17/07/2008 11:40am
KUALA LUMPUR 17 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa, kata peguamnya, Sankara N.Nair.
Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini. “Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi,” kata Nair.
Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.
Semalam, Anwar menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela. Polis juga gagal mendapatkan kebenaran beliau untuk mengadakan pemeriksaan perubatan penuh terhadapnya semasa berada di HKL.
Bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas.
Anwar telah memfailkan saman dengan mendakwa Mohd. Saiful membuat laporan palsu. - Bernama
Polis sambung ambil keterangan Anwar
17/07/2008 9:25am
KUALA LUMPUR 17 Julai - Polis pagi ini menyambung mengambil keterangan daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Menurut jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, keterangan daripada Anwar diambil bermula pukul 7.30 pagi ini.
Pada pukul 8.50 pagi, peguam Anwar, Sankara N. Nair tiba di IPK KL selepas dipanggil oleh salah seorang pegawai penyiasat kes Anwar.
Sementara itu, isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat meninggalkan kediamannya di Segambut pada pukul 9.10 pagi dipercayai untuk menemui Anwar di IPK KL. - Utusan
Anwar dibebaskan dengan jaminan polis17/07/2008 10:15am
KUALA LUMPUR 17 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pukul 9.45 pagi ini dengan jaminan polis.
Anwar bagaimanapun diarahkan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini. - Utusan
sumber Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan