MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Mac 2009

Kenapa Turki Model Negara Islam ?

Erdogan,(kiri) dan Erbakan, Parti Refah. Parti Refah diharamkan, Erbakan menubuhkan parti Saadet dan Erdogan menubuhkan parti AKP


Oleh Antony T. Sullivan

Apabila sejarah mencatatkan pelaksanaan Magna Carta (Piagam Undang-Undang Inggeris) terhadap King John oleh kaum bangsawan Inggeris pada 1215, mereka tidak mendedahkan di mana aristokrat Inggeris itu mendapat idea untuk membentuk piagam yang menyatakan tugas raja terhadap rakyatnya, dan juga tugas rakyat terhadap raja.

Sebenarnya, menurut Imad al-Din Ahmad daripada Minaret of Freedom Institute [Minaret of Freedom adalah sebuah institusi yang berperanan meliberalkan Islam] di Bethesda, asal usul struktur undang- undang Eropah, (kemudiannya dirujuk sebagai Magna Carta) telah dibawa balik oleh penganut Kristian yang berjuang dalam peperangan Salib, kerana mereka dipengaruhi dengan apa yang mereka pelajari di Levant (Mediterranean Timur) tentang sistem pemerintahan Salahuddin (Saladin), Sultan Mesir dan Syria.

Dalam ulasan mengenai “Budaya dan Ekonomi : Islam dan Masyarakat Bebas,” Imad al -Din Ahmad memberitahu peserta persidangan di Istanbul pada 15-17 September bahawa banyak daripada pemahaman Barat tentang kebebasan undang-undang, ekonomi dan masyarakat berasal daripada Zaman Pertengahan Islam.

Antara peserta dari Turki adalah Profesor Eser Karakas dari Istanbul University, Mehmet Aydim dari Ege University dan Ali Karaosmanoglu dari Bilkent University.

Peserta lain dari Turki termasuklah Besim Tibuk, pemimpin Liberal Democratic Party (Parti Liberal Demokratik), Serdar Aktan dari Turkish-Arabic Bank (Bank Turki-Arab), dan Suseyin Sak dari Pejabat Perdana Menteri.

Penceramah Eropah pula termasuklah Profesor Burhan Ghalioun dari France dan Hardy Bouillon dari Jerman.

Peserta dari Amerika Syarikat termasuklah Deepak Lal dari University of California, Los Angeles atau UCLA, Leonard Liggio dari George Mason University di Virginia, Antony T. Sullivan dari University of Michigan in Ann Arbor, Imad al-Din Ahmad, Presiden Minaret of Freedom Institute, Dan Peters dari Persatuan Philadelphia, S. Fred Singer dari Science and Environmental Policy Project (Projek Dasar sains dan Alam Sekitar), dan Jo Kwong dari Atlas Economic Research Foundation (Yayasan Penyelidikan Ekonomi Atlas).

Persidangan ini dianjurkan bersama Friedrich Naumann Foundation (Yayasan Friedrich Naumann ) di Jerman dan Atlas Economic Research Foundation di George Mason University, Amerika.

Demokrasi dan hak asasi manusia bukan semata-mata dimonopoli oleh Barat

“Liberalisme,” yang digunakan di dalam persidangan tersebut, secara tepatnya berlawanan dengan perkataan “liberalisme” seperti yang digunakan dalam konteks Amerika kontemporari.

Liberalisme “klasik” atau “Eropah” telah menarik perhatian peserta persidangan dan memberikan pujian melangit terhadap ekonomi pasaran, perdagangan bebas, hartanah persendirian, pengagihan (kuasa pusat) politik, serta memaksimumkan kebebasan individu sehingga kepada kebebasan peribadi, tidak memudaratkan kepada masyarakat yang stabil dan bersatu padu.

Secara ringkasnya, idea “liberal” yang dibincangkan di Istanbul adalah seperti apa yang difahami oleh rakyat Amerika sebagai “konservatif”. Tetapi sama ada liberal atau konservatif, apa yang luar biasa tentang konsep yang diperdebatkan di Istanbul itu adalah rayuan mereka (ahli penal pesidangan) kepada rakyat Turki dan Muslim secara umum.

Dengan isyarat yang diberikan baru-baru ini, minat yang sama ditunjukkan oleh dunia Arab, apa yang berlaku di Turki (kemenangan parti Refah) menunjukkan keinginan kepada kerajaan berperlembagaan, demokrasi dan hak asasi manusia tidak semata-mata dimonopoli oleh barat.

Untuk menggambarkan penyusunan semula asas Islam di dalam undang-undang Eropah, Imad al-Din Ahmad menyatakan bahawa perkara itu berlaku seawal reconquista (penaklukan semula) penganut Kristian Sepanyol. Penganut Kristian tempatan sudah biasa dengan undang-undang Islam, mendesak pemerintah mereka yang baru supaya menandatangani perjanjian yang sama dengan apa yang telah mereka lalui dengan pemerintah Muslim mereka.

Perjanjian tersebut memperincikan bahawa tiada sidtem monarki yang berada di atas undang-undang. Ini merupakan ketaatan kepada kedaulatan undang-undang yang kedua-dua raja dan rakyat biasa adalah rakyat. Menurut Imad al-Din Ahmad, sebenarnya perkara itu merupakan pemberian yang masih kekal oleh Muslim Sepanyol kepada penganut Kristian Eropah.

Seperti yang dititikberatkan dalam ekonomi politik, Imad al-Din melihat bahawa Barat pertama sekali sedar akan bahaya statisme(doktrin kuasa pusat kerajaan mengawal dan merancang ekonomi), birokrasi dan sistem pencukaian yang berlebihan, bukan daripada Yunani kuno atau Adam Smith tetapi daripada pemikir Muslim Ibn Khaldun pada abad ke-14.

“Komitmen Ibnu Khaldun kepada pasaran bebas melebihi sesetengah ’liberal’ moden,” kata Imad al-Din Ahmad.

“Betapa jelasnya pandangan Ibnu Khaldun dapat dilihat di dalam bab kecil bertajuk ‘Penglibatan pemerintah di dalam perdagangan akan membawa kemusnahan dinasti’ dan di dalam pemerhatian seperti ‘Pada zaman permulaan mereka, dinasti- dinasti mendapat hasil yang besar daripada kadar cukai yang rendah, dan pada akhir dinasti, mereka mendapat hasil yang kecil daripada kadar cukai yang tinggi.’


Sokongan Islam

Akhirnya, Imad al-Din Ahmad menerangkan sokongan sistem Islam terhadap pluralisme dan kebebasan. Dia mempertikai sistem Islam pada hari ini, seperti masa lampau. Islam digambarkan dengan keupayaan menyesuaikan diri dan berupaya untuk bergabung di dalam peradaban pada masa lampau.

Oleh sebab itu, dia mencadangkan bahawa penganut Islam tidak berusaha untuk mempraktikkan sebarang budaya yang keras terhadap Turki melalui perintah, atau cubaan projek- projek seperti meminta semua wanita untuk memakai tudung.

“Sekiranya kita menerima Al-Quran, dan menyatakan bahawa Muhammad bukan individu yang mengatur urusan kita,” dia bertanya, “kemudian bagaimana sesetengah daripada kita membenarkan diri menerima penafian gelaran yang diberikan kepada pesuruh Tuhan itu?”

Penulis artikel ini membangkitkan tema yang sama di dalam kertas kerjanya bertajuk “Konservatisme, Pluralisme dan Islam”.

Sullivan mengkritik pertikaian oleh Profesor Samuel Huntington dari Harvard yang menyatakan bahawa, ancaman baru dan mendesak yang sedang dihadapi Barat datang daripada hubungan tidak formal di antara peradaban Islam dan konfusianisme.

Sullivan mengkritik bahawa konservatif Barat dan Muslim telah mempunyai banyak persamaan daripada perbezaan, dan mereka menyokong permulaan dialog di antara konservatif dan kedua-dua tradisi ini lebih menyatakan masalah umum semasa kemerosotan sekular moden.

Orang Barat dipengaruhi oleh pemikir-pemikir seperti Edmund Burke, Eric Voegelin, Gerhart Niemeyer dan Russell Kirk, dan dia menyatakan, ini akan menjadikannya satu perbincangan yang ideal bersama intelektual Muslim kontemporari seperti Anwar Ibrahim, Charles le Gai Eaton, Rachid al-Ghannoushi, Fahmi Huweidi dan Abdul Wahab al-Messiri.

“Konservatisme agama dan sosial, yang dihormati secara tradisi, toleran terhadap agama dan pluralisme di dalam politik, sedar terhadap kepentingan harta persendirian dan sesetengah bentuk kerajaan bertanggungjawab, akan membenarkan penganut Kristian dan Muslim bersama-sama seiringan ke dalam abad baru, serta bersama-sama menjadikannya milik mereka.”

Dalam perbualan di luar program bengkel, peserta Turki menekankan kepercayaan mereka bahawa Barat bertindak balas secara keterlaluan kepada Perdana Menteri Islam Necmettin Erbakan yang akan memegang kuasa dan terhadap Parti Refah miliknya.

Sebagai contoh, tiada seorang pun rakyat Turki pada hari ini dapat meramalkan kemungkinan Erbakan atau Refah akan cuba mengeluarkan Turki daripada NATO.

Tambahan pula, tiada siapa menjangkakan sebarang kemerosotan hubungan Turki-Israel, khususnya dengan penerimaan Erbakan baru-baru ini terhadap bantuan Israel untuk mewujudkan “zon keselamatan” anti-Kurdis di utara Iraq.

Beberapa rakyat Turki menyatakan kepercayaan mereka bahawa Erbakan hanya mempunyai kepentingan yang sedikit kepada Perdana Menteri Syria, Hafez Al-Assad, di mana Assad membiayai kepimpinan PKK Kurdis di Damascus.

Ramai yang mempercayai, dengan apa cara sekalipun, Erbakan akan enggan untuk berkompromi terhadap Cyprus.

Secara keseluruhannya, persepakatan peserta bengkel Turki adalah Erbakan tidak akan mengadakan sebarang percubaan untuk memperkuatkan “Islam antarabangsa,” dan akan melaksanakan dasar Turki secara keseluruhannya berdasarkan pemahamannya terhadap kepentingan Turki.

Dia melawat Iran dan lain-lain negara Muslim atau Arab yang tidak disenangi oleh pembuat dasar Amerika.


AIDC menterjemah Washington Report On Middle East Affairs, Antony T. Sullivan. 1997.Istanbul Conference Traces Islamic Roots of Western Law, Society. Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan :

1. "Erdogan Model Pemimpin Islam : Berani ke atas Hamas tetapi berbaik dengan Israel" kata Anwar Ibrahim

2. Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..

3. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Parti Islam Turki?

4. Anwar Ibrahim, Recep Tayyed Erdogan, Paul Wolfowitz dan Presiden Bush

5. Erdogan vs Peres : Spin Anwar kaburi hubungannya dengan Zionis

6. Bravo Erdogan..Simon Peres terpaksa melutut, telefon anda!


Tiada ulasan: