MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Jun 2009

Anwar : 'Perbicaraan' sebelum perbicaraan

Awang Selamat, Utusan Malaysia

Seorang teman baru-baru ini menunjukkan kepada Awang sebuah akhbar terbitan parti pembangkang. Tujuan dia berbuat demikian hanya untuk menarik perhatian tentang beberapa isu semasa yang disajikan mengikut perspektif parti berkenaan.

Setelah membelek seimbas lalu, Awang tertanya-tanya mengapa akhbar tersebut tidak memuatkan keputusan pakatan pembangkang menolak kerajaan perpaduan sebagai berita utama.

Dari segi isu semasa, laporan tentang isu tersebut adalah terbaru, panas dan lebih mempunyai nilai berita. Berita berkaitan isu itu hanya dimuatkan sebagai berita kedua dengan disajikan gambar Anwar Ibrahim bersama para pemimpin pembangkang. Bukanlah Awang mahu bersyarah dari segi jurnalistik kerana Awang sendiri banyak kelemahan dan masih banyak yang perlu dipelajari. Apa yang menjadi berita utama? Akhbar berkenaan menyajikan empat muka surat termasuk muka depan bagi melaporkan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Kes tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai ini.

Yang menariknya dalam kesemua laporan itu, Anwar digambarkan sebagai tidak bersalah dan menjadi mangsa konspirasi. Antara topik yang disentuh ialah tiada bukti Saiful diliwat, bukti DNA yang boleh diubahsuai, pendakwa enggan serah bukti rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) serta tuduhan terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Gani Patail sebagai dalang konspirasi.

Awang musykil mengapa ada cubaan untuk mencetuskan keraguan terhadap kes yang belum pun bermula. Mana-mana pihak tidak sepatutnya mewujudkan 'perbicaraan' sebelum perbicaraan sebenar, yang ternyata tidak menghormati undang-undang.

Nampaknya dari awal lagi pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil strategi pre emtif seolah-olah Anwar tidak bersalah sebelum perbicaraan bermula. Awang tidak mahu campur tangan dan tidak kisah soal sama ada pemimpin PKR itu bersalah atau tidak kemudian hari, biarlah mahkamah yang menentukan.

Tetapi pada peringkat ini, janganlah ada mana-mana pihak memberi tekanan kepada mahkamah agar membuat keputusan mengikut sentimen dan strategi yang mereka gerakkan. Awang hairan mengapa ada pihak yang gundah dan kelihatan gentar dengan perbicaraan tersebut jika mendakwa di pihak yang benar? Isu yang biasa dimainkan oleh Anwar dan pembangkang ialah keadilan untuk beliau semata-mata. Bagaimana pula keadilan untuk rakyat atau insan kecil seperti Saiful?

Apakah disebabkan Anwar seorang pemimpin maka beliau seakan ada imuniti dan tidak boleh didakwa biarpun ada aduan polis daripada mangsa?

Sepatutnya kes tersebut adalah kesempatan terbaik bagi Anwar untuk mempertahankan diri dan membersihkan tuduhan terbaru. Apatah lagi selepas beliau dikritik banyak pihak dan turut diragui di kalangan sebahagian penyokong pembangkang sendiri kerana tidak berani melakukan sumpah laknat atau muhabalah sebagaimana dilakukan oleh Saiful.

Jika Anwar kelihatan takut dan mahukan imuniti, seolah-olah beliau mahu berselindung di sebalik nama keadilan yang selalu dijajanya. Untuk apa menjadi pemimpin parti yang menggunakan istilah keadilan dan mendakwa memperjuangkan keadilan tetapi tiada keberanian untuk diadili?

Apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan. Tetapi Awang percaya yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.

Jangan lupa, biar sehebat manapun percaturan dan muslihat seseorang, ia tidak akan bertahan lama. Akhirnya, Allah yang menentukan segala-galanya.

sumber - utusan malaysia


Tiada ulasan: