Oleh Citrawaras
Setelah berhari-hari menafi dan menyangkal pendedahan yang dibuat oleh blog Truth for Teoh Beng Hock, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu memberi kenyataan yang secara tidak langsung adalah pengakuan kepada pertuduhan dan pendedahan yang dibuat blog tersebut.
Walaupun terdapat caveat atau ruang keluar dalam kenyataannya, Lim mengakui dalam tulisan blognya semalam akan kemungkinan Teoh telah dibunuh dan pertuduhan blog tersebut kepada Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing ada asasnya.
Petikan tulisannya adalah seperti berikut:
"The lies, half-truths and doctored documents like the one on the blackblog, http://t4tbh.blogspot.com/, deserves no credence whatsoever.
However, sometimes in lies there could be found some nuggets close to truth.
I refer to the following account on this black blog:
* “The DNA of strange people found on Teoh’s belt and the back of his jacket shows that Teoh was pulled up by his jacket and trousers / belt and pushed out the window.
* ”This means that Tan Boon Hwa and Lee Wye Wing grabbed Teoh by his jacket and trousers/belt and threw him out the window.
* ”The Police must arrest Tan Boon Hwa and Lee Wye Wing for the murder of Teoh Beng Hock”
Removes the lies about Tan Boon Hwa and Lee Wye Wing, but has the purported account of Teoh’s murder any ring of truth? It appears to be written by someone who might know what actually happened and who caused Teoh’s death.
Was Teoh pulled up by his jackets and trousers/belt and pushed out of the MACC’s 14th floor window? Was Teoh dead or alive when he was pushed out of the window? And who are these people concerned?"
Kini hanya menunggu ujian DNA dibuat keatas Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing, Mereka berdua adalah saksi SPRM yang berada di pejabat sepanjang jam-jam terakhir kehidupan nyawa Teoh Beng Hock. Dua DNA bukan kepunyaan Teoh dijumpai pada kot dan talipinggang mayat Teoh.
Tan khususnya telah membuat pelbagai pembohongan dan pertuduhan palsu dalam kenyataan-kenyataan akhbar dan akhir sekali dia dan Lim enggan memberi ujian DNA. Peguam mereka semalam mengumumkan mereka akan membuat ujian DNA kononnya atas sebab tekanan. Sebenarnya mereka tidak boleh lari dari mendapat perintah mahkamah untuk lakukan ujian tersebut.
Sementara dalam laporan Malaysiakini semalam, Ronnie Liu secara tidak langsung memperakui kewujudan dokumen yang didedahkan oleh blog Truth for Teoh Beng Hock.
Laporan Malaysiakini ini melakarkan Ronnie yang sudah berubah nada dari kasar dan biadap kepada seorang yang teraniaya memohon simpati. Katanya, dia kini berhadapan dengan tekanan seteru tujuh penjuru dari dalam dan luar DAP yang tidak menyukai kerja-kerja yang dilakukannya.
Petikkan Malaysiakini yang menarik perhatian adalah yang dihujung laporan seperti berikut:
“He suspects that the "Truth for Teoh Beng Hock" blog, which accused him and another exco member Ean Yong Hian Wah of abusing their constituency allocations, may be the doing of the MACC, since they are the ones who possess such information.”
Sebelum ini beliau mempertikaikan kebenaran pendedahan dokumen blog tersebut dan menyuarakan marah hingga dipetik akhbar Malay Mail mahu “skin alive” penulis blog tersebut. Apa sealiran dengan laporan ini adalah jelas dia cuba memalingkan tuduhan ke arah seseorang lain untuk meraih simpati kepada keadaannya itu.
Untuk MCMC mengenalpasti penulis blog sedemikian, ia agak susah jika tidak mustahil kerana ianya mungkin diterbitkan melalui siber-siber kafe yang dibenarkan Ronnie buka hingga lewat malam. Kita tidak boleh meneka sesiapa sekali pun, samada ianya sahabat mendiang Teoh atau SPRM seperti tuduhan Ronnie atau pihak-pihak dalam pejabat kerajaan negeri sekali pun. Itu tidak penting langsung!
Sebelum ini, baik Ean atau Ean Yong telah menuduh SPRM sebagai dalang dibelakang blog t4tbh. Kali ini, Ronnie mengaku dokumen itu wujud apabila menyatakan dokumen itu telah diambil oleh SPRM semasa serbuan.
Ini yang jauh lebih penting untuk dibincangkan. Kenapa ada dua dokumen yang berbeza-beza antara dokumen yang dikatakan Ronnie ada di pejabat daerah dan dipejabat yang telah diserbu SPRM?
Padanlah pihak SPRM sudah mengumumkan akan menyiasat perkara ini. Siaran laporan berita TV3 di You Tube boleh didengari di sini. Pasti Ronnie akan diseret. Itu yang dia bunyi sedih dan cuba meraih sokongan dan simpati.
Walaupun Teoh adalah penggiat DAP dan mungkin jauh aliran falsafah politik dan kenegaraan kita, tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia kepada seorang lagi rakyat Malaysia, saya berharap juga kematiannya tidak tersia-sia dan akan dibela.
sumber - mykmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan