MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Feb 2009

Peguam Anwar lengahkan perbicaraan bantah Mohd Yusof ketuai pendakwaan




Oleh Suharnie Zainudin, Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Peguam Sulaiman Abdullah semalam mengemukakan notis bantahan supaya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden selaku ketua barisan pendakwaan digugurkan daripada terlibat dalam kes liwat yang dituduh terhadap anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikutan notis bantahan yang dikemukakan secara lisan itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah terpaksa menetapkan tarikh baru bagi mendengar permohonan semakan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat Anwar yang sepatutnya berjalan semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi tersebut kemudian menetapkan tarikh pendengaran permohonan berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula 25 Fenruari.

Terdahulu, Mohd Yusof yang kini Peguam Cara Negara II memberitahu mahkamah bahawa beliau bertindak mewakili pihak pendakwaan dalam permohonan pindah kes tersebut sebelum memaklumkan Sulaiman telah memberi notis bantahan meminta beliau digugurkan daripada permohonan itu termasuk mengendalikan pendakwaan kes liwat.

Sebaik pemberitahuan terbabit dilakukan Mohd Yusof, Sulaiman yang terlebih dahulu memohon maaf atas ketiadaan Anwar mengesahkan perkara itu.

Peguam yang mewakili Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, anak guamnua telah memberi arahan agar Mohd Yusof tidak mengendalikan pendakwaan terhadap alasan ketua barisan pendakwaan itu mewakili Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes mata lebam Anwar tahun 1998.

Sulaiman yang bertindak selaku ketua barisan pembelaan itu turut meminta masa seminggu untuk menyediakan permohonan bertulis dan afidavit sokongan bagi mengecualikan Mohd Yusof.

Barisan pendakwaan tiada mengemukakan sebarang bantahan berhubung permohonan pihak pembelaan terbabit.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.




Tiada ulasan: