MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jul 2008

Menteri Kesihatan: Saiful mangsa


Video setakat ini sahaja.Tidak perlu klik selanjutnya.




Baca selanjutnya...

Skandal kes liwat Anwar Ibrahim 1998 - (Siri 2)


+++++Video setakat ini sahaja.Tidak perlu klik selanjutnya.+++++





Baca selanjutnya...

21 Jul 2008

Skandal kes liwat Anwar Ibrahim 1998 - (Siri 1)


+++++Video setakat ini sahaja.Tidak perlu klik selanjutnya+++++




Baca selanjutnya...

20 Jul 2008

Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ?

Satu gambar yang belum pernah disiarkan di mana-mana laman atau blog. Gambar ini sudah menjelaskan hubungan 'misteri' Anwar dan Amerika. Anda berhak buat tafsiran sendiri.

Anwar Ibrahim menulis dalam blognya sekurang-kurangnya 6 badan antarabangsa telah memberi sokongan terhadap kes liwatnya itu.

Sebelum ini, Dr Taha Jabir al-’Ulwani telah mengeluarkan 'fatwa' sokong Anwar.

Secara tersirat Anwar menulis, "nah tengok 'ulamak luar negara' pun sokong tindakannya. Apalah sangat ulamak dalam negara". 'Ulamak luar negara', yang dimaksudkan itu ialah Dr Taha Jabir al-’Ulwani.

'Fatwa' Dr Taha Jabir al-’Ulwani

Lebih menarik lagi, 'fatwa' Dr Taha Jabir al-’Ulwani, bukanlah kali pertama, bahkan apabila Anwar dituduh meliwat 1998, Dr Taha diterbangkan dari Amerika datang ke rumah Anwar di Damansara untuk mengeluarkan 'fatwa' yang sama. Ketika berucap, Dr Taha memakai pakaian rasmi Timur Tengah (dengan berjubah), walhal kehidupan sehariannya di Amerika lebih selesa berkot dan tie.

Dr Taha Jabir al-’Ulwani, Presiden IIIT. Beliau, Anwar, Abdul Hamid Sulaiman, Dr Jamal Barzinji bersama almarhum Ismail alFaruqi adalah pengasas IIIT, di Herndon, Virginia, Amerika pada 1981. Beliau juga merupakan Presiden Universiti Cordoba Amerika.


Persoalannya siapakah Dr Taha ini, layakkah beliau memberi 'fatwa' ?. Apakah 'fatwa' beliau setaraf dengan pendapat dengan dikemukakan oleh Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ? Apa pandangan Sanusi Junid, bekas Presiden UIAM terhadap kes liwat Anwar ?

Mana lebih berautoriti, pendapat Dr Taha menjadi kawan rapat Anwar dan menetap di Amerika dengan fatwa Mutfi Perlis yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan Anwar ?.

Perkara ini telah dibahaskan sebelum ini dalam artikel "Layakkah Nasihat Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?"

Dr Taha Jabir al-Ulwani tidak layak memberi 'fatwa' kerana tidak adil, tidak bertaraf mufti atau ulamak yang cuba digembar-gemburkan oleh Anwar.

Ketidakadilan 'fatwa' Dr Taha kerana beliau bersikap bias menyokong rakan karibnya yang bersama-sama menubuhkan The International Institute of Islamic Thought (IIIT) pada tahun 1981. Lagi pun latar kehidupan beliau di Amerika, menjadi Presiden Universiti Cardoba Amerika yang bekerjasama dengan Universiti Kristian terbesar di Amerika iaitu Washington Theological Consortium (WTC)

Beliau juga merupakan pengasas The Center for the Study of Islam & Democracy (CSID) yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Washington, D.C. Beliau juga menjadi director CSID dari awal penubuhan hingga 2003. CSID ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), National Democratic Institute (NDI) dan United States Agency for International Development(USAID)

Dalam bidang perundangan, sesiapa yang mempunyai kepentingan atau bersekutu dengan seseorang itu, pendapatnya dianggap sebagai berkepentingan.

Bermakna sama ada Anwar atau Dr Taha, mereka adalah kumpulan yang sama yang giat mempromosi agenda Amerika iaitu Persefahaman Kristian dan Muslim di seluruh negara Islam melalui pelbagai jenama Islam termasuk IIIT, pusat pengajian (seperti Universiti Cardoba) atau badan pemikir seperti CSID.

Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005" anjuran CSID. Dari kiri (sedang tepuk tangan), Antony Sullivan (Vice-Chair CSID); Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar dan (perempuan tidak pakai tudung) adalah Asma Afsaruddin (Chair CSID).

Di Malaysia, kumpulan IIIT bersarang di Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC),yang ditubuhkan oleh Anwar pada 1987. Dahulu ISTAC menjadi entiti yang tersendiri, sekarang badan itu telah diserap di bawah UIAM.

Agenda Islam Amerika & IFC

Apatah lagi, agenda persefahaman antara agama tajaan Amerika ini amat sensitif di Malaysia kerana berkaitan dengan penubuhanan Interfaith Council (IFC) yang amat ditentang keras oleh parti PAS.

Malah PAS menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC kerana tidak mahu menjadi Islam setaraf dengan agama. PAS pernah mengecam IFC dan kerana sangka isu murtad digerakkan kumpulan ini, dengan sokongan padu Bar Council, Institut Kajian Dasar(IKD) dan NGO Nasrani dari Jerman iaitu Konrad Adenuer Foundation (KAF).

Walhal, hakikat sebenar di belakang IFC adalah Anwar Ibrahim yang menggunakan instrumen tersembunyi berjenama Islam dari Amerika iaitu IIIT, CSID dan CMCU ( Center for Muslim-Christian Understanding Georgetown University).

Agenda IFC ini pernah disebut oleh Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS) sebagai agenda 'Islam Amerika' dalam ceramah-ceramahnya mengkritik Anwar pada tahun 1990-an.

Malah Bar Council, IKD dan KAF merupakan badan yang berkait rapat dalam menaja dan mempromosi idea-idea 'Islam' Anwar. Malah lebih terserlah lagi Anwar sendiri pernah menjadi pensyarah jemputan di CMCU, Georgetown University, di bawah seliaan John L. Esposito (anak murid almarhum Ismail al Faruqi).

Kesimpulannya, IFC merupakan agenda jangka panjang berpusat dari Amerika menggunakan pelbagai instrumen tajaan Amerika termasuk NED, NDI, USAID, IRI (International Republican Institute), dan CIA (Central Intelligence Agency)

Selain itu, agenda Islam Amerika ini turut ditaja oleh badan-badan penyelidikan dan universiti Amerika termasuk John Hopkins Universiti,Georgetown Universiti,Carnegie Corporation of New York, Rand Corporation, Hudson Institute, Council on American-Islamic Relations (CAIR),Muslim Public Affairs Council (MPAC). Islamic Society of North America (ISNA), Brookings Institution,Woodrow Wilson International Center, dan American Enterprise Institute (AEI).

Semua badan-badan yang disenaraikan di atas berkaitan dengan Anwar ketika beliau mendapat 'suaka politik' Amerika, menetap di negara polis dunia itu selama 3 tahun iaitu pada akhir 2004 hingga 2007.

Enam badan antarabangsa

Dalam menyokong kes liwat Anwar, sekali lagi beliau menulis senarai 6 badan yang menyokongnya. Tulisannya sebagai menyatakan badan-badan antarabangsa turut menyokong tindakannya itu, walhal kesemua badan itu berpengkalan di Amerika dan mempunyai kepentingan dengannya.

Enam badan yang dimaksudkan itu adalah pertama, Majalah Islamica Magazine; Kedua, The International Crisis Group (ICG); Ketiga, AccountAbility’s; Keempat, Senator Joe Biden; Kelima, National Democratic Institute (NDI) dan keenam, International Republican Institute (IRI).

Kempen Islamica Magazine

Kempen mengumpul tanda tangan menyokong Anwar dijalankan oleh majalah Islam antarabangsa berpusat di United Kingdom iaitu "Islamica Magazine"

Majalah bulanan tajaan CIA melalui covert operation (Operasi Sulit) ini, ditubuhkan pada 1992.



Ketua pengarang majalah ini sekarang ialah Sohail Nakhooda (dari Jordan), bekas pelajar 'The London School of Economics' (LSE) dan buat master di sebuah universiti Kristian iaitu 'Christian Theology, the Angelicum, Vatican'. Beliau masih meneruskan pengajian Ph.D dalam bidang perbandingan 'Jewish and Christian' di 'Theological and Philosophical Hermeneutics'.



Produk Islamica Magazine merupakan hasil tiruan daripada majalah bulanan 'Catholic' yang bertajuk "Inside The Vatican". Ini merupakan usaha Sohail Nakhooda,yang menjadi Muslim pertama menuntut pengajian Kristian di The Vatican.


Sesi dialog Anwar bertajuk ‘Civilisational Dialogue - Islam and the West’ di London School of Economics (LSE)pada 15 March 2007


Namun begitu, sejarah awal penubuhan Islamica Magazine pada tahun 1992, tidak diceritakan secara jelas, terutamanya penglibatan Anwar Ibrahim dengan penubuhan majalah tersebut. Terdapat satu konspirasi terancang untuk memadamkan sejarah awal penubuhan majalah itu kerana ia mempunyai 'nilai' sejarah hitam.

Dr Munawar Ahmad Anes

Kalau kita membelek 'Islamica Magazine' pada awal penubuhannya, nama Sohail Nakhooda tidak tercatat sebagai Ketua pengarang majalah itu, sebaliknya yang tercatat sebagai Ketua Pengarang ialah Dr Munawar Ahmad Anes.

Ini menimbulkan banyak teka-teki kerana nama Dr Munawar Ahmad Anes, penggerak awal yang turut menjadi Ketua Pengarang majalah tersebut telah dipadamkan sejarah penglibatannya dengan majalah tersebut.

Kenapa nama Dr Munawar Anes dipadamkan daripada sejarah 'Islamica Magazine' ?

Dr Munawar Ahmad Anes, 'Penulis Ucapan' yang memiliki dua warganegara, Pakistan dan Amerika. Adakah Dr Munawar ejen Amerika yang dihantar khusus di pejabat TPM ?


Lebih menjadi teka teki lagi, Dr Munawar Anes yang memiliki dua status warga negara iaitu Pakistan dan Amerika Syarikat, turut diberi status warganegara Malaysia dengan campur tangan pejabat TPM yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim ketika itu.

Anwar telah salah guna kuasa untuk membantu kroni ?

Perpindahan Dr Munawar ke Malaysia secara tiba-tiba dan dilantik menjadi "Penulis Ucapan" Anwar juga menjadi teka teki.

Sesetengah pihak menganggap tindakan Anwar mewujudkan jawatan "Penulis Ucapan" bercanggah dengan etika kerja kerajaan kerana jawatan "Penulis Ucapan" sepatutnya tidak perlu kerana termasuk dalam salah satu bidang tugas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar.

Namun, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri mempunyai kuasa autoriti untuk mewujudkan jawatan "Penulis Ucapan" dengan diberikan kepada Dr Munawar Ahmad Anes dan gajinya dibayar oleh anak syarikat Berita Harian, iaitu Berita Publishing.

Seperti kata Shabery Cheek, dalam debat bersama Anwar, ketika berkuasa dalam kerajaan, Anwar telah memonopoli semua media menjadi media kawalannya. Berita Harian dan TV3, Anwar letak kroninya Nazri Abdullah dan Utusan Malaysia, Anwar juga letak kroninya Johan Jaafar (yang menjadi moderator debat minyak Anwar-Shabery di DBP baru-baru ini)

Kenapa Anwar bertegas mahu mengambil Dr Munawar sehingga terpaksa mewujudkan jawatan yang double standard itu?. Adakah berbaloi membayar harga tinggi kepada Dr Munawar semata-mata untuk menulis rencana-rencana Islam antarabangsa khusus untuk terbitan Islamica Magazine?

Kalau semata-mata untuk menulis ucapan berbentuk Islam, Anwar berhak menggunakan khidmat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM, atau rangkaian pensyarah di kalangan aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sebagai TPM, Anwar berhak menggunakan kepakaran mana-mana agensi kerajaan untuk membantu tulis ucapannya. Lagipun ketika itu, Anwar telahpun mempunyai pegawai khas berkelulusan agama iaitu Wan Zahidi Wan Teh

Misteri ini terbongkar pada tahun 1998, apabila Dr Munawar Anes telah membuat pengakuan bahawa beliau adalah mangsa liwat Anwar Ibrahim. Dr Munawar telah dikenakan hukuman penjara dan setelah dibebaskan beliau kembali ke Amerika Syarikat.

Anwar Ahli lembaga penasihat Islamica Magazine

Pada tahun 2004, Islamica Magazine, telah distrukturkan semula dan dipindah pusat operasi ke Los Angeles, California. Majalah itu masih ditaja oleh CIA menggunakan syarikat "Project of the Center for Intercivilizational Dialogue" iaitu syarikat proksi salah seorang ejennya.

Selepas dipindah pusat operasi ke Amerika, 'Advisory Board' Islamica Magazine telah distrukturkan semula dengan melantik Anwar Ibrahim salah seorang ahli jawatankuasa penasihat majalah itu.

Ahli Jawatankuasa penasihat majalah ini adalah: Umar Faruq Abd-Allah, Osman Bakar, John Esposito, Hamza Yusuf, Jeremy Henzell-Thomas, Anwar Ibrahim, Enes Karic, Nuh Keller, Joseph Lumbard, Ingrid Mattson, Daniel Abdal-Hayy Moore, Abdal Hakim Murad, Sulayman Nyang, Abdallah S. Schleifer dan Zaid Shakir.

Manakala individu-individu yang dipilih menjadi kolumnis majalah itu terdiri daripada Sherman Jackson, David Cole, Samuel Huntington, John Esposito. Terdapat beberapa nama lagi turut dipilih antaranya, Azhar Usman (pelakon komedi Amerika), Daniel Abdal Hayy Moore(pemenang puisi), Haroon Moghul(penulis rencana), Asma Uddin (penguam dan penyelidik),Yusuf Zanella (ahli akademik British) dan mengekalkan Sohail Nakhooda, sebagai ketua pengarang yang menulis dari Amman, Jordan.

Pada 2008, apabila Anwar sekali lagi dilaporkan sebagai peliwat, majalah ini telah memulakan kempen mengumpulkan tanda tangan untuk menyokong Anwar.

Majalah itu telah menyenaraikan individu luar negara yang telah menyokong Anwar Ibrahim. Kebanyakan senarai nama yang dikemukakan berasal dari Amerika sama ada terlibat dalam IIIT, ISNA, CSID atau pensyarah universiti Amerika. Badan-badan yang disenaraikan ini mempunyai kaitan yang jelas dengan Anwar.

Terdapat juga nama bukan warganegara Amerika, tetapi masih mempunyai perkaitan dengan Amerika sama ada dari segi latar belakang pendidikan atau salah seorang yang terlibat dengan IIIT, ISNA, CSID, ICG atau badan yang pernah dipengerusikan oleh Anwar.

Bermakna senarai yang dikemukakan itu sealiran dengan Anwar yang pro Amerika, di antaranya seperti berikut :

1. Dr. Jamal Barzinji, Vice-President, IIIT (USA)

Beliau merupakan Member of board of directors for the Center for the Study of Islam & Democracy (CSID) 2003, satu badan pemikir Islam Amerika yang ditaja oleh NED, NDI, AEI dan IRI.

Dr. Jamal al Barzinji adalah warganegara Amerika yang dikenal pasti sebagai 'American businessman' dan 'Political operative' (untuk kumpulan Demokrat). Beliau merupakan anak buah almarhum Ismail al Faruqi (bekas pensyarah Universiti Temple, Amerika) yang terlibat menubuhkan IIIT dan The World Assembly of Muslim Youth (WAMY) yang berpengkalan di Jeddah.

Kumpulan Republican, Amerika menuduh Dr Jamal mempunyai hubungan dengan teroris dan Osama Ben Laden melalui operasi SAAR Trust.


Dr. Douglas Johnston, Presiden International Center for Religion and Diplomacy (ICRD) and Dr. Jamal Barzinji (IIIT) after signing MOU pada 18 September 2006, di pejabat IIIT, Herndon, Virginia, Washington DC.


Anwar Ibrahim (IIIT), Dr Douglas Johnston (ICRD) dan Dr Jamal Barzinji (IIIT) well-attended dinner in Washington on Thursday June 7th, 2007 anjuran ICRD. Dalam majlis ini Dr Jamal diberi anugerah 'Faith in Action Award' oleh ICRD kerana sumbangannya mempromosi 'religious understanding among their fellow human beings'

Dalam 'Operation Green Quest'2001, kerajaan Republican Amerika telah menahan dan menyoalsiasat semua penggerak utama IIIT berpengkalan di Amerika iaitu Abdul Hamid Abu-Sulayman, Jamal Barzinji,Ahmad Totonji dan Hisham Al-Talib.

Nama Anwar Ibrahim turut disebut sebagai salah seorang 'teroris', tetapi ketika operasi itu (2001), Anwar berada di Penjara Sungai Buloh. Anwar telah menafikan dirinya dan IIIT adalah teroris dan menghantar surat pengakuannya kepada rakan baiknya Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

Sesuatu yang menarik tentang Paul Wolfowitz, beliau asalnya kumpulan Demokrat telah berpindah kem kepada kumpulan Republican dan menjadi penyokong setia Presiden Bush. Walhal sebelum ini, Wolfowitz dikenali sebagai anak buah Al Gore (bekas Naib Presiden Amerika) yang pernah menyokong perjuangan "Reformasi" sokong Anwar pada tahun 1998.

Pertemuan penting Anwar dan Wolfowitz di Munich, Jerman pada 2004. Zionis neocon bernama Wolfowitz ketika itu berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika yang digelar sebagai 'arkitek perang Iraq'. Adakah Anwar pemuja luar negara, hinggakan berubat pun, beliau pilih Munich, Jerman dan kesemua anak-anaknya telah dihantar menuntut pengajian di Amerika ?.

Pertemuan empat mata Anwar dan Wolfowitz di Munich, Jerman pada 2004, mengubah landskap politik Anwar dan IIIT, kerana selepas itu Wolfowitz memberi 'suaka politik' bekerja di Amerika untuk menjalankan misi parti Republican, Presiden Bush. Sekaligus, Anwar berjaya menyakinkan parti Republican bahawa beliau, IIIT adalah bukan teroris.

Namun pada pemilihan Presiden Amerika 2007, sekali lagi parti Republican menggunakan perkaitan 'teroris' dengan kumpulan Demokrat.Kumpulan Republican Amerika turut mendedahkan parti lawannya parti Demokrat telah menerima wang sumbangan daripada pihak 'teroris' (IIIT).

Sekali lagi nama Dr Jamal Barzinji, Naib Presiden IIIT dikaitkan. Namun begitu, isu itu bukan menjadi isu utama kerana Anwar berjaya menyakinkan kumpulan Republican, setelah bekhidmat hampir tiga tahun di bawah pentadbiran Republican.

Dr Jamal Berzinji, warganegara Amerika berucap di rumah Anwar pada Mei 2008. Beliau datang ke Malaysia apabila dijemput oleh UIAM sebagai menghargai semua bekas pensyarah di universiti itu. Beliau menjadi salah seorang pensyarah UIAM ketika Anwar menjadi Presiden universiti itu.

Pada 2008, Forum 'canadiancoalition.com' mendedahkan Dr Jamal Barzinji telah menggunakan badan lobi Yahudi yang mempunyai kaitan dengan Jack Abramoff untuk berkempen membebaskan Anwar Ibrahim (dari penjara Malaysia) kepada Presiden Bush. Tidak dinyatakan tarikh lobi itu tetapi dapat diagak antara tahun 2001hingga 2004.

Tulis forum itu, "Barzinji is quite active in politics, having (apparently) hired disgraced Bush administration official (and Grover Norquist/ Jack Abramoff-linked lobbyist) David H. Safavian to lobby on behalf of the imprisoned Malaysian deputy Prime Minister. Originally Safavian's firm had declared they were lobbying for a fellow named Abdurahman Alamoudi. When Alamoudi was convicted of taking money from Libya to attempt an assassination of the Crown prince of Saudi Arabia, the lobbyists said they weren't working for Alamoudi after all and had in fact been hired by Barzinji"

Adakah ini bermakna Anwar tuduh kerajaan guna pelobi Jack Abramoff untuk jumpa Bush untuk menyorok bukti bahawa Anwar pernah guna khidmat pelobi Yahudi itu untuk membebaskannya ?

Kebiasaan Anwar suka menuduh pihak lain berkonspirasi ke atasnya, kerana Anwar adalah 'Raja Konspirasi'(king maker) ?

2. Dr. Abubaker Al-Shingieti, Regional Director IIIT (USA).

Beliau juga merupakan Naib Presiden 'Islamic Programs of the International Center for Religion and Diplomacy',yang berpengkalan Washington DC. Usaha badan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam dan mengembangkan misi 'persefahaman antara agama' yang dilancarkan Amerika.

Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat di 'Center for Muslim-Christian Understanding, Georgetown University School of Foreign Service', di bawah John Esposito dan aktif dalam 'the Association of Muslim Social Scientists of North America'.

Nampaknya John Esposito menjadi rujukan kepada aktivis Islam, walaupun beliau beragama Kristian. Bahkan beliau dianggap sebagai penasihat Presiden Bush ke atas semua negara Islam termasuk serangan ke atas Afganistan dan Iraq.

Bermakna sejarah penglibatan dan pemikiran Dr. Abubaker Al-Shingieti adalah sama dengan Anwar Ibrahim.



Nihad Awad (kedua dari kanan) stands to President Bush's left, when Bush said "Like the good folks standing with me, the American people were appalled and outraged at last Tuesday's attacks (on Sept. 11, 2001).

3. Mr. Nihad Awad, Executive Director of the Council on American-Islamic Relations (CAIR), Washington D.C. Selepas kejadian 11 September 2001, beliau dan kumpulan Muslim Amerika pro Bush telah dijemput ke White House untuk bersama-sama Presiden Bush mengecam tindakan 'pengganas' Muslim.

4. Prof. Dr. Akbar Ahmed, Ibn Khaldun Chair of Islamic Studies & inter-faith dialogue., American University, Washington DC.

Dr Akhbar Ahmed merupakan aktivis IIIT, sebab itu apabila beliau dipilih sebagai 'Ibn Khaldun Chair' oleh Universiti Amerika, pihak ibu pejabat IIIT, Herndon, Virginia pada 29 Mei 2001 sebagai meraikan anugerah yang berprestij itu. Beliau juga direktor CSID dari 2003 hingga sekarang.

5. Prof. Dr. Ingrid Mattson, Professor di the Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary.

Beliau juga merupakan Presiden, The Islamic Society of North America (ISNA)

Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui bersama Presiden Bush


6. Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui.

Beliau merupakan pemenang 'the Humanitarian of the Year Award in 1999' daripada the National Council of Christians and Jews' kerana sumbangannya menghadiri banyak seminar anjuran 'the National Council of Churches & National Council of Christians and Jews' di USA.

Pada September 2001, beliau telah dijemput oleh Presiden Bush untuk mengetuai Majlis Solat Muslim di the Interfaith Prayer Service, Washington National Cathedralon. Majlis itu diadakan bagi memperingati mangsa 11 September, (The National Day of Prayer and Remembrance).

Dr Muzammil Siddiqi adalah Vice President of the Academy of Judaic-Christian dan Islamic Studies di California. Beliau juga bekas Presiden ISNA.

7. Prof. Dr. Sulayman S. Nyang, professor and chairman of the African Studies Department, Howard University di Washington, D.C.

Beliau juga berkhidmat sebagai 'co-director of Muslims dalam the American Public Square', satu badan penyelidikan yang ditaja oleh 'The Pew Charitable Trusts'. Beliau juga salah seorang anggota penasihat Islamica Magazine

8. Dr. Sayyid Syeed, Secretary General ISNA.

Beliau pernah dicalonkan menjadi Presiden IIIT selepas kematian almarhum Ismail al Faruqi, tetapi namanya ditolak saat-saat akhir kerana tidak sealiran dengan Dr Abd. Hamid Sulaiman dan Dr Jamal Berzenji. Sejak itu beliau terus menumpukan perhatian kepada ISNA.

ISNA merupakan pertubuhan antarabangsa berpengkalan di Amerika dan mempunyai 300 di luar negara terutamanya Kanada. Konsep ini menyaingi IIIT yang juga mempunyai cawangan di luar negara selain Amerika.

Dr. Syeed mendapat Ph.D. dalam bidang 'Sociolinguistics' di Universiti Indiana Bloomington, Indiana (1984). Pernah menjadi Presiden 'the Muslim Students Association of USA & Canada' (1980-1983).Pada 1984-1988, beliau memegang jawatan sebagai 'Secretary General of the International Islamic Federation of Student Organizations'(IIFSO). IIFSO dikaitkan sebagai sayap pelajar untuk WAMY dan IIIT.

Dr. Syeed terlibat aktif mengembangkan persefahaman antara agama dan terlibat aktif dalam 'interfaith dialogues di USA dan Kanada. Beliau juga dilantik sebagai anggota 'the Board of Trustees of the Council for a Parliament of the World's Religions'.

Pada 4 Mei 2001, beliau mendapat anugerah kedoktoran daripada 'the Graduate Theological Foundation', Donaldson, Indiana, kerana mengiktiraf sumbangannya menjayakan persefahaman antara agama. Pada 18 November 2001, beliau sekali lagi mendapat anugerah daripada 'the Catholic Heritage Foundation, Louisville, Kentucky' kerana di atas sumbangan yang sama.

9. Dr. Sherman A. Jackson, Doctor of Philosophy, The University of Pennsylvania, Department of Oriental Studies, Islamic Near East, The University of Michigan.

Beliau pengasas blog "On Faith," the Washington Post-Newsweek blog. Berdasarkan sumbangannya, Religion Newswriters Foundation's telah menyenaraikan ReligionLink sebagai 'the top ten experts on Islam in America'

10. Dr. Jonathan Brown, Assistant Professor of Islamic Studies, University of Washington, USA

11. Asst. Prof. Dr. Caner Dagli, assistant professor in the Department of Religion and Philosophy at Roanoke College, College of the Holy Cross, Worcester MA, USA

12. Dr. Ibrahim Kalin, IIIT (USA), Asst. Prof. Georgetown University, USA, Committee Foundation for the Future (FFF),Director, SETA Foundation, Ankara, Turkey

13. Dr. Anas Al-Shaikh-Ali, Director IIIT (UK), Chair, Association of Muslim Social Scientists UK,

14. Prof. Dr. Aref Ali Nayed, IIIT (UK), Senior Advisor, Cambridge Interfaith Program, Faculty of Divinity, Cambridge University; Former Professor, Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia

15. Prof. S. Abdallah Schleifer, Professor Emeritus, The American University of Cairo; former Washington DC bureau chief Al Arabiya News Channel. Beliau adalah direktor CSID (dari 2007 hingga sekarang)

Apa pandangan anda apabila membaca dan meneliti rekod setiap individu yang menyokong Anwar itu ? Bukankah ini membuktikan Anwar memang agen Amerika ?

Kenapa pula The International Crisis Group (ICG), AccountAbility’s, Senator Joe Biden, National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) turut menyokong Anwar ? Adakah Anwar juga turut mempunyai kepentingan dalam badan-badan itu ?


AIDC
21 Julai 2008

Baca artikel berkaitan :

1. Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?

2. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

3. Anwar Ibrahim, IIIT & Amerika Syarikat

4. Siapa Taja Kunjungan Anwar Ke Luar Negara ?

5. Siapa Anwar Siri 3



6. Siapa Anwar Siri 4



7. Siapa Anwar siri 5




Baca selanjutnya...

Kepercayaan Rakyat Akan Terhakis Jika Anwar Berdolak-dalik-Ibrahim Ali


Kepercayaan Rakyat Akan Terhakis Jika Anwar Berdolak-dalik-Ibrahim Ali

20 Julai, 2008 10:41 AM

PASIR MAS, 20 Julai (Bernama) -- Kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwatnya.

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancar sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah.

Beliau berkata pihak polis juga telah memberikan jaminan bahawa tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar seperti pernah berlaku ke atas dirinya pada 1998 ketika beliau ditangkap atas tuduhan yang sama.

"Berani kerana benar takut kerana salah," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di sini malam Sabtu.

Anwar ditahan Rabu lalu sebelum dibebaskan bagi membantu siasatan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ibrahim berkata jika Anwar tidak memberikan kerjasama rakyat akan membuat pelbagai andaian kononnya dakwaan itu adalah konspirasi kerajaan atau Anwar memang melakukan perkara itu.

Sehubungan itu, beliau yakin Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri akan mengambil langkah untuk bekerjasama bagi membuktikan kebenaran di dalam kes itu.

Beliau meminta agar pihak kerajaan melantik pendakwa raya daripada mereka yang bebas dan mahir di dalam perundangan ketika pendakwaan dibuat terhadap Anwar bagi mencerminkan ketelusan perbicaraan kes itu.

"Pendakwa raya tidak boleh daripada kakitangan kerajaan atau daripada Jabatan Peguam Negara. Ini boleh dilakukan berdasarkan undang-undang yang ada di dalam negara ini," katanya.

Beliau juga meminta doktor peribadi Anwar sendiri melihat proses pengesahan DNA dijalankan bagi memastikan tiada pemalsuan berlaku semasa ujian DNA dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keputusan DNA tersebut.

Beliau yakin dengan langkah itu kebenaran akan pasti terserlah kerana tiada siapa di dalam negara ini berada di atas undang-undang.

baca artikel asal di bernama.com



Baca selanjutnya...

Penjelasan Anwar mengenai Pemeriksaan doktor HKL


Anwar talks about his medical examination
At PKR headquarters in Petaling Jaya Saturday, PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim tells his supporters about his medical examination at HKL on Wednesday.THE STAR
++++++Video ini setakat ini sahaja++++++






Baca selanjutnya...

19 Jul 2008

Kenapa Ezam dan Nalla keluar PKR ?


++++video ini setakat ini sahaja++++






Baca selanjutnya...

Anwar : Demokrasi Barat atau Demokrasi Islam ?


++++++video ini setakat ini sahaja+++++++






Baca selanjutnya...

US Senator Joe Biden bela Anwar


Klik pada gambar untuk saiz besar


+++++Artikel terjemahan Bahasa Malaysia di bawah.+++++


Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia:


Washington, DC - Joseph R. Biden, Jr. (D-DE) Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Senat(Senate Foreign Relations Committee)mengeluarkan kenyataan berhubung penangkapan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

"Saya terkejut dan tawar hati dengan penahanan Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri semalam.Tindakan ini muncul didorongi pertimbangan politik.Ia datang kurang dari sehari selepas Anwar Ibrahim umum untuk bertanding pilihan raya dan tiga bulan selepas parti Anwar menunjukkan parti pembangkang paling kuat dalam sejarah Malaysia.

"Caj-caj ke atas Anwar sama seperti yang dikenakan ke atas dia pada 1998: Kemudian, tuduhan - tuduhan politik dibuat ke atas Anwar disaat beliau mencabar kerusi Perdana Menteri. Dia telah habiskan 6 tahun di penjara dan kemudian mahkamah akhirnya terbalik sabitannya.

"10 tahun lepas,tanggapan dunia politik di Malaysia buruk disebabkan layanan yang diterima oleh Anwar tidak adil. Reputasi Perdana Menteri Dr. Mahathir tercemar.Saya memang berharap Perdana Menteri semasa, Abdullah Badawi, tidak mengulangi kesilapan silam. Saya menggesa beliau untuk menggugurkan serangan politik di atas hormat kepada pembangkang, dan lakukan untuk hormati kedaulatan undang-undang dan pentadbiran baik di Malaysia.”

Artikel asal:Joe Biden US Senator For Delaware


Baca selanjutnya...

DNA: Anwar letak syarat



KUALA LUMPUR 18 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas dakwaan meliwat telah meletakkan syarat bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) iaitu pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel dari pihak pengadu, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dijalankan secara profesional.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu semua pemeriksaan perubatan dan sampel yang diambil dari Mohd Saiful, disahkan secara bebas sebelum beliau mempertimbangkan untuk menjalani sebarang analisis DNA, kata peguamnya R. Sivarasa pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Terlebih dahulu semua pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel berkaitan pengadu (Mohd Saiful) perlu ditentusahkan secara bebas dan dilakukan secara profesional tanpa sebarang campur tangan polis.

“Hanya selepas itu sahaja, Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan mempertimbangkan untuk menyertai sebarang analisis DNA,” katanya.

Anwar enggan membenarkan sampel darahnya diambil ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam Rabu lalu, dengan membantah bahawa beliau bimbang ia akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu seperti dalam kes liwatnya 10 tahun lepas.

Sementara itu, mengulas langkah polis mendapatkan perintah mahkamah bagi mengambil sampel darah Anwar untuk analisis DNA. Sivarasa berkata: “Langkah itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang Malaysia.” Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis menimbang mendapatkan perintah mahkamah bagi Anwar memberi sampel darahnya untuk ujian DNA.



Baca selanjutnya...

Sajak untuk Brother Anwar Bin Ibrahim


SAJAK KITA TERTIPU LAGI


Ketahuilah

Satu Malaysia ini, sekarang

Diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim

Kita semua rakyat Malaysia kononnya bodoh belaka

Apakah harus kita membenarkan diri diperbodohkan?


Tak ada seorang pun pandai

Kecuali Anwar Ibrahim, dia anggap dirinya pandai

Lain semuanya tak guna

Tak layak jadi Perdana Menteri

Hinggakan dah jadi banduan pun masih nak jawatan itu

Pemimpin penyokongnya bebal membisu

Hati di dalam masih bernafsu


Siapa orangnya?

Si hipokrit, Anwar Bin Ibrahim


Anwar kata dia seorang saja yang bijak dan layak

Sebab itu masa dalam penjara dulupun masih nak teriak

Kalau tidak siapa nak tegakkan keadilannnnn.....

Orang lain tak mampu

Orang lain zalim

Orang lain ada kroni

Orang lain ada nafsu

Aku cuma ada topeng palsu


Siapa orangnya?

Aku, Anwar Bin Ibrahim, paling wahid dalam menipu


Tak ada seorang pun layak jadi PM

Aku boleh dipercayai

Aku dimanjai

Aku cepat dapat jawatan tinggi

Tangan kananku indah terperi

Tak siapa tahu tangan di kiri

Banyak rahsia diam tersembunyi


Anwar Ibrahim perbodohkan semua orang

Anwar Ibrahim menghina kita semua

Dia seorang saja yang maha bersih

Kalaulah dia tak ada, negara jadi hancur

Sebab itu Anwar Ibrahim tak boleh diduga

Nilainya di luar bukan di hati

Menjaja di sana sini perjuangan mimpi

Jangan disentuhnya sama sekali


Siapa orangnya?

Siapa penyokongnya?

Orang yang buta mata, buta akal dan buta hati

Mahukah kita ikut sekali?


Begitulah Anwar Bin Ibrahim perbodohkan kita

Anwar Bin Ibrahim menghina kita semua

Apakah kita tidak terasa terhina?

Aku sangat rasa terhina.

Sajak asal:Belantan



Baca selanjutnya...

Anwar : Berani kerana benar, takut kerana salah


Anwar : Berani kerana benar, takut kerana salah


APA jadi dengan Anwar? Apakah beliau ingin meletakkan dirinya melebihi segala-galanya? Memperlekehkan undang-undang Negara dan siapa Anwar untuk menyerang kepimpinan polis, Menteri Dalam Negeri- nak saman polis- tak percaya mahkamah- tak percaya undang-undang Negara dan apa kelebihan yang Anwar ada sedangkan selama ini semua rakyat Negara ini menggunakan undang-undang yang sama, polis yang sama dan mahkamah yang sama.

Rakyat cuma mahu tahu - adakah benar Anwar meliwat? Polis mahu siasat- adakah tuduhan Saiful itu benar atau palsu dan untuk apa Anwar takut, kalau memang benar beliau tidak meliwat. Untuk membuktikan siapa fitnah siapa, siapa liwat siapa memerlukan siasatan dan semua rakyat tidak terkecuali harus tunduk untuk memberikan kerjasama bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.

Takkan hanya kerana isu liwat, Anwar boleh sembarangan menuduh semua orang, tidak percaya kepada semua orang, Anwar kena sedar dan akui bahawa tidak sesiapapun tidak boleh berada di atas undang-undang walaupun Sultan ataupun Raja.

Jangan peningkan rakyat, jangan menyusahkan rakyat dan Negara. Anwar kena berani kalau dia benar. Tindakan Anwar satu tindakan sombong dan bongkak. Jangan menganggap segala urusan Negara ini harus mengikut telunjuk beliau. Undang-undang tetap undang-undang. Polis menjalankan amanah dan tanggungjawab dan apa salahnya untuk diberikan DNA. Jangan alih isu, jangan cari alasan kalau betul-betul dia tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa fitnah Saiful.

Mengapa Anwar berbelit-belit. Guna media dan sidang akhbar untuk mengelirukan rakyat. Simpati apa yang mahu ditagih dari rakyat? Isu liwat memerlukan siasatan dan dalam kes jenayah, undang-undang tidak kenal siapa dan antara Anwar dengan Saiful, undang-undang tetap undang-undang, sebagaimana rakyat biasa seperti Saiful dan Anwar kena, undang-undang itu juga yang digunakan, system yang sama diguna pakai.

Anwar tidak perlu mencari helah bagi membenarkan dirinya untuk tidak disiasat. Kalau benar Anwar seorang warganegara yang bermaruah, beliau tidak akan sama sekali menghina polis dan mahkamah dan semua orang kena percaya bahawa polis sedang cuba untuk membantu Anwar dan kalau benar beliau tidak meliwat, beliau kena yakin dengan apa yang polis sedang cuba lakukan.

Buat apa diheret rakyat dalam masalah peribadi. Masalah peribadi harus diselesaikan secara berani dan berdepan. Anwar tidak boleh menjadikan rakyat sebagai benteng supaya perlaksanaan undang-undang tidak berlaku ke atas dirinya.

Rakyat pula janganlah terus diperbodohkan untuk menjadi alat kepada Anwar bagi menentang segala prosedur undan-undang. Tidak salah menyokong Anwar tetapi salah kalau bersubahat dengan Anwar hanya kerana polis mahu menyiasat tuduhan liwat ke atasnya. Rakyat kena sedar bahawa Negara kita aman selama ini adalah kerana adanya pihak-pihak berkuasa seperti polis ini.

Apa yang penting, jangan alih isu, kita cuma nak tahu adakah benar Anwar meliwat? Adakah tuduhan Saiful itu palsu? Dan kalau palsu, Saiful tidak boleh lari dari undang-undang dan Anwar tetap terselamat serta tidak tercemar maruahnya.

Tetapi Anwar kena berani sebagaimana yang sering beliau ucapkan bahawa beliau tidak takut untuk ditangkap dan kalau benar beliau seorang pemberani, tunjukkanlah sekarang bahawa beliau difitnah oleh Saiful dengan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada polis termasuklah sampel DNAnya.

baca artikel asal di malaysia-hariini.com


Baca selanjutnya...

Kenapa semakin ramai ragui Anwar ?



Kenapa semakin ramai ragui Anwar ?

CORETAN DRP ALMARHUM_ zemi
BISMILAHIRAHMANIRAHIM
ASALAMUALAIKUM WBT.

MEMANDANGKAN SAYA ADA MENERIMA PM DRP BEBERAPA SAHABAT YG MEMOHON SAYA MENYIARKAN CORETAN INI,MAKA SAYA POSTING SEMULA HARI INI.KPD WM DAN MOD SAYA BERHARAP ANDA DPT BERTINDAK DGN ADIL DAN SAKSAMA AGAR TIDAK DELETE ATAU LOCKED THREAD,SESUAI KEBEBASAN MEDIA YG SERING DIUAR-UAR SELAMA INI.

CORETAN INI SAYA PERNAH POST PD 30/6/08.DAN TELAH DISIARKAN LEBIH KURANG 8 JAM,SELEPAS ITU SUDAH DIDAPATI HILANG

1. PENYINGKIRAN DRP TKO
Untuk pengetahuan forumer semua,riwayat ze-mi di TKO telah pun berakhir pada 29/6/08 jam 7.40pm.Maka ze-mi telahpun bertukar menjadi almarhum ze-mi.Saya seperti dpat merasakan dlm 2-3 hari kebelakangan ini yg saya akan disingkirkan.Kemuncak kpd penyingkiran saya ini adalah berpunca drp asakan2 keras saya kpd anwar ibrahim semalam.

Sebelum drp ini juga sudah ada kedengaran drp forumer2 yg meminta saya disingkirkan atau diboikot,hinggakan ada org yg membuat undian bertanya setuju tak ze-mi disingkirkan.tapi saya tak tahu apakah keputusan undian tersebut,saya cuba mencari theread tersebut tetapi gagal.malah ada juga forumer yg menuduh saya adalah MOD TKO yg pro UMNO dan ada yg kata saya saudara mara atau sahabat handai MOD.

Di sini saya ingin tegaskan dan saya BERSUMPAH DGN NAMA ALLAH BAHAWASANYA SAYA INI BUKAN MOD,SEDARA MARA ATAU SAHABAT KPD MOD TKO.

Saya tak pernah mengenali mereka atau berhubung dgn mereka dgn cara lain selain drp di forum ini.Apapun “tahniah” diucapkan kpd WM kerana anda telah bertindak dgn “adil” dlm soal penyingkiran saya.Anda telah menunjukan 1 “contoh “ media yg adil dan saksama sebelum pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan Negara.

Nampaknya anda akan semakin “adil” drp media milik BN apabila memerintah negara kelak.Saya disingkirkan tanpa sebarang amaran.Tunjukan dimana silap saya.

Majikan hendak buang pekerja pun 2 kali amaran diberi.Sedangkan saya tidak pernah menerima apa2 amaran drp pihak admin.Jika anda berkata saya ni penabur fitnah,sila tunjukan kpd saya apa yg saya kata di forum ini yg tidak benar,kebanyakan apa yg saya kata adalah benar.Sebagai seorang muslim saya pun tahu bagaimana dosa fitnah ini.

Pada pendapat saya anda semua sukar hendak menerima hakikat apa yg saya kata ini kebanyakanya benar.

Kenapa banyak forumer lain yg pro pembangkang yg fitnah anda tak ambil tindakan,malah ada juga yg mengeluarkan kata2 hina,makian dan cacian kpd pemimpin2 negara tetapi tiada tindakan.INIKAH KEADILAN YG ANDA PERJUANGKAN SELAMA INI ?

Sepatutnya anda dahulu yg menunjukan contoh yg baik kpd BN.Tapi nampaknya anda pun bertindak sama seperti BN.Ini bermakna tiada beza anda dan BN.

Jika anda lihat kembali kpd theread dan posting saya selama ini,pernahkah saya menyentuh PAS,kalau ada pun sekitar 0.01% shj,theread saya selama ini hanya kpd PKR sahaja.

Kenapa saya bermusuh dgn PKR.Saya akan jelaskan di bawah ini.

2. SIAPA ZE-MI ?

Saya menetap di kawasan lubuk reformasi di Selangor sekitar tahun 1999-2004.Berusia 35 tahun.Kali pertama saya terlibat dlm politik ialah dgn menyertai parti keADILan,selepas melihat Anwar Ibrahim “diseksa” oleh pemerintah pd masa itu.

Saya berjuang bermatian-matian dan berhabisan-habisan utk menegakan Keadilan kpd Anwar.Saya hilang perniagaan pd masa itu kerana asyik sibuk berpolitik.Rumahtangga pun bergolak kerana politik.Walaupun sering dilarang oleh ahli keluarga jgn telibat dgn Anwar,tapi saya tolak ketepi semua nasihat itu demi Anwar Ibrahim.

Saya terlibat secara langsung dlm soal penubuhan keADILan di Bahagian Shah Alam.Saya dan Hj Shaharudin adalah org mencuci pejabat Keadilan Shah Alam pertama dulu di Seksyen 9.

Ketua bahagian pd masa itu Hj Azman Husin sebelum Ezam ambil alih.Antara rakan2 yg telibat sama dlm penubuhan di Bahagian Shah Alam dulu,adalah Hj Ardin Shah,Haris Bakar (sekarang s/usaha pkr slgr),pn Mahanum,pn Rodziah atau lebih dikenali kak ogy(sekarang exco selangor dan ADUN Bt 3) Suhaimi (sekarang Adun Sri Muda) dr Xavier (sekarang exco Selangor dan Adun Sri Andalas) Sd Johari (sekarang join UMNO bersama ezam) Nazmi (join UMNO bersama ezam) mr Rajoo (sekarang ahli majlis MPK) mr Lingam (tak tahu dimana sekarang) Zaidi (sekarang bekerja dgn YB Suhaimi dan kak ogy) Adnan Jamburi,Hanafi,Raja Komando atau lebih dikenali sbg 'pak engku' dan beberapa org lagi.

Kami semua ini bekerja all out masa PRU 1999 di mana Ezam menentang Datuk Salamon Selamat,keputusannya Salamon menang dgn majoriti 1440 undi drp 40000 undi dlm PRU sebelum itu.

Selepas tewas p/raya kami terus bekerja demi memastikan Keadilan ditegakkan di Malaysia.Saya pernah ditangkap beberapa kali dlm siri reformasi dulu.Antara lokap yg saya pernah masuk adalah Dang Wangi,Ipk KL,Travers,dan yg terakhir di Pandamaran semasa Perhimpunan 100 ribu rakyat di Jln Kebun.

Antara sahabat baik saya di lokap dulu adalah saudara Nasir Isa (reformis).Saya juga banyak terlibat mengatur program2 parti di sekitar Selangor dulu.Itu antara satu sebab saya mengenali ramai pemimpin2 Pas dan juga PKR.Drp mereka semua inilah saya dpt apa2 maklumat sekarang.

Khalid Ibrahim ni org baru je.Badan pun tak sempat belengas lagi,tapi nasib dia baik dpt jadi MB.Dulu kalau kami minta sumbangan utk parti (masa itu beliau masih dlm Guthrie) kedekut nak mampuihh mamat ni.

Pada masa saya sering masuk lokap itulah rumah tangga saya bergolak dan perniagaan saya rosak.Setiap kali masuk lokap nak keluar mesti dijamin nak guna 2-3 ribu.

Sampai satu tahap barang kemas isteri pulak digadai utk jaminan saya.Ada juga insan yg simpati yg menjalankan kutipan derma konon kononya utk nak jamin kami yg ditangkap ini,tetapi hasil kutipan derma ini lesap kpd mereka.

3. KENA TIPU DGN RAJA KAPOOR

Dan salah sorangnya adalah Raja Petra Kamarudin.Sebab itu sampai sekarang pun saya memang tak boleh lihat muka Petra ni.Saya dah sumpah dia 7 keturunan.Dia ni memang muka penipu,dia memang pandai cari duit utk diri dia guna nama parti.Dia memang sorang yg pandai ambil kesempatan.Sebab itu saya panggil dia 'raja kapoor',kerana dia byk kapoor duit.Duit deposit calon p/raya pun dia kapoor juga.

Hj Ramli seorang penderma minta dia kutip balik duit deposit calon slepas PRU,kemudian Hj Ramli suruh masukkan akaun PKR,tapi di'kapoor'kan oleh Petra juga.Sekarang Hj Ramli adalah ahli PAS,bukan PKR lagi.

Apa yg keluar drp mulut dan web Petra ni semuanya duit.Matlamat utama dia duit.Dulu dia buat 'hikayat khairy',sebelum siar dia minta seseorang jumpa Khairy minta duit,kalau tak bagi dia akan siarkan Hikayat Khairy.Tapi Khairy tetap tak bagi duit kpdnya,maka dia pun keluarkan cerita tersebut.Begitu juga dgn kes Altantuya.

Saya tak mahu lagilah nak cerita panjang pasal raja kapoor ni.Kalau anda nak percayakan dia terpulanglah.Dia lah salah seorang penyokong Kebebasan Antara Agama (IFC) dulu. Cek balik dia punya web pasal IFC.

4. TERLIBAT BANTU PKR

Saya juga selalu terlibat dlm beberapa p/kecil dulu drp 1999-2004.Antaranya yg pertama yg masih saya ingat adalah PRK Dun Sanggang Pahang yg mana MB Pahang keluar isyarat lucah semasa penamaan calon,kemudian parlimen Teluk Kemang NS,kemudian Dun Lunas di Kedah yg mana bekas adun dia mati ditembak dlm kereta,kemudian Dun Anak Bukit dan Parlimen Pendang (ustaz Fadzil Nor meninggal dunia),kemudian Dun Indera Kayangan Perlis dan juga p/raya Sarawak.

Saya masih ingat lagi di waktu awal keADILan ditubuh dulu, saya lah org yg sering berulang ke pejabat pertama keADILan di sebuah rumah seksyen 14 PJ utk mengambil borang2 ahli bagi diedarkan di seluruh Shah Alam.Pada masa itu s/usaha agung keADILan pertama adalah Anuar Tahir sering memuji saya “hang ni aktif lah cari ahli,baguih,baguih”,kerana saya lah org yg paling kerap datang ambil borang keahlian.

Sekarang Anuar Tahir dah masuk PAS,kenapa dia masuk PAS,anda fikirlah dan buat tafsiran sendiri,begitu juga dgn Saari Sungib org yg pernah masuk ISA ,pun masuk PAS juga.Buat tafsiran sendiri.

Saya rasa cukup lah sekadar ini mengenai siapa saya,kalau saya nak tulis lagi 4 page pun tak cukup.

Bukan nak eksyen pulak dgn apa yg saya dah lakukan,tapi sekadar buat pengetahuan anda semua,kerana ada yg sering bertanya siapa yang ni.Tentang jawatan2 yg pernah dipegang semasa dlm parti dulu tak perlulah saya nyatakan di sini.Utk pengetahuan semua bukan saya seorang ja yg banyak berkorban utk perjuangan Keadilan dulu,ramai juga kawan saya yg turut bekorban,ada yg bercerai berai rumahtangga,ada yg bankrapsi, ada yg rumah kena lelong,kereta kena tarik,nak makan pun takde duit,semuanya hanya 1 matlamat demi melihat Anwar diberi keadilan.

Tapi sayang Anwar menghampakan kami semua.

5. KENAPA SAYA TINGGALKAN keADILan ?

Saya mula menjauhkan diri drp Keadilan pada 2003,kerana saya dah mula tahu siapa Anwar yg sebenar dan juga utk memperbaiki taraf kehidupan saya yg dah rosak teruk.Ada seseorang telah menunjukan bukti kpd saya siapa Anwar dan juga saya lihat satu rakaman video bagaimana Anwar menipu dia sakit belakang.Dia hanya berlakon sakit semasa hendak dibawa ke mahkamah atau ke hospital shj.

Semasa di dalam penjara dia sihat,malah boleh bermain ping pong lagi.Dan juga rakaman di HKL semasa dia dtg buat rawatan di sana,sewaktu dia hendak salin pakaian di HKL dia boleh berjalan seperti biasa,kemudian bila dah siap salin dia kembali atas kerusi roda,pura2 sakit.Tujuan beliau hanya satu pd waktu itu,agar beliau dapat pergi rawatan keluar negara dan dpt suaka politik di sana.

Ezam pun tertipu juga dlm hal ini,beriya iya aja si Ezam ni,usaha sana sini agar Anwar dpt rawtan di luar negara.Padahal Anwar menipu ja.Selepas keluar penjara pun beliau pergi ke Jerman,tak buat pembedahan pun,sekadar berehat di hospital ja.Siapa berani nafi perkara ini,saya cabar mereka nafi.Saya cabar Datuk Kamarul Bahrin,ahli Parlimen Teluk Kemang dedahkan perkara ini.

Walaupun saya dah menjauhkan diri drp Keadilan pada masa itu,tapi saya tetap berhubung dgn kawan2 yg masih dlm parti.Saya ada juga cuba menasihat mereka supaya menjauhkan diri drp parti,tetapi seperti biasa lah mereka melenting dan berkata kau nak keluar keluarlah jgn nak racun kami pulak.Maka saya pun biarkan mereka aja.Tiba p/raya 2004,saya tak terlibat langsung dlm PRU itu,walaupun ada kawan2 baik yg bertanding.

Anwar bebas Sept 2004,saya tak ambil peduli .Lansung saya tak meraikannya.

Tapi Tuhan itu Maha Kaya,pada 2006 apabila Ezam keluar parti maka ramai juga kawan2 saya ikut sama dan mereka dah mula sedar siapa Anwar,dan ada kawan yg berkata kpd saya “mie,nampaknya kau lebih awal cerdik drp kami”.

Saya nak maklumkan di sini Ezam keluar drp parti,bukan sebab lain,sebab utama ialah beliau dah tahu siapa Anwar,tetapi kerana tidak mahu mengaibkan org,maka dia guna alasan lain.



Satu contoh saya beritahu anda semua,Ezam pernah tinggal di penjara Kajang bersama Sukma di blok yg sama selama 3 bulan.Jadi anda fikirlah sendiri,Ezam ni bijak juga orgnya dlm soal siasat menyiasat.Tapi utk sementara waktu ezam lupakan dulu,apa yg beliau tahu drp Sukma,kerana simpati kpd Kak Wan dan juga cuba berusaha membebaskan Anwar.

Ini kerana pd pendapat beliau alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Pada masa itu ezam juga terfikir mungkin Anwar dah bertaubat dan berubah.Jadi apa salahnya beri peluang ke 2 kpd beliau.Tetapi sangkaan Ezam meleset,Ezam mula curiga kembali kpd Anwar,apabila dia nampak beberapa kes (tak perlu saya nyatakan di sini) hinggalah pada 1 hari Ezam jumpa Nalla dan bertanya nalla siapa Anwar yg sebenarnya.Dan Nalla berkata esok u dtg rumah saya bawa u punya Quran.



Maka Ezam pun ke rumah Nalla esok bersama Quran,dan beberapa soalan Ezam tanya kepada Nalla,dan sebelum menjawab soalan2 Ezam, Nalla terlebih dahulu ambil semua gambar anak isteri beliau letak di depan beliau.Dan Nalla berkata kalau beliau tipu anak isteri beliau akan mati.

Maaf ! saya tak boleh nyatakan apa soalan2 yg Ezam tanya kpd nalla.

Dan Nalla juga tunjukan kpd Ezam satu video.Dan selepas melangkah keluar drp rumah Nalla,Ezam dah bertekad dia akan tinggalkan Anwar.

Saya tahu saya akan hadapi masalah dgn Ezam dan kawan2 lain bila saya ceritakan perkara ini di sini,kerana Ezam dah berpegang pada prinsip dia tak akan aibkan Anwar dgn perkara ini.Tapi saya sedia tanggung risiko perkara ini,kerana saya pun tak tahan juga lihat Ezam dihina oleh anda semua.Hanya org2 sekiling yg rapat sahaja tahu perkara ini.

Cara anda semua menyerang Ezam seolah-olah takde sedikit jasa pun oleh Ezam terhadap Anwar dan PKR.Mungkin anda semua tertanya-tanya semasa Anwar jadi TPM, Ezam tak tahu ke perkara ini ?

Ya memang Ezam tak tahu,kerana beliau bertugas sbg S/usaha Politik kpd Menteri Kewangan.Ezam bertugas di MOF Jln Duta dan Anwar hanya ke sana seminggu sekali.Org yg sgt rapat dan tahu semua perkara ini adalah Azmin Ali kerana Azmin S/usaha Sulit TPM.

Ezam amat jarang bertemu Anwar dan jika bertemu pun lebih kpd perbincangan perkara2 politik shj.Dan ezam pun tak lama bertugas dgn anwar tak sampai 2 tahun pun.Selepas Anwar dipecat,Ezam pun turut sama dipecat.

Tahukah anda yg Azmin Ali tu bapak segala rasuah semasa Anwar TPM dulu.Setiap org yg nak buat temujanji dgn TPM mesti melalui Azmin dulu dan pasti ada “tol” yg harus dibayar.


Rumah Azmin Ali bernilai RM5 juta. Kekayaan yang dikutip semasa menjadi Setiausaha Sulit Anwar, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Tahukah anda yg Azmin Ali itu adalah pemegang AP import kereta mewah jenama wald.Tahukah anda show room kereta mewah Azmin terletak di persimpangan Jln Sultan Ismail dan Dang Wangi sebelah Bank Pembangunan dekat traffic light.


Anwar bersama Shamsidar Taharin,isteri Azmin Ali. Bermula dari skandal isteri Azmin dan Anwar inilah jatuhnya Anwar sebagai TPM dan dipecat daripada UMNO. Banyak rahsia misteri antara Anwar dan Shamsidar seperti yang dipaparkan dalam foto di atas.

Tahukah anda Azmin Ali guna kuasa dia dan Anwar Ibrahim bagi seluruh projek papan tanda di KLIA kpd adik beliau Umi Hafilda,hinggakan takde ruang kpd kontraktor lain.

Tahukah anda berapa kekayaan Azmin,kekayaan beliau amat luar biasa.Utk perniagaan kereta wald, Azmin pasang proksi seorang tauke Cina.Tauke inilah yg sponsor Anwar beli rumah baru di Segambut berharga 2 juta dan kos ubahsuai pun 2 juta.

Cukuplah setakat ini dulu utk bab ini,5 pages pun tak cukup.

6. KES TERBARU ANWAR-SAIFUL.

Sebenarnya selepas keluar penjara saya dah tahu banyak kali Anwar dah lakukan perkara ini.Sebab itu saya tak terkejut dgn pengakuan Saiful ini.

Sebab itu saya sering berkata di forum ini,satu hari perkara yg sebenar akan terbongkar.Tapi anda semua maki saya.Takpe,saya terima seadanya makian anda.Ya memang betul kita tak boleh hukum dia sebab keputusan DNA belum keluar.Tetapi yg saya pelik kenapa Anwar guna jalan yg susah utk bersihkan nama beliau.

Kenapa beliau harus pergi dapatkan suaka di Kedutaan Turki ?.

Jalan yg terbaik adalah beliau datang ke balai polis beri keterangan secara sukarela,kemudian buat pula satu report polis kpd Saiful ini kerana cuba memfitnah beliau.Nak bagi sedap lagi,pergi mana2 masjid ajak sama beberapa org kepimpinan ulama PAS dan beliau bersumpah di sana.Barulah nampak gentle dan anda tak bersalah.

Beliau tak perlu guna alasan polis akan tangkap dan pukul beliau seperti dulu.Secara logiknya benda yg sama tak kan berulang lagi.Sekarang beliau guna pendekatan salahkan kerajaan ,Ketua Polis dan Peguam Negara.Jgn lari drp tajuk asal,jgn salahkan org lain.bersihkan nama anda dulu.

Dulu pun begitu juga anda alihkan perhatian rakyat dgn menyalah Tun Dr. Mahathir.Dia selalu menguar-uarkan kpd rakyat,'kalau takut dgn risikon jgn bicara pasal perjuangan' dan 'lawan tetap lawan'.Alih-alih dia pula yg pergi berlindung di Kedutaan Turki.Inikah pejuang sejati ?

Sekarang polis belum pun nak tangkapnya,tapi kenapa beliau takut dgn bayang2 sendiri edarkan sms kpd org ramai suruh berkumpul di Shah Alam kerana polis nak tangkap beliau .

Pd saya tindakan beliau itu adalah sekadar nak test market nak tengok berapa ramai rakyat akan turun sokong beliau, dan hasilnya tak berapa ramai pun. Beliau ingat ianya akan sama seperti 1998.Setelah melihat sokongan rakyat agak kurang maka beliau pun tak jadi turun drp hotel utk sidang media.

Setelah melihat sokongan rakyat agak lemah maka jalan terbaik ialah dapatkan suaka di Kedutaan Turki.Ada yg kata Anwar terima ancaman bunuh,karut semua tu,kalau org nak bunuh dia sebelum kes ni pun dah kena.

Pernahkah anda dengar cubaan bunuh terhadap beliau.Sebenarnya anwar takut utk ke penjara,kerana beliau pernah tinggal disana 6 tahun,dan beliau tahu keadaan di sana,sebab itu dia memilih utk berlindung di kedutaan.

Dan saya tak terkejut jika Anwar berjaya menyusup ke luar negara dgn cara haram. Ada yg kata konpirasi kerajaan.Adakah PM dan TPM ni takde otak nak piker,nak buat naya kat Anwar lagi,mereka dah kalah teruk PRU lepas,sokongan rakyat dah merosot dan jika mereka berbuat begini maka mereka sengaja mencari nahas utk hancurkan kerajaan mereka sendiri.

Begitu juga gambar Saiful di Pejabat TPM,gambar itu diambil semasa Saiful menjadi Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN dan beliau ke sana utk bertemu rakan beliau yg bekerja dgn TPM dan menjaga hal ehwal pendidikan tinggi,Saiful ke sana pasal urusan kerja.

Akhir kata kita sama2 tunggu dan lihat lah acara seterusnya.Nak cerita lagi 6 page pun tak cukup.

7. AKHIR KATA DRP ZE-MI

Saya rasa cukup setakat ini utk hari ini.Semoga anda semua ceria selalu,saya sayang sahabat semua.Tiada sedikit pun perasaan marah terhadap anda semua.Jika selama ini saya ada terkasar bahasa,atau kesilapan lain,maaf dipinta.Kpd MOD dan WM maafkan saya jika saya menyusahkan anda selama ini.

Semua yg baik itu datang drp Allah,yg buruk itu dtg drp saya.

BYE ! BYE !

SALAM PENUH KASIH SAYANG DAN IKHLAS DRP ZE-MI.

SEKIAN
ZE-MI (TKO)
EX ADNAN J 501 (KLPOS)-dulu ler.




Baca selanjutnya...

18 Jul 2008

Video AnwarGate: Kes liwat Anwar - Komen Ezam


+++++Video setakat ini sahaja.Tidak perlu klik selanjutnya.+++++




Baca selanjutnya...

PM cabar Anwar buat DNA

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada satu majlis di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur malam tadi. - foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN


PM cabar Anwar buat DNA

oleh Wan Hazmir Bakar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan meliwat jika beliau benar-benar tidak terbabit dengan perbuatan itu.

Perdana Menteri berkata, itulah cara betul dan mudah untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuktikan beliau tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kalau dia betul-betul tak terlibat apa-apa, bagi sampel, buat sekarang...kita tengok hasilnya yang tak buktikan apa-apa yang dia lakukan," katanya pada sidang media selepas melancarkan projek pemasangan peralatan penjimatan petrol, Hydrofuel, pada teksi dan kereta sewa di Dataran Putra di sini, petang tadi.

Beliau mengulas keengganan Anwar membenarkan sampel darahnya diambil untuk perbandingan DNA ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam Rabu lalu.


baca artikel asal di berita harian online

Baca selanjutnya...