MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Jul 2008

Sajak untuk Brother Anwar Bin Ibrahim


SAJAK KITA TERTIPU LAGI


Ketahuilah

Satu Malaysia ini, sekarang

Diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim

Kita semua rakyat Malaysia kononnya bodoh belaka

Apakah harus kita membenarkan diri diperbodohkan?


Tak ada seorang pun pandai

Kecuali Anwar Ibrahim, dia anggap dirinya pandai

Lain semuanya tak guna

Tak layak jadi Perdana Menteri

Hinggakan dah jadi banduan pun masih nak jawatan itu

Pemimpin penyokongnya bebal membisu

Hati di dalam masih bernafsu


Siapa orangnya?

Si hipokrit, Anwar Bin Ibrahim


Anwar kata dia seorang saja yang bijak dan layak

Sebab itu masa dalam penjara dulupun masih nak teriak

Kalau tidak siapa nak tegakkan keadilannnnn.....

Orang lain tak mampu

Orang lain zalim

Orang lain ada kroni

Orang lain ada nafsu

Aku cuma ada topeng palsu


Siapa orangnya?

Aku, Anwar Bin Ibrahim, paling wahid dalam menipu


Tak ada seorang pun layak jadi PM

Aku boleh dipercayai

Aku dimanjai

Aku cepat dapat jawatan tinggi

Tangan kananku indah terperi

Tak siapa tahu tangan di kiri

Banyak rahsia diam tersembunyi


Anwar Ibrahim perbodohkan semua orang

Anwar Ibrahim menghina kita semua

Dia seorang saja yang maha bersih

Kalaulah dia tak ada, negara jadi hancur

Sebab itu Anwar Ibrahim tak boleh diduga

Nilainya di luar bukan di hati

Menjaja di sana sini perjuangan mimpi

Jangan disentuhnya sama sekali


Siapa orangnya?

Siapa penyokongnya?

Orang yang buta mata, buta akal dan buta hati

Mahukah kita ikut sekali?


Begitulah Anwar Bin Ibrahim perbodohkan kita

Anwar Bin Ibrahim menghina kita semua

Apakah kita tidak terasa terhina?

Aku sangat rasa terhina.

Sajak asal:Belantan


5 ulasan:

jibraundalambotol berkata...

DSAI sekarang memang sedang memperbodohkan UMNO dan juak-juaknya

Unknown berkata...

Anwar
Di atas pentas kau berdebat
Suka cakap berbelit2
Kita semua sudah tertipu
Dengan janji2 manisnya
Hasilnya habuk pun tak ade

Anwar
Sikapmu yang ego meninggi
Memperlekehkan orang kerjamu
Memanipulasikan fakta no.1
Sahabatmu Amerika
Memuja dan menyokong agenda Yahudi
Kesucian agama Islam tercalar
Nama negara juga turut tercemar
Dek kebodohanmu menjd pak turut...

Unknown berkata...

Juak2 DSAI sedang diperbodohkan oleh DSAI

Maka,marilah kita sama2 memperbodohkan DSAI pulak yg sememangnya diperbodohkan oleh Amerika

nodark berkata...

Sajak 2, nuar.


Umno jahat, BN jahat, Mahathir jahat, Parlimen jahat, Abdullah jahat, polis jahat, mahkamah jahat, menteri jahat, polis jahat....semua jahat.

(tengok soalan utk nuar 1 video AIDC)

DAP, Hindraf, Singapore, US, Thailand, Indonesia, adalah baik..

saya paling baik. undi saya, berjuang & matilah untuk saya, jgn pergi kerja-pergi demo & dengar ceramah.

Hari2 ceramah..nana..nana...nana..

Peguam saya semua hinraf.. pembela negara adil nuar nadu.

taipingmali berkata...

Pekungnya sudah terdedah sedikit sikit,dan tak ada orang pun yang hebih pasalnya, dia sendiri akan hebahkan yang dia meliwat, tunggulah, nanti kita dapat tengok dia hantuk kepala kat pentas di mana dia berceramah. walaupun dia belum angkat sumpah tetapi Allah tahu siapa yang berbohong, tunggulah sama-sama kita saksikan