MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Jan 2009

Sejenak Anwar di Georgetown, USA




Sejenak Anwar di Georgetown, USA


Saya kini dalam perjalanan pulang setelah berada hampir dua hari di Washington DC menghadhiri sidang mengenai Islam dan Barat di Universiti Georgetown. Beberapa sarjana terkemuka turut hadhir termasuk Profesor Syed Hussin Nasr dan John Esposito. Dari Asia hanya saya dan Prof Osman Bakar turut diundang.

Sidang ini dianggap penting kerana didukung oleh beberapa universiti utama dunia dan World Economic Forum Davos.

Beberapa isu menarik dibahaskan termasuk masalah kedangkalan ilmu di Barat dan dunia Islam, keangkuhan Amerika dan kesediaan mereka bersekongkol dengan regim authoritarian dan perasuah di dunia Islam serta kecenderungan sebahagian kecil dari umat Islam sendiri yang terbelenggu dengan kerangka pemikiran jumud.

Selain mengobrol panjang dengan John Esposito, saya banyak berbual dengan Syed Hussien Nasr. Saya terkesan sekali manakala Profesor Teologi Harvard menyebut bahawa karya Syed Hussien Nasr lebih 40 tahun lalu ‘Encounter of Man and Nature’ merupakan karya utama yang meneroka wacana mengenai manusia dan persekirannya.

Perbahasan agak mendalam mengenai faham agama samawi (Islam, Nasrani dan Yahudi) serta faham sekular liberal pelampau yang menolak sendi agama dan ketuhanan.

Wacana sedemikian melegakan, menyegarkan malah mengasyikkan, apa lagi setelah sekian lama bergelut dengan sepak terajang dan hiruk pikuk politik.

Kebelakangan ini saya menolak atau membatalkan banyak seminar ilmiah di luar negara termasuk sidang Generations Investment anjuran Al Gore di San Francisco, sidang mengenai dialog Timur Barat anjuran Club of Madrid di Mexico dan lain-lain. Tumpuan sekarang adalah politik Malaysia.

Tetapi kehadhiran saya di Georgetown penting, pertama kerana saya masih diiktiraf sebagai Visiting Fellow di universiti tersebut dan kedua, dua anak saya di sana (Nuha di Georgemason dan Ilham di Georgetown).

Sempatlah menghilangkan kerinduan di musim lebaran Eidulfitr.

ANWAR IBRAHIM

sumber - anwaribrahimblog.com


Artikel lain berkaitan :

1. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

2. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

3. Gagal jadi PM : Anwar bayangkan akan kembali semula ke Amerika

4. Untuk apa Prof John Voll dan Dr Munawar Anees, dua warga Amerika ke rumah Anwar ?

5. Pengaruh 'belajar Islam’ dari orientalis..

6. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT




2 ulasan:

NTanwar berkata...

1. Anwar berwacana Islam ngan Syed Hussein Nasr, Osman Bakar..mmm..sapa Syed Hussein Nasr..? Nak kenal sapa dia, kena kenal siapa Osman Bakar di Malaysia..Osman Bakar terkenal ilmu Islam berbanding dgn Dr Haron Din ? mmm..itulah Syed Hussin Nasr..spesis sama ngan Osman Bakar..Osman pula kawan baik Anwar..mmm..semuanya spesis Islam Liberal

2. Semuanya berkiblatkan Amerika..mmm

3. Berwacana Islam dengan John Esposito? Mmmm..dia bukan Islam..penasihat kerajaan Amerika bab2 Islam..guru Anwar lagi di CMCU, georgetown..mmm

4. Anwar berguru orientalis ?..mmm

5. Sepanjang perguruan & berwacana Islam anwar n esposito, tak terletak langsung orientalis tu nak masuk Islam..kenapa ? Bahkan Anwar pula banyak bawa idea2 Esposito spt Islam & Demokrasi..

6. Islam masih lagi tak cukup demokrasi? mmmm..

7. Itulah bahaya berguru dgn orientalis, mereka tak pernah tertarik dgn Islam, sebaliknya berusaha menyakinkan tokoh islam menjaja idea2 mereka.

8. Esposito juga petakkan umat Islam kepada radikal dan moderate..bahaya tu label tu..Anwar, Esposito kata Islam Moderate..Dr Yusof Qardawi pula, Esposito kata radikal..mmmm..bahaya ni..makan dalam..

9. Anwar pun terbawa2 idea orientalis, tuduh osama laden, radikal, tetapi bela bermati2an Paul Wolfowitz, si zionis yang bunuh beribu2 umat Islam di Iraq

10. Tangan Anwar duduk di sebelah Islam atau Amerika?

NTanwar berkata...

Baca tulisan Anwar, "Beberapa isu menarik dibahaskan termasuk masalah kedangkalan ilmu di Barat dan dunia Islam, keangkuhan Amerika dan kesediaan mereka bersekongkol dengan regim authoritarian dan perasuah di dunia Islam serta kecenderungan sebahagian kecil dari umat Islam sendiri yang terbelenggu dengan kerangka pemikiran jumud"

2. Apa maksud tulisan Anwar "keangkuhan Amerika dan kesediaan mereka bersekongkol dengan regim authoritarian dan perasuah di dunia Islam" ?

3. Marah betul Anwar kerana Amerika tak dengar cakapnya kerana Amerika masih lagi bersekongkol dengan regim perasuah di dunia Islam. Anwar beri nasihat, tapi Amerika tak pakai..mmmm

4. Negara Islam manakah itu ? Malaysia, Iran, Iraq, Afganistan ?

5. Anwar hanya puji dua negara Islam sahaja. Turki dan Indonesia. Kenapa dua negara ini..kenapa tidak Malaysia atau Iran ? mmm

6. Apa pula maksud Anwar, "kecenderungan sebahagian kecil dari umat Islam sendiri yang terbelenggu dengan kerangka pemikiran jumud" ?

7. Siapa umat islam yang terbelenggu dengan dengan kerangka pemikiran jumud ?

8. Apa maksud kerangka pemikiran jumud ? mmm

9. Pemikiran jumud lawannya pemikiran moden..Anwar pula pemikiran moden tak terikat dengan kerangka asal pemikiran lama..

9. Mendalam betul maksud Anwar ni. Bisa seperti pedang.

10. Kalau negara Islam dipimpin oleh Erdogan di Turki atau Gus Dur di Indonesia, barulah tidak jumud..dan Anwar di Malaysia..barulah tidak jumud..mmmm

11. Sebab apa tidak jumud..sebab Erdogan, Gus Dur dan Anwar disokong sepenuhnya oleh Amerika..mmm

12. Anwar sokong Amerika..Amerika pula sokong Israel..mmm..baru betul2 tidak jumud..

kui..kui..kui..