Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub
Hari ini, 28 Jun, bermakna, tinggal beberapa hari lagi bermulalah ambang 1 Julai, di mana kes perbicaraan liwat Anwar kembali bergema. Ketika menjelangnya ambang 1 Julai, bermacam-macam percubaan telah dilakukan oleh pihak Anwar untuk menimbulkan 'simpati rakyat', tetapi tidak seperti 'mood 1998', rakyat bertenang, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, ambil sikap 'tunggu dan lihat'. Mood rakyat yang tidak positif ini tentulah tidak mengembirakan Anwar.
Banyak cubaan telah dilakukan oleh Anwar, tetapi momentumnya 'sejuk'. Bermula dengan menghantar dua petisen gugurkan kes (10 & 17 Jun 2009), diikuti dengan penghantaran memorandum Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin menuntut gugurkan kes, kononnya mewakili Pemuda PR, tetapi Nasruddin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS) tidak hadir bersama-sama Shamsul Iskandar semasa acara penghantaran memorandum itu. Hanya missinori PKR yang bergerak, PAS sekadar 'letak nama', barangkali masih membaca gerak selanjutnya.
Anwar pun sudah tahu, sejak tiga bulan lalu, bahawa menjelang 1 Julai ini, kes liwatnya kembali dibongkar, tetapi, dia pura-pura tidak tahu, semakin dekat 1 Julai, kalau boleh semakin banyak susunan jadualnya ke luar negara.
26 Jun 2009, Anwar menyatakan komitmennya ke Amerika Syarikat. Anwar boleh batal program itu, sekiranya dia mahu, seperti yang dilakukan sebelum ini. Tetapi dia memilih untuk 'terbang' ke Amerika Syarikat, meskipun dia tahu, ketika ini penguam belanya memerlukan Anwar berada di Malaysia untuk mendapat maklumat lengkap, menyediakan jawapan balas daripada hujah-hujah pendakwaraya, 1 Julai nanti.
Ketidakseriusan Anwar ini menggambarkan Anwar ingin lari daripada masalah. Apabila masalah semakin banyak dan semakin hampir dengan puncak masalah, Anwar memilih jalan sendiri, keluar negara, lari dari masalah. Yang memikul bebanan masalah adalah barisan peguamnya dan partinya PKR. Bertanggungjawabkah pemimpin seperti ini ?
Anwar juga yang menyusahkan diri sendiri dengan memulakan perbicaraan dalam perbicaraan. Mac lalu, Mahkamah Tinggi telah menetapkan kes perbicaraan Anwar akan bermula pada 1-24 Julai 2009. Sepatutnya tarikh itu dipatuhi oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan Keadilan dan Kebenaran.
Tetapi pihak Anwar memulakan gelombang baru. Berusaha 'mengubah' 1-24 Julai yang telah ditetapkan sebelum ini. Pada 10 Jun, Anwar failkan petisen gugurkan kes kerana tiada bekalan dokumen, seminggu kemudian (17 Jun) disusuli dengan petisen kedua memohon gugurkan kes, kerana dokumen tidak relevan.
Demi melayan kerenah Anwar ini, mahkamah terpaksa bersidang awal, (22 Jun) untuk menetapkan keputusan permohonan-permohonan Anwar. Mahkamah memutuskan, tarikh perbicaraan Anwar ditunda dari 1 Julai kepada 8 Julai, manakala 1 Julai mahkamah bersidang kembali untuk mendengar permohonan pertama Anwar berkenaan dengan status dokumen.
Jadi siapa yang memulakan untuk percepatkan perbicaraan? Pendakwaraya atau pihak Anwar sendiri ?
Tetapi dalam kekalutan menjelang 1 Julai, Anwar pula 'menyibukkan diri' dengan urusan luar negara. 26 Jun, Anwar dijadual ke Amerika Syarikat. Macamlah Anwar seperti Presiden Barack Obama, jika tidak hadir program itu, maka terbatalkan semua program. Pejabat Anwar, buat kenyataan media, menuduh mahkamah menghalang Anwar ke luar negara, tetapi program di Amerika Syarikat dijalankan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran Anwar.
Kalau benar mahkamah halang pasport Anwar ke luar negara, soalnya kenapa? Apa maksudnya ?
Anwar yang mahukan perbicaraan awal, dengan memohon petisen gugurkan kes, tetapi Anwar sendiri yang tidak serius menyediakan hujah dan menyibukkan diri dengan perkara lain yang tidak berkaitan. Jadi memang wajar pasport Anwar dibatalkan. Anwar yang mohon di mahkamah, jadi Anwar kena hadapi di mahkamah, dari awal hingga akhir. Itu baru anak jantan!
Tetapi dengan halangan daripada pihak mahkamah (jika benar), supaya Anwar tidak keluar negara, memberi makna yang lain. Walaupun Anwar sebelum ini menganggap kes liwat ini remeh dan tidak relevan, tetapi pihak mahkamah memandang sebaliknya.
Kes ini amat serius dan bukti amat kuat, sebab itu pasport ke luar negara Anwar dibatalkan.
Berdasarkan premis ini, maka tidak hairan, jika Angkatan Muda Keadilan, tidak dapat tidur malam dan terpaksa membuat satu memorandum, mencari jalan untuk menggugurkan kes ini sebelum dibicarakan!
Mana demokrasi dan ketelusan yang diperjuangkan Anwar ?. Ini sudah jelas menunjukkan sikap campurtangan, menghalang bukti dan menyekat maklumat sebenar diketahui oleh rakyat.
Seperti ayam jantan,nampak hebat kerana kuat berkokok, tetapi hakikat sebenarnya pengecut kerana punggung dilumuri taik..
sumber - cyber1trooper
Artikel lain berkaitan :
. Anwar : Meliwat di Malaysia, minta pertolongan Amerika Syarikat
. Anwar berusaha gugurkan kes ?..Sebabnya bukti kuat..kesan air mani..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan