MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jan 2009

Anwar Ibrahim, Recep Tayyed Erdogan, Paul Wolfowitz dan Presiden Bush



Anwar Ibrahim, Recep Tayyed Erdogan, Paul Wolfowitz dan Presiden Bush


Oleh Mohd Yusmadi Yusoff, Washington DC

Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki.

Anwar Ibrahim bersama Mohd Yusmadi Yussof (kanan)



Usaha Datuk Seri Anwar itu telah menarik minat pelbagai warga Washington D.C. Sejak jam 4 petang lagi ramai yang berpusu-pusu beratur menuju ke dewan O Donovan di mana majlis akan berlangsung. Saya dimaklumkan ramai tidak dapat masuk walaupun telah berbaris awal.

Dewan O Donovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown, Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT, Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi.

Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut.

Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush.




Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarakat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan kesesalan beliau terhadap pengharaman buku John Esposito dan Karen Amstrong oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Rujukan juga dibuat terhadap op-ed terbaru Esposito “Benedict VI Islamica" yang jelas menunjukkan komiment beliau mengusaha jambatan persefahaman dunia.

“I have learned that the true test of friendship comes in your darkest hour, when a genuine friend reaches out to help in the face of tyranny and oppression" Kata-kata susulan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim itu membuatkan saya tersentak seketika membayangkan erti persahabatan antara beliau dan Perdana Menteri Turki Tayyib Erdogan. Kedua-dua mereka seolah-olah sehati sejiwa sama citarasa dengan tidak bertali leher di pentas.

Majlis tersebut juga menjalinkan silaturahim sahabat handai dan taulan yang terputus hubungan. Sapaan yang mesra jelas terpapar di airmuka takkala mereka bertemu semula di majlis tersebut. Saya sempat tumpang sekaki berbual dengan beberapa kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui saudara Khalid Jaafar.

Majlis juga dihadiri oleh saudari Nurul Izzah yang menemani isteri dan dua orang anak Perdana Menteri Erdogan. Saya dimaklumkan oleh saudari Nurul Izzah bahawa anak Erdogan sebak melinangkan air mata apabila mendengar pengalaman yang dilalui Izzah sekeluarga ketika Datuk Seri Anwar ditahan selama 6 tahun. Pada mereka penahan Erdogan di dalam penjara selama 6 bulan sudah memeritkan. (Sebelum diangkat sebagai Perdana Menteri Erdogan telah dipenjarakan oleh kerajaan terdahulu kerana membaca satu sajak yang berpengaruh di sana.)

Sebagai orang muda, ini adalah kali kedua saya melihat erti persahabatan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan teman-teman beliau. Sajak dan tanggisan Tawfik Ismail semasa menggambarkan persahabatan beliau dan teman-teman di Indonesia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gedung Kesenian, Jakarta semasa lawatan "Anwar Ibrahim Teman Sejati" ke Indonesia masih segar dalam ingatan saya.

Lawatan Erdogan ke Washington D.C yang pada kebiasaannya merupakan "PR execise" biasa para diplomat telah bertukar menjadi agenda besar keamanan dunia. Yang lebih penting bagi diri saya ialah bagaimana dua sahabat Islam dari Timur dan Barat dapat bergabung menyampaikan mesej seirama keamanan kepada sang penguasa Barat di Barat.




Mungkin Ramadhan tahun ini akan membuka lembaran baru keamanan dunia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menarik minat Paul Wolfowitz orang yang amat dimusuhi oleh masyarakat dunia mendengar mesej Keamaan Sejagat dan beriftar bersama masyarakat Islam di bumi Jesuit di Washington D.C.




Emak saya selalu mengingatkan saya bahawa doa sebelum berbuka amat mustajab. Mungkin program ini boleh dianggap sebagap sebagai Doa oleh Dua Sabahat untuk Keamanan Sejagat. Ameen


AIDC memetik artikel Mohd Yusmadi Yusof,ketika itu mengiringi program Anwar di Washington DC. Sekarang Yusmadi adalah ahli parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang. Artikel asal klik di sini

1 ulasan:

THE PUREHADHARIST berkata...

Salam,

Tiada satu pun pendekatan mesra-bahlol/damai/perjanjian setakat ini yang berjaya menyelesaikan konflik Palestin-Israel. Yang ada adalah umat Islam tetap akan dibantai habis-habisan. Jadi, pendekatan "diplomatik" ini adalah bertujuan untuk memberikan imej "mesra" musuh-musuh Islam yang akhirnya membinasakan umat Islam. GAZA menjadi bukti.....