MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Jun 2009

PR tidak perlu bimbang kes Anwar: Shabery Cheek

SHAH ALAM – Ahli Pakatan Rakyat (PR) dinasihatkan supaya tidak bimbang dan bertenang sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah terhadap kes tuduhan liwat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan menghantar memorandum yang meminta pihak pendakwaan menggugurkan tuduhan tersebut menunjukkan PR cuba mencampuri urusan perundangan negara ini.

“Sekiranya mereka ada bukti, kenapa masih bimbang sehingga perlu menghantar memorandum tersebut.

“Tindakan ini seolah-olah menunjukkan bahawa PR hendak mencampuri urusan perundangan dan kehakiman negara. Adakah mereka sebenarnya tidak yakin dengan bukti yang diperolehi?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pemuda PR menghantar memorandum kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, semalam.

“Seharusnya mereka membiarkan kes ini dibicarakan mengikut prosedurnya dan biar mahkamah tentukan siapa yang bersalah selepas perbicaraan berlangsung.

“Sedangkan selama ini pun, banyak isu lain yang mereka (PR) minta supaya diputuskan oleh mahkamah. Jadi, mereka juga seharusnya mengambil pendirian yang sama terhadap kes ini,” katanya.

Sebelum itu, pada 17 Jun lalu, Anwar memfailkan permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat ke atasnya di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi.

Pada 28 Jun tahun lalu, bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari, 23, membuat laporan polis dan mendakwa dia diliwat oleh Anwar di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

sumber - sinar harian


Tiada ulasan: