Mantan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim kini bermain wayang dengan memperkudakan secara murahan episod PM Turki Erdogan bertelingkah dengan Presiden Israel Shimon Peres atas pentas sewaktu persidangan World Economic Forum Davos.
Beliau membidas Perdana Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad secara tidak langsung kerana kunun kunun menjadi jaguh kampung.
Persoalanya sekarang, Tun Dr. Mahathir tidak pernah berpeluang untuk duduk satu forum bersama Ketua Negara atau Kerajaan negara Zionis ganas dan kejam itu. Kemungkinan besar, sekiranya berpeluang, beliau dijangkakan akan memberikan mesej yang lebih menyengat tanpa berlaku kasar (meninggikan suara) dan membelakangi tatasusila budi bicara seorang negarawan budiman.
Percubaan Anwar ini wajar dianggap sebagai peluang untuk mencari publisiti murahan sebagaimana biasa, dengan membidas kunun kunun proses Tun Dr. Mahathir bertemu Presiden George W. Bush. Khabar mengenai seorang pelobi keturunan Yahudi dibayar berjuta USD untuk mengaturkan pertemuan sebenarnya adalah pembohongan semata mata. Apabila ianya distrategikan secara berterusan dan propaganda, ianya menjadi satu maklumat yang dipercayai walaupun palsu.
Sebenarnya, Heritage Foundation telah digunakan oleh pemimpin Malaysia tertentu, secara berterusan bagi membetulkan imej Malaysia dan memenangi sokongan dikalangan politikus Washington D.C. untuk membetulkan persepsi sebenar, yang kian lama duduk dibawah telunjuk dan belengu sistem propaganda keturunan Yahudi dan pendukung Zionism.
Program ini dijalankan untuk jangkamasa serdehana dan dilakukan secara konsisten, agar hubungan peringkat pemimpin politik tidak dicalari persepsi negatif oleh media dan Kerajaan Pusat Amerika Syarikat, yang terbukti dipengaruhi golongan Yahudi Neo Con.
Apabila Tun Dr. Mahathir dalam ucapan mengungkap “Yahudi memerintah dunia melalui proksi”, memang jelas ada kebenaranya. Konglomerat media terbesar dunia memang dibawah penguasaan golongan ini. Contoh personaliti utama ialah mendiang Robert Maxwell, Rupert Murdoch, Steven Spielberg dan Aaron Spelling.
Anwar sendiri memang terletak bawah ‘naungan’ keturunan Yahudi dan pendukung Zionism. Ini jelas dengan keakraban beliau dengan Albright, Cohen, Rubin dan Wolfowitz.
Percubaan Anwar kali ini tidak ubah seperti bermain wayang, untuk mengaburi mata rakyat Malaysia. Strategi dan taktik pembohongan-melalui-media Anwar gunakan selama ini, terutama sebagai mekanisma pertahanan (defense mechanism) tatkala didakwa semasa salah guna kuasa dan kemudian kes liwat, merupakan polar yang digunakan Yahudi Neo Con di Barat.
Bukankah Anwar masih perlu menjawab tiga soalan utama? Bukankah Anwar mempunyai tanggung jawab untuk memenuhi janji “Menjelang 16 September 2008″?
Berapa kali kita benarkan Anwar menipu kita bulat bulat dan termakan dengan wayang-selepas-wayang?
Apakah secara kebetulan kes liwat melibatkan Saiful Bukhari Azlan akan bermula dalam tempoh terdekat, maka percubaan untuk mengaburi perhatian rakyat, walaupun lemah dan terlerai diusahakan juga?
Berhati hatilah dengan apa yang Anwar cuba bawa ketengah. Agenda tersirat Yahudi Neo Con atau mengalih pandangan rakyat kepada isu sebenar yang sentiasa membelengu dirinya, dari segala kepura puraan lambat laun akan terserlah juga.
Masa itu, mungkin ianya sudah terlambat sekiranya kita salah buat perkiraan!
sumber - bigdogdotcom.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan