MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Jul 2009

Milik siapakah dua profil DNA di kot dan tali pinggang Teoh ?

Oleh AIDCNews

Mahkamah hari ini diberitahu terdapat dua profil DNA di belakang kot yang dipakai Teoh ketika kematiannya. Satu dikenal pasti milik mangsa dan satu lagi bukan milik mangsa.

Kenyataan ini dinyatakan oleh Tan Hock Chuan, peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia. Manakala di tali pinggang mangsa, ada tiga profil DNA, satu milik si mati, satu pemilik yang tidak diketahui (sama seperti di kot) dan satu lagi yang belum diketahui.


Tan juga berkata, sebanyak 102 DNA yang diambil daripada individu bagi memastikan sama ada ia berpadanan dengan DNA yang tidak diketahui di kot dan di tali pinggang mangsa

Gobin Singh Deo yang mendakwa dirinya menjadi peguam pemerhati keluarga Teoh memohon kebenaran mahkamah untuk menangguhkan inkues ini untuk memberi masa kepada pihaknya meneliti semua dokumen berkaitan dengan kematian Teoh.

Dalam permintaan hujah penangguhan, Gobin Singh merujuk kepada keputusan Mahkamah Tiggi Kuala Lumpur yang membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibekalkan dengan semua dokumen termasuk rakaman percakapan saksi mengikut seksyen 122 Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun, Tan Hock Chuan berhujah rakaman itu tidak boleh dibekalkan kerana Mahkamah Tinggi sama sudah membenarkan pemohonan pedakwa untuk penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara rayuan didengar dan diputuskan Mahkamah rayuan.

Pihak pendakwaraya tidak membantah permohonan Gobind dan koroner Azmin Mustapha bersetuju dengan permohonan itu. Prosiding ditangguhkan pada 5 Ogos depan. Pada tarikh itu juga mahkamah akan membuat keputusan berhubung percakapan rakaman saksi yang diminta.

sumber - AIDCNews

Tiada ulasan: