MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Jul 2008

US Senator Joe Biden bela Anwar


Klik pada gambar untuk saiz besar


+++++Artikel terjemahan Bahasa Malaysia di bawah.+++++


Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia:


Washington, DC - Joseph R. Biden, Jr. (D-DE) Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Senat(Senate Foreign Relations Committee)mengeluarkan kenyataan berhubung penangkapan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

"Saya terkejut dan tawar hati dengan penahanan Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri semalam.Tindakan ini muncul didorongi pertimbangan politik.Ia datang kurang dari sehari selepas Anwar Ibrahim umum untuk bertanding pilihan raya dan tiga bulan selepas parti Anwar menunjukkan parti pembangkang paling kuat dalam sejarah Malaysia.

"Caj-caj ke atas Anwar sama seperti yang dikenakan ke atas dia pada 1998: Kemudian, tuduhan - tuduhan politik dibuat ke atas Anwar disaat beliau mencabar kerusi Perdana Menteri. Dia telah habiskan 6 tahun di penjara dan kemudian mahkamah akhirnya terbalik sabitannya.

"10 tahun lepas,tanggapan dunia politik di Malaysia buruk disebabkan layanan yang diterima oleh Anwar tidak adil. Reputasi Perdana Menteri Dr. Mahathir tercemar.Saya memang berharap Perdana Menteri semasa, Abdullah Badawi, tidak mengulangi kesilapan silam. Saya menggesa beliau untuk menggugurkan serangan politik di atas hormat kepada pembangkang, dan lakukan untuk hormati kedaulatan undang-undang dan pentadbiran baik di Malaysia.”

Artikel asal:Joe Biden US Senator For Delaware

2 ulasan:

Unknown berkata...

Anu war adalah covert operation agent (Agen operasi tersembunyi).. Sebab tu dia berani cakap dia ada byk bukti pasal penyelewangan negara ini yang kahir sekali, habuk pun tarak. Contoh, kotak yang kononnya ada dokumen penyelewengan kerajaan yang Projek Khinzir Raksasa (PKR) kecoh dalam By-Election Lunas. Last sekali, takder apa yang didedahkan. Dasar pembohong besar

Unknown berkata...

Korang bagilah bukti banyak mana pun, untuk pengikut Anu war, Anu war tuh maksum, lagi suci dari Abuya Ashaari Muhamad. Anuwar ni, terpelihara dari dosa. Agaknya, diaorg ni macam pengikut Kahar yang kecoh dalam Ntv 7 dulu. Kahar tu boleh keluar statement yang dia letak jawatan sebagai Rasul Melayu. Agaknya, bg org PKR, Anu war ni Rasul Melayu untuk mereka...He..he..