengan dosa2 berpunca dari mempercayai pendustaan...

Salam Perjuangan..

Orang Melayu..

oit oit... Tahniah Kekanda AIDC ku... Semuga Allah merestui perjuangan kita... amin ya rabbal alamin...

Allahhuakhbar.....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.

Saya yakin Ustaz Ramlang dibayar supaya hadir dan membuat fitnah tersebut di Permatang Pauh.Saya dapat agak berapa yang diterima oleh Ustaz Ramlang dari agen pelobi PKR.

Suruh Ustaz Ramlang bersumpah. Saya pasti dia tak akan berbuat demikian kerana dia telah terlanjur. Memang dia dikambing hitamkan, kerana selepas Permatang pauh tiada siapa lagi peduli akan dia dan ketika dia dipecat, PKR pun tak peduli lagi. Sekarang dia dalam keadaan menyesal kerana duit tak seberapa tu dah habis.

Pok Nik Klate berkata...

Aku sumpah kan jugak si Ramlang ni dipanah petir..mulut busuk,jahat macam Anwar Ibrahim jugak...

sepitengah berkata...

ustaz pun manusia gak..... klu tak silap buat salah

aurora berkata...

ASTAGHFIRULLAH....
KESIAN SANGAT USTAZ TU...
ORANG YANG WARAK.....DIKEJI SEDEMIKIAN RUPA...MANAKALA SI PENGKHINATNEGARA...SAIFOOL....DIANGGAP HERO...TAK BUAT SALAH...MANGSA...
AH!!PERGI LA!

USTAZ....SABARLAH USTAZ....

ADA SATU HADIS MENYEBUT...ISLAM PADA MULANYA ASING..DAN KEMBALINYA ASING JUGA...MAKA BERBAHAGIALAH ORANG-ORANG YANG ASING...

BANDINGKAN LA...ISTERI PEMIMPIN UMNO YANG TAK PAKAI TUDUNG SEPENUHNYA DENGAN ISTERI PEMIMPIN PKR DAN PAS!

Unknown berkata...

noona, naper saiful plak pengkhianat negara? yg byk khianat tu anwar..x sumer anggap saiful tu hero, just anggap die mangse je.

ustaz tu sape plak yg keji?kalu tgk forum kt website keadilan, sblm die buat statement kt permatang pauh, rasenye die pun dikeji oleh org2 pkr dan PR..nape x bg nasihat kt org2 yg kt website keadilan tu pasal mengeji ustaz tu..

kalu ustaz yg x sokong pkr n pr, yg sokong bn or yg atas pagar, bkn main plak d keji, kate blaja agama x cukup la ape la..

yg x pakai tudung tu x de kene mengena ngan kes anwar n saiful. tu drang n laki drang yg akan jawab kt akhirat nanti. yg bertudung mcm awak tu (sy andaikan awak bertudung), perlu jaga tatasusila awak sendir..jgn malukan org pakai tudung...