MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Jul 2008

Kenapa Ezam dan Nalla keluar PKR ?


++++video ini setakat ini sahaja++++






Baca selanjutnya...

Anwar : Demokrasi Barat atau Demokrasi Islam ?


++++++video ini setakat ini sahaja+++++++






Baca selanjutnya...

US Senator Joe Biden bela Anwar


Klik pada gambar untuk saiz besar


+++++Artikel terjemahan Bahasa Malaysia di bawah.+++++


Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia:


Washington, DC - Joseph R. Biden, Jr. (D-DE) Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Senat(Senate Foreign Relations Committee)mengeluarkan kenyataan berhubung penangkapan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

"Saya terkejut dan tawar hati dengan penahanan Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri semalam.Tindakan ini muncul didorongi pertimbangan politik.Ia datang kurang dari sehari selepas Anwar Ibrahim umum untuk bertanding pilihan raya dan tiga bulan selepas parti Anwar menunjukkan parti pembangkang paling kuat dalam sejarah Malaysia.

"Caj-caj ke atas Anwar sama seperti yang dikenakan ke atas dia pada 1998: Kemudian, tuduhan - tuduhan politik dibuat ke atas Anwar disaat beliau mencabar kerusi Perdana Menteri. Dia telah habiskan 6 tahun di penjara dan kemudian mahkamah akhirnya terbalik sabitannya.

"10 tahun lepas,tanggapan dunia politik di Malaysia buruk disebabkan layanan yang diterima oleh Anwar tidak adil. Reputasi Perdana Menteri Dr. Mahathir tercemar.Saya memang berharap Perdana Menteri semasa, Abdullah Badawi, tidak mengulangi kesilapan silam. Saya menggesa beliau untuk menggugurkan serangan politik di atas hormat kepada pembangkang, dan lakukan untuk hormati kedaulatan undang-undang dan pentadbiran baik di Malaysia.”

Artikel asal:Joe Biden US Senator For Delaware


Baca selanjutnya...

DNA: Anwar letak syarat



KUALA LUMPUR 18 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas dakwaan meliwat telah meletakkan syarat bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) iaitu pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel dari pihak pengadu, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dijalankan secara profesional.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu semua pemeriksaan perubatan dan sampel yang diambil dari Mohd Saiful, disahkan secara bebas sebelum beliau mempertimbangkan untuk menjalani sebarang analisis DNA, kata peguamnya R. Sivarasa pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Terlebih dahulu semua pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel berkaitan pengadu (Mohd Saiful) perlu ditentusahkan secara bebas dan dilakukan secara profesional tanpa sebarang campur tangan polis.

“Hanya selepas itu sahaja, Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan mempertimbangkan untuk menyertai sebarang analisis DNA,” katanya.

Anwar enggan membenarkan sampel darahnya diambil ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam Rabu lalu, dengan membantah bahawa beliau bimbang ia akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu seperti dalam kes liwatnya 10 tahun lepas.

Sementara itu, mengulas langkah polis mendapatkan perintah mahkamah bagi mengambil sampel darah Anwar untuk analisis DNA. Sivarasa berkata: “Langkah itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang Malaysia.” Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis menimbang mendapatkan perintah mahkamah bagi Anwar memberi sampel darahnya untuk ujian DNA.



Baca selanjutnya...

Sajak untuk Brother Anwar Bin Ibrahim


SAJAK KITA TERTIPU LAGI


Ketahuilah

Satu Malaysia ini, sekarang

Diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim

Kita semua rakyat Malaysia kononnya bodoh belaka

Apakah harus kita membenarkan diri diperbodohkan?


Tak ada seorang pun pandai

Kecuali Anwar Ibrahim, dia anggap dirinya pandai

Lain semuanya tak guna

Tak layak jadi Perdana Menteri

Hinggakan dah jadi banduan pun masih nak jawatan itu

Pemimpin penyokongnya bebal membisu

Hati di dalam masih bernafsu


Siapa orangnya?

Si hipokrit, Anwar Bin Ibrahim


Anwar kata dia seorang saja yang bijak dan layak

Sebab itu masa dalam penjara dulupun masih nak teriak

Kalau tidak siapa nak tegakkan keadilannnnn.....

Orang lain tak mampu

Orang lain zalim

Orang lain ada kroni

Orang lain ada nafsu

Aku cuma ada topeng palsu


Siapa orangnya?

Aku, Anwar Bin Ibrahim, paling wahid dalam menipu


Tak ada seorang pun layak jadi PM

Aku boleh dipercayai

Aku dimanjai

Aku cepat dapat jawatan tinggi

Tangan kananku indah terperi

Tak siapa tahu tangan di kiri

Banyak rahsia diam tersembunyi


Anwar Ibrahim perbodohkan semua orang

Anwar Ibrahim menghina kita semua

Dia seorang saja yang maha bersih

Kalaulah dia tak ada, negara jadi hancur

Sebab itu Anwar Ibrahim tak boleh diduga

Nilainya di luar bukan di hati

Menjaja di sana sini perjuangan mimpi

Jangan disentuhnya sama sekali


Siapa orangnya?

Siapa penyokongnya?

Orang yang buta mata, buta akal dan buta hati

Mahukah kita ikut sekali?


Begitulah Anwar Bin Ibrahim perbodohkan kita

Anwar Bin Ibrahim menghina kita semua

Apakah kita tidak terasa terhina?

Aku sangat rasa terhina.

Sajak asal:Belantan



Baca selanjutnya...

Anwar : Berani kerana benar, takut kerana salah


Anwar : Berani kerana benar, takut kerana salah


APA jadi dengan Anwar? Apakah beliau ingin meletakkan dirinya melebihi segala-galanya? Memperlekehkan undang-undang Negara dan siapa Anwar untuk menyerang kepimpinan polis, Menteri Dalam Negeri- nak saman polis- tak percaya mahkamah- tak percaya undang-undang Negara dan apa kelebihan yang Anwar ada sedangkan selama ini semua rakyat Negara ini menggunakan undang-undang yang sama, polis yang sama dan mahkamah yang sama.

Rakyat cuma mahu tahu - adakah benar Anwar meliwat? Polis mahu siasat- adakah tuduhan Saiful itu benar atau palsu dan untuk apa Anwar takut, kalau memang benar beliau tidak meliwat. Untuk membuktikan siapa fitnah siapa, siapa liwat siapa memerlukan siasatan dan semua rakyat tidak terkecuali harus tunduk untuk memberikan kerjasama bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.

Takkan hanya kerana isu liwat, Anwar boleh sembarangan menuduh semua orang, tidak percaya kepada semua orang, Anwar kena sedar dan akui bahawa tidak sesiapapun tidak boleh berada di atas undang-undang walaupun Sultan ataupun Raja.

Jangan peningkan rakyat, jangan menyusahkan rakyat dan Negara. Anwar kena berani kalau dia benar. Tindakan Anwar satu tindakan sombong dan bongkak. Jangan menganggap segala urusan Negara ini harus mengikut telunjuk beliau. Undang-undang tetap undang-undang. Polis menjalankan amanah dan tanggungjawab dan apa salahnya untuk diberikan DNA. Jangan alih isu, jangan cari alasan kalau betul-betul dia tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa fitnah Saiful.

Mengapa Anwar berbelit-belit. Guna media dan sidang akhbar untuk mengelirukan rakyat. Simpati apa yang mahu ditagih dari rakyat? Isu liwat memerlukan siasatan dan dalam kes jenayah, undang-undang tidak kenal siapa dan antara Anwar dengan Saiful, undang-undang tetap undang-undang, sebagaimana rakyat biasa seperti Saiful dan Anwar kena, undang-undang itu juga yang digunakan, system yang sama diguna pakai.

Anwar tidak perlu mencari helah bagi membenarkan dirinya untuk tidak disiasat. Kalau benar Anwar seorang warganegara yang bermaruah, beliau tidak akan sama sekali menghina polis dan mahkamah dan semua orang kena percaya bahawa polis sedang cuba untuk membantu Anwar dan kalau benar beliau tidak meliwat, beliau kena yakin dengan apa yang polis sedang cuba lakukan.

Buat apa diheret rakyat dalam masalah peribadi. Masalah peribadi harus diselesaikan secara berani dan berdepan. Anwar tidak boleh menjadikan rakyat sebagai benteng supaya perlaksanaan undang-undang tidak berlaku ke atas dirinya.

Rakyat pula janganlah terus diperbodohkan untuk menjadi alat kepada Anwar bagi menentang segala prosedur undan-undang. Tidak salah menyokong Anwar tetapi salah kalau bersubahat dengan Anwar hanya kerana polis mahu menyiasat tuduhan liwat ke atasnya. Rakyat kena sedar bahawa Negara kita aman selama ini adalah kerana adanya pihak-pihak berkuasa seperti polis ini.

Apa yang penting, jangan alih isu, kita cuma nak tahu adakah benar Anwar meliwat? Adakah tuduhan Saiful itu palsu? Dan kalau palsu, Saiful tidak boleh lari dari undang-undang dan Anwar tetap terselamat serta tidak tercemar maruahnya.

Tetapi Anwar kena berani sebagaimana yang sering beliau ucapkan bahawa beliau tidak takut untuk ditangkap dan kalau benar beliau seorang pemberani, tunjukkanlah sekarang bahawa beliau difitnah oleh Saiful dengan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada polis termasuklah sampel DNAnya.

baca artikel asal di malaysia-hariini.com


Baca selanjutnya...

Kenapa semakin ramai ragui Anwar ?



Kenapa semakin ramai ragui Anwar ?

CORETAN DRP ALMARHUM_ zemi
BISMILAHIRAHMANIRAHIM
ASALAMUALAIKUM WBT.

MEMANDANGKAN SAYA ADA MENERIMA PM DRP BEBERAPA SAHABAT YG MEMOHON SAYA MENYIARKAN CORETAN INI,MAKA SAYA POSTING SEMULA HARI INI.KPD WM DAN MOD SAYA BERHARAP ANDA DPT BERTINDAK DGN ADIL DAN SAKSAMA AGAR TIDAK DELETE ATAU LOCKED THREAD,SESUAI KEBEBASAN MEDIA YG SERING DIUAR-UAR SELAMA INI.

CORETAN INI SAYA PERNAH POST PD 30/6/08.DAN TELAH DISIARKAN LEBIH KURANG 8 JAM,SELEPAS ITU SUDAH DIDAPATI HILANG

1. PENYINGKIRAN DRP TKO
Untuk pengetahuan forumer semua,riwayat ze-mi di TKO telah pun berakhir pada 29/6/08 jam 7.40pm.Maka ze-mi telahpun bertukar menjadi almarhum ze-mi.Saya seperti dpat merasakan dlm 2-3 hari kebelakangan ini yg saya akan disingkirkan.Kemuncak kpd penyingkiran saya ini adalah berpunca drp asakan2 keras saya kpd anwar ibrahim semalam.

Sebelum drp ini juga sudah ada kedengaran drp forumer2 yg meminta saya disingkirkan atau diboikot,hinggakan ada org yg membuat undian bertanya setuju tak ze-mi disingkirkan.tapi saya tak tahu apakah keputusan undian tersebut,saya cuba mencari theread tersebut tetapi gagal.malah ada juga forumer yg menuduh saya adalah MOD TKO yg pro UMNO dan ada yg kata saya saudara mara atau sahabat handai MOD.

Di sini saya ingin tegaskan dan saya BERSUMPAH DGN NAMA ALLAH BAHAWASANYA SAYA INI BUKAN MOD,SEDARA MARA ATAU SAHABAT KPD MOD TKO.

Saya tak pernah mengenali mereka atau berhubung dgn mereka dgn cara lain selain drp di forum ini.Apapun “tahniah” diucapkan kpd WM kerana anda telah bertindak dgn “adil” dlm soal penyingkiran saya.Anda telah menunjukan 1 “contoh “ media yg adil dan saksama sebelum pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan Negara.

Nampaknya anda akan semakin “adil” drp media milik BN apabila memerintah negara kelak.Saya disingkirkan tanpa sebarang amaran.Tunjukan dimana silap saya.

Majikan hendak buang pekerja pun 2 kali amaran diberi.Sedangkan saya tidak pernah menerima apa2 amaran drp pihak admin.Jika anda berkata saya ni penabur fitnah,sila tunjukan kpd saya apa yg saya kata di forum ini yg tidak benar,kebanyakan apa yg saya kata adalah benar.Sebagai seorang muslim saya pun tahu bagaimana dosa fitnah ini.

Pada pendapat saya anda semua sukar hendak menerima hakikat apa yg saya kata ini kebanyakanya benar.

Kenapa banyak forumer lain yg pro pembangkang yg fitnah anda tak ambil tindakan,malah ada juga yg mengeluarkan kata2 hina,makian dan cacian kpd pemimpin2 negara tetapi tiada tindakan.INIKAH KEADILAN YG ANDA PERJUANGKAN SELAMA INI ?

Sepatutnya anda dahulu yg menunjukan contoh yg baik kpd BN.Tapi nampaknya anda pun bertindak sama seperti BN.Ini bermakna tiada beza anda dan BN.

Jika anda lihat kembali kpd theread dan posting saya selama ini,pernahkah saya menyentuh PAS,kalau ada pun sekitar 0.01% shj,theread saya selama ini hanya kpd PKR sahaja.

Kenapa saya bermusuh dgn PKR.Saya akan jelaskan di bawah ini.

2. SIAPA ZE-MI ?

Saya menetap di kawasan lubuk reformasi di Selangor sekitar tahun 1999-2004.Berusia 35 tahun.Kali pertama saya terlibat dlm politik ialah dgn menyertai parti keADILan,selepas melihat Anwar Ibrahim “diseksa” oleh pemerintah pd masa itu.

Saya berjuang bermatian-matian dan berhabisan-habisan utk menegakan Keadilan kpd Anwar.Saya hilang perniagaan pd masa itu kerana asyik sibuk berpolitik.Rumahtangga pun bergolak kerana politik.Walaupun sering dilarang oleh ahli keluarga jgn telibat dgn Anwar,tapi saya tolak ketepi semua nasihat itu demi Anwar Ibrahim.

Saya terlibat secara langsung dlm soal penubuhan keADILan di Bahagian Shah Alam.Saya dan Hj Shaharudin adalah org mencuci pejabat Keadilan Shah Alam pertama dulu di Seksyen 9.

Ketua bahagian pd masa itu Hj Azman Husin sebelum Ezam ambil alih.Antara rakan2 yg telibat sama dlm penubuhan di Bahagian Shah Alam dulu,adalah Hj Ardin Shah,Haris Bakar (sekarang s/usaha pkr slgr),pn Mahanum,pn Rodziah atau lebih dikenali kak ogy(sekarang exco selangor dan ADUN Bt 3) Suhaimi (sekarang Adun Sri Muda) dr Xavier (sekarang exco Selangor dan Adun Sri Andalas) Sd Johari (sekarang join UMNO bersama ezam) Nazmi (join UMNO bersama ezam) mr Rajoo (sekarang ahli majlis MPK) mr Lingam (tak tahu dimana sekarang) Zaidi (sekarang bekerja dgn YB Suhaimi dan kak ogy) Adnan Jamburi,Hanafi,Raja Komando atau lebih dikenali sbg 'pak engku' dan beberapa org lagi.

Kami semua ini bekerja all out masa PRU 1999 di mana Ezam menentang Datuk Salamon Selamat,keputusannya Salamon menang dgn majoriti 1440 undi drp 40000 undi dlm PRU sebelum itu.

Selepas tewas p/raya kami terus bekerja demi memastikan Keadilan ditegakkan di Malaysia.Saya pernah ditangkap beberapa kali dlm siri reformasi dulu.Antara lokap yg saya pernah masuk adalah Dang Wangi,Ipk KL,Travers,dan yg terakhir di Pandamaran semasa Perhimpunan 100 ribu rakyat di Jln Kebun.

Antara sahabat baik saya di lokap dulu adalah saudara Nasir Isa (reformis).Saya juga banyak terlibat mengatur program2 parti di sekitar Selangor dulu.Itu antara satu sebab saya mengenali ramai pemimpin2 Pas dan juga PKR.Drp mereka semua inilah saya dpt apa2 maklumat sekarang.

Khalid Ibrahim ni org baru je.Badan pun tak sempat belengas lagi,tapi nasib dia baik dpt jadi MB.Dulu kalau kami minta sumbangan utk parti (masa itu beliau masih dlm Guthrie) kedekut nak mampuihh mamat ni.

Pada masa saya sering masuk lokap itulah rumah tangga saya bergolak dan perniagaan saya rosak.Setiap kali masuk lokap nak keluar mesti dijamin nak guna 2-3 ribu.

Sampai satu tahap barang kemas isteri pulak digadai utk jaminan saya.Ada juga insan yg simpati yg menjalankan kutipan derma konon kononya utk nak jamin kami yg ditangkap ini,tetapi hasil kutipan derma ini lesap kpd mereka.

3. KENA TIPU DGN RAJA KAPOOR

Dan salah sorangnya adalah Raja Petra Kamarudin.Sebab itu sampai sekarang pun saya memang tak boleh lihat muka Petra ni.Saya dah sumpah dia 7 keturunan.Dia ni memang muka penipu,dia memang pandai cari duit utk diri dia guna nama parti.Dia memang sorang yg pandai ambil kesempatan.Sebab itu saya panggil dia 'raja kapoor',kerana dia byk kapoor duit.Duit deposit calon p/raya pun dia kapoor juga.

Hj Ramli seorang penderma minta dia kutip balik duit deposit calon slepas PRU,kemudian Hj Ramli suruh masukkan akaun PKR,tapi di'kapoor'kan oleh Petra juga.Sekarang Hj Ramli adalah ahli PAS,bukan PKR lagi.

Apa yg keluar drp mulut dan web Petra ni semuanya duit.Matlamat utama dia duit.Dulu dia buat 'hikayat khairy',sebelum siar dia minta seseorang jumpa Khairy minta duit,kalau tak bagi dia akan siarkan Hikayat Khairy.Tapi Khairy tetap tak bagi duit kpdnya,maka dia pun keluarkan cerita tersebut.Begitu juga dgn kes Altantuya.

Saya tak mahu lagilah nak cerita panjang pasal raja kapoor ni.Kalau anda nak percayakan dia terpulanglah.Dia lah salah seorang penyokong Kebebasan Antara Agama (IFC) dulu. Cek balik dia punya web pasal IFC.

4. TERLIBAT BANTU PKR

Saya juga selalu terlibat dlm beberapa p/kecil dulu drp 1999-2004.Antaranya yg pertama yg masih saya ingat adalah PRK Dun Sanggang Pahang yg mana MB Pahang keluar isyarat lucah semasa penamaan calon,kemudian parlimen Teluk Kemang NS,kemudian Dun Lunas di Kedah yg mana bekas adun dia mati ditembak dlm kereta,kemudian Dun Anak Bukit dan Parlimen Pendang (ustaz Fadzil Nor meninggal dunia),kemudian Dun Indera Kayangan Perlis dan juga p/raya Sarawak.

Saya masih ingat lagi di waktu awal keADILan ditubuh dulu, saya lah org yg sering berulang ke pejabat pertama keADILan di sebuah rumah seksyen 14 PJ utk mengambil borang2 ahli bagi diedarkan di seluruh Shah Alam.Pada masa itu s/usaha agung keADILan pertama adalah Anuar Tahir sering memuji saya “hang ni aktif lah cari ahli,baguih,baguih”,kerana saya lah org yg paling kerap datang ambil borang keahlian.

Sekarang Anuar Tahir dah masuk PAS,kenapa dia masuk PAS,anda fikirlah dan buat tafsiran sendiri,begitu juga dgn Saari Sungib org yg pernah masuk ISA ,pun masuk PAS juga.Buat tafsiran sendiri.

Saya rasa cukup lah sekadar ini mengenai siapa saya,kalau saya nak tulis lagi 4 page pun tak cukup.

Bukan nak eksyen pulak dgn apa yg saya dah lakukan,tapi sekadar buat pengetahuan anda semua,kerana ada yg sering bertanya siapa yang ni.Tentang jawatan2 yg pernah dipegang semasa dlm parti dulu tak perlulah saya nyatakan di sini.Utk pengetahuan semua bukan saya seorang ja yg banyak berkorban utk perjuangan Keadilan dulu,ramai juga kawan saya yg turut bekorban,ada yg bercerai berai rumahtangga,ada yg bankrapsi, ada yg rumah kena lelong,kereta kena tarik,nak makan pun takde duit,semuanya hanya 1 matlamat demi melihat Anwar diberi keadilan.

Tapi sayang Anwar menghampakan kami semua.

5. KENAPA SAYA TINGGALKAN keADILan ?

Saya mula menjauhkan diri drp Keadilan pada 2003,kerana saya dah mula tahu siapa Anwar yg sebenar dan juga utk memperbaiki taraf kehidupan saya yg dah rosak teruk.Ada seseorang telah menunjukan bukti kpd saya siapa Anwar dan juga saya lihat satu rakaman video bagaimana Anwar menipu dia sakit belakang.Dia hanya berlakon sakit semasa hendak dibawa ke mahkamah atau ke hospital shj.

Semasa di dalam penjara dia sihat,malah boleh bermain ping pong lagi.Dan juga rakaman di HKL semasa dia dtg buat rawatan di sana,sewaktu dia hendak salin pakaian di HKL dia boleh berjalan seperti biasa,kemudian bila dah siap salin dia kembali atas kerusi roda,pura2 sakit.Tujuan beliau hanya satu pd waktu itu,agar beliau dapat pergi rawatan keluar negara dan dpt suaka politik di sana.

Ezam pun tertipu juga dlm hal ini,beriya iya aja si Ezam ni,usaha sana sini agar Anwar dpt rawtan di luar negara.Padahal Anwar menipu ja.Selepas keluar penjara pun beliau pergi ke Jerman,tak buat pembedahan pun,sekadar berehat di hospital ja.Siapa berani nafi perkara ini,saya cabar mereka nafi.Saya cabar Datuk Kamarul Bahrin,ahli Parlimen Teluk Kemang dedahkan perkara ini.

Walaupun saya dah menjauhkan diri drp Keadilan pada masa itu,tapi saya tetap berhubung dgn kawan2 yg masih dlm parti.Saya ada juga cuba menasihat mereka supaya menjauhkan diri drp parti,tetapi seperti biasa lah mereka melenting dan berkata kau nak keluar keluarlah jgn nak racun kami pulak.Maka saya pun biarkan mereka aja.Tiba p/raya 2004,saya tak terlibat langsung dlm PRU itu,walaupun ada kawan2 baik yg bertanding.

Anwar bebas Sept 2004,saya tak ambil peduli .Lansung saya tak meraikannya.

Tapi Tuhan itu Maha Kaya,pada 2006 apabila Ezam keluar parti maka ramai juga kawan2 saya ikut sama dan mereka dah mula sedar siapa Anwar,dan ada kawan yg berkata kpd saya “mie,nampaknya kau lebih awal cerdik drp kami”.

Saya nak maklumkan di sini Ezam keluar drp parti,bukan sebab lain,sebab utama ialah beliau dah tahu siapa Anwar,tetapi kerana tidak mahu mengaibkan org,maka dia guna alasan lain.



Satu contoh saya beritahu anda semua,Ezam pernah tinggal di penjara Kajang bersama Sukma di blok yg sama selama 3 bulan.Jadi anda fikirlah sendiri,Ezam ni bijak juga orgnya dlm soal siasat menyiasat.Tapi utk sementara waktu ezam lupakan dulu,apa yg beliau tahu drp Sukma,kerana simpati kpd Kak Wan dan juga cuba berusaha membebaskan Anwar.

Ini kerana pd pendapat beliau alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Pada masa itu ezam juga terfikir mungkin Anwar dah bertaubat dan berubah.Jadi apa salahnya beri peluang ke 2 kpd beliau.Tetapi sangkaan Ezam meleset,Ezam mula curiga kembali kpd Anwar,apabila dia nampak beberapa kes (tak perlu saya nyatakan di sini) hinggalah pada 1 hari Ezam jumpa Nalla dan bertanya nalla siapa Anwar yg sebenarnya.Dan Nalla berkata esok u dtg rumah saya bawa u punya Quran.



Maka Ezam pun ke rumah Nalla esok bersama Quran,dan beberapa soalan Ezam tanya kepada Nalla,dan sebelum menjawab soalan2 Ezam, Nalla terlebih dahulu ambil semua gambar anak isteri beliau letak di depan beliau.Dan Nalla berkata kalau beliau tipu anak isteri beliau akan mati.

Maaf ! saya tak boleh nyatakan apa soalan2 yg Ezam tanya kpd nalla.

Dan Nalla juga tunjukan kpd Ezam satu video.Dan selepas melangkah keluar drp rumah Nalla,Ezam dah bertekad dia akan tinggalkan Anwar.

Saya tahu saya akan hadapi masalah dgn Ezam dan kawan2 lain bila saya ceritakan perkara ini di sini,kerana Ezam dah berpegang pada prinsip dia tak akan aibkan Anwar dgn perkara ini.Tapi saya sedia tanggung risiko perkara ini,kerana saya pun tak tahan juga lihat Ezam dihina oleh anda semua.Hanya org2 sekiling yg rapat sahaja tahu perkara ini.

Cara anda semua menyerang Ezam seolah-olah takde sedikit jasa pun oleh Ezam terhadap Anwar dan PKR.Mungkin anda semua tertanya-tanya semasa Anwar jadi TPM, Ezam tak tahu ke perkara ini ?

Ya memang Ezam tak tahu,kerana beliau bertugas sbg S/usaha Politik kpd Menteri Kewangan.Ezam bertugas di MOF Jln Duta dan Anwar hanya ke sana seminggu sekali.Org yg sgt rapat dan tahu semua perkara ini adalah Azmin Ali kerana Azmin S/usaha Sulit TPM.

Ezam amat jarang bertemu Anwar dan jika bertemu pun lebih kpd perbincangan perkara2 politik shj.Dan ezam pun tak lama bertugas dgn anwar tak sampai 2 tahun pun.Selepas Anwar dipecat,Ezam pun turut sama dipecat.

Tahukah anda yg Azmin Ali tu bapak segala rasuah semasa Anwar TPM dulu.Setiap org yg nak buat temujanji dgn TPM mesti melalui Azmin dulu dan pasti ada “tol” yg harus dibayar.


Rumah Azmin Ali bernilai RM5 juta. Kekayaan yang dikutip semasa menjadi Setiausaha Sulit Anwar, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Tahukah anda yg Azmin Ali itu adalah pemegang AP import kereta mewah jenama wald.Tahukah anda show room kereta mewah Azmin terletak di persimpangan Jln Sultan Ismail dan Dang Wangi sebelah Bank Pembangunan dekat traffic light.


Anwar bersama Shamsidar Taharin,isteri Azmin Ali. Bermula dari skandal isteri Azmin dan Anwar inilah jatuhnya Anwar sebagai TPM dan dipecat daripada UMNO. Banyak rahsia misteri antara Anwar dan Shamsidar seperti yang dipaparkan dalam foto di atas.

Tahukah anda Azmin Ali guna kuasa dia dan Anwar Ibrahim bagi seluruh projek papan tanda di KLIA kpd adik beliau Umi Hafilda,hinggakan takde ruang kpd kontraktor lain.

Tahukah anda berapa kekayaan Azmin,kekayaan beliau amat luar biasa.Utk perniagaan kereta wald, Azmin pasang proksi seorang tauke Cina.Tauke inilah yg sponsor Anwar beli rumah baru di Segambut berharga 2 juta dan kos ubahsuai pun 2 juta.

Cukuplah setakat ini dulu utk bab ini,5 pages pun tak cukup.

6. KES TERBARU ANWAR-SAIFUL.

Sebenarnya selepas keluar penjara saya dah tahu banyak kali Anwar dah lakukan perkara ini.Sebab itu saya tak terkejut dgn pengakuan Saiful ini.

Sebab itu saya sering berkata di forum ini,satu hari perkara yg sebenar akan terbongkar.Tapi anda semua maki saya.Takpe,saya terima seadanya makian anda.Ya memang betul kita tak boleh hukum dia sebab keputusan DNA belum keluar.Tetapi yg saya pelik kenapa Anwar guna jalan yg susah utk bersihkan nama beliau.

Kenapa beliau harus pergi dapatkan suaka di Kedutaan Turki ?.

Jalan yg terbaik adalah beliau datang ke balai polis beri keterangan secara sukarela,kemudian buat pula satu report polis kpd Saiful ini kerana cuba memfitnah beliau.Nak bagi sedap lagi,pergi mana2 masjid ajak sama beberapa org kepimpinan ulama PAS dan beliau bersumpah di sana.Barulah nampak gentle dan anda tak bersalah.

Beliau tak perlu guna alasan polis akan tangkap dan pukul beliau seperti dulu.Secara logiknya benda yg sama tak kan berulang lagi.Sekarang beliau guna pendekatan salahkan kerajaan ,Ketua Polis dan Peguam Negara.Jgn lari drp tajuk asal,jgn salahkan org lain.bersihkan nama anda dulu.

Dulu pun begitu juga anda alihkan perhatian rakyat dgn menyalah Tun Dr. Mahathir.Dia selalu menguar-uarkan kpd rakyat,'kalau takut dgn risikon jgn bicara pasal perjuangan' dan 'lawan tetap lawan'.Alih-alih dia pula yg pergi berlindung di Kedutaan Turki.Inikah pejuang sejati ?

Sekarang polis belum pun nak tangkapnya,tapi kenapa beliau takut dgn bayang2 sendiri edarkan sms kpd org ramai suruh berkumpul di Shah Alam kerana polis nak tangkap beliau .

Pd saya tindakan beliau itu adalah sekadar nak test market nak tengok berapa ramai rakyat akan turun sokong beliau, dan hasilnya tak berapa ramai pun. Beliau ingat ianya akan sama seperti 1998.Setelah melihat sokongan rakyat agak kurang maka beliau pun tak jadi turun drp hotel utk sidang media.

Setelah melihat sokongan rakyat agak lemah maka jalan terbaik ialah dapatkan suaka di Kedutaan Turki.Ada yg kata Anwar terima ancaman bunuh,karut semua tu,kalau org nak bunuh dia sebelum kes ni pun dah kena.

Pernahkah anda dengar cubaan bunuh terhadap beliau.Sebenarnya anwar takut utk ke penjara,kerana beliau pernah tinggal disana 6 tahun,dan beliau tahu keadaan di sana,sebab itu dia memilih utk berlindung di kedutaan.

Dan saya tak terkejut jika Anwar berjaya menyusup ke luar negara dgn cara haram. Ada yg kata konpirasi kerajaan.Adakah PM dan TPM ni takde otak nak piker,nak buat naya kat Anwar lagi,mereka dah kalah teruk PRU lepas,sokongan rakyat dah merosot dan jika mereka berbuat begini maka mereka sengaja mencari nahas utk hancurkan kerajaan mereka sendiri.

Begitu juga gambar Saiful di Pejabat TPM,gambar itu diambil semasa Saiful menjadi Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN dan beliau ke sana utk bertemu rakan beliau yg bekerja dgn TPM dan menjaga hal ehwal pendidikan tinggi,Saiful ke sana pasal urusan kerja.

Akhir kata kita sama2 tunggu dan lihat lah acara seterusnya.Nak cerita lagi 6 page pun tak cukup.

7. AKHIR KATA DRP ZE-MI

Saya rasa cukup setakat ini utk hari ini.Semoga anda semua ceria selalu,saya sayang sahabat semua.Tiada sedikit pun perasaan marah terhadap anda semua.Jika selama ini saya ada terkasar bahasa,atau kesilapan lain,maaf dipinta.Kpd MOD dan WM maafkan saya jika saya menyusahkan anda selama ini.

Semua yg baik itu datang drp Allah,yg buruk itu dtg drp saya.

BYE ! BYE !

SALAM PENUH KASIH SAYANG DAN IKHLAS DRP ZE-MI.

SEKIAN
ZE-MI (TKO)
EX ADNAN J 501 (KLPOS)-dulu ler.




Baca selanjutnya...

18 Jul 2008

Video AnwarGate: Kes liwat Anwar - Komen Ezam


+++++Video setakat ini sahaja.Tidak perlu klik selanjutnya.+++++




Baca selanjutnya...

PM cabar Anwar buat DNA

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada satu majlis di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur malam tadi. - foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN


PM cabar Anwar buat DNA

oleh Wan Hazmir Bakar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan meliwat jika beliau benar-benar tidak terbabit dengan perbuatan itu.

Perdana Menteri berkata, itulah cara betul dan mudah untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuktikan beliau tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kalau dia betul-betul tak terlibat apa-apa, bagi sampel, buat sekarang...kita tengok hasilnya yang tak buktikan apa-apa yang dia lakukan," katanya pada sidang media selepas melancarkan projek pemasangan peralatan penjimatan petrol, Hydrofuel, pada teksi dan kereta sewa di Dataran Putra di sini, petang tadi.

Beliau mengulas keengganan Anwar membenarkan sampel darahnya diambil untuk perbandingan DNA ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam Rabu lalu.


baca artikel asal di berita harian online

Baca selanjutnya...

Video AnwarGate: Salahguna Kerajaan Selangor 2008


+++++Video setakat ini sahaja.Tidak perlu klik selanjutnya.+++++






Baca selanjutnya...

Video AnwarGate: Muslihat Anwar 2001


+++++Video setakat ini sahaja.Tidak perlu klik selanjutnya.+++++







Baca selanjutnya...

Anwar : Bermulalah drama baru, sandiwara lama….


Anwar : Bermulalah drama baru, sandiwara lama….


Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim ditahan Polis pada 12.55pm berdekatan dengan rumah beliau di Bukit Segambut, Kuala Lumpur Barat Laut kerana laporan Polis mengenai kes liwat yang dibuat keatas beliau oleh Saiful Bukhari Azlan. Beliau dibawa ke IPK Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah dan disiasat bawah S 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksima 20 tahun penjara dan/atau sebatan jika disabit kesalahan.


Kenyataan penuh Pengarah Siasatan Jenayah PDRM CP Dato’ Mohd. Bakri Zinin malam ini:

1. Untuk memastikan sesuatu tindakan berjaya diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), PDRM memerlukan perancangan yang teratur dan sempurna.

2. PDRM mengambil kira dari sudut keselamatan operasi yang dijalankan, sama ada terhadap keselamatan pegawai/anggota polis yang menjalankan tugas atau kepada individu yang diambil tindakan.

3. Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan. PDRM mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawab kepada polis. Tindakan ini adalah selari dengan garis panduan yang sedia ada.

4. Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah secara profesional berdasarkan kepada keperluan ini. Bagaimanapun, tangkapan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman. Tidak berlaku sebarang tindakan yang melanggar garis panduan yang ditetapkan.

5. Pihak polis boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap pada 16 Julai 2008 jam 1.00 petang di sekitar Segambut. Pihak PDRM tidak mahu membuat tangkapan di dalam rumah beliau yang boleh menimbulkan kekecohan (commotion), waran tangkap telah disempurnakan ke atas beliau. Ketika ini beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.

6. Beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya pada waktu ini. Ahli keluarga beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya. PDRM ingin memberi kepastian kepada semua yang berkenaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini selamat berada dalam tahanan pihak polis.

Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Diraja Malaysia


Apakah dengan ini, bermula lagi drama dan sandiwara, yang begitu meninggalkan kesan negatif dalam senario dan lanskap politik tanahair, sebagaimana kali pertama hampir sepuluh tahun dahulu?

Secara peribadi, saya mula timbul kesedaran memerhatikan senario politik tanahair dan mengikut perkembangan Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Umum (PRU) ke VI 1982. Pada waktu itu saya di tingkatan tiga disebuah sekolah asrama penuh di Johor dan guru sejarah pula menerapkan nasionalism kedalam sanubari kami, dalam konteks memberikan tafsiran sejarah dan bagaimana negara ini terbina. Apabila PRU 6 menjelang, maka ianya peluang keemasan untuk memperjelaskan sistem politik Malaysia secara mengikuti perkembangan semasa pra, semasa dan pasca pilihanraya, termasuk pembetukan Kerajaan.

Pada masa itu, Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menghadapi pilihanraya umum pertama setelah mengambil alih jawatan dari Tun Hussein Onn, pada Julai 1981.

Seorang pemimpin belia, Anwar Ibrahim, telah diambil masuk kedalam UMNO, ditawarkan bertanding sebagai calon BN di Permatang Pauh dan setelah menang, diangkat sebagai Setiausaha Parlimen diJabatan Perdana Menteri. Kemudian dinaikan pangkat sebagai Timbalan Menteri dan mencabar Hj. Suhaimi Kamaruddin untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO dan menang.

Selepas pada itu, beliau naik dengan kadar luar biasa dan menjadi Menteri Pertanian, Pelajaran dan akhirnya Kewangan sebelum mencabar Timbalan Perdana Menteri En. Abdul Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993. Bermodalkan “Team Wawasan”, En. Ghafar dimalukan kerana gagal mendapat pencalonan secukupnya untuk bertanding dan mengekalkan jawatan. “Saudara Anwar” kini berubah menjadi “Dato’ Seri Anwar Ibrahim”, yang meninggalkan kemeja kerja kain kapas kepada suit bulu cashmere ringan berjenama Armani dan Emernegildo Zegna.

Guru sejarah saya itu mengingatkan bahawa Anwar pernah ditahan dibawah ISA pada 1974 kerana menganjurkan rusuhan pelajar, bermodalkan kunun kunun terdapat orang tempatan Baling mati kerana kebuluran, akibat daif yang keterlaluan. Selama dua tahun beliau berada di Kem Kamunting.

Pesan guru saya yang masih terngiang ngiang ditelinga sehingga saat ini, “Perhatikan Anwar ini dengan teliti. Lihat apabila dia naik (mendapat jawatan dalam pentadbiran), apa yang akan dilakukan kepada Baling. Ingat, dia pernah masuk penjara (ISA) kerana dakwa ada orang mati diBaling kerana kebuluran!”.

Selama sepuluh tahun saya memerhatikan perkembangan Anwar. Dalam sepuluh tahun itu, beliau sampai ke kedudukan paling strategik dalam Kabinet – Menteri Kewangan. Namun begitu, tiada sesuatu yang substantif yang Anwar usahakan untuk orang Baling, yang boleh menjanjikan bahawa kehidupan mereka terjamin dan peristiwa “Orang mati kerana kebuluran” tidak akan berulang.

Kalau kita kaji, drama/sandiwara yang pernah Anwar mainkan sepanjang 35 tahun ini amat menarik dan eratik. Bermula dengan kisah rusuhan pelajar 1974, kemudian mencabar En Ghafar pada 1993 dan kali terakhir dalam karier bersama UMNO ialah pada 1997, apabila Ketua Pemuda ketika itu Ahmad Zahid Hamidi diperkudakan untuk membawa mesej “kronisma” dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun itu.

Drama makin menarik dengan kenyataan dan keputusan yang dibuat sebagai Menteri Kewangan semasa krisis kewangan dan ekonomi 1997-8, dimana beliau menaikan faedah pinjaman dan memendekan tempoh hutang lapuk, yang secara automatiknya member kesan amat dasyat kepada golongan peniaga dan usahawan, samada kecil atau gergasi, terutama golongan Bumiputra. Preskripsi IMF menjadi pilihan, yang ternyata membawa keburukan, seperti yang dilihat di Thailand, Indonesia dan sedikit sebanyak, Korea Selatan.

Akhirnya, selepas tuduhan liwat timbul, dan siasatan dibuat, termasuk Bahagian Siasatan Jenayah mendapati beliau memberi arahan kepada Cawangan Khas untuk menekan Azizan dan Ummi Halfida menarik balik tuduhan asal, beliau dipecat pada 2 September 1998 (pada April 2007, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pemecatan beliau dari Kabinet pada 2 Sept 1998 adalah sah). Maka drama/sandiwara makin hebat dipersembahkan dan emosi orang ramai disentuh. Gerakan ‘Reformasi’ dilancarkan dan serta merta, negara menyaksikan budaya mendemonstrasi dan merusuh dijalanan yang begitu intensif.

Kemudian timbul babak babak yang memberikan ‘warna’ dalam drama/sandiwara ini, termasuk ‘modal konspirasi’, dakwaan akan disuntik dengan virus HIV dan diracun arsenik (semasa dalam tahanan, dalam tempoh perbicaraan). Sakit tulang belakang yang memerlukan rawatan di luar negara merupakan modal untuk mencari helah dan simpati, terutama masyarakat antarabangsa.

Apabila berjaya dibebaskan dari penjara pada 2004, dalam fenomena perundangan cukup luar biasa (rayuan diperingkat Mahkamah Persekutuan pusingan kedua), hakim masih bersetuju bahawa liwat keatas Azizan Abu Bakar itu berlaku. Hanya masa kejadian diragui dan dengan itu, hukuman dibatalkan.

Semasa kempen Pilihanraya Kecil Ijok April 2007, Anwar memberikan begitu banyak tumpuan dan keseluruhan modal kempen beliau berpaksi kepada menyerang TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang kunun kunun terlibat dengan rasuah pembelian asset ATM kapal selam Scorpene dan pesawat tempur pelbagai tugas Su 30 MKM. Dakwaan tanpa asas adalah kerana rancangan strategik menjahamkan kredibiliti TPM Najib, seorang pewaris Kepimpinan Negara.

September 2007 melihat bagaimana Anwar mendakwa berlaku penyelewengan dalam perlantikan Kehakiman. Video yang dirakam mengenai perbualan telefon peguam V K Lingam oleh Loh Gwo Burne (yang mungkin bertujuan untuk ‘memeras ugut’ kerana Lingam merupakan peguam Tun Dr. Mahathir dalam kes Anwar saman Dr. Mahathir) digunakan sebagai modal untuk menekan Kerajaan. Akhirnya, sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja dibentuk lewat 2007.

Lewat 2007 pula menyaksikan bagaimana Anwar memberikan sokongan kepada puak pelampau dan militan HINDRAF, dalam usaha bankrap beliau meraih sokongan politik rakyat Malaysia keturunan India dan tekanan yang dijana dari masyarakat India antarabangsa.

Pasca PRU 12 pula, menyaksikan Anwar menjanjikan kerjasama longlai Pembangkang bawah Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih tampuk Kerajaan Pusat dalam tempoh terdekat. Dalam perayaan “Black 14″ di Kelab Sultan Sulaiman, beliau mencanangkan bahawa dalam 2 minggu, 30 orang MP BN akan berpaling tadah kepada PR. Ukurtara ini (MP BN lompat parti) makin hari makin berbeza dan janji terakhir ialah mengambil alih kuasa pada 16September 2008, sempena perayaan ke 45 Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia.

Yang menarik peranan Anwar dalam KeAdilan (apabila mula ditubuhkan semenjak 1999) hingga hari ini, PKR dan kerjasama dengan Pembangkang (bermula dengan Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat) ialah beliau masih sebagai “Penasihat PKR”, walaupun telah di’bebas’kan dari ‘edah’ sebagai banduan (semenjak 14 April 2008). Beliau tidak mempunyai jawatan eksekutif sebenar dan keahlian dalam PKR sendiri diragukan. Ini kerana ramai yakin bahawa Anwar masih menaruh harapan kembali kedalam UMNO (hanya wadah yang praktikal untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia) dan menyertai parti seperti PKR hanya mengurangkan kebarangkalian kembali kedalam UMNO.

Kini, Anwar dituduh semula kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan. Maka berlaku drama/sandiwara semula. Anwar ‘hilang’ dan lari dalam percubaan mencari suaka di Kedutaan Besar Turki. Kemudian mendakwa nyawa beliau diancam. Yang menghairankan ialah sehari selepas keluar dari Kedutaan Turki, beliau berucap di khalayak sekurang kurangnya 10,000 di Stadium Malawati Shah Alam; rasmi seorang yang nyawanya tidak langsung diancam.

Pelbagai helah diberikan untuk mencari sebab tidak tampil membantu siasatan Polis. Ini termasuk baru baru ini dakwaan dimana berlaku konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara ketika itu Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dan beberapa pegawai tinggi Polis lain dalam fabrikasi tuduhan dan siasatan, semasa beliau ditahan 10 tahun dahulu.

Anwar juga membuat laporan qazaf di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, dalam usaha beliau merumitkan lagi keadaan, terutama siasatan Polis belum lagi selesai dan sebarang pertuduhan dalam Mahkamah Jenayah belum pun bermula. Mursyidul Am PAS Nik Aziz bersetuju dengan cadangan muhabalah antara Saiful dan Anwar diadakan dimana semua diminta bersumpah dengan Al Quran. Walaubagaimanapun, Anwar berdolak dalih dengan cadangan bersumpah ini.

Untuk memberikan warna yang lebih abstrak, reaksi Amerika Syarikat setiap kali Anwar dituduh dalam kes jenayah bawah Kanun Keseksaan amat membinggungkan. Pada sidang APEC Oktober 1998, Naib Presiden Al Gore membuat ucapan menyokong ‘Reformasi’ di majlis makan malam APEC di PWTC. Kemudian Mantan Duta Besar AS ke Malaysia John C. Mallot itu begitu aktif terlibat dengan gerakan “Free Anwar Campaign”. Pegawai politik Kedutaan Besar AS juga terlibat dalam memerhati dari dekat semua Pilihraya Kecil dan Umum yang dijalankan, terutama dimana Anwar terlibat secara aktif, seperti Ijok. Yang terbaru ialah kenyataan Jabatan Negara AS memberi amaran kepada Kerajaan Malaysia dalam kadar segera, tatkala kes liwat terbaru ini belum pun habis siasatan Polis.

Anwar juga amat akrab dengan Yahudi Neo Conservative yang pro Zionis, berpusat sekitar Washington D.C. Beliau kini menjadi tokoh yang mendapat perhatian dekat penganalisa politik antarabangsa, termasuk Israel.

Maka bermulalah siri baru drama/sandiwara, yang dimainkan secara licik dan terancang untuk emosi sebilangan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa diperkuda dan manipulasikan, dengan segala tuduhan liar dan memanipulasi fakta dan sistem perundangan yang ada; persis wayang sarkas!

Sekiranya drama/sandiwara akan bermula ini merupakan persembahan thema lama, maka wajar peringatan ini dibuat; Ada bidalan Inggeris yang berasal dari dramatis paling terkemuka abad ke XVI William Shakespeare, “The bigger the lie is, the more people would believe in it!”.

Baca artikel asal di bigdogdotcom.wordpress.com

Baca selanjutnya...

Apa Muslihat Anwar Tidak Mahu Beri DNA?



Brother Anwar Bin Ibrahim sekali lagi mengelak. DSAI mengelak untuk memberikan DNA kepada pihak berkuasa. Sekali lagi tuduhan telah dibuat terhadap Kerajaan Malaysia yang berkepalakan Yang Dipertuan Agong. Tuduhan tidak berasas sekali lagi. Kononnya, DNAnya barangkali akan dimanipulasi.

Penulis hairan ini berlaku. Bagi penulis, Brother Anwar menunjukkan contoh yang kurang baik kepada masyarakat.



Selepas ini, sukarlah kita hendak menangkap penjenayah. Jikalau kita hendak mengambil cap jari ataupun sampel DNA, sang penjenayah tersebut mungkin akan beria-ia meniru kenyataan Anwar. Takut sampel dimanipulasi. Takut dianiaya. Kalau begitu, bungkus sajalah siri CSI, kalau ramai orang macam Anwar.

Kita sudahlah gawat berhadapan dengan kes Nurul Jazlin dan Sharlinie. Bayangkan jikalau akhirnya kita berjaya mendapat penjenayah tersebut, tetapi penjenayah tersebut (yang kita tahu memang licik) menggunakan alasan ala-ala Anwar, tidakkah kita akan terlepas akan seekor raksasa yang selama ini kita buru ke lubang cacing? Anwar sanggup berbuat apa sahaja untuk melepaskan dirinya secara siyasah.

Anwar sepatutnya tidak takut memberikan sampel. Kerana di sisi ugama Islam (yang dipetik dari Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001)) memberi jaminan bahawa keputusan DNA tidak melayakkan Anwar untuk dihukum hudud atas jenayah liwat. Oleh itu, Anwar sepatutnya faham dan tidak takut bahawa walaupun jika didapati bersalah, kerana di sisi undang-undang Islam, Anwar tidak bersalah. Jadi, apakah yang ditakutkan oleh Anwar?

Tidakkah Anwarlah yang terhegeh-hegeh ke JAWI untuk melaporkan tuduhan qazaf?Adakah Anwar ini hanya percaya sebahagian dari hukum Islam dan menolak yang lain. Brother Anwar Bin Ibrahim sepatutnya tawakal dengan Allah dan menyerahkan sahaja DNAnya kepada pihak berkuasa. Jikalau ada manipulasi, maka biarlah Allah sahaja yang membalasnya.

Tidakkah juga Anwar berkata bahawa jikalau dia ditangkap (yakni didapati bersalah), ahli Pakatan Rakyat yang lain boleh meneruskan perjuangannya untuk membentuk kerajaan yang adil? Tidakkah Anwar pernah berpesan bahawa jikalau takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan?

Oleh itu, apa lagi yang Anwar tunggu? Ayuh serahkan sahaja DNA itu. Apa yang ditakutkan dengan keputusan DNA tersebut?

Namun, jikalau Anwar tercirit-cirit takut dipenjara kerana rasa tidak selesa akan sejuknya lantai simen, maka makam Anwar jauh panggang dari api jika dibanding dengan Imam Ibn Hanbal, Ibn Taimiyyah dan juga pejuang-pejuang Islam yang mati di penjara sehingga dikagumi oleh pengikut-pengikut Harakah Islamiyyah!(Ustaz Sidek Noor tentu tersenyum membaca komentar penulis).

Baca artikel asal: Maharaja Zhou


Baca selanjutnya...

'What is Anwar afraid of?'



KUALA LUMPUR: If truth is what he is after, then Datuk Seri Anwar Ibrahim should just give a blood sample for DNA tests, said Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Syed Hamid was commenting on Anwar's refusal to give a blood sample when he was taken to the Kuala Lumpur Hospital on Wednesday night.

The de facto Parti Keadilan Rakyat leader had said that he had no faith in the system as DNA evidence obtained by police in his sodomy case 10 years ago was allegedly fabricated.




Syed Hamid, however, countered that the government had not ruled out the possibility of getting foreign medical experts to conduct the DNA tests.

"What is he afraid of? He can even have his own doctor present when the tests are carried out," he said.
"Under our laws, we cannot force a person to give a blood sample.

"The consent of the person is needed and since Anwar does not want to cooperate, he was taken back to the police lock-up."

In Penang, Health Minister Datuk Liow Tiong Lai said Anwar should have cooperated and undergone a DNA test.

He said it was normal for the police to seek DNA tests from suspects involved in rape and sodomy cases.

"As a responsible citizen, Anwar should have cooperated with the police.

"Nobody is above the law."

Liow said this after accompanying Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas on a visit to the Sungai Bakap Hospital.

Syed Hamid also said Anwar had gone in search of the truth to the Federal Territories Islamic Affairs Department on July 10, accusing his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, of committing qazaf or false accusation of fornication.

"If he is searching for the truth, he can get it very easily. Just give a blood sample for DNA tests," Syed Hamid said.

On the alleged high-handedness by the police in arresting Anwar on Wednesday afternoon, Syed Hamid stressed that they had acted in accordance with the law.

Anwar had given his assurance that he would turn up at the city police headquarters at 2pm on Wednesday, but police moved in an hour earlier and nabbed the former deputy prime minister near his home in Segambut.

The manner in which police effected the arrest had sparked an outcry among his supporters.

Syed Hamid, however, said police did nothing wrong as they had a warrant of arrest issued against Anwar.

He also said that police had reasonable grounds to believe that Anwar was not going to keep his word on meeting the police at 2pm.

After being questioned by the Anti-Corruption Agency in Putrajaya in the morning, Anwar was supposed to go directly to the city police headquarters.

"But his convoy headed for his home in Segambut.

"In fact, Anwar excused himself from the ACA by telling them he had an appointment with the police.

"If he went back to his house, there would have been problems. He has so many bodyguards and if police forced themselves in, there will be an incident again and we (the government) will be blamed again.

"So how do you avoid being involved in a scuffle as he was followed by seven cars? He was very well protected."

Syed Hamid also said that the last time (on Sunday) police went to serve Anwar a notice to be present for questioning, the police were not allowed to enter his house.

"When we left the notice with his security guards, his lawyers used the technical excuse that the notice must be served personally to him.

"By doing what police did, police avoided any untoward incident and Anwar cooperated very well and we are satisfied with that."

He said he was not personally informed by police of the operation to arrest Anwar, adding that the public should understand that it was a police operation.

"The police do not have to consult or seek permission on what needs to be done as they are empowered by law. I expect them to act within the law."

Syed Hamid said police treated Anwar well and gave in to his many requests while he was detained.

"He wanted to pray, we gave him all the prayer time he wanted.

"His wife (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) wanted to give him medicine, the police allowed her to do so.

"His lawyers were also present when police recorded his statement and when he was taken to the hospital."

Syed Hamid said Anwar was being investigated for a criminal case and should be given a fair chance to state his case.

By the same reason, he said Mohd Saiful, who lodged the sodomy report against Anwar three weeks ago, should be satisfied that his complaint was being investigated.

Unfortunately, Syed Hamid said, instead of upholding the truth, Anwar had turned the report against him into a politically-motivated incident.

Anwar was released on police bail at 9.45am yesterday after spending the night at the city police headquarters. He will have to present himself to police again on Aug 18.

read original article: NST Online


Baca selanjutnya...

Kroni Anwar di Selangor



Kroni Anwar di Selangor

Dua bulan yang lepas Ezam telah melaporkan secara langsung di dalam ceramah perdana anjuran Umno Bandar Tun Razak bahawa Rosli Ibrahim ( adik anwar ) telah dilantik menjadi penasihat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui 'jalan belakang' .


Anwar selalu kritik amalan kronisme dan korupsi pihak lain. Tetapi apabila adiknya sendiri dilantik Penasihat KDEB dan anak saudaranya dimasukkan ke KDEB, belang Anwar semakin terbongkar. Itu baru dapat perintah Selangor. Kalau dapat perintah Malaysia berapa ramai lagi anak beranak Anwar akan mendapat kepentingan. Sejarah membuktikan semasa Anwar jadi TPM, kaum kerabatnya (termasuk ayahnya Dato Ibrahim Abd Rahman), adiknya, Farizon Ibrahim dan lain-lain) menjadi jutawan segera kerana banyak mendapat limpahan projek hasil Anwar sebagai Menteri Kewangan Malaysia.

Rosli Ibrahim sebelum itu telah pun menduduki kerusi panas ini 2 bulan sebelum perkara kronisme lantikan ini didedahkan oleh Ezam.

Umum mengetahui bahawa perlantikan Rosli Ibrahim sememangnya tidak memenuhi syarat2 yang ditetapkan kerana beliau merupakan ahli bankrapsi apatah lagi lantikan terus Rosli Ibrahim ini dipertikaikan oleh banyak pihak kerana beliau tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli perniagaan yang berjaya. Perniagaan menjual kereta PERODUA sebagai agent di pulau pinang menemui kegagalan.


Rosli Ibrahim, adik Anwar dimasukkan menjadi penasihat KDEB dengan gaji RM20K. Apabila isu kronisme diperkatakan Rosli letak jawatan serta merta. Semasa Anwar jadi TPM, adiknya (Rosli) menjadi antara salah seorang jutawan yang mendapat projek-projek hasil pertolongan abangnya sebagai Menteri Kewangan Malaysia

Apakah kriteria MB Selangor yang gagal itu untuk melantik terus Rosli Ibrahim memegang jawatan panas cukup menjadi persoalan.

Adakah kerana membalas jasa Anwar Ibrahim kerana melantik beliau sebagai MB (dan bukannya azmin ali ) dijadikan alasan untuk Khalid Ibrahim menutup mata dan membalas budi Anwar?

selang 24 jam pendedahan Ezam tentang perlantikan kronisme keluarga Anwar dalam syarikat besar kerajaan Selangor, Rosli Ibrahim meletakkan jawatan.

Dua hari lepas GAP mendapat maklumat daripada sumber2 PKR (yang kecewa dengan khalid) untuk meminta gap mendedahkan sekali lagi perlantikan kronisme kedalam syarikat KDEB.

Menurut sumber PKR tersebut, setelah Rosli Ibrahim meletak jawatan secara mengejut kini timbul pula isu Rosli Ibrahim digantikan dengan Hadrul Hisham aka Cekgu Bad ke dalam jawatan tertinggi KDEB.

Badrul Hisham mempunyai pertalian keluarga yang amat rapat dengan keluarga Anwar Ibrahim.


Gambar kenangan Badrul Hisham (nombor 4 dari kiri-berdiri dibelakang) bergambar bersama-sama keluarga isterinya Zarerah Hanim Md Zaki (Era)-berdiri di belakang nombor 3 dari kiri. Ibu Era, Rehan Ibrahim (duduk no 2 dari kiri) adalah adik Anwar Ibrahim


Dua tahun lepas Cekgu Bad ini telah mengahwini anak saudara anwar iaitu Zareera Hanim bt Ahmad Zaki( ibu era adik anwar) dan pertalian keluarga ini digunakan sepenuhya oleh Anwar Ibrahim untuk membolot segala pangkat dan kedudukan di dalam KDEB.


Wan Azizah sedang menduduk cucu saudara hasil perkahwinan CekguBard dan Era Hanim

Kemasukan Cekgu Bad menggantikan rosli ibrahim ini merupakan rantaian kronisme anwar sebagai landasan mengaut segala projek2 mega KDEB. KDEB mempunyai rantaian sumber ekonomi yang amat kukuh di selangor, sebut sahaja Hotel Quality,Hotel Brisdale,UNISEL,INSPEN dll sudah menggambarkan bentuk pelaburan yang mendatang pulangan jutaan yang banyak kepada kroni anwar dalam KDEB.

Semalam bila anwar bercerita tentang kronisme DEB sewaktu debat, sebenarnya dia jugak lupa akan kronisme keluarga beliau dalam KDEB.

Kalau munafik bercakap seperti malaikat, bau mulutnya lebih busuk daripada bangkai !

GAP; sesuatu mengejutkan berlaku nanti.

baca artikel asal di gerakan anti-PKR

Baca selanjutnya...

17 Jul 2008

Tan Sri Ismail Omar: Anwar not cooperative




Anwar wants transparency and professionalism





Baca selanjutnya...

Soalan Untuk Anwar (Siri 2)


SOALAN UNTUK ANWAR SIRI 2

+++++++Video ini setakat ini sahaja++++++++




Baca selanjutnya...

DEBAT ANWAR - KOMEN TUN DR MAHATHIR



DEBAT ANWAR- KOMEN TUN DR MAHATHIR


1. Saya harus mengucapkan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan, khususnya antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Shabery Cheek.

2. Ia bukanlah satu pertandingan yang adil. Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan.

3. Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar.

4. Sebagaimana yang saya katakan, Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya. Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

5. Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. Dato' Seri Abdullah telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah.

6. Tetapi, adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu? Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ianya benar.

7. Mungkinkah pihak yang membuat lapuran kali ini seorang yang cuba meniru? Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat. Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar. Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi dimahkamah. Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parliamen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama.

8. Ada beberapa tabiat yang sukar untuk dibuang. Perokok tegar akan menyatakan sedemikian. Begitu juga penagih dadah.

9. Sudah pasti ini tergantung kepada mahkamah untuk menentukan dan inipun jika kes ini akhirnya sampa kemahkamah. Mahkamah mungkin mendapati Anwar bersalah. Dia kemudiannya boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi malahan kemahkamah-mahkamah khas yang diadakan untuknya.

10. Jika dia berjaya membuat Saiful kelihatan sebagai pasangan yang rela seperti didalam kes Azizan, maka kenyataan Saiful tidak boleh dianggap sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan. Anwar akan dibebaskan.

11. Anwar telah menolak untuk bersumpah diatas Quran untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Tetapi Saiful sanggup untuk melakukannya didalam masjid dan disaksikan oleh alim ulamak.

12. Tetapi ada seorang Mufti yang menentang cadangan ini. Jika seseorang itu tidak bersalah mengapa dia tidak boleh bersumpah untuk membersihkan namanya.

13. Menimbulkan isu "qazaf" hanyalah bertujuan untuk megalihkan tumpuan. Ianya satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.

14. Didalam Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulangkali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru "bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil."

15. Syariah itu bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman. Undang-undang syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas. Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman.

16. Diriwayatkan didalam Quran mengenai Zulaikha yang cintanya kepada Nabi Yusof dan dianya dipercayai mengejar Yusof kerana baju Yusof koyak dibahagian belakang.

17. Amat jelas Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan (circumstantial evidence) walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi. Ini kerana Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan. Proses yang diambil didalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai. Proses itu tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.

18. Kerana itu Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf. Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ianya melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa.

baca artikel asal di chedet.com

Baca selanjutnya...

Estrada dakwa penahanan Anwar sebagai 'muslihat politik'


Estrada dakwa penahanan Anwar sebagai 'muslihat politik'

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada hari ini mengkritik dakwaan liwat terhadap rakannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu 'muslihat politik'.

“Saya harap kerajaan Malaysia akan melaksakan proses keadilan dalam mengendalikan kes Anwar," katanya dalam satu kenyataan.

Estrada, yang meraikan Anwar di Manila, bulan lalu dan menyifatkannya sebagai tokoh demokrasi berkata, penahanan Anwar semalam kerana dakwaan meliwat bekas pembantunya berusia 23 tahun sebagai satu muslihat politik.

Estrada bagaimanapn tidak mengulas lanjut dakwaannya itu.

Bekas bintang filem, Estrada yang berusia 71 tahun dijatuhkan pada 2001 kerana tuduhan rasuah dan dipenjarakan enam tahun sepanjang kesnya dibicarakan.

Beliau dijatuhkan hukuman tahun lalu, tetapi Presiden, Gloria Macapagal Arroyo memberikannya pengampunan.

Bulan lalu, Estrada meraikan Anwar dalam majlis makan malam di kediamannya dengan menamakan majlis itu sebagai meraikan seisi keluarganya. - AP

baca artikel asal di berita harian online




Baca selanjutnya...

Anwar enggan beri DNA



Anwar enggan beri DNA

17/07/2008 11:40am

KUALA LUMPUR 17 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa, kata peguamnya, Sankara N.Nair.

Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini. “Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi,” kata Nair.

Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Semalam, Anwar menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela. Polis juga gagal mendapatkan kebenaran beliau untuk mengadakan pemeriksaan perubatan penuh terhadapnya semasa berada di HKL.

Bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas.

Anwar telah memfailkan saman dengan mendakwa Mohd. Saiful membuat laporan palsu. - Bernama

Polis sambung ambil keterangan Anwar
17/07/2008 9:25am


KUALA LUMPUR 17 Julai - Polis pagi ini menyambung mengambil keterangan daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Menurut jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, keterangan daripada Anwar diambil bermula pukul 7.30 pagi ini.

Pada pukul 8.50 pagi, peguam Anwar, Sankara N. Nair tiba di IPK KL selepas dipanggil oleh salah seorang pegawai penyiasat kes Anwar.

Sementara itu, isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat meninggalkan kediamannya di Segambut pada pukul 9.10 pagi dipercayai untuk menemui Anwar di IPK KL. - Utusan

Anwar dibebaskan dengan jaminan polis17/07/2008 10:15am


KUALA LUMPUR 17 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pukul 9.45 pagi ini dengan jaminan polis.

Anwar bagaimanapun diarahkan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini. - Utusan

sumber Utusan Malaysia



Baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim, IIIT & Amerika Syarikat


Almarhum Ismail Al Faruqi, pengasas IIIT, di Herndon, Virginia, Amerika. Menurut laporan akhbar Philadelphia Inquirer bertarikh 11 Julai 1987, Yusuf Ali (tertuduh yang didakwa membunuh) memberi keterangan dalam mahkamah bahwa dia terpaksa membunuh Al Faruqi suami isteri kerana mereka terlibat mendorong kegiatan homoseksual di kalangan para pelajarnya.

Anwar Ibrahim, IIIT & Amerika Syarikat


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kepimpinan Anwar Ibrahim di dalam arena politik negara, label intelektual Islam reformis yang sering dikaitkan dengan cara kepimpinan beliau agak sukar untuk dipertikaikan. Para pemerhati dari kalangan media, masyarakat akademik serta diplomat dari dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa sekata bahawa inilah label paling cocok bagi bekas pemimpin klon kedua dalam UMNO dan kerajaan itu.


Buku Enigma Politik Anwar, Igauan atau Realiti, ditulis oleh Johari Ismail, terbitan R&S Founder Vision, 1999

Bagaimanapun pemaparan imej cendekiawan Islam moden secara agak keterlaluan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan tentang personaliti sebenar kepimpinan politik beliau yang penuh enigma - sukar difahami dan sering mengelirukan.

Malah ekoran kemelut politik serta peribadi yang dialaminya setelah tersingkir dari kerajaan dan UMNO serta langkahnya berpaling arah dari seorang pembela kerajaan menjadi penentang yang paling vokal, timbul dakwaan yang mengatakan beliau terlibat dalam suatu komplot didalangi pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya dari Israel (Mossad).

Setakat apa yang difahami oleh pengarang melalui sumber-sumber kerajaan, beberapa aktiviti Anwar sebagai seorang pemimpin yang berlabelkan cendekiawan Islam reformasi ini disyaki telah lama diperalatkan oleh kedua-kedua agensi sulit antarabangsa ini dalam komplot untuk menimbulkan ketidakstabilan sosial, politik dan ekonomi di Malaysia.

Kebetulan pula adalah difahamkan bahawa kalangan perisikan negara memang telah sekian lama mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk mempercayai bahawa semenjak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ditubuhkan pada tahun 1983 dan Anwar dilantik sebagai Presidennya, pihak CIA dan Mossad telah menjalankan beberapa operasi sulit (covert operations) bagi memperalatkan pengaruh serta kedudukan Anwar itu.

Adalah disyaki bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditunggangi dengan tujuan memudahkan gerakan infitrasi beberapa orang cendekiawan Islam reformis dari AS ke negara ini.

Penyelidikan yang dijalankan rata-ratanya menunjukkan bahawa kebanyakan kalangan cendekiawan yang dimaksudkan itu adalah kelahiran Arab serta benua kecil India. Mereka dipercayai sengaja dibawa masuk melalui pengaruh yang ada pada Anwar sebagai Presiden UIA dan pemimpin kerajaan dan UMNO supaya dapat bertindak , secara langsung atau tidak langsung, sebagai agen penyuluh rahsia (agent provocateur) atau agen pengaruh (agent of influence) badan-badan perisikan Barat dan Yahudi itu.

Ekoran siri penentangan jalanan yang mengakibatkan beberapa kejadian rusuhan anti-kerajaan di sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan penyokong gerakan reformasi pro – Anwar, pihak keselamatan dan ketenteraman awam negara tidak seharusnya menolak kemungkinan bahawa perkembangan tersebut bukanlah secara spontan bahkan didalangi oleh konspirasi tertentu seperti yang melibatkan sebuah badan think – tank pergerakan kebangkitan semula Islam semasa dari AS, dikenali dengan nama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) yang pernah bertapak di UIA itu.

Malah kemungkinan besar gerakan penentangan anti-Mahathir itu sebagai sebahagian daripada perencanaan strategik kuasa-kuasa luar bagi mencaturi urusan politik negara tidak boleh menolak begitu sahaja. Konspirasi ini dirancang dengan mengambil kesempatan daripada cita-cita politik Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu beliau di dalam UMNO dan kerajaan.

Adalah difahamkan juga bahawa persoalan tentang kemungkinan wujudnya komplot dari Barat dalam bentuk IIIT – yang didakwa telah sekian lama memperalatkan kepimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat itu – telah pun dimaklumi oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

Disyaki bahawa kebanyakan agen-agen yang bertopengkan golongan cendekiawan Islam antarabangsa mewakili IIIT ini telah sekian lama menjadi kenalan rapat Anwar. Badan yang beribu pejabat di Herndon, yang terletak di negeri Virginia, AS telah dikenalpasti sebagai sayap intelektual yang terpenting bagi pergerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun – sebuah badan pergerakan Islam antarabangsa yang memang terkenal dengan sikap talam dua mukanya, yakni bersikap radikal serta militan dalam menjalankan kebanyakan aktiviti politik sulitnya dan berpandangan modernis ketika ingin mengambil hati pihak pemerintah negara-negara Islam yang hendak dipengaruhi.


DIRESAPI PENGARUH ZIONIS DAN FREEMASON?

Secara rasminya, IIIT dikenali sebagai ‘yayasan kebudayaan dan intelek Islam’ yang diasaskan oleh Allahyarham Dr. Ismail Faruqi serta beberapa orang tokoh cendekiawan bangsa Arab yang mendapat taraf kerakyatan tetap di Malaysia.

Bagaimanapun kalangan tertentu di kalangan masyarakat Islam di AS difahamkan mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk mempercayai bahawa badan ini pada hakikatnya didalangi CIA dan Mossad. Mereka percaya bahawa kedudukannya yang beribu pejabat di Herndon, Virginia, berhampiran pula dengan Ibu pejabat CIA di Langley – juga terletak di negeri Virginia – bukan merupakan satu kebetulan . Begitu juga dari segi kedudukannya yang terletak berhampiran dengan pusat pemerintahan AS di Washington D.C.

Bagi orang-orang yang mengikuti perkembangan kebangkitan Islam mutakhir sudah tentu sedia maklum tentang kejadian pembunuhan penuh misteri Dr. Faruqi dan isterinya Lois Faruqi di kediaman mereka di Cheltenham, Philadelphia pada 27 Mei 1986.

Walaupun dari proses menegakkan undang-undang kes ini boleh dianggap telah pun selesai dengan terhukumnya seorang lelaki kulit hitam warganegara AS beragama Islam, kes ini masih banyak menimbulkan tanda tanya yang masih belum terjawab secara memuaskan. Lagipun, ekoran pembunuhan yang kejam itu terdapat ramai dari kalangan masyarakat Islam di AS, terutama mereka yang rapat serta mengenali Dr. Faruqi, mendakwa bahawa pembunuhan kedua-dua pasangan suami isteri ini bermotif pada balas dendam oleh pergerakan kongsi gelap Zionis anti antarabangsa, Freemason yang mana si mangsa pernah didakwa pernah menjadi anggotanya.

Menurut amalan pertubuhan sulit ini, mana-mana anggota lodge atau “rumah hantu” yang didapati belot perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun supaya tidak meninggalkan sebarang saksi atau bukti.

Kemungkinan pembabitan cendekiawan Islam reformis yang menjadi sahabat akrab Anwar di dalam pergerakan Freemason bukanlah merupakan sesuatu yang mustahil berdasarkan latar belakang kehidupannya yang dipenuhi kontroversi serta tanda tanya. Dakwaan ini, misalnya diperkuatkan berdasarkan kedudukan beliau sebagai tenaga akademi kanan di Temple University, Philadelphia.

Pusat pengajian tinggi berprestij ini memang telah lama dikenalpasti oleh kalangan masyarakat Islam di AS sebagai pusat kegiatan lodge akademik pergerakan Freemason AS anti antarabangsa.

Perlu disebut bahawa pergerakan Freemason telah dikenalpasti oleh para pengkaji sebagai sebuah organisasi gelap berbahaya di bawah pergerakan Zionis Yahudi sedunia. Pertubuhan sulit ini diwujudkan dengan tujuan utama mempengaruhi minda individu tertentu dari pelbagai bangsa dan agama dan seterusnya memupuk mereka kepada kedudukan yang penting dalam masyarakat supaya boleh dimanfaatkan dalam program konspirasi halus kaum Yahudi itu untuk menguasai dunia.

Perkataan Freemason itu sendiri adalah gabungan dua perkataan bahasa Inggeris. Free, bererti bebas, tidak terikat oleh apa pun dan mason, bererti pekerjaan membangun.

Justeru itu, kesimpulan bagi keseluruhan makna perkataan Freemason adalah perkumpulan para pembangun yang bebas dengan pengertian mereka tidak terikat oleh apa-apa ikatan. Organisasi yang pada asalnya bergelar ‘Kekuatan Tersembunyi’ ini diasaskan oleh pembangun Baitul Maqdis (Jeruselam) dari empayar Romawi, Harold II yang dibantu oleh dua orang bangsa Yahudi, Shiram Abiyud dan Moar Levi.

Tujuan utama di sebalik penubuhan pergerakan kongsi gelap ini adalah bagi menentang Nabi Isa Al-Masih dan menindas sesiapa sahaja yang percaya kepada nabi itu.

Disini perlu juga disebut secara sepintas lalu bahawa pada sekitar awal tahun 1980-an pihak media tempatan pernah mendakwa tentang terdapatnya Lodge pergerakan Freemason yang bergerak aktif di negara ini. Dakwaan ini dikaitkan pula dengan kewujudan sebuah ‘rumah hantu’ yang didakwa menjadi markas pergerakan sulit itu di Malaysia sehinggalah kepada dakwaan tentang terdapatnya beberapa orang tokoh pemimpin UMNO turut terlibat dengan aktivitinya.


Lois Lamya al-Faruqi (Lois Ibsen) (July 25, 1926 - May 27, 1986), isteri Ismail al-Faruqi. Mendapat BA dalam bidang muzik di University of Montana (1948) dan master dalam bidang sama Indiana University (1949)

Berbalik kepada peristiwa pembunuhan Dr. Faruqi dan isteri, ekoran peristiwa tersebut seorang lelaki kulit hitam Joseph L.Young (juga dikenali dengan nama Islam Yusuf Ali) telah pun ditangkap dan akhirnya dikenakan hukuman mati kerana di sabitkan kesalahan membunuh kedua-dua pasangan suami isteri itu oleh mahkamah daerah Montgomery, Philadelphia pada 10 Julai 1987.

Walaupun demikian, perbicaraan seminggu itu telah menimbulkan pula beberapa persoalan yang masih belum terjawab dengan memuaskan . Misalnya, yang kena tuduh ada menyatakan di mahkamah berkenaan langkahnya membunuh Dr. Faruqi dan isteri adalah demi menegakkan maruah dan martabat agama Islam. Beliau mendakwa bahawa cendekiawan Islam moden yang terkemuka itu telah sekian lama menjatuhkan imej agama tersebut dengan cara pembabitannya dengan kegiatan homoseks di universiti tempat beliau bertugas.

Menurut laporan akhbar Philadelphia Inquirer bertarikh 11 Julai 1987 yang turut dipetik oleh akhbar New Straits Times di Malaysia bertarikh 1 Ogos 1987, tertuduh mendakwa bahawa si mangsa pernah beberapa kali memaksa beberapa orang pelajar Islam dari Malaysia mengadakan kegiatan homoseks jika mereka ingin mendapatkan biasiswa bagi pengajian mereka. Young turut dipetik sebagai berkata di mahkamah bahawa tindakan pembunuhan itu dijalankan atas kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang penganut agama Islam.

Walaupun peguambela Young, Stephen G.Heckman berusaha membuktikan kepada pihak juri bahawa anak guamnya itu mengalami gangguan mental yang teruk tetapi beberapa orang pakar psikiatrik yang menjadi saksi perbicaraan berpendapat sebaliknya.

Malah pada akhir perbicaraan itu pihak pendakwa telah membuat kesimpulan bahawa orang yang dituduh itu sengaja berpura-pura dan mengada-adakan cerita tentang penyakit jiwa yang kononnya dialaminya bagi melepaskan diri dari hukuman.

Walaupun ketika ditangkap pada 16 Januari 1987, Young dikatakan banyak memberikan kerjasama kepada pihak polis tetapi dalam masa yang sama beliau dikatakan telah dengan bijaknya “mengenengahkan bibit-bibit alasan psikiatrik bagi mebela dirinya”.

Dalam kenyataan bela diri kepada pihak juri, Young berkali-kali meminta maaf atas pembunuhan tersebut sambil melahirkan rasa kesal tehadap apa yang hanya disebutnya sebagai “sistem” kerana tidak tampil ke tengah muncul bagi membela diri beliau.

Young juga ada dilaporkan meluahkan perkataan berikut ketika perbicaraan dijalankan.

“I dont see the terrible tragedy as a punishment to me. I see it as an Almighty thing...You can ‘t get around what God has for you”.

(Saya tidak menganggap tragedi yang buruk ini sebagai hukuman ke atas diri saya. Ia telah menjadi ketentuan yang Maha Agong..Anda tidak boleh melarikan diri dari apa yang telah ditakdirkan oleh Tuhan)

Walau apa sekalipun motif disebalik kes pembunuhan Dr. Faruqi dan isteri, kenyataannya ialah pengasas IIIT ini telah sekian lama dianggap oleh kalangan ulamak tradisional dan sesetengah kerajaan negara Islam sebagai seorang tokoh cendekiawan Islam yang penuh kontroversi serta radikal.

Beliau pernah memberikan saranan bahawa penilaian terhadap mana-mana sistem keagamaan tidak seharusnya dilandaskan semata-mata kepada wahyu (revelation) tetapi perlu juga bertunjangkan penilaian secara sekular.

Tidak cukup bagi seseorang untuk hanya mempercayai bahawa agama Islam sebagai satu sistem agama yang agung kerana menurut Dr. Faruqi, kepercayaan tersebut perlu diasaskan kepada penyelidikan yang bersendikan faktor-faktor persejarahan dan rasionalisme dengan memperalatkan metodologi ilmiah Barat.

Pandangan ini sudah tentunya dianggap kalangan ulamak dan cendekiawan tradisional sebagai sesuatu yang keterlaluan serta amat berbahaya.


KOMPLOT ANTARABANGSA DI UIA

Salah seorang pengikut setia Dr. Faruqi adalah Dr.Ibrahim Zein, seorang rakyat Sudan yang pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Usuluddin di UIA. Dr.Ibrahim pula dikatakan amat dikehendaki oleh pihak berkuasa keselamatan di negara asalnya kerana kegiatannya menentang pemerintahan rejim Umar Hassan Al-Bashir di Kahrtoum. Cendekiawan buangan dari Sudan ini pula tidak keseorangan di Malaysia.


Ibrahim Zein, Dean of the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)

Seorang lagi rakan seperjuangan beliau dalam kegiatan menentang rejim Islam di Khartoum, Prof.Hassan S.Ibrahim adalah Ketua Jabatan Sejarah di UIA. Sumber-sumber ada mendedahkan bahawa Prof. Hassan diterima di UIA setelah dipecat dari jawatan dekan di Universiti Khartoum. Beliau juga dikatakan dipecat kerana beberapa perbuatan salah laku dalam mentadbir para penuntut di universiti berkenaan.


Abdul Hamid Abu Suleyman, bekas Rector, International Islamic University Malaysia


Kedua-dua cendekiawan dari Sudan ini dikenali sebagai aktivis radikal bersayap kiri ketika sedang menuntut di negara mereka. Ketika berkhidmat di UIA pula, kedua-dua mereka dikenalpasti sebagai antara orang-orang kuat kepada Rektor pusat pengajian tinggi itu, Abdul Hamid Abu Suleyman – seorang tokoh cendekiawan Islam dari Timur Tengah yang dikenalpasti sebagai dalang di sebalik aktiviti IIIT merencanakan cita-cita politik Anwar dan mencampuri urusan politik dalaman di Malaysia.


Dr Taha Jabir al-’Ulwani telah mengambil alih teraju pentadbiran IIIT selepas almarhum Ismail alFaruqi mati dibunuh. Anwar, Abdul Hamid Sulaiman dan Dr Taha Jabir merupakan kem sama yang menjadi pengasas utama IIIT.

Selepas peristiwa pembunuhan tragis ke atas Dr. Faruqi, teraju kepimpinan IIIT diambil alih oleh seorang cendekiawan kelahiran Kashmir, Dr. Sayyid Muhammad Syeed. Bagaimanapun pengganti Dr.Faruqi ini tersingkir kemudiannya dari IIIT kerana dikatakan tidak sehaluan dengan orang-orang kuat Rektor UIA Malaysia itu.

Bagi sesetengah cendekiawan Islam di negara ini. Abdul Hamid serta kuncu-kuncunya di dalam IIIT adalah merupakan sekumpulan ahli akademik yang penuh tanda tanya, baik dari segi tingkah laku, pergaulan, gaya hidup mahupun fahaman politik yang dianuti.

Misalnya, gaya hidup mereka yang jelas menonjol serta mewah dikatakan dibiayai oleh beberapa orang ahli perniagaan kaya-raya dari Arab Saudi dan Kuwait yang pernah dibabitkan di dalam pelbagai skandal politik antarabangsa melibatkan CIA.

Anwar Ibrahim meraikan Dr A. Hamid Abu Sulaiman dan Dr Jamal Barzinji di kediamannya, Bukit Segambut. Kedua-dua mereka hadir ke Malaysia setelah diberi anugerah oleh pihak UIA sebagai bekas tenaga pengajar di universiti itu.

Seperti juga halnya dengan Dr.Faruqi, Abdul Hamid telah menjalin perhubungan yang rapat dengan Anwar sejak awal tahun 1980-an lagi, yakni sejak zaman Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu menerajui ABIM.

Dilahirkan di Arab Saudi pada tahun 1936, Abdul Hamid dikatakan menjadi kebencian kalangan ulama di negara kelahirannya itu dan juga di Pakistan, India dan Afrika Selatan kerana ajarannya yang penuh kontroversi tentang ajaran yang boleh dianggap sebagai >‘Islam Protestan’ atau ‘Islam reformis’ yang berkiblatkan AS.

Setakat buku ini ditulis, apa yang menjadi tanda tanya di dalam memperkatakan tentang perhubungan antara Abdul Hamid dengan Anwar ialah peristiwa di sebalik ‘kehilangan ‘ rektor itu secara misteri sejurus selepas rakan penaungnya itu dilucutkan jawatan di dalam Kabinet dan dipecat sebagai ahli UMNO.

Menurut beberapa orang kakitangan akademik di UIA, Abdul Hamid telah meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa sejurus selepas peristiwa pemecatan tersebut dengan memberikan alasan kesihatan.

Bagaimanapun menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, kehilangannya itu adalah bagi menyelamatkan diri dari sebarang tindakan pembersihan yang dikhuatirinya akan dijalankan oleh pihak berkuasa keselamatan negara Malaysia ekoran kemelut politik yang dihadapi Anwar.

Ketika menghilangkan diri di luar negara itu Abdul Hamid didapati mengambil kesempatan untuk berkempen bagi mendapatkan sokongan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu di peringkat antarabangsa.

Kempen yang dijalankan di seberang laut ini ternyata banyak melibatkan unsur memburuk-burukkan kepimpinan negara di bawah Dr. Mahathir dan jelas mencampuri urusan politik dalaman di Malaysia.

Kegiatan ini dilakukan dengan cara memperalatkan jaringan pergerakan intelektual Islam reformis atau Islam Protestan yang telah sedia berakar umbi di AS serta beberapa buah negara Eropah dan juga Timur Tengah.

Maklumat mutakhir yang diperolehi menunjukkan bahawa usha Abdul Hamid mendapatkan sikongan bagi Anwar di luar negara turut didalangi serta dibantu oleh golongan pembangkang intelektual Arab Saudi. Golongan pembangkang Arab ini pula telah sekian lama dipercayai sebagai antara beberapa boneka CIA yang ditugaskan menjalankan operasi sulit bagi mempengaruhi politik dalaman di beberapa buah negara Islam.

Walaupun Pengarang difahamkan bahawa siasatan terhadap kegiatan golongan cendekiawan Islam reformis ini masih belum muktamad, tetapi dengan terserlahnya perkembangan yang amat membimbangkan yang melibatkan seorang rektor UIA ini, maka adalah wajar buku ini menumpukan perhatian terhadap mengesan susur-galur mainan politik Anwar yang memperalatkan imejnya sebagai seorang tokoh pemimpin intelektual moden.


ANWAR IMEJ ASING

Seperti juga kalangan rakan seperjuangannya yang terdiri dari golongan cendekiawan Islam moden yang terlalu berkiblatkan metodologi ilmiah Barat, Anwar Ibrahim bukan sahaja berjaya memaparkan imej seorang cendekiawan Islam reformis, malah terdapat usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi imej tersebut ke suatu tahap yang bersifat universal atau sejagat.

Dalam menjalankan usaha ini , beliau ternyata mendapat bantuan dari jaringan kenalan rapat di dalam pergerakan cendekiawan Islam moden di beberapa buah negara Islam serta juga yang berpusat di AS serta beberapa buah negara Barat.

Dalam usaha ke arah program image-boosting ini Anwar ternyata mempunyai matlamat untuk menonjolkan dirinya sebagai satu-satunya pemimpin dunia Islam yang sederhana serta dapat menyesuaikan diri dengan era ledakan teknologi maklumat dan globalisasi dengan segala kecanggihannya.

Walaupun imej cendekiawan Islam reformis ini telah dipupuk oleh Anwar sejak menjadi aktivis ABIM pada sekitar lewat tahun 1970-an dan awal 1980an lagi, tetapi imej yang dipaparkan ketika zaman di luar UMNO itu agak kasar dan lebih mirip kepada apa yang menjadi trend di kalangan cendekiawan dunia Islam semasa ketika itu, yakni sosialisme Islam.

Bagaimanapun setelah memasuki arus politik status quo UMNO beliau kelihatan semacam terkeliru atau disillusioned lantas mendapati bahawa konsep sosialisme Islam ini lebih mementingkan persoalan tentang perbezaan pencapaian material atau darjat di kalangan ummah – seperti yang kerap bermain di bibir tokoh-tokoh sosialisme Islam abad ke-20 ini, Jamaluddin Al—Afghani, Syed Qutb, Mohammed Ali Jinnah dan Zulfikar Ali Bhutto; tetapi tidak pernah dijadikan kenyataan - tidak bersesuaian dengan perkembangan penguasaan dunia kapitalisme masa kini. Apatah lagi kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dalam sebuah negara yang giat memasuki ambang globalisasi perdagangan.

Justeru itu, setelah berjaya mendaki hampir ke puncak hiaraki pemerintahan negara dan parti, imej ini dengan tersendirinya bertukar menjadi lebih refined atau halus lagi. Ini barangkali disebabkan pendedahan yang meluas kepada suasana kehidupan kosmopolitan masa kini yang mana beliau sering berlanggar bahu dengan golongan berkuasa, kaya raya dan terkenal dari serata pelusuk dunia.

Kalau Anwar pemuda aktivis harakah Islamiyah dulu dapat digambarkan sebagai seorang tokoh lantang penuh idealisme dari desa Ceruk Tok Kun di Utara Semenanjung – kurus kering berjanggut sejemput, berbaju cekak musang dan bercapal. Kini imej tersebut bertukar menjadi imej seorang lelaki urbane jet – setter lengkap berpakaian sut jenama Girgio Armani berharga tidak kurang dari RM 17,000 ditempah khas dari Basel, Switzerland.

Perlu diberitahu juga bahawa setakat yang diketahui, Anwar adalah merupakan salah seorang di antara tiga orang tokoh politik dan korporat di dalam negara ini yang diketahui memiliki sut mewah yang diimport dari Switzerland itu.

Ternyata bahawa imej seorang intelektual sosialis Islam yang cuba dipaparkan nya ketika menjadi aktivis pelajar radikal tahun 1970an dan kemudiannya ketika menerajui ABIM pada awal 1980an – dengan segala idealismenya yang terlalu simplistic – sudah tidak begitu cocok dengan kehidupan barunya yang begitu sophisticated kerana berada di puncak kekuasaan sebuah negara yang sedang rancak membangun.

Sudah tentu kedudukan yang baru ini terpaksa dipadankan dengan imej seorang cendekiawan politik status quo yang sentiasa bergerak pada sepanjang koridor kekuasaan negara. Realiti kehidupan yang terpaksa dilaluinya sejak akhir-akhir inilah yang barangkalinya membuatkan Anwar Ibrahim terus jatuh cinta terhadap imej intelek modennya yang kian hari kian kelihatan sophisticated – suatu imej yang boleh dilihat sebagai apologis terhadap segala sifat keangkuhan dan hegemoni kuasa-kuasa neoimperialis Barat.

Lagipun, jika diamati kebanyakan tindak tanduk beliau ketika membantu Dr. Mahathir mengemudi negara seolah-olah mengiakan sahaja segala apa yang hendak dianjurkan Barat baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Rupa-rupanya berada pada kedudukan hampir kepada puncak kuasa menjanjikan suatu kenikmatan itu sengaja disogok oleh masyarakat maju Barat yang ternyata terlalu berkiblatkan keseronokan dan kebebasan individu.

Berdasarkan hipotesis mahupun kenyataan tentang kepimpinan Anwar ketika berada di dalam kerajaan tadi serta juga kemelut mutakhir dalam karier politiknya, orang sudah tentu akan bertanya persoalan berikut: Adakah kemungkinannya hancur musnahnya karier politik beliu kini gara-gara lamunan enak dibuai kehidupan syurgawi dunia yang diterima sebagai pemimpin sebuah negara?

Walau apa pun jawapannya hanya yang empunya diri sahaja yang sedia maklum. Namun bagi tujuan buku ini, rasanya tidak perlu Pengarang membuat spekulasi serta andaian yang terlalu mendalam terhadap kehidupan peribadi tokoh politik yang penuh karisma ini.

Apa yang nyata ialah kehadiran beliau selama lebih kurang 16 tahun dalam arena pemerintahan dan siasah tanahair telah menimbulkan semacam fascination atau perasaan kagum di kalangan para pemerhati politik tanahair mahupun antarabangsa . Walaupun demikian, perasaan kagum ini nampaknya lebih banyak menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.


INTELEKTUAL ISLAM REFORMIS DAN FENOMENA KEBANGKITAN ISLAM

Apa yang nyata dalam memperkatakan tentang tokoh kepimpinan Anwar Ibrahim adalah beliau merupakan seorang tokoh politik yang semakin dikenali, semakin susah pula untuk difahami lagi mengelirukan.

Maka dengan kekeliruan ini terserlahlah pula imej kepimpinannya sebagai pemimpin cendekiawan Islam moden yang berpotensi untuk mengkagumkan itu. Kenyataan ini pula adalah seiring pula dengan gejala kebangkitan Islam masa kini – semakin menjadi sebutan serta ikutan ramai, semakin pula kurang difahami lagi mengelirukan.

Malah sifat kebangkitan Islam mutakhir yang dikesani bermula sejak awal tahun 1970an itu sendiri telah menimbulkan banyak persoalan daripada memberikan jawapan terhadap pelbagai gejala negatif yang dihadapi keseluruahn ummah. Misalnya, kebangkitan itu telah menimbulkan lebih banyak gejala perpecahan di kalangan umat islam.

Cara perlaksanaanya yang rata-ratanya dipelopori oleh golongan cendekiawan moden yang lebih bersifat Islam militan telah banyak menimbulkan imej negatif tentang agama itu sendiri pada kaca mata bukan Islam. Gejala perpecahan serta imej buruk yang di hadapi oleh dunia Islam sejak lebih kurang tiga dekad kebelakangan ini, jika tidak dibendung segera akan membawa kepada keadaan anarki.

Perbezaan pendapat dikhuatiri di kalangan ummah tentang cara yang terbaik untuk melaksanakan gejala kebangkitan itu telah memecah-belahkan mereka kepada dua kelompok iaitu kelompok ulama tradisional atau fundamentalis di satu pihak dengan golongan cendekiawan yang berpendidikan moden atau intelektual di satu pihak yang lain. Pertembungan di antara kedua-kedua kelompok kepimpinan ummah inilah sebenarnya yang telah menimbulkan pelbagai masalah politik di dalam dunia Islam.

Bagaimanapun, bagi tujuan buku ini, penulis tidak bercadang untuk mendalami tentang dua puak yang pertama iaitu puak fundamentalis dan pemerintah. Apa yang hendak diperbincangkan ialah kehadiran golongan intelek atau cendekiawan Islam seperti yang dilabelkan ke atas ketokohan Anwar Ibrahim.

Dan apabila menyebut tentang kategori kepimpinan Islam seperti ini, maka kalangan yang mengikuti perkembangan kebangkitan Islam sedunia semasa akan segera mengaitkannya dengan beberapa nama besar seperti Jamaluddin Al-Afghani, Hassan Al-Banna, Sayeed Qutb, Abul A’la Mawdudi, Allahyarham Dr.Ismail Faruqi, Yusof Qardhawi dan beberapa orang lagi tokoh cendekiawan awam dan ulama Islam di peringkat antarabangsa.


Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan label intelek Islam reformis ini? Secara ringkasnya label ini cocok dengan deskripsi seseorang individu atau kumpulan yang lebih cenderung untuk menyatakan pendapat atau hujah mengenai sesuatu perkara yang bersangkutan dengan agama Islam secara ilmu akal atau beberapa disiplin pengkajian secara akademik moden.

Dari segi sikap pula, golongan intelektual Islam ini lebih suka jika digelar sebagai golongan progresif serta liberal serta pragmatik dari segi pendekatan mereka terhadap isu-isu semasa yang berkaitan ummah.

Ini ternyata bercanggah dengan golongan tradisionalis yang berpegang teguh kepada nas dan sunnatullah. Golongan ulama tradisional ini rata-ratanya mengambil sikap tidak berkompromi terhadap mana-mana idea asing. Sebaliknya pula golongan intelek modenis Islam pula lebih cenderung untuk berpegang kepada kehendak zaman serta keadaan hidup moden yang perlu diakui adalah amat jauh berbeza daripada zaman permulaan Islam.

Mereka berpendapat bahawa hakikat perubahan zaman telah melahirkan keperluan bagi umat Islam untuk menilai serta mengkaji semula beberapa aspek keagamaan serta nilai-nilai yang dibawa oleh agama itu sendiri.

Pada pandangan mereka penilaian semula ini perlu dibuat berdasarkan perspektif yang cocok dengan perubahan atau perkembangan moden. Ini termasuklah pandangan yang mengatakan bahawa penafsiran semula perlu dilakukan terhadap beberapa nas di dalam kitab suci Al-Quran serta hadis yang mereka anggap sebagai sudah tidak relevan lagi dengan suasana serta realiti zaman moden kini.

Pendek kata, golongan intelek Islam yang baru lebih mengutamakan jalan ijtihad dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan agama dan ummah. Natijahnya ialah golongan ini lebih cenderung untuk menangani isu-isu yang timbul melalui pengajian secara disiplin-disiplin ilmiah yang lebih berdasarkan nilai-nilai sejagat atau universal values seperti demokrasi, liberalisme, hak asasi, kebebasan, keadilan dan sebagainya.

Sebenarnya usaha-usaha yang terbaru bagi mengkaji serta menilai semula hukum agama Islam oleh golongan cendekiawan Islam moden ini adalah kesinambungan kepada usaha yang telah dilakukan pada tahun 1925 melalui buku yang dikarangi oleh seorang cendekiawan Mesir, Ali Abdel Raziq.


Buku Islam Dan Dasar Pemerintahan ditulis oleh Ali Abdul Raziq pada 1926. Buku ini diharamkan di Timur Tengah kerana pengarang Ali Raziq merumuskan tesis bahawa Al Quran dan Al-Hadith tidak pernah menganjurkan untuk membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah). Majlis Ulama Mesir hukum Ali Abdul Raziq dengan dilucutkan ijazah dan menanggalkan haknya sebagai warga.Tetapi pada 2004, Institut Kajian Dasar (IKD) dengan kerjasama Konrad Adenuer Foundation, institut pemikiran berkaitan dengan Anwar Ibrahim telah menterjemah dan menerbitkan semula buku ini untuk bacaan rakyat Malaysia.

Buku tersebut antara lainnya menegaskan bahawa Islam tidak pernah menganjurkan mana-mana prinsip berpolitik dan perjuangan Nabi Muhammad hanyalah sebagai utusan Allah dan bersifat keagamaan ukhrawi semata-mata dan tidak ada kena mengenanya dengan perkara-perkara duniawi yang remeh.

Pengedaran buku ini bagaimanapun telah menimbulkan kontroversi dan penentangan hebat sehinggakan dikutuk secara rasmi oleh Majlis Ulama di Universiti Al-Azhar yang membuat fatwa bahawa pengarangnya tidak layak memegang sebarang jawatan umum di Mesir.

Justeru itu, kehadiran fenomena aktivis-aktivisme kebangkitan semula Islam yang dimainkan oleh golongan intelektual Islam moden sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan ‘fatwa-fatwa’ dari hasil ‘pemikiran semula’ atau re-thinking tentang agama Islam melalui metodologi pengkajian ilmiah Barat.

Ini termasuklah pengkajian di dalam disiplin comparative religion atau perbandingan agama mahupun melalui siri civilisational dialogue atau dialog peradaban yang dianjurkan oleh pusat-pusat pengajian tinggi sekular tempatan mahupun luar negara.

ANWAR DAN PENGARUH ORIENTALIS BARAT

Pusat-pusat pengajian tinggi tadi termasuklah yang ditaja oleh kepentingan-kepentingan bukan Islam seperti yang terdapat di beberapa buah negara Barat, terutamanya seperti yang terdapat di Amerika Syarikat.

Antara pusat pengajian tinggi di Barat yang terkenal dengan usaha kerjasamanya dengan golongan intelek Islam ini adalah George Washington University, Georgetown , Washington D.C. serta beberapa buah universiti lagi yang terdapat di negara tersebut.

George Washington University yang terletak di pinggir kota pusat pemerintahan dan siasah Amerika Syarikat ini memang dikenali dengan fakulti teologinya yang diiktiraf antara pusat pengajian tinggi agama Katolik sedunia yang terkemuka.

Malah kedudukannya yang terletak di pinggir sebuah kotaraya yang menjadi pusat tumpuan kuasa anti-Islam yang terbesar di dunia itu telah dengan sendiri menimbulkan tandatanya dan ironi.

John Esposito,sekarang Pengarah Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University.

John O. Voll, sekarang professor Sejarah Islam Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University.

Apa yang menarik ialah Anwar Ibrahim sendiri sering dikatakan mempunyai perhubungan yang akrab dengan beberapa orientalis Barat bukan Islam yang dikaitkan dengan fakulti teologi di University George Washington ini. Melalui universiti inilah bergerak aktifnya dua orang tokoh orientalis Barat, Dr. John L. Esposito dan Dr. John O. Voll yang dilaporkan telah siap mengarang dan menerbitkan sebuah biografi tentang Anwar. Difahamkan bahawa buku ini akan juga mengiktiraf sambil mengenengahkan beberapa orang tokoh cendekiawan Islam di Mesir, Sudan serta beberapa buah negara Islam lain di dunia.

Menurut beberapa laporan media tempatan, tokoh-tokoh yang dimaksudkan dalam buku yang dikarangi oleh kedua-dua orientalis Barat ini ialah para pemimpin Islam yang difikirkan telah memberikan sumbangan dalam dunia intelektual Islam di samping turut bergerak secara aktif dalam arena politik.

Bagaimanapun, pada hakikatnya tokoh-tokoh ini adalah rata-ratanya terdiri dari golongan pembangkang atau political dissidents yang tidak lagi diterima oleh pemerintah beberapa buah negara Islam kerana pembabitan dengan aktiviti politik yang boleh dilihat sebagai semata-mata apologis kepada perencanaan neoimperialis Barat.

Setakat buku ini ditulis penulis masih belum mendapat maklumat yang cukup mengenai buku biografi yang dikarangi oleh Dr. Esposito dan Dr. Voll itu. Namun adalah difahamkan buku tersebut dirancang untuk diedarkan apabila Anwar hampir pasti bertanding mencabar Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO.

Dikatakan bahawa biografi tersebut telahpun siap dan sepatutnya diterbit serta diedar menjelang Perhimpunan Agong parti Jun 1998 – atas rancangan bahawa Anwar akan bertanding mencabar kerusi Presiden ketika itu. Seperti yang diketahui umum bekas Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa membatalkan rancangannya untuk bertanding jawatan tertinggi parti atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh kalangan yang rapat dengan beliau.

Apabila menyentuh tentang fenomena aktivisme golongan intelektual Islam moden angkatan Anwar Ibrahim, kita tidak boleh lari dari menyentuh perhubungan akrab yang wujud di antara bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan beberapa tokoh-tokoh cendekiawan Islam reformis yang berpengaruh di Indonesia.

Apa yang menarik tentang perhubungan tersebut ia lebih bermotif politik dari menunjukkan sifat sebuah pergerakan dakwah Islamiyah. Di dalam hal ini Anwar dilihat sebagai tunjang atau paksinya.


BJ Habibie dan Madeline Albright,bekas Setiausaha Negara Amerika


Pada suatu pihak ialah perhubungan akrab secara intelektual /teknokratik antara Anwar dengan Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie di suatu pihak. Manakala di pihak yang lain ialah perhubungan Anwar dengan seorang tokoh pergerakan Islam Indonesia yang dikaitkan dengan pergerakan pro-reformis yang menjatuhkan Suharto, Amien Rais.


Amien Rais dan Anwar Ibrahim


Walaupun tokoh pembangkang Islam Indonesia ini pernah dikatakan bersekongkolan dengan Presiden Mohamad Suharto Kertosudiro sebelum pemimpin tersebut diguling tetapi namanya turut dilibatkan sebagai teraju utama menguling ‘sahabatnya’ itu melalui kebangkitan reformasi bulan Mei 1998.

Ketika Suharto berkuasa, Amien dikatakan turut terlibat dalam di beberapa projek pembangunan mega yang dinaungi oleh bekas pemimpin Republik Indonesia itu dan ini termasuklah dalam projek perlombongan emas Busong yang penuh kontroversi.

Setakat buku ini ditulis, Amien Rais sedang giat menentang kepimpinan pelapis Presiden B. J. Habibie. Seperti juga Anwar dikaitkan dengan ABIM maka ketiga-tiga sahabatnya yang menjadi protagonis utama di dalam kancah politik bergelora di Indonesia itu terlibat pula dengan badan pergerakan Islam yang terbesar di negara jiran itu, Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia (ICMI).

Apa yang sempat difahami oleh Pengarang belum ada sesuatu hasil kajian atau bukti-bukti yang conclusive dapat dikaitkan dengan tarif golongan intelektual muslimin seperti Anwar dan rakan-rakan pemimpinnya dari Indonesia itu malah ianya adalah lebih berdasarkan suatu generalisasi .

Ini adalah bagi memudahkan usaha mengenali tokoh-tokoh cendekiawan yang lebih berpandangan liberal dan berkiblatkan kepada idea akademik Barat mengenai agama Allah SWT yakni mengikut tradisi orientalisme Barat. Perlu juga rasanya diperjelaskan di sini bahawa istilah orientalisme adalah percantuman antara dua perkataan Inggeris yang telah di Melayukan iaitu oriental dan isme.

Oriental bererti bersifat Timur sedangkan isme adalah fahaman dan ajaran. Maka orientalisme bermakna “fahaman dan ajaran yang bersifat ketimuran” yakni sesuatu ajaran yang menumpukan perhatian kepada perkara-perkara ketimuran. Bagaimanapun dalam erti kata yang mencerminkan pelbagai pengajian ketimuran yang Islam. Perkara yang dikaji tentang Islam ini termasuklah dari segi agama, kebudayaan, tamadun, bahasa, sastera dan seninya.

Pergerakan ini telah memberikan satu pandangan yang begitu menyeluruh dalam membentuk pandangan dunia terhadap Islam dan masyarakat Islam dengan cara memaparkan kemunduran serta kelemahan dunia Islam dalam medan pertembungan antara tamadun Timur (Islam) dengan tamadun Barat.

Jadi persoalannya sekarang, apakah perlunya usaha menganalisis dan mengesan tokoh kebangkitan Islam semasa yang menunjukkan kecenderungan untuk bersekongkolan dari segi minda dan idea dengan golongan orientalis Barat ini?

Pada hemat penulis terdapat pelbagai jawapan kepada soalan ini dan jawapan yang paling utama ada kaitannya dengan pergolakan di dalam kancah geopolitik dunia masa kini yang jelas sedang menjurus ke arah semacam pertembungan peradaban antara Barat dengan Timur.

Seperti yang disarankan oleh tokoh futuris Samuel Huntington di dalam buku bestsellernya “The Clash of Civilisation”, Barat yang dikuasai oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah Barat lambat launnya terpaksa bertembung dengan Islam yang melambangkan peradaban Timur dalam beberapa aspek penguasaan terhadap tamadun dunia moden.

Ini termasuklah daripada aspek ekonomi, politik dan sosial. Berdasarkan ini ternyata bahawa ancaman yang sedang dihadapi ummah masakini ialah gejala penerapan segala idea yang boleh disangsikan tentang agama Islam yang diperolehi dari sumber atau metodologi pengkajian ilmiah asing yang berpotensi untuk memesongkan akidah umat Islam.

Kebanyakan idea-idea asing tentang agama yang bersumberkan golongan orientalis Barat dapat terus menyelinap secara halus atau subtle di kalangan umat Islam melalui persekongkolan golongan orientalis ini dengan tokoh-tokoh cendekiawan Islam tempatan yang berpandangan moderate serta liberal.

Memandangkan fahaman golongan intelektual moden Islam ini lebih berdasarkan kajian ilmiah moden, agak sukar bagi golongan ulama pembuat fatwa tempatan serta pihak berkuasa hal ehwal agama Islam untuk memahami serta menjejaki kalau-kalau ada ‘fatwa’ atau ‘idea’ yang dikeluarkan melalui cara disebutkan itu boleh mengancam akidah umat Islam keseluruhannya.


PERANGKAP HALUS BARAT

Berdasarkan analisis yang dibuat tadi adalah jelas bahawa golongan intelektual Islam reformis seperti Anwar Ibrahim lebih cenderung untuk berkompromi dengan fahaman-fahaman yang dilahirkan oleh disiplin keilmuan sekular Barat. Ini dapat menjelaskan minda mereka rata-ratanya dilihat sebagai lebih berkecenderungan untuk menerima pelbagai idea tentang nilai-nilai universal atau sejagat yang disogok oleh disiplin keilmuan Barat.

Golongan intelek reformis Islam baru ini difikirkan lebih mudah untuk diperdaya oleh segala gagasan atau idea tentang Islam yang diketengahkan oleh rakan-rakan orientalis Barat mereka berdasarkan konsep kesejagatan nilai-nilai keagamaan atau lebih dikenali di kalangan para cendekiawan Islam moden sebagai universal values of religion.

Perkara yang diutarakan tadi difikirkan sudah mencukupi bagi menimbulkan keperluan di kalangan umat Islam untuk mengambil sikap penuh waspada terhadap segala apa yang hendak disampaikan oleh golongan cendekiawan Islam moden itu. Justeru itu, adalah semula jadi bagi golongan umat Islam yang lebih cenderung kepada ajaran agama yang asas dan tulen mahupun golongan yang lebih berpandukan kepada fatwa-fatwa status quo yang dibuat oleh ulama pemerintah di negara-negara Islam untuk sentiasa merasa terancam dengan kehadiran golongan intelek Islam moden ini.

Di dalam menangani pelbagai isu yang dihadapi umat Islam, pendidikan liberal separuh – separuh di antara pendidikan Barat dengan pendidikan Timur yang rata – ratanya diterima oleh golongan intelek muslim baru ini menyebabkan mereka lebih susceptible atau mudah untuk dikelirukan atau mengelirukan minda keseluruhan ummah.

Pandangan Anwar tentang bidang pengajian perbandingan agama seperti yang telah diperbincangkan tadi jelas bebas diperbincangkan dan digalakkan dalam bukunya The Asian Renaissance yang diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1996.

Buku The Asian Renaissance, terbitan Singapore, Times Books International, 1996.


Idea yang diperjuangkannya tentang kesejagatan nilai-nilai keagamaan ini jelas cuba disampaikan melalui usaha menggerakkan beberapa siri dialog peradaban di antara cendekiawan pengkaji ilmu keagamaan bukan Islam dengan kalangan alim ulama Islam.

Usaha mengiktiraf nilai-nilai baik dalam lain-lain agama sesuatu usaha yang murni jika berdasarkan niat untuk mencapai perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan, misalannya.

Bagaimanapun dalam masa yang sama jika usaha ini tidak diiringi dengan nawaitu (niat) yang betul atau jika didalangi oleh golongan orientalis anti-Islam, ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah ummah, terutama sekali jika tidak ditangani dengan betul dalam konteks mentauhidkan agama Islam.

Bertolak dari premis yang diutarakan tadi, apa yang dikhuatiri dari segi segala usaha Anwar untuk menggalakkan siri dialog peradaban ini ialah usaha tersebut akhirnya boleh berperanan ‘melemahkan’ kemurnian nilai-nilai keIslaman demi menegaskan persamaan dengan nilai-nilai yang terdapat di dalam lain-lain sistem kepercayaan yang dianuti umat manusia.

Perlu diingat bahawa apa yang selama ini diperjuangkan oleh kuasa-kuasa Yahudi – Kristian yang anti-Islam adalah persamaan yang nilainya bersumberkan pada perkiraan manusia semata-mata. Iaitu tentang hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan material duniawi sambil mengenepikan nilai-nilai akhlak yang berteraskan wahyu ketuhanan.

Untuk tujuan ini mereka menerapkan doktrin ‘tujuan menghalalkan cara’ yang boleh menghancurkan kekuatan tauhid. Dalam hal ini ikatan akhlak berasaskan syarie mahupun norma-norma keagamaan langsung diabaikan. Malah usaha melemahkan ajaran Islam yang sebenar dijadikan lebih berkesan melalui aliran pemikiran modernisme yang mengambil kesempatan dari berleluasanya proses modernisasi yang tidak dpat dielakkan lagi oleh negara-negara dan masyarakat Islam itu sendiri.

Hakikat ini dapat diperjelaskan melalui saranan yang dibuat oleh orientalis Joseph Schacht yang mengatakan bahawa warisan keagamaan yang berasaskan hukum Islam tradisional tidak lagi berkemampuan memenuhi keperluan zaman moden.

Justeru itu, katanya sebarang pembaharuan terhadap hukum Islam merupakan salah satu manifestasi modernisme Islam yang terpenting. Hakikat yang berlaku di dalam dunia Islam masakini ialah pengaruh aliran modernisme telah mengaburkan kejernihan dan kesucian Islam dalam aspek intelektual dan manifestasi artistik.

Jika modernisme ini diperhalusi ternyata pengertiannya yang sebenar jauh berbeza dari apa yang difahami oleh masyarakat moden masa kini. Didapati bahawa fahaman permodenan ini tidak dapat bertentangan dengan norma-norma yang telah ditetapkan oleh Islam.

Terbukti bahawa faktor kelonggaran yang terdapat di dalam beberapa aspek tertentu ajaran Islam, terutamanya dari segi penerimaannya terhadap faktor peredaran zaman telah dimanipulasikan oleh arus pemikiran modernis untuk mengaburkan kejernihan dan kesucian ajaran agama Islam itu sendiri dalam aspek intelektual, kebudayaan, seni mahupun sastera.

Oleh itu, sebarang usaha memperluaskan lagi pintu kelonggaran atau fleksibiliti terhadap kepercayaan umat Islam melalui gejala penerimaan nilai-nilai sejagat yang ada di dalam sistem-sistem kepercayaan manusia lambat-launnya nescaya akan menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Jelaslah setakat ini bahawa fahaman modernisme yang menular di kalangan golongan intelek Islam yang modernis dan reformis nescaya akan membawa dunia Islam menuju ke arah anarki.

Ini dapat jelas dilihat dengan sekian berleluasanya kalangan cendekiawan Islam yang mula menerima secara melulu konsep demokrasi, keadilan, liberalisme, hak asasi dan nilai sejagat dengan hanya berpandukan akal dan nafsu semata-mata. Gejala ini dikhuatiri boleh mengakibatkan kemurnian dan kemanisan iman yang dinikmati hilang sedikit demi sedikit dan diganti dengan syirik.

Ia juga dikhuatiri boleh memupuk fahaman nihilis di kalangan ummah, yakni menambah golongan muslimin yang menafikan hakikat kewujudan diri mereka sendiri semata-mata atas desakan permodenan, material dan nafsu. Kesedaran perlu ditanam di kalangan ummah bahawa transformasi budaya yang dibawa golongan cendekiawan Islam yang terlalu bebas menafsir semula ajaran agama atas desakan permodenan inilah yang telah selama ini bertanggungjawab mengukuhkan kedudukan fahaman-fahaman sekular seperti sosialisme, atheisme, kapitalisme dan sekularisme.

Tidak cukup dengan itu, media berbentuk ilmiah seperti ilmu falsafah moden juga membawa perubahan dari segi pandangan sikap hidup umat Islam terhadap persekitaran mereka.

Misalnya, Anwar dalam buku The Asian Renaissance ada mengutarakan saranan yang dibuat oleh seorang pengkaji bidang perbandingan agama Huston Smith:

In shifting the centre of one’s concern from oneself to one ‘s family, one transcends selfishness. The move from family to community transcends nepotism. The more from community to nation transcends parochialism and the move to all humanity counter chauvinistic nationalism.”Terjemahannya:

“Dengan menganjakkan kepentingan daripada diri sendiri kapada keluarga, seseorang itu telah mengatasi sikap mementingkan diri. Begitu juga seterusnya dalam menganjakan kepentingan dari keluarga kepada masyarakat, seseorang itu telah mengatasi nepotisme. Penganjakkan dari masyarakat kepada negara pula membolehkan seseorang itu mengatasi sikap kedaerahan. Dan dengan mengambil kira kepentingan kemanusiaan, seseorang itu telah mengatasi kepentingan kebangsaan yang sempit.”

Walaupun dalam kenyataannya itu Smith terhenti setakat menyatakan tentang betapa perlunya mengatasi kepentingan kebangsaan yang sempit tetapi berdasarkan analogi, jika kenyataan ini diteruskan tidak mustahil ianya akan berpenghujung seperti berikut:

“..Dengan menganuti nilai-nilai sejagat, seseorang telah mengatasi kepercayaan beragama.”

Saranan orientalis Barat seperti yang diketengahkam oleh Anwar melalui buku Asia Renaissance itu berpotensi untuk mengelirukan pemikiran seseorang Muslimin mengarah kepada falsafah pemikiran free-thinker atau atheist ini yang mana kepentingan sejagat lebih dititik berat dari kepentingan-kepentingan unit-unit masyarakat manusia yang lebih nyata serta semula jadi seperti keperluan diri, keluarga agama, bangsa dan negara ini.

Menyedari kekeliruan serius yang boleh ditimbulkan oleh golongan cendekiawan yang begitu tertarik dengan idea liberalisasi minda ala metodologi ilmiah Barat adalah lebih baik bagi umat Islam menghayati, mengambil iktibar serta berpegang teguh dari firman Allah di dalam surah Al-Imran, ayat 118 yang bermaksud;

Wahai orang yang beriman. Janganlah kamu mengambil orang-orang bukan dari kalangan kamu menjadi orang yang dipercayai. Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan itu jika kamu (mahu) memahaminya”.

Berdasarkan nas-nas tadi, adalah jelas bahawa kita perlu berhati-hati dalam pergaulan dengan orang bukan daripada kalangan kita (bukan Islam) supaya tidak terpengaruh dengan tutur kata mereka yang sering memperdayakan akidah ketauhidan kita. Apatah lagi golongan muda belai sama ada lelaki atau wanita mohonlah petunjuk kepada Allah supaya dilindungi daripada segala perbuatan, percakapan dan iktikad yang boleh menjerumuskan seseorang ke dalam neraka.

Lagipun Allah melarang seseorang itu bersekongkol sama dengan orang diketahuinya zalim dan mengejek-ngejek kebenaran (agama) Allah atau menghina orang yang menyampaikan kebaikan (berdakwah) atas jalan Allah. Jika ini tidak dipatuhi dan terus bersekongkol dengan orang yang zalim itu, seseorang itu besar kemungkinan akan terjerumus ke dalam kumpulan yang meredai apa yang dilakukan oleh mereka yang anti-Islam ini lantas menimbulkan bahaya pemesongan akidah.

Bahaya ini amat menonjol sekali dalam keadaan ummah sedang menghadapi pelbagai cabaran yang amat besar. Kuasa penentu dalam bidang intelektual, politik dan ekonomi telah lama berpindah daripada tangan orang Islam ke tangan pihak-pihak lain – penganut agama Islam hanya mempunyai keyakinan dan impian.

Malah pandangan golongan intelligentsia Islam sendiri adalah terpaksa berdasarkan kepada kaca mata pandangan – pandangan disiplin keilmuan Barat memandangkan asas keilmuan yang mereka perolehi datangnya dari pusat-pusat pengajian tinggi tajaan Barat. Kegagalan menghadapi zaman yang penuh risiko ini bererti umat Islam akan berterusan berada dalam keadaan yang didefinisikan oleh kuasa-kuasa bukan Islam, manakala intelektual Muslim dan ulama akan berpanjangan berkelakuan dan bertindak sebagai pemupuk dan pengukuh sistem-sistem sekular dan pentafsir Islam mengikut komitmen ideologi asing sepertimana ramai ulama dan intelektual di bawah rejim Kamal Atarturk yang terbabit dalam perjuangan nasionalis Anatolia – Turki dan sebagaimana banyak sarjana Muslim di Mesir yang terpesong oleh keagungan lepas pemerintahan Fir’ aun.


RUMUSAN

Perkara yang selama ini didedahkan tentang apa yang berlaku di negara-negara Islam yang lain tiba-tiba menjadi realiti bagi masyarakat Islam di Malaysia ekoran terbongkarnya komplot halus peringkat antarabangsa yang memperalatkan cendekiawan Islam reformis, hatta salah seorang pemimpin peringkat tertinggi penuh karisma negara yang selama ini dinggap pejuang agama bangsa dan negara.

Apa yang paling membimbangkan ialah kalau-kalau konsirasi tersebut telah berjaya menular dan berakar umbi dengan lebih mendalam lagi di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dengan bertopengkan pertubuhan-pertubuhan siasah, belia, pelajar, dakwah dan intelektual Islam semasa. Kebimbangan ini ada asasnya, yakni berdasarkan beberapa perkembangan dalam pergerakan pertubuhan-pertubuhan yang dimaksudkan tadi.

Misalnya, terdapat ramai dari kalangan pelajar, profesor dan golongan profesional muda yang pernah menuntut di Britain pada sekitar lewat tahun 1970an dan awal 1980an yang terpengaruh serta terikut-ikut dengan penafsiran yang lebih radikal terhadap ajaran beberapa orang cendekiawan Islam reformis seperti Mawdudi dan Sayyid Qutb ketika menuntut di negara tersebut.

Ramai daripada golongan ini kini didapati menjadi ahli atau pemimpin PAS atau sekurang-kurangnya menyokong parti pembangkang tersebut. Ketika di Britain lagi, golongan terpelajar ini telah menubuhkan dua buah badan iaitu Suara Islam dan Majlis Perwakilan Islam atau Islamic Representative Council IRC)(.

Suara Islam lebih banyak dipengaruhi oleh Mawdudi dan Parti Jamaat –i-Islami di Pakistan yang diasaskan oleh tokoh cendekiawan penuh kontroversi itu, manakala IRC (kini didaftarkan di Malaysia sebagai Jemaah Islah Malaysia atau singkatannya JIM) ditubuhkan bagi meniru prinsip perjuangan kumpulan Muslim Brotherhood atau Al-Ikhwan Al-Muslimun Mesir.

Suara Islam berpegang kepada pendapat bahawa cita-cita menegakkan sebuah negara Islam hanya akan dapat ditegakkan melalui jalan revolusi yang dikepalai oleh sebuah parti Islam yang dianggotai serta dipimpini oleh golongan elit yang dilatih khusus dan komited terhadap agama.

Manakala IRC pula bercita-cita untuk memupuk suatu pergerakan massa yang dimodel seperti kumpulan Muslim Brotherhood lengkap dengan usaha atau sel-sel rahsianya yang bersifat pergerakan bawah tanah.

Sifat Suara Islam dan IRC yang mirip pertubuhan revolusioner bawah tanah dan ditubuhkan di tengah-tengah masyarakat sebuah negara Barat sudah tentu mendedahkannya kepada pengaruh-pengaruh halus dari kepentingan-kepentingan kuasa asing.

Memandangkan objektif jangka panjangnya yang bersifat revolusioner, yakni bagi menggantikan kerajaan Malaysia yang ada sudah tentu menjadikannya sasaran yang sesuai untuk menerima hasutan halus kuasa-kuasa neoimperialis Barat. Apabila pulang ke tanahair anggota kedua-dua kumpulan ini lebih tertarik untuk menyertai dan menyokong PAS kerana perjuangan kepimpinan barunya rata-rata dianggap lebih militan.

PAS dianggap mencerminkan penentangan golongan terpelajar ini terhadap apa yang dianggap sebuah kerajaan “kafir” yang sekular di Malaysia serta amat cocok sekali dengan retorik anti-Barat yang sering dilaung-laungkan; perjuangkan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang berasaskan A-Quran dan Sunnah semata-mata; pemujian dan sokongan terhadap pemerintahan revolusi Islam di Iran dan kecenderungan mereka terhadap aktivisme politik.

Walaupun ketika Anwar Ibrahim berada di dalam kerajaan, beliau di anggap oleh kumpulan IRC sebagai “pengkhianat” kepada perjuangan Islam militan tetapi tanda-tanda mutakhir sejak dilucutkan jawatannya menunjukkan bahawa beliau telah mendapatkan semula sokongan kumpulan intelektual radikal ini.

Ini mendapatkan semula sokongan yang diberikan oleh beberapa orang anggota serta tokoh di dalam JIM (IRC) terhadap laungan reformasi yang dibuatnya sejurus sebelum ditahan di bawah ISA pada bulan September 1998. Perlu juga disebut di sini bahawa perjuangan IRC yang militan serta struktur organisasinya yang bersifat bawah tanah dan mesej-mesejnya yang berterus terang yang cuba disampaikan didapati mempunyai daya tarikannya yang tersendiri terutama sekali di kalangan para penuntut yang penuh idealisme.

Pendekatan pertubuhan ini terhadap perjuangan Islam bersifat hitam putih – jika seseorang itu tidak menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh maka kafirlah dia sama ada anda berjuang untuk Islam atau anda dianggap tidak beragama, sertailah kumpulan agama atau tersisih darinya – amat menarik perhatian terutama di kalangan penuntut jurusan sains.

Sementara itu, pihak keselamatan negara dan ketenteraman awam negara telah pun mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk mempercayai bahawa seperti juga pergerakan reformasi, kumpulan intelektual militan ini turut didalangi secara langsung atau tidak langsung oleh anasir-anasir yang berkaitan dengan kepentingan hegemoni Barat. Malah tanda-tanda yang dapat dibaca dari perkembangan pergerakan Islam sedunia menunjukkan bahawa pihak perisikan sulit antarabangsa seperti CIA dan Mossad telah mula menumpukan perhatian mereka dalam mempengaruhi dan memanipulasi mana –mana pergerakan, institusi atau tokoh Islam yang difikirkan boleh diperalatkan untuk mencapai objektif grand design hegemoni global mereka.

Sebagai contoh, menurut laporan perisikan yang layak dipercayai, 60 peratus daripada agen talibarut serta sekutu yang ‘direkrut’ oleh CIA diambil dari kalangan rakyat atau penduduk tetap negara yang menjadi sasaran .

Agensi perisikan yang terulung di dunia ini memperalatkan bermacam-macam cara serta teknik bagi merekrut agen-agen. Ini termasuklah dari tawaran untuk mendapatkan kerakyatan AS kepada golongan penentang kerajaan sehinggalah kepada pembayaran lumayan bagi “kerja-kerja penyelidikan” melibatkan subjek-subjek tertentu.

Bagaimanapun, menurut laporan itu lagi, pihak Mossad Israel menggunakan cara-cara yang lebih kasar serta kotor lagi seperti peras ugut, fitnah, skandal seks dan sebagainya.

Berdasarkan fakta-fakta yang disebutkan tadi, ternyata bahawa golongan cendekiawan atau intelligentsia Islam merupakan kumpulan sasaran yang paling susceptible dalam kerangka perencanaan Barat dan Zionis untuk mempengaruhi percaturan kehidupan di negara-negara Islam. Justeru itu, timbul keperluan yang lebih menekan untuk memperhebatkan proses pengislaman intelektual.

Setakat ini bukanlah tidak terdapat langsung intelektual yang mempunyai jiwa dan fahaman yang kukuh mengenai Islam daripada kaca mata keperluan semasa tetapi jumlah mereka terlalu kecil bagi mengahadapi cabaran-cabaran dunia ke arah globalisasi dengan segala halangan dan rintangan yang hebat-hebat belaka.

Lagipun seperti yang terbongkar ekoran dilema yang dihadapi Anwar Ibrahim kebanyakan golongan intelektual seperti ini kelihatan lebih banyak “terhutang minda” kepada metodologi dan disiplin keilmuan Barat untuk mempunyai keperihatinan yang sejati terhadap nasib dan survival masa depan agama, bangsa dan negara mereka.

Seperti juga yang telah diperbincangkan pada peringkat awal Bab ini antara sebabnya berlakunya kemelut intelektual ini ialah kerana persekongkolan mereka dengan golongan intelektual moden antarabangsa yang bergiat di bawah naungan institusi-institusi budaya dan intelektual Islam tajaan kepentingan Barat seperti IIIT yang berpusat di AS.

Bagi golongan ulama tradisional pula, keperluannya adalah bagi mengelakkan diri mengalami keadaan minda yang jumud pengetahuan. Mereka seboleh-bolehnya hendaklah mengenepikan segala tekanan egotisme atau false pride dan berusaha mengembangkan pengetahuan bersesuaian dengan perkembangan masa.

Lagipun hampir kesemua disiplin keilmuan yang didatangkan dari Barat itu adalah diasaskan daripada falsafah Barat dan mereka tidak pernah membenarkan asas tersebut dinodai oleh lain-lain unsur peradaban walaupun para cendekiawan Barat tidak berhenti-henti menimba pelbagai ilmu pengetahuan dari Timur. Kesemua saranan yang dibuat tadi mengenai betapa pentingnya pengislaman intelektual moden dan pengintelektualan ulama tradisional dalam mengekang pengaruh hegemoni dan neokolonisme Barat dan kaum Zionis adalah semata-mata berasaskan keperluan menegakkan tauhid.

Di sini penulis bukan bertujuan untuk menafikan hakikat bahawa lain-lain agama turut mempunyai nilai murni yang elok untuk diamalkan oleh umat manusia sejagat tetapi, seperti keterangan nas-nas di atas, umat Islam dilarang daripada mengikuti sahaja apa-apa pengajaran yang dibawa oleh agama yang selain agama yang dibawa oleh Rasulullah.

Berdasarkan kepada perkembangan serta hujah yang telah diketengahkan setakat ini, adalah jelas bahaya yang dibawa oleh golongan intelek Islam modernis yang rata-ratanya cenderung untuk berpandangan liberal ala Barat, malah nampaknya lebih banyak berkiblatkan kepada sumber-sumber dari kuasa Barat yang terulung masakini, yakni Amerika Syarikat dalam mencari ‘ilham keintelektualan’ mereka.

Oleh sebab itulah, dalam sebarang penilaian antara apa yang dikatakan aliran kepimpinan Dr. Mahathir dengan aliran kepimpinan yang ditunjukkan oleh Anwar, Mahathir dianggap sebagai anti-Amerika sedangkan Anwar dipandang sebagai pro-Amerika dan sering dipuji oleh para pemimpin kuasa Barat yang terulung itu.

Walaupun perbezaan antara kedua-dua pemimpin negara yang tersohor ini boleh diterima sebagai satu kenyataan umum atau generealisation, tetapi tidak dapat tidak pengarang terpaksa akur dengannya.

Persetujuan ini berdasarkan stail kepimpinan inteletual Anwar yang berdasarkan semnagat liberalisme Barat lantas menyerlahkan  percanggahan dengan sikap bekas ketuanya yang kelihatan bertungkus lumus lari dari perangkap halus disiplin intelektual Barat dengan segala putar belitnya demi mengukuhkan perencanaan hegemoni terhadap kebangkitan Islam semasa.

Nota : Artikel ini petikan daripada buku, Enigma Politik Anwar, Igauan atau Realiti, ditulis oleh Johari Ismail, terbitan R&S Founder Vision, 1999.

Baca selanjutnya...