APA jadi dengan Anwar? Apakah beliau ingin meletakkan dirinya melebihi segala-galanya? Memperlekehkan undang-undang Negara dan siapa Anwar untuk menyerang kepimpinan polis, Menteri Dalam Negeri- nak saman polis- tak percaya mahkamah- tak percaya undang-undang Negara dan apa kelebihan yang Anwar ada sedangkan selama ini semua rakyat Negara ini menggunakan undang-undang yang sama, polis yang sama dan mahkamah yang sama.
Rakyat cuma mahu tahu - adakah benar Anwar meliwat? Polis mahu siasat- adakah tuduhan Saiful itu benar atau palsu dan untuk apa Anwar takut, kalau memang benar beliau tidak meliwat. Untuk membuktikan siapa fitnah siapa, siapa liwat siapa memerlukan siasatan dan semua rakyat tidak terkecuali harus tunduk untuk memberikan kerjasama bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
Takkan hanya kerana isu liwat, Anwar boleh sembarangan menuduh semua orang, tidak percaya kepada semua orang, Anwar kena sedar dan akui bahawa tidak sesiapapun tidak boleh berada di atas undang-undang walaupun Sultan ataupun Raja.
Jangan peningkan rakyat, jangan menyusahkan rakyat dan Negara. Anwar kena berani kalau dia benar. Tindakan Anwar satu tindakan sombong dan bongkak. Jangan menganggap segala urusan Negara ini harus mengikut telunjuk beliau. Undang-undang tetap undang-undang. Polis menjalankan amanah dan tanggungjawab dan apa salahnya untuk diberikan DNA. Jangan alih isu, jangan cari alasan kalau betul-betul dia tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa fitnah Saiful.
Mengapa Anwar berbelit-belit. Guna media dan sidang akhbar untuk mengelirukan rakyat. Simpati apa yang mahu ditagih dari rakyat? Isu liwat memerlukan siasatan dan dalam kes jenayah, undang-undang tidak kenal siapa dan antara Anwar dengan Saiful, undang-undang tetap undang-undang, sebagaimana rakyat biasa seperti Saiful dan Anwar kena, undang-undang itu juga yang digunakan, system yang sama diguna pakai.
Anwar tidak perlu mencari helah bagi membenarkan dirinya untuk tidak disiasat. Kalau benar Anwar seorang warganegara yang bermaruah, beliau tidak akan sama sekali menghina polis dan mahkamah dan semua orang kena percaya bahawa polis sedang cuba untuk membantu Anwar dan kalau benar beliau tidak meliwat, beliau kena yakin dengan apa yang polis sedang cuba lakukan.
Buat apa diheret rakyat dalam masalah peribadi. Masalah peribadi harus diselesaikan secara berani dan berdepan. Anwar tidak boleh menjadikan rakyat sebagai benteng supaya perlaksanaan undang-undang tidak berlaku ke atas dirinya.
Rakyat pula janganlah terus diperbodohkan untuk menjadi alat kepada Anwar bagi menentang segala prosedur undan-undang. Tidak salah menyokong Anwar tetapi salah kalau bersubahat dengan Anwar hanya kerana polis mahu menyiasat tuduhan liwat ke atasnya. Rakyat kena sedar bahawa Negara kita aman selama ini adalah kerana adanya pihak-pihak berkuasa seperti polis ini.
Apa yang penting, jangan alih isu, kita cuma nak tahu adakah benar Anwar meliwat? Adakah tuduhan Saiful itu palsu? Dan kalau palsu, Saiful tidak boleh lari dari undang-undang dan Anwar tetap terselamat serta tidak tercemar maruahnya.
Tetapi Anwar kena berani sebagaimana yang sering beliau ucapkan bahawa beliau tidak takut untuk ditangkap dan kalau benar beliau seorang pemberani, tunjukkanlah sekarang bahawa beliau difitnah oleh Saiful dengan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada polis termasuklah sampel DNAnya.
baca artikel asal di malaysia-hariini.com
4 ulasan:
Untuk Anwar
Tak payah banyak alasan...
ini x leh itu x leh....
kalau benar....buktikanlah
kalau salah...mengakulah
"Itu sudah lama. Kena minta sampel barulah. Apa salahnya. Kalau dia betul-betul kata tidak terlibat, bagi sampel" - Pak Lah.
-Pak lah ni betoi ke tak. Bukan ke DNA tu unik. Mesti ada dalam database. Pakai je la yg lama. Pakar sejarah yg dok kaji dinosour pun pakai DNA yg dok berjuta tahun tu, boleh je. Takde pulak dia nak mintak sampel baru. Sebenarnya depa ni nak manipulasi DNA DSAI. Kalo tak takkan nak mintak baru. Pak lah ni memang kepala tak betoi, sama macam nordin kardi.
hang la bodoh mat najib.
sbb hang tu bodoh sebab hang dah dibodohkan oleh nuar.
kalau takat nak ambik dna yg lama. mmg la dah ada. la ni kita nak ambik sampel yg baru dari nuar. supaya nuar x boleh nak menipu.
result DNA mana boleh dimanupulasi. macam cap jari la bodoh...
bodoh hang ni sama macam mat kacang botoi dgn flinstone.
melayar@meloya
jgn emosi..
nak habaq mai, yg depa perlu adalah data DNA, bukannya DNA. buat apa nak ambik darah lagi, kaji je yg sedia ada.
Kenapa nak ambik yg baru?
Hang ni mesti dulu belajaq kat UUM sebab tu kepala hotak hang sama dgn nordin kardi. Bodoh macam lembu. Tak pun hang sampai form 3 kot. Kenyataan macam hang ni patut buang kat tong sampah je. Bodoh.
Catat Ulasan