MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Sep 2008

Gagal jadi PM : Anwar bayangkan akan kembali semula ke Amerika


Gagal jadi PM : Anwar bayangkan akan kembali semula ke Amerika


Anwar Ibrahim baru-baru ini memberitahu penulis dari akhbar Georgetown University, Eric Pilch tentang kemungkinan beliau kembali ke universiti itu. Bagaimanapun, bila ditanya dalam peranan apa, dia tidak dapat memberi kepastian.

Anwar pernah memegang jawatan Visiting Professor di Georgetown University, Washington selama kira-kira setahun setengah selepas dibebaskan dari penjara (pada tahun 2004).

Kenyataan berhubung kemungkinan kembalinya beliau ke universitu itu timbul berikutan pendapat kawan baiknya (kira-kira 20 tahun), John Esposito yang tidak yakin Anwar akan berjaya dalam rancangannya untuk mengambil-alih tampuk kerajaan Malaysia.

Pendapat Esposito juga dikongsi Professor Pamela Sodhy, seorang pakar mengenai Politik Asia Tenggara di Georgetown University.

Kedua-dua ahli akademik itu sependapat menyuarakan ketidakmungkinan tersebut kerana mereka sedar amat payah atau mustahil bagi Anwar untuk merealisasikan hasrat antaranya untuk menghapuskan dasar memelihara keistimewaan orang Melayu (DEB.

Untuk membaca versi asal tulisan Eric Pilch, sila klik di sini.

sumber - lenggongvalley.blogspot.com


6 ulasan:

ml berkata...

Kepada aidc dan semua pembaca yang berugama Islam, saya ingin ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga apa yang kita telah beribadah kepada Allah didlm bulan yang mulia di berkati oleh Nya dan dgn keizinanNya semoga kita semua dapat balek ke kampong dengan selamatnya dan berjumpa dengan orang2 tersayang, insyaAllah. Amin.

Cheguman berkata...

poie le jang....

Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir & batin.

wokyoh berkata...

sekiranya anwar gagal menjayakan misi mereka di malaysia dan asia....kemungkinan besar anwar tidak akan diterima semula menjadi pensyarah disana kerana:

1.anwar tiada kelulusan apa apa baik di bidang ekonomi,falsafah,agama,
undang undang ,apa lagi master atau phd dan sebagainya untuk melayakkan beliau mengajar disana.nuar hanya lulusan ijazah kelas 3 cukup cukup makan bidang sastera di UM.

2.Pihak barat sudah hilang keyakinan kepadanya.ucapan dan pidatonya saja yang gempak...tapi hampehhh...

3.pihak barat juga tidak akan melakukan pelaburan lagi bermodalkan anwar kerana anwar ternyata semakin ditolak oleh masyarakat dan terlibat dengan banyak skandal.mereka akan kerugian dan menanggung malu yang amat sangat jika nuar gagal kali kedua.

hanya ada beberapa pilihan yang yang mungkin bagi anwar selepas ini:
1.kembali semula menginap di penjara menghabiskan sisa hari tua dan dirotan sekali sekala.
2.dihapuskan sama sekali seperti benazir bhuto.atau dikambinghitamkan seperti osama bin laden
3.menginap di wad psikiatri terkemuka dunia.
4.menginap di pusat tahanan abu gharib....

anwar akan dikenang dalam sejarah hitam malaysia setaraf dengan chin peng atau rasyid maiden.atau setaraf dengan muhammad amin al maunnah...atau ayah pin dan kerajaan langitnya...

mufid suhaimi berkata...

betul ke berita ni.. kalau benar akulah manusia yang paling gembira.. berundur juga pengkhianat bangsa tu

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri berkata...

Saya sudah awal meramalkan Anwar akan lari ke Amerika.Tulisan asal saya..:http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/08/anwar-rancang-lari-ke-amerika.html

AIDC berkata...

salam

Tertarik dengan komen Wok Yoh mengenai kelulusan Anwar. WokYoh mengatakan Anwar dapat sijil kelas ketiga, tetapi saya mendapat sumber lain mengatakan Anwar hanya dapat general degree (sijil am).

Sama ada sijil kelas ketiga atau general degree, bermakna Anwar bukanlah tergolong dalam senarai pelajar cemerlang.

Malah untuk menyambung ke peringkat master, kelulusan Anwar tidak melayakkannya jika bersandarkan keputusan ijazah pertama.

Berkaitan dengan fakulti Anwar belajar, semua bersetuju beliau menuntut di Fakulti sastera & Sains Sosial, UM, tetapi berselisih pendapat mengatakan bidang pengajian yang diambilnya.

Pendapat pertama mengatakan beliau mengambil bidang sosiologi & antropologi dan pendapat kedua kata bidang pengajian Melayu.

Walau apa pun pendapat, yang jelas, Anwar bukan pelajar cemerlang, dari Fakulti sastera & sains sosial UM.

Berasaskan latar belakang akademik Anwar ini, maka tidak hairan, Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, ketika Anwar menjadi menteri kewangan dan kerana ekonomi merundum itu satu2 jalan yang dicadangkan Anwar adalah memohon dana IMF

Soalan Mufid Suhaimi bertanya kebenaran berita Anwar akan berhijrah ke Amerika, sejauh manakah benar?

Benar atau itu, itu yang ditulis oleh Eric Pilch, Georgetown University dalam interbiunya bersama Anwar. Sila klik artikel asal dalam versi BI utk nilai kebenarannya.

Tetapi saya sendiri mempunyai pendapat yang berbeza dgn pendapat Eric Pilch.

Anwar berkata begitu sebagai jalan keluarnya untuk menarik perhatian Amerika supaya sentiasa memberi perhatian kepadanya.

Apatah lagi kini beliau sekali lagi menghadapi pertuduhan di mahkamah di atas dakwaan meliwat bekas pembantunya.

Nasib Anwar masih kabur, bergantung kepada pembuktian di mahkamah. Sekarang masih peringkat permulaan dan bukti2 pendakwaan belum lagi dikeluarkan.

Jika selesai perbicaraan di mahkamah dan didapati bersalah, Anwar terpaksa kembali semula ke penjara sekurang-kurangnya untuk jangka masa 10 tahun.

Bermakna beliau terpaksa melupakan cita2nya kembali semula ke US.

tetapi sekiranya Anwar didapati tidak bersalah, beliau akan mencanang seluruh dunia, bahawa beliau bersih drp tuduhan liwat dan tuduhan itu berniat jahat utk membunuh karier politiknya.

Ketika itu beliau bangkit semula menwar-warkan dirinya sebagai bakal PM kerana rekodnya bersih.

Tetapi seperti kata barisan peguambela Anwar, perbicaraan liwat 2008 ini paling mencabar dan tidak mudah spt disangka.

Peguambela Anwar amat maklum, setiap kes di mahkamah akan dirujuk kepada kes terdahulu. Dan dalam kes terduhulu, Anwar didapati bersalah kerana meliwat Azizan dan dibebaskan pada 2004 kerana proses rayuan berlandaskan kesilapan teknikal.

Jadi bagaimana masa depan Anwar untuk kembali ke US. Anda mungkin ada jawapan sendiri..