MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Jul 2008

DNA: Anwar letak syarat



KUALA LUMPUR 18 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas dakwaan meliwat telah meletakkan syarat bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) iaitu pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel dari pihak pengadu, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dijalankan secara profesional.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu semua pemeriksaan perubatan dan sampel yang diambil dari Mohd Saiful, disahkan secara bebas sebelum beliau mempertimbangkan untuk menjalani sebarang analisis DNA, kata peguamnya R. Sivarasa pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Terlebih dahulu semua pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel berkaitan pengadu (Mohd Saiful) perlu ditentusahkan secara bebas dan dilakukan secara profesional tanpa sebarang campur tangan polis.

“Hanya selepas itu sahaja, Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan mempertimbangkan untuk menyertai sebarang analisis DNA,” katanya.

Anwar enggan membenarkan sampel darahnya diambil ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam Rabu lalu, dengan membantah bahawa beliau bimbang ia akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu seperti dalam kes liwatnya 10 tahun lepas.

Sementara itu, mengulas langkah polis mendapatkan perintah mahkamah bagi mengambil sampel darah Anwar untuk analisis DNA. Sivarasa berkata: “Langkah itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang Malaysia.” Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis menimbang mendapatkan perintah mahkamah bagi Anwar memberi sampel darahnya untuk ujian DNA.


3 ulasan:

Unknown berkata...

Wahai Anwar..
Apasal susah benar nak ambil ujian DNA....macam kerabat Diraja pulak

Kenapa pula takut dengan bayang2 sendiri..Usah menuding jari kpd pihak kerajaan...Kerna kau sendiri yang cari pasal

Cheguman berkata...

Berapa banyak syarat da...? Macam cerita cicit Demang nak minang Puteri Gunung Ledang je.

Hokage berkata...

Aku ni musykil sungguh la..kenapa si anu war tue banyak alasan masa nak bagi DNA dia tue..

Alasan dia DNA dia polis ada ambil 10 tahun lepas..bagi aku dari segi logik benda tue cam takleh pakai je..sebab nanti makin banyak pertikaian kat mahkamah..

Kenapa aku cakap camtue..sebab nanti si peguam anu war ni leh pertikai dari segi teknikal pasal DNA tue..10 tahun lepas punya DNA beb..

Aku ada tengok juga citer CSI..ala citer kat NTV 7 or kat AXN tue..masa mereka menyiasat satu2 kes..mereka tetap ambil juga DNA baru walaupun mereka ada simpanan DNA org tue..

Sebab apa mereka ambil..DNA yang dulu tue guna hanya untuk kes itu sahaja..so bila ada kes jenayah baru melibatkan org sama..DNA org tue tetap diambil juga..

Tapi dalam kes anu war ni pelik sikit..dia suh polis guna DNA yang lama..alo bang anu war..tak akan nak lepaskan diri dari mahkamah guna isu teknikal lagi kut..

Lu lepas dulu sebab isu teknikal..tapi hakim2 yang bersidang dalam rayuan lu dulu percaya perkara liwat ni terjadi..tapi disebabkan lu ni pandai auta..benda yang tak logik pun leh jadi logik..lu pandai sembunyi fakta2 yang betul..

Nape lu takut sangat anu war..kalau lu tak buat..lu tak yah takut..kata lu perjuangkan keadilan..mana keadilan untuk sepul..lu ni kan memamg betul2 habis madu sepah dibuang..